Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Thursday, June 16, 2011

Racun Halus

"Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa hidayat pertunjuk dan agama yang benar (Agama Islam)" (28, Al-Fath).
Sebagaimana disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW;
“bukan dari golongan kami orang yang menyihir atau meminta bantuan kepada ahli sihir.”

Dalam hadist lain disebutkan, abu hurairah r.a mengatakan, bahwa Rasulullah Muhammad SAW bersabda;
“barangsiapa mendatangi dukun lalu membenarkan apa yang dikatakannya, maka ia sungguh-sungguh telah kafir atau ingkar terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad saw.”
Jumaat lepas, saya follow my husband out station ada program di Cheringin Hills, Janda Baik. Sambil duk menunggu my husband balik bilik hotel, saya buka tv, kebetulan rancangan Al-Kuliyyah baru bermula. Tajuk nya pada hari tu ialah Racun Halus. Agak-agakla, apa yang korang faham dengan tajuk tu? Bila saya tengok je tajuk tu dipaparkan dibawah skrin tv tu, terus dah boleh agak topik apa yang akan diperbincangkan pada hari tu.
Racun halus atau lebih dikenali sebagai "santau" merupakan salah satu ilmu sihir yang digunakan oleh mereka yang mempunyai hasad dengki / dendam kesumat yang niatnya untuk memusnahkan mangsa atau keluarga si mangsa. Perbuatan ini adalah ditegah dan dilarang sama sekali diamalkan oleh umat Islam. Sihir juga merupakan perantaraan di antara tukang sihir dan syaitan yang mensyaratkan si tukang sihir tersebut agar melakukan perbuatan haram dan syirik di samping menyerahkan segala ketaatan kepadanya demi memperolehi bantuan dan pertolongan yang dihajatkan.
 Al-Kuliyyah telah menjemput seorang ustaz iaitu Al Fadhil Ustaz Sharhan Shafie yang mana ustaz ini telah berkongsi tentang ilmu perubatan Islam dan juga telah membuat demo semasa rancangan tersebut dijalankan dengan mengubati pesakit santau secara langsung!! Subhanallah!! Pertama kali saya melihat secara "live" bagaimana semua alat-alat santau seperti paku karat, pisau jilid, kaca-kaca keluar dari mulut pesakit tanpa setitik darah pun mengalir. Di maklumkan juga bahan-bahan tersebut turut keluar dari kemaluan si mangsa. Nauzubillah!!! Seriau tengok semua tu!! Ustat membantu pesakit dengan dibaca ayat-ayat al-Quran dan diikuti dengan laungan azan. Kasihan sunggun melihat pesakit tu menahan kesakitan. 
Tujuan utama ustaz Sharhan membuat demo secara langsung tu adalah untuk membuka mata umat Islam agar mempercayai wujudnya amalan santau di kalangan manusia  pada hari ini. Saya sempat menulis beberapa petanda awal jika seseorang itu terkena sihir santau ini. Antaranya ialah:
1) Batuk berlarutan
2) Batuk berdarah
3) Sakit / lenguh belakang
4) Ibu hamil yang keguguran kandungan dibawah 3 bulan
5) Nafas berbau
6) Bawah mata biru
7) Kuku biru @ gatal macam miang
 
Menurut ustaz Sharhan, santau juga memberi petanda di dalam mimpi ketika kita tidur. Antara tanda-tandanya ialah:
1) Mimpi ular
2) Mimpi jatuh dari tempat tinggi
3) Mimpi dikejar binatang buas / berbisa
4) Mimpi benda-benda tajam
5) Mimpi bayi (mendukung/menyusu)
6) Bangun tidur ada lebam dibadan

Kebiasaannya santau ni dibuat dalam 2 keadaan, iaitu santau melalui makanan dan santau melalui angin. Menurut ustaz juga santau biasanya diuruskan oleh "jin 1st class". Saya tak tau definisi 1st class ni macam mana tapi boleh faham sendiri kot. 
Kalau kita nak pegi berubat dengan mana-mana "ustat", kita juga dinasihatkan agar berjumpa sendiri dengan ustaz tersebut kerana khuatir orang yang dikatakan "ustaz" tu menggunakan cara yang bertentangan dengan agama Islam. Bukan apa sekarang kan ada perubatan cara "jauh". Kadang-kadang ramai yang mengaku ustaz, tapi kita tak tau sejauh mana penggunaan kaedah-kaedah perubatan secara Islam yang dimaksudkannya itu. Antara tips yang ustaz tu bagitau untuk kita tau sama ada ustat yang berubat tu guna cara islam or tak adalah:
1) Tidak sesekali menggunakan kemenyan (ada asap-asap..Jauhkanlah kerna asap adalah makanan kegemaran jin!!)
2) Tidak memulakan sesuatu perbuatan dengan Bismillah
3) Mengagung-agungkan kebolehannya, bukan keagungan Allah
4) Meminta pengeras (duit, pulut, ayam..etc)
5) Memberi tangkal hikmat (kononnya)
6) Menamatkan perubatan tanpa memuji Allah (Insyaallah, alhamdulillah..)

Inilah antara info yang dapat saya kongsikan kepada semua. Semoga ia sedikit sebanyak dapat membantu anda di luar sana.
Kita tidak disuruh untuk taksub kepada ilmu sihir ni tetapi memadai jika kita mempercayai kewujudannya.
Wallahualam.
p/s: Saya tau mungkin ramai kawan-kawan diluar sana yang memerlukan info mengenai perubatan Islam oleh Ustaz Sharhan ni. Untuk maklumat dan keterangan selanjutnya, boleh layari laman web Ustaz Sharhan di SINI.
~end~

PERANG BLOGGER ...

Hadif baca buku!! =)

Saya mula terapkan hadif biasa dengan buku masa dia 3 bulan lagi. Kalau ikutkan kita kena bagi dia buku yg berwarna hitam dan putih dahulu sebab warna tu adalah warna asas yang perlu dia kenal sebelum mengenali warna-warna lain. Puas nak cari buku or flashcard warna hitam putih ni, dah banyak bookstore saya cari tapi still tak jumpa. So saya belikan dia buku yang ber"cermin" untuk dia. Dalam masa yang sama kita sebagai parent perlu main peranan untuk membaca dan bermain bersama dia supaya otak dan mindanya akan berkembang dengan lebih cepat.

Wednesday, June 15, 2011

Hadif dah 4 bulan..7.1kg y'all!!!

Salam to all my lovely readers!!!

Dah lama tak update my blog ni seems i've got fever + flu +bad cough due to left my prince for 2 weeks at kampung. Hari Jumaat lepas genapla my prince 4 bulan, so sy decide nak pg bwk dia check up hari tu. Saya bawa Hadif check up di Klinik Putrajaya Presint 3, tak ramai sangat macam Klinik Putrajaya Presint 9 tu..kalau tak, jenuh la nak nunggu..So, bila sampai je klinik tu, hatiku tetibe berbunga2 sebab tengok takda satu kelibat orang pun yg menunggu kat ruang menunggu tu..Dalam hati ni ada 'can' la boleh settle awal sebab betul-betul saya dan Hadif je dalam klinik tu. Tetiba nurse datang bagitau yang hari ni (Jumaat) adalah hari khas untuk baby sebulan je...hahahaha...malu jerk..umi tak tau pungg Hadif, nak wat camne..dengan muka tebalnya saya keluar dari klinik tu..hehe =p

So, kitorang decide nak bawa Hadif check up di Poliklinik Annur Putrajaya. Dr. Maria pun tak pernah tengok Hadif lagi. Dulu sebelum saya ambil FPP di Hospital Putrajaya, saya check up my pregnancy di Annur. So boleh la Hadif kenal dengan Dr. Maria ni..Terkejut la doc bila saya bagitau yang my baby ni lahir tak cukup bulan (8 bulan dalam perut), tapi bila dah 4 bulan..kuss semangat badan dia..untuk check up 4 bulan ni memang tak da apa-apa injection. Just nak tengok perkembangan dia sahaja. Berdebar juga bila nak letak my prince atas penimbang tu..Alhamdulillah berat dia 7.1kg, masih dalam kategori normal..

So, my prince dah masuk 4 bulan..Antara perkembangan tumbesaran dia ialah:

a) Sangat aktif meniarap, biasalah orang baru dapat new skill..so dia asah cukup2 lah skill yang dia ada tu. Sekarang dah pandai angkat dada tinggi2.. =)
b) Dah kenal umi & daddy dia..tapi akan sengeh lebih bila tengok daddy dia..tak tau apesal, maybe nak  jadi mat sengeh macam daddy kot..huhu
c) Muka akan jadi 'garang' bila nak tidur. so time ni, jangan kacau2 dah..nanti dia jerit!!
d) Suka dengan books yang umi & daddy beli. Daddy beli book yang ada byk mirror!!!..dia akan syok sendiri bila tengok muka dia..Umi beli book besaaaarr punyooo..suka tengok "hobbyhorse" dalam book tu..pancing nak suh daddy beli la tu..hehe
e)Suka berdiri, kalau sesape pegang dia, jangan harap dia nak duduk sopan2 ye..kalau tarik tangan dia dari baring, dia akan terus tegak berdiri!!!

So, itulah antara perkembangan my sayang ni...Saya rindu sangat kat my baby ni sampai tidur pun kena peluk baju Hadif yang tak basuh lagi (nasib baik ada)..Actually saya terpaksa tinggalkan dia di Kuantan, minta umi tolong jaga 2 minggu ni sebab saya kena pegi kursus Lead Camp start frm 18 - 24 Jun ni..Camne nak g LC ni kalau demam tak kebah2 lagi..adus..

hai kawan-kawan!!!! Saya 4 bulan sudaaahh..




Tuesday, June 7, 2011

We got our wedding ring back!!!

Hari sabtu hari tu kan our 1st anniversary kan..so, kitorang celebrate kat luar je, tak plan pun nak pegi bercuti ke mana-mana seems our baby tu "baby" lagi kan..kalo nak bawak pegi water park or theme park ke, alamatnya umi and daddy dia jela yang excited..Kitorang celebrate di TGI Friday, Sunway Pyramid and malam makan di Victoria Station, Subang..my husband ni selera tekak dia ni western memanjang, jadi saya ikut jela bagi memenuhi kehendak dia.

Mungkin ada yang tau dan ada juga yang tak tau pasal peristiwa handbag ku dicuri di surau Midvalley last year (for more details, kindly read THIS ENTRY), berikutan dari kejadian itu, me n husband kehilangan cincin perkahwinan kami (taknak citer panjang nanti sedih lagi..hukhuk..). So kitorang decide nak beli cincin sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan kali ini. Untuk tidak mengenangkan kembali tragedi pahit itu, kitorang decide untuk tidak memilih design yang sama seperti cincin perkahwinan kami yang dicuri itu (Walaupun beli di kedai yang sama). Di kedai tu, saya perasan masih ada cincin yang sama design dengan cincin lama saya tu, sayu nya hati bila teringat kembali betapa kejamnya manusia yang durjana tu!!..Ok..ok..cukup..takmo teringat dahla...!!

Nak tau saya beli di kedai mana? takpela, let it be our secret je la. Buat nya pencuri tu baca entri saya ni, tak pasal-pasal dia pegi gadai cincin saya tu kat kedai ni..menurut supervisor kedai emas tu, cincin lama saya tu akan ber"nilai" apabila digadai di kedai ini sahaja. Haha..padan muke ko, pencurikkk!!!

Cincin Saya
My husband belikan saya cincin batu biru!!! yeaaa...!! seronok sebab dah lama dah teringin nak cincin batu nilam ni. Cincin saya masih berada di kedai, ambil masa skit sebab nak kecilkan saiz..tak sabar nak pakai!

Gambar ini hanyalah sekadar illustrasi (Ihsan Google)


Cincin Dia
Juga masih mengekalkan pilihan kedai yang sama tetapi design memang totally different. Cincin lama dia ada campur warna hitam, kali ni dia nak yang simple je..
Juga sekadar illustrasi Ihsan Google

Ada sikit gambar saya snap masa celebrate our anniversary. Tema color brown n yellow (cuba lari dari biru..hehe):


Daddy with lil prince!!

Badmood sbb dah kena buckle up

Tambah kapsyen


I love my 2 heroes!!
Umi sayang Hadif

Monday, June 6, 2011

Dia jodoh saya : Happy 1st Anniversary!!

di hari pernikahan 04.06.2010
Dia adalah jodoh saya...tak pernah disangka perkenalan yang singkat ini telah membawa seribu satu kebahagiaan dalam hidup saya. Mengenali dia, buat saya lebih bersyukur dan sentiasa bersyukur dengan apa yang saya miliki.

Tanggal 4 Jun 2011, genap setahun kami hidup bersama. Melalui bahtera kehidupan berumahtangga dengan saat suka duka, nangis dan ketawa bersama. Alhamdulillah, saya memanjatkan kesyukuran kepada Illahi diatas segala kurniaannya. Semoga kehidupan kami sentiasa dirahmati di bawah lembayung rahmatNya. Amin.

2 minggu perkenalan, bawa ke rumah untuk kenalkan kepada kedua orang tua,
2 bulan perkenalan, rombongan merisik
6 bulan perkenalan, rombongan meminang
1 tahun perkenalan, sah menjadi suami isteri

Saya akui, kami masih lagi saling mengenali hati budi masing-masing. Kami masih dalam mood "bercinta" memandangkan hubungan kami terlalu singkat sebelum ke jinjang pelamin. Alhamdulillah, saya bersyukur atas segala kurniaan Maha Pencipta kerana nikmat dunia yang diberi ini tidak sesekali akan saya sia-siakan. Allah Maha Mengetahui...

p/s: Trimas to my cuz, Abang ede selaku matchmaker kami...pesanan, sila cepat kawin..awk tu bukan makin mudo..hehe

Thursday, June 2, 2011

Outing & Gathering!!

Hadif dan Umi!!

Hadif dan tok umi

umi, hadif & tok umi

hadif dah geram dengan makanan depan dia tu =)

umi, Hadif dah nantok ni..

sayang umi dia....

muka umi capek..tengok eyeback tu tandanya tak cukup tido..hehe

hadif & enda B (my lil sis)
~Outing~

Semalam lepas balik kerja, saya terus bersiap nak bawak umi dan adik-adik kuar jalan-jalan di Alamanda. Cuti sekolah kan, kebetulan pula abah outstation ke kl ni, so umi dan adik-adik boleh la lepak rumah saya..Hadif pun tak sunyi sangat!! Suka sangat dia bila orang ramai kat rumah!! saya tak hantar dia kat rumah Faizah, sebab tok umi sudi nak jaga satu-satunya cucu dia yang duk jauh ni =) Thanks umi!!


~Gathering~

Kebetulan saya ke Alamanda, dapat juga jumpa kawan-kawan kat ofis lama dulu (LPKP). Walaupun LPKP dah terkubur (selanjutnya boleh baca kat SINI), tapi persahabatan kami tetap utuh =) . saya tak sempat nak lepak lama-lama dengan diorang sebab nak kena temankan umi dan adik-adik bersopink...Rindu la korang !! Nanti kite repeat lagi ye =)

with umi Nuha & asyraf (my clique-Kwajiha)

with aunty shu (exPUU lpkp)

Tema adalah biru!!! Sebab biru la saya datang!! hehe..gurau je


gud boy anak umi ni

with aunty Aiza (amik berkat cepat2 kawin) hehe

with mama sue (amik berkat) insyaallah!!

=)

Wednesday, June 1, 2011

Gangguan Seksual di Tempat Kerja

Ihsan Google

Eh, jangan salah tafsir dengan tajuk entri tu ye, tempat kerja saya sekarang best, takda benda-benda pelik macam tu berlaku setakat ni.

Korang pernah tak ada pengalaman diganggu gugat segitu? Ya, saya pernah hokeh..meh nak citer,

Al-kisahnya bermula bila saya gatal-gatal kaki nak cari kerja masa tengah tunggu result STPM..Yela kau, berbulu je aku tengok memba2 outing bawak duit kepul-kepul..tak dala kepul mana, tapi kalau dulu time student bawak serat dua tu dah kira manyak oooo...

So, aku pun pegi la cari kerja, ceh konon taknak keja kat mcd, kfc bagai ni..memba cakap keja penat, gaji ciput. So, aku dengan berani nya pegi ke agensi pekerjaan kat area Kuantan tu. Bila dah register sume, tengahari tu aku dapat call suh datang interbiu..wah..wah..me terujass hokeh..selok (excited) sangat dah sampai tak dan nak balik rumah.

Sampai je ofis tu, aku macam hairan la skit. Kata keja kat ofis, apasal la banyak bengkel kat sini. Oh, kawasannya disekitar Indera Mahkota ye. So, dengan beraninya aku masuk ofis tu, aikk..mana nya orang ni. kata ada interbiu? dah 2 kali hairan ni..

Tak lama lepas tu, aku didatangani oleh sorang mamat ni. Agak rendang dan usianya macam baya-baya abah aku je. "Ye..masuk-masuk cik..u yang call nak datang interview kan?". Aku jawab,"Ye, saya lah yang call tadi, sesat juga nak sampai ofis ni, ingatkan kena keja kat bengkel keta tadi..ada juga ofis kat sini". Selamba tak aku perli..hehe

"Oh, memang ada ofis kat sini tapi tak banyak la, lagipun kita ni buat bisnes construction, tak perlu nak duduk tengah-tengah bandar pun..", dia jawab sinis balik, setepek aku kena..hehe.

Okay, nak dipendekkan kisahnya, akupun terima la offer dia. Dia offer gaji rm500!! Banyak gop tuh..mesti la selok kang sebab time tu kan student..hehe..Jap, yang tadi tu yang rendang-rendang, yang tua-tua tu adalah bos aku..(aku ingat supervisor) hehe...

Okay, rutin aku hari-hari pergi kerja, kena ngadap dia dulu. Kena masuk bilik dia, dah kena buat keja macam PA dia la pulak. Yang aku herannya, mana lagi staf2 dia yang lain. Tak silap aku dia cakap staf dia ada 3 4 orang..dah seminggu aku keja, sorang pun tak nampak lagi. Ini kes naya!!! Takpe aku rilek lagi..

Aku jadi tak boleh rilek bila kemiangannya mula dilihat hari demi hari. Ada ke patut nak ajar aku buat surat ni, patutnya kena la duk proper skit la kan. Tau tak dia duk mana? Orang tua tu boleh pulak bertenggek kat kerusi aku duduk tu! Sory la bro, kau ni macam dah silap orang.

Selamba aku sound," En. M, saya rasa lebih elok kalau En M duduk kat kerusi lain. Saya memang tak selesa kalau En. M duduk macam ni, tak elok, En. M dah berkahwin, kita ni bukan muhrim!".

Tau tak dia jawab apa, "eh awak ni, rileks la..buat-buat biasa la kalau tak biasa..". Memang aku tak nak la buat biasa!!

Hampeh orang tua ni. Dah la miang, pastu kalau tengah duk citer pasal keja boleh pulak bagi-bagi contoh kalau aku ni bini dia la apa la..EEeee..meremanggggg!!!, Esok nya lagi, dia panggil aku lagi nak ajar lagi buat surat. Kali ni dia sedor diri, tau malu aku sound tepat kat muka dia hari tu kot. So, dia ajak diskus kat meja bulat. Dia duduk setentang la dengan aku,..hish!! Aku ingatkan dah selamat la dia tak miang, boleh pulak dia duk gesel-gesel kaki dia kat kaki aku!! Kaki sahaja ye, jangan fikir bukan-bukan!! Kalau dia buat benda lain lagi, memang laju je kaki ni nak sepak "tut' dia...hehe..

Sebulan je aku keja kat situ (bertahan sebab nok gop gaji lima rat tu), pastu aku terus berenti tanpa beri apa-apa notis. Tak takut pun sebab dia amik aku keja pun tak bagi offer letter! haha, ingat aku biul sangat ke? hehehe

Lepas sebulan berhenti, ada sorang awek call aku. Dia tanya aku dulu keja kat XXX Builder Cons. ke? Dia cakap dia yang ganti tempat aku sekarang. Oh, adakah dia mangsa seterusnya?

Tanpa berlengah lagi aku terus cakap kat dia, " Asma (nama pun nak dekat ngan Akma), jangan datang dah esok!! Awak cari keja kat lain lah!"..then dia pun citer la kat aku pasal En.M ni. Sama je hokeh!! Benda yang sama dia buat kat sume orang! Gataiii!!!

Patutla masa aku keja kat situ, ada sorang runner ni bagitau yang dalam bulan yang sama ni, aku adalah orang yang ke5 yang keja kat sini. Sebab tak tahan ngadap bos yang tua tak sedar diri dah kawin, sebaya bapak aku pulak..belagak stylo dressing macam orang muda..Tak pueh hati lagi ni, aku siasat lagi background dia, rupanya dah bini dua!!! haissssshhhh..

Ihsan Google


Dek kerana pengalaman itulah aku fobia nak cuba cari kerja lain. Lepas pada peristiwa tu, aku nekad nak cari kerja yang best-best, kat tempat best-best. Dulu kalau masa sekolah abah tanya nak kerja mana. Aku akan strictly jawab nak kerja kat Kuantan sahaja. Saya tak suke KL sebab saya tak suka jam, dan saya adalah buta bearing! Nanti tak sampai-sampai ofis saya sebab dah sesat barat. Jalan melingkor atas bawah, tol lagi nak bayor..taknak..taknak..tapi abah, saya nak kerja kat Putrajaya je. bangunan lawo, banyak dinding cermin, takda tol,..Berkat doa abah umi, rasa macam tak percaya impian budak2 saya dulu kini menjadi kenyataan. Alhamdulillah, syukur..semuanya rencana Allah!

p/s: Hampir 3 tahun saya di sini, masalah buta bearing yang saya alami sejak azali masih terjadi. Dari PICC nak balik rumah P11 pung aku sesat..haha!! =)

Hadif dah pandai meniarap!!

Salam to all readers!! Hadif dah meniarap!!! yippie!!

Taraaa!!! Saya dah meniarap!!

Jumaat minggu lepas, masa saya sampai rumah baby sitter (acik /Faizah), dia bagitau saya yang my baby dah meniarap!!! wahh..wahh..terkezut den dongar gud news ni!!..Macam tak caya je, rasa macam baru je lepas lahirkan dia, now dah nak menerap...Good boy, my prince!!

Bila balik rumah, saya try buat demo, baringkan dia atas katil, then dengan lajunya dia memusing!! Taraa..meniarap sudaaa...

Alhamdulillah, gembiranya bila dapat lihat anak sendiri membesar dengan sihat seiring dengan perkembangan mindanya!! Gembiranya hati umi!! =)
 

Hadif teman umi & daddy mamam kat Chillies

Hadif dengan daddy

Mata mesti nak jegil!! =)

Muke boring kena duk dalam carseat

yo..yo..yo..wassup yall!!

muka saya akan garang bila nantok...

opsss!!!

Saya budak baik =)

umi nak enterprem jugak..hehe

gambar blur sbb hadif duk tgah melompat!
p/s: Next week Hadif dah masuk 4 bulan..alhamdulillah, anak umi membesar dengan sihat!

~end~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...