Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Wednesday, April 27, 2011

Mencuba Nasib : Baby & Daddy Moment Contest

Salam to all readers!! Rasanya tak terlambat lagi saya nak join Baby & Daddy Moment Contest yang dianjurkan oleh tuan tanah kedaung D'La Maya~One Stop Center sempena mempromosikan blogshop depa ni. Thank you jugak to Princess Cindellyna kerana sudi 'tag' saya untuk join this contest..


Okey, kite jangan buang masa lah ye..mari kita teruskan dengan contest ni..


Syarat2 contest D'La Maya blogshop :


1. MESTI follow blog D'La Maya
2. Klik 'LIKE' pada D'La Maya FB page. tidak wajib, tapi satu kelebihan jika klik ;)
3. buat satu entry dan letakkan SEKEPING sahaja gambar baby & daddy. baby mestilah berumur sehari hingga 2 tahun sahaja.
4. pastikan entry anda ada link terus ke entry ini.
5. tag sekurang-kurangnya 3 orang untuk join contest ini.
6. jangan lupa tinggalkan komen penyertaan anda ye.


Hadiah2nya!


1st price ~ items worth rm80
2nd price ~ items worth rm60
3rd price ~ items worth rm50
3 consolation prices ~ worth rm30


closing date : 30 April 2011


Okey, ini gambar my little prince, Hadif Akhtar dengan daddy nya:

"Like Father Like Son" . Gambar ni saya snap candid masa umur Hadif 1 bulan. Cara my baby tidur memang exactly sama dengan daddy nya (tidur ternganga)..hehehe

BABY'S NAME: MUHAMMAD HADIF AKHTAR BIN MOHD YUSRI
DOB : 9 FEBRUARY 2011

DADDY'S NAME: MOHD YUSRI BIN YUSOF
DOB: 7 MAY 1980

3 hot mommies yg saya nak tag:


 


Tuesday, April 26, 2011

Majlis Aqiqah dan Doa Selamat

Alhamdulillah.. Pada 16 April (Sabtu) lalu, Majlis Aqiqah & Doa Selamat putera sulungku dan sepupunya telah selesai diadakan dengan sangat meriah dengan kehadiran sanak saudara dan sahabat handai. 

Fyi, Kakak saya yang kahwin sekali dengan saya hari tu pun selamat melahirkan baby boy juga dan diberi nama Muhammad Akif Naufal bin Muhammad Yusuf. Actually, kitorang sebenarnya dijangka bersalin pada tarikh yang lebih kurang sama, tapi nak dijadikan kuasa Allah., saya bersalin awal sebulan, Kak Ngah pula lambat 10 hari dari tarikh EDD tu (11 Mac 2011). So, takda lah terkejar-kejar umi nak jaga kami berdua, sebab bila saya dah nak habis pantang, barulah Kak Ngah bersalin. 


Meh, mari cuci mata tengok suasana majlis aqiqah my baby n his cuzz,. As usual lah, BIRU adalah temanya..tentulah saya sukeee!!!


Playpen yg di deko sendiri oleh tok ummi khas untuk 2 cucunya

Akif dengan nenek (mak mertua Kngah) , Hadif dengan mama tok (mak mertua saya)

Kumpulan Marhaban yang didatangkan khas dari Kampungku Felda New Zealand

sedap sunggoh lagu berendoi tu, nak je aku mintak lirik, tapi malu la pulop!!hehe

Saya dan Kngah tekun mendengar marhaban sambil memegang baby masing-masing

Disuapkan kurma, kismis dan air zamzam oleh ustazah, ketua kumpulan marhaban

Hadif is in white, Akif is in darkblue

Akif Naufal baru 25 hari time ni

My baby dah 2 bulan time ni

Tetibe Hadif jumpe awek tuh,,fuhhh..cun tu..hehe

Kak Ngah with his little prince

Kami (yang gegirl tu my sayangness niece, Esya) mesti nak enterprem dgn Enda Ma kan!!

Ni baru real Family, We are Happy Family


Gambar My little Prince Hadif Akhtar

Hadif Akhtar semasa umur 1 hari (3.01kg)

Akhtar semasa 1 bulan (4.4kg)

Pic ni saya snap masa otw balik Putrajaya utk check up my perut

Akhtar masa 2 bulan (6.0 kg)


Senyum untuk semua readers!!! Hye!!

Salam to all!!..Today saya ada kesempatan meng 'upload' gambar my little baby ni. So this is the first entry yg telah berjaya saya 'tepek' gambar my baby untuk tatapan semua..Untuk butiran lanjut mengenai my baby ni, meh baca details kat bawah ni:

Nama: Muhammad Hadif Akhtar bin Mohd Yusri
Tarikh dilahirkan: 9 Februari 2011
Umur semasa dilahirkan: 35 minggu 6 hari (my baby lahir tak cukup bulan)
Waktu dilahirkan: 6.20 petang
Berat semasa dilahirkan: 3.01kg
Panjang: 50 cm


Masa check up my 36weeks of pregnancy hari tu terus saya kena warded sebab bila doc check 'bawah', air ketuban dah licking walaupun saya takda tanda-tanda rasa nak bersalin pun. So kalau you all suruh share pasal saat-saat kelahiran my baby ni memang tak boleh lah. Sebab saya dibius penuh sebab kaedah caesarian (C-sect) adalah dengan membuka semula laparatomy scar saya dulu..Nanti saya buat entri citer pasal kenapa saya ada laparatomy scar tu..sangat tragis, pedis dan terguris!!! walau apepun, saya bersyukur ke hadrat Illahi kerana masih mengasihi hambaNya ini dengan menghadiahkan permata hati yg saya nantikan selama ini..Alhamdulillah!


p/s: Today berjaya jugak upload gambar my baby sebab saya pinjam broadband abg ipar due to wireless kat rumah ni kena hijacked dgn hackers!!! Jahat!!

~end~

Sunday, April 24, 2011

Tips: Cara Mengatasi Bayi Kembung Perut

Hye, salam to all readers!! Hari ini suka saya nak kongsi mengenai petua untuk mengelakkan daripada bayi kembung perut. Actually petua ni diturunkan daripada abah saya. Fyi, abah memang ada kebolehan mengubati penyakit-penyakit kecil seperti kembung perut, demam campak, sarap, dan lelain (utk baby & kanak-kanak je yepp..) Nak mintak abah ubatkan ada syarat tau..eh, bukan kena bayor ye, tapi lebih afdal kalau ibu atau ayah kepada anak yg sakit tu minta abah ubatkan. 

Mesti korang tertanya-tanya kan, mana lah my abah ni tau ubat-mengubat ni. Kalau ikutkan cerita abah, dulu masa zaman muda-mudi dia memang suka berbual dengan orang tua, jadi ilmu ni beliau perolehi dari arwah moyang dan atuk saudara saya. Alhamdulillah, setakat ni bila ada saudara-mara atau keluarga sendiri minta tolong ubatkan, memang mujarab.. dah tentu dengan kuasa Allah s.w.t. yg utamanya..


Meh..kita balik kepada tajuk entri saya tu..udah melalut pulak tadi..hehe..


Senang je sebenarnya, caranya URUT SAHAJA DI KEDUA-DUA LABU BETIS baby or kanak-kanak tu. Terpulang pada korang nak guna minyak urut ataupun tidak. Kalau nak lebih selesa, gunalah minyak urut macam minyak Yuyi, minyak telon, minyak kayu putih dan sbgnya..Senang je kann!!


Selamat Mencuba!!

Sharing is caring!!

Saturday, April 23, 2011

laman sesawang dah bersawang!!

Hye semua!!

Sory sebab dah agak lama saya tak update blog ni..niat dihati kalau boleh memang hari-hari nak update my blog pasal my baby ni. Fyi, saya bukan nya xmau nak post new entry kat sini, tapi bila time nak upload gambo je, mesti hanggg!!!..menci metuiii!!

Kat rumah my parents ni internet nye pakai wireless, so pepaham la kalo dah 2 3 lappy online memanjang, alamatnya boleh berfesbuk jelahh..bile nak update blog je, jammed!! menci lagik!!

Next week, saya dah pulang ke Putrajaya..harap-harap dpt la update banyak skit story kat my blog nih. ape yang saya duk buat sekarang, hanyalah sekadar blogwalking..

My new entry nanti akanku upload gambar me amor gorda (si debab ku sayang) untuk tatapan umum ya..sekarang Hadif Akhtar dah 2 bulan, berat dia 6kg uols!! amek ko..ni semua penangan prolong jaundice yg dihidapinya..duk sumbat susu 2 jam sekali..mau tak tembam lagu tuh!! hehe

Okaylah my dear readers, sampai setakat ni dulu celotehku..nk mengelakkan blogku ni bersawang, saya perlu tulis sesuatu walau tanpa menempek ape-ape gambo.. (boring ye dop..)

Sunday, April 10, 2011

Proudly present my little Prince!!

Salam to all my dear readers / followers / bloggers!!!

So sory coz baru berkesempatan nak update blog..ingat tak my previous entry sebelum ni saya ada inform nk pegi check up for my 36 weeks of pregnancy? Fyi, hari check up tu me dah kena warded sbb dijangka akan bersalin dlm tempoh terdekat tu..!!

Alhamdulillah!! Tanggal 9 Februari 2011, saya selamat melahirkan bayi lelaki dengan berat 3.01 kg (x cukup bulan tapi berat kann!!) syukur sangat!! Sesungguhnya Allah memakbulkan doa saya..Walaupun xdapat bersalin secara normal (terpaksa emergency ceaser), saya bersyukur ke hadrat Illahi kerana my baby sangat sihat dan sempurna anggotanya..


MUHAMMAD HADIF AKHTAR BIN MOHD YUSRI

Itulah nama yang diberi kepada putera sulung kami..Actually nama ni kami dah prepare since my 24 weeks of pregnancy lagi (story ada kat entry ni)...HADIF yang bermaksud Yang Bermatlamat, AKHTAR yang bermaksud Yang Terpilih..Semoga maksud yang baik ini dapat mencerminkan peribadi my baby ni..Insyaallah!!

Semalam Hadif dah genap 2 bulan, my baby makin bulat dan tembam..saiz badan xmcm baby 2 bln pun..next week nak kena pegi check up utk cucuk 3 serangkai..hopefully my baby xdemam la kan..baby boy kena la kuat..ye dopp..

p/s: sory coz sy xdpt nk upload lagi gambar my baby due to line internet yg sgt lah selooowww meloww..kena tunggu my hubby blk sini, boleh lah upload guna broadband dia..kat umah ni pakai wireless..tu yg slow sgt tuh..haishhh..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...