Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Monday, October 31, 2011

Weekend yang padat!! Putrajaya-->Corus Hotel -->DarusSyifa'-->Corus Hotel-->Putrajaya

Salam kepada semua pembaca,

Yes, my weekend was so packed with some ad-hoc activities. Memang sangat penat, but it was worth it sebab weekend dihabiskan bersama my family members. Hari Sabtu hari tu my parents and 3 adiks tu datang KL. Actually abah ada kerja skit kat sini, so dah alang-alang tu adik-adik saya tu sibuk la mai jugak. Diorang semua stay kat Corus Hotel. 

So, petang tu saya datang hotel tempat diorang menginap. Nak hantar laptop abah hari tu tertinggal rumah saya. Bila sampai sana, tengok abah tengah duk buat kerja dalam bilik dengan kawan-kawan dia, umi pulak dah pegi shopping dengan adik dan kakak kat KLCC. Abah saya tak berapa sihat masa saya datang tu. Lutut dia sakit sangat sampaikan dia buat kerja sambil berdiri. Kesian tengok abah, sakit pun sanggup tahan demi mencari rezeki.

So dah alang-alang my umi and adik-adik pegi KLCC, kitorang pun pegi la jumpa diorang kat sana. Umi and adik-adik tak boleh nak balik awal sangat ke hotel seems abah tengah buat kerja lagi dalam bilik hotel tu. So, bila dah lepas Maghrib tu, kitorang balik semula hotel sebab nak tengok sama-sama Final Piala Malaysia Terengganu vs N.Sembilan. Congrats to NS especially to Hai-O yang sangat super otai mengjaringkan gol yang sangat lawa. To Ganu team, dun be sad, u guys did a good job except Sharbini yang selalu men spoil the soup kan keadaan. Hari tu lawan Singapore pun hang la punca kekalahan..hihi (tetiba pandai sangat mengulas sukan)

Ahad pagi-pagi kami dah kena bersiap untuk ke Pusat Perubatan Islam Darus-Syifa', Bangi. Memang dah janji dengan PIL untuk bawa my husband and Hadif ke sana. My PIL agak kerap ke sana sebab mencari ikhtiar dan alternatif lain untuk sembuhkan kanser limfoma yang dihidapi oleh my sis-in law, Kak Ngah. Alhamdulillah now Kak Ngah is getting better and very strong to fight her cancer..My husband kan ada migraine, so saja lah nak minta ustaz di situ tengok kan keadaan dia sebab migrain dia tu datang balik. Hadif pula 3 4 hari sebelum ni asik nangis-nangis je tengah tidur. Mana la tau kan takut ada benda-benda yang mengganggu tidur dia tu,.So, kami minta la air yang dibacakan doa dan doa-doa yang perlu diamalkan.

Bila dah selesai di Darus Syifa, tetiba dapat panggilan from my umi. Umi bagitau abah rasa nak pitam dek kerana menahan sakit lutut dia tu. Sepatutnya diorang dah nak check out from that hotel, tapi terpaksa ditangguhkan sebab abah langsung tak boleh nak gerakkan lutut dia. So, kitorang pun terus bergegas ke hotel untuk tengok keadaan abah. My PIL pun ikut sama. 

Sampai hotel, tengok umi tengah cuba nak pakaikan seluar kat abah. Agak susah sebab abah langsung takboleh gerakkan kaki dia. Kebetulan adik saya Hakim (Abang) ada bawa pain killer, so abah dah standby nak makan sebab tak tahan sangat rasa sakit dia. Kalau ikutkan hati saya, nak bawa abah terus ke Specialist tapi abah refuse sebab dia berkeras juga nak tahan sakit tu sampai jumpa Specialist dia di Kuantan esok. Abah saya pesakit buah pinggang so memang tak boleh ambil apa-apa jenis ubat pain killer tanpa kebenaran doktor. Tapi, sebab terlalu sakit abah makan juga pain killer tu supaya sakit dia tu dapat bertahan sehingga sampai ke Kuantan nanti.

Petang baru sampai rumah, nak berehat tu memang takda makna lah kalau budak bertuah tu tak tidur. Dia dah relaks dapat lelap kejap dalam kereta, sampai je rumah segar bugar la dia. Minum susu untuk isi minyak skit, dah sampai rumah tu confirm dia memulakan tugas. Kebetulan my sister Along and her family pun ada kat KL ni. Dia tidur rumah adik ipar dia di Seri Kembangan sebab nak hantar kakak ipar dia balik ke UK. So, alang-alang dia kat sini diorang mai lah rumah saya. Lama sangat tak jumpa my sweet lovely nieces Esya and Mia tu.
Demikian lah aktiviti di hujung minggu saya. Memang sangat padat, but it was fun bila dapat spent time dengan family tersayang!

Mari cuci mata dengan gelagat my prince bersama Ami Akim, Ami Cu & Enda B di Restoran Pelita...

Umi nak mamamamammmmmm...

Hadif with Ami Cu (Adik), Enda B (Kakak), Ami Akim (Abang)

senyum skit kat mamarazzi...hihi

"Roti Nan double cheese satooo!!"

Hawtt pose from my lil prince..auooww!

Pelahap nye Ami Akim

Tengah tunggu mamam ni..


 p/s: Daddy Hadif out station 3 hari kursus panel PAC di IKWAS..Tak best nye daddy takde kan Hadif? =)



Thursday, October 27, 2011

Just a quick update!!

Hello and salam to all my dear readers!

Agak lama dah tak bersiaran di X-presi ni. Banyak sebenarnya nak share dengan korang but lately ni i'm quite busy dengan kerja kat ofis ni. Actually, saya kena tanggung kerja kat ofis. Meaning that, kena buat dua kerja lah..As i told u before, i'm a desk officer that responsible to  research and study of economic region under RMK-10 project (NCER).., so now dah bertambah satu lagi region yang kena jaga yakni East Coast Economic Region or a.k.a ECER. fenin~*__*

Banyak benda nak share especially perkembangan my home sweet home at Tiara Heights, Sepang tu. Every week dah dapat progress letter from developer. Latest info, my house dah siap 65% !!! Oh, cepatnya siap, satu apa pun tak prepare lagi. Suppose dah kena buat checklist untuk pindah rumah baru ni. Sepatutnya rumah tu  siap bulan Jun tahun depan, tapi maybe on February 2012 dah dapat kunci!! Banyak benda belum survey lagi..kitchen cabinet, plaster ceiling, downlights, candeliar, suis, kipas..oh..oh..banyak lagi kayyyy...

Perkembangan my baby Akhtar, soon he is gonna be 9 months old. Kus semangat ini budak. Sangat kuat makan! Nasi pun dah boleh makan eventhough gigi satu pun tarak. Sekarang dah tak tidur dalam playpen, so dia tidur sensorang diri kat bawah atas tilam empuk dengan dipagari bantal-bantal sebagai tembok penghadang. Hari tu ada satu bantal pagar dia tu runtuh, then dia merengek-rengek tengah malam..rupa-rupanya badan dia semua dah ada bawah katil, tinggal kepala dia terjojol ke luar..hehe..noti noti boy..Kalau weekend, memang tak merasa umi and daddy nak bangun lambat skit, sebab tepat pukul 7.30am dia mesti akan bangun..dan terus berdiri dengan menggunakan sisi katil sebagai tempat dia ampuh badan untuk berdiri..lepas tu bunyilah suara-suara yang menjerit-jerit membuat bising supaya umi dan daddy nya tidak senang mengulik mimpi..."ummaaaa..daddaaaa..tatatatatata..aaaaaaaaahhhhhrrrgggghhh!!"..takde respon jugak, nangisss!!!

My husband dah dapat kereta baru..This time i rasa secocok la kereta tu dengan tuan punya badan..Dia still sedih dengan tiadanya kereta kesayangannya dulu, tapi takpe..atleast terubat dengan rumah yang telah dimiliki hasil titik peluh sendiri..Wifey awak ni tak sabar nak deko-deko rumah sendiri..hihihi

Okay...i think i have to stop rite now, this is entry for today, just a quick update..There's alot of things that i wanna share with all of my lovely readers, see u on the next entry!! Bye... (Back to work...)

Wednesday, October 19, 2011

Wordless Wednesday: Zaman Berhingusan

Pesal muka gua masanggg mencatukkk!! =D

Rumah Babysitter bertukar jadi Taska? Apekah??

Salam to all my dear pembaca,

Entri pagi ni nak story benda yang tengah fresh lagi berlaku pagi tadi. Memang terkejut veruks!

As usual, pagi-pagi akan hantar my baby ke rumah BS la kan. Sambil-sambil berjalan nak ke rumah BS tu, saya duk sembang-sembang la dengan my baby. Tiap kali masuk lif, mesti akan ajar Hadif counting numbers kat button tu..So, bila dah nak sampai je rumah BS, mata den ni duk berkelip-kelip berkali-kali tengok apesal ramai sangat kat rumah Faizah (BS) ni? Eh, ada kenduri apa pagi-pagi ni? Eh, pelik eh..

So, bila sampai je kat muka pintu tu memang terkejut sangat bila tengok kemain ramai budak-budak kecik duk berkeliaran dan berkejar-kejaran dalam rumah tu. Kebetulan masa saya hantar Hadif tu, ada sepasang suami isteri yang baru lepas hantar anak dia la kot. Eh, ape kes ni derrrr...

Tetiba baru saya teringat semalam Faizah ada citer kat saya yang Taska Kem. Belia & Sukan kat Putrajaya ni di tutup sementara kerana dikuarantin akibat penyakit kuku, kaki dan mulut. Fyi, kakak Faizah yang duk sekali kat rumah ni mengasuh di taska tu. Ada la Faizah citer kat saya semalam, meluahkan perasaan tidak puas hati dia pada kawan-kawan kakak dia yang pepandai berjanji kat mak bapak budak-budak kat taska tu untuk bawa anak-anak depa ke rumah Faizah. At the same time, pengasuh-pengasuh kat taska tu jaga budak-budak tu kat rumah Faizah. Faizah dan cakap dekat saya semalam yang dia memang 100% tak setuju!! Banyak benda la yang buat dia tak setuju sebab utama nya takut pulak penyakit tu berjangkit kat Hadif dan kawan-kawan dia yang lain. 

Kalau ikut perkiraan kasar saya tadi, jumlah budak-budak lingkungan umur 2-4thn dalam rumah Faizah tadi lebih kurang 10 orang. Itu belum kira yang belum sampai lagi. Masa saya datang tadi, saya dah nampak muka bengkek Faizah, muka rasa geram dengan tindakan kawan-kawan kakak dia yang memandai je berjanji ngan mak bapak budak-budak kat taska tu. 

Saya pun memang tak duduk lama tadi sebab rushing nak ke ofis. Satu hal lagi takut jugak mulut den ni melaser tepat kat kakak-kakak pengasuh tu. Kang tak pasal berperang. Mau nye tak hangin..Just imagine, rumah flat yang kecik dimuatkan dengan berbelas-belas kanak-kanak ribena, dahla tingkat 11,.Yang saya tak boleh terimanya, makbapak budak-budak ni tak risau ke keselamatan anak-anak depa duk ramai-ramai dalam rumah flat ni? 

Sampai ofis tadi, saya meluahkan lah perasaan tak puas hati ni kat my ofismates. Semuanya bagi feedback negatif. Memang tak patut diorang hantar kat rumah Faizah. Silap-silap kalau ada orang complain memang boleh didakwa. Sambil memikirkan keadaan my baby kat rumah BS tu, saya mesej Faizah tanya keadaan Hadif...

Faizah pun explain kat saya, yang dia memang terkejut sangat bila tetiba ramai budak-budak datang umah dia. Infact dia tak berjanji dan tak bersetuju pun budak-budak tu diletakkan di rumah dia. Saya tau dia rasa bersalah sangat pada saya. Tapi saya memang tak salahkan dia sebab semalam lagi dia dah luahkan masalah tu. Dia mintak maaf banyak-banyak kat saya sebab tak berbincang dengan saya. Takpe Faizah, akak sikitpun tak salahkan awak. 

Masa saya hantar Hadif tadi, kawan-kawan dia yang lain (Lukman & Kaisara) belum datang lagi. Saya teringin juga nak tau reaksi makbapak depa. Tetiba dapat mesej dari Faizah yang bapak Lukman suruh semua budak-budak tu keluar dan minta parents diorang ambil bawak balik rumah masing-masing. Fyi, bapak Lukman ni kerja kat Kem. Kesihatan. So, of course la dia sangat concern bila tengok keadaan dalam rumah tu yang penuh sesak ngan bebudak ribena ni. Bapak Lukman siap sound lagi pengasuh-pengasuh taska tu yang diorang ni memang boleh didakwa atas perbuatan diorang ni. 

Fuhhhhhhhhhhhhhhhhh........menarik nafas lega la ummi Hadif ni. Kalau tak memang tak senang nak buat kerja kat ofis ni..Saya macam dah plan nak cuti je tadi kalau rasa-rasa keadaan kat rumah Faizah tak terkawal..Faizah pun lega sangat-sangat bila bapak Lukman telah menyelamatkan keadaan di rumah dia tu. Dia pun pening kepala tadi duk memikirkan nak handle budak-budak tu plus nak jaga Hadif and the geng lagi..

Terima kasih banyak la papa Lukman. Jasamu dikenang. Nasib baik sangat bapak dia kerja Kem Kesihatan. Boleh la nak argue benda-benda yang sensitif macam ni..

Akhirnya umi kembali bekerja dengan tenang tatkala keadaan kembali seperti sedia kala..

Sekian celoteh di pagi hari.. =D


Tuesday, October 18, 2011

Walaupun kemalangan kecil, kami tetap PRIHATIN!!!

Selamat beristirehat,

Citer ni tengah fresh lagi. Lepas kitorang amik my baby kat rumah BS tadi, kitorang ke Alamanda sbb nak beli barang-barang rumah (memang selalu shopping before gaji, kalo tak kering barang kat Carrefour ni).

Dipendekkan citer, on the way back to our home, my husband usually akan lalu shortcut depan umah PM, dekat skit sampai umah..kitorang nampak ada motor tersadai atas jalan!! Ya Allah!! Tengok ada budak tengah terduduk sambil duk kesat2 darah kat tangan dia tu. I guess budak ni dalam lingkungan umur 17-20 thn.

So, dengan rasa prihatin nya saya suruh my husband berenti tengokkan keadaan budak tu. At first nampak dia terhuyung hayang jugak. My husband borak-borak dengan dia supaya dia lebih tenang.

Beberapa minit je lepas tu, ada satu lagi motor datang kat kitorang. One lady yang macam gaye polis la gamaknya. Dia serius je tanya my husband kenapa ngan budak tu. Saya rasa maybe dia ingat my husband yang langgar budak tu kot. Yela, my husband park keta betul2 depan motor budak tu dengan tujuan nak mengelakkan budak tu kena langgar ngan kenderaan lain. Jangan taktau, bas NadiPutra pun lalu shortcut depan umah PM ye.

Takpela, husband.Biaq pi la depa nak cakap apa. Apa yang penting niat u baik n I'm very proud of u sebab walaupun ia sekadar kemalangan kecil, u membuktikan kita rakyat Malaysia sangat prihatin!! (Masih terbayang video budak China tu)

Tetiba my husband masuk keta dia cakap, " Yang..camne kalau tadi budak tu terbaring berlumuran darah? I tak boleh tolong dia nanti I yang terbaring sekali".Saya terus jawab,"I kan ada..apa la guna Supermak ni..". =P

P/s:
(My husband ni jenis keturunan takbleh tengok darah, konpem kalo tengok mmg tak pasal kena angkut dia naik ambulan skali..hehe)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.


Birthday Preparation: Birthday Party Checklist...

Hye para-para readers semua!

Memandangkan lebih kurang tiga bulan lebih lagi anakku akan melangkah ke satu tahun, saya sedang membuat persediaan mental dan fizikal bagi menyambut hari lahir buah hati pengarang jantung saya tu. Mesti korang rasa macam awal sangat kan? Haah ye lah, saya pun rasa awal juga sebenarnya. hihi. Sengaja perah-perah otak penat-penat nak fikir awal-awal kan..hehe

Apa yang boleh saya buat sekarang adalah menyediakan checklist untuk persediaan menyambut hari lahir my baby ni. Baby lagi ke? erk..

TEMA
Randomly, saya tengok culture kat sini akan tetapkan satu tema untuk buat birthday party anak-anak depa. Dulu kalau kat kampung, kitorang main belasah je, tadek tema-tema bagai ni. Asal meriah sudah. Tapi kan..tapi kan..macam best la pulak tengok majlis anak orang lain bertema-tema ni. Tak kiralah apa tema sekalipun, nak warna sedondon ke, nak tema Boboiboy ke, nak tema Upin Ipin ke. Before this, penah pegi birthday party anak kawan my husband, depa buat tema Football. So, habis lah semua guest yang datang pakai Jersey, siap kek anak depa bentuk bola gitu, ade plak seketul player pakai baju MU kat atas kek bola tu! So Happening! Tapi kalau saya nak senang, buat tema warna sudah...hehe

DEKO
Macam-macam dah dalam kepalehotak ni berlegar-legar. Nak buat itu, nak buat ini, nak letak itu, nak tampal ini. Ish..kalau boleh semua nak buat sendiri, handmade, takyah tempah-tempah..jimat duit skit. Tapi, mampu ke nak buat semua tu dengan budak bertuah yang tak reti duk diam tu..Ni nak kena bincang dengan my husband ni..

MENU & CATERING
Haaa..yang ni antara yang terpenting ni. Bab-bab makan ni memang kena bagi priority. Yelah, kita kan nak jemput orang datang makan, bukan nak happening semata je. Kalau makan pun tak mencapai kepuasan utiliti sut, saja je bagi depa dosa kering duk mengata kita.hehehe..Kalau boleh makanan tu biar lah orang tua dan budak-budak boleh makan. Ini kang pegi tempah makanan podeh, menggagau la budak-budak ni nak cari air. Kalau boleh, sediakan makanan yang pelbagai dan of course yang menyihatkan!

GOODIES
Part ni pun dah rasa macam culture kat sini. Dulu kalau kat kampung, depa yang mai umah akan bagi present kat budak yang dirai tu. Tapi kalau kat sini, rata-rata yang saya tengok tuan rumah pun akan bagi present macam goodies kat budak-budak yang datang party tu. Depend jugak, kalau pegi party anak-anak yang makbapak dia kaya skit, makanya kaya lah benda alah yang diorang letak dalam goodies tu. Kalau yang biase-biase je, dapatlah jeli sumi, cekelat hacks, ngan snek..Ape-apepun, kita terima je semua tu rezeki kan...

GAMES
Dulu kat kampung main bola beracun je, tapi kat sini macam-macam games yang diorang buat. Ada tu siap buat jigsaw-puzzle, warna-warna lukisan, tiup belon sampai pecah, kutip gula-gula. macam-macam lahai..memang seronok, nak-nak bila tengok budak-budak happy kan. Dulu, my SIL ada buat birthday party anak dia kat KFC Shah Alam. Happening jugak, tapi agak terbatas la aktiviti sebab buat kat premis kan. So, kalau jerit terbelahak sangat, ada la mata-mata sipi memandang semacam. Bestnye sebab supervisor kat KFC tu yang control game untuk budak-budak yang datang. Yang penting, penat nye kat situ jelah, takde la nak kena cuci pinggan mop lantai lepas habis party tu..hehehe..

GUEST LIST
Ini pun penting jugak. Sebab kalau korang jemput ikut sedap mulut je, alamat adalah nanti yang kena korek periuk. hehe..Kita kena buat list sape yang kita nak jemput. Senang, bukan apa. Bila dah buat list ni, takde la kita nak teragak-agak makanan tu cukup ke idak. From my prev experience masa buat house warming hari tu, salah satu sebab makanan tak cukup sebab jemput orang main ikut sedap mulut. My husband leteww..buat majlis from 12 to 5pm. Pukul 7.30pm membe-membe dia sedap lagi melepak kat luar, dah tu membe dia ajak macam satu Kelumpo ramainya. Nasib baik la ada my parents n of course my PIL also yang tolong top upkan makanan yang tak cukup..SO, learn from experience, buat list jemputan! 

KAD JEMPUTAN
Yang ni sebenarnya kalau takde pun takpe, tapi macam best jugak kalau ada kad kan? Yang ni nak kena tempah la kot kalau ramai sangat jemputan yang kita ajak. Tapi kalau setakat 50 orang tu, kita buat sendiri je kot. Buat cecantik pakai Powerpoint (tu je skill yang mampu..hehehe), potostat je yang lain tu. Nak yang kaler, print je lah kat ofis hangpa tu..hehe.. Apa yang perlu ada dalam kad jemputan? Paling penting ialah Tarikh, Tempat, Masa, Tema (jika ada), pastu tepek la 2 3 keping gambau anak kita dan kita juge..hihi

BIRTHDAY CAKE
Hok ni pun kena senarai dalam checklist jugok! Kebiasaanya orang buat kek besday ikut tema yang diorang pilih. Kalau tema ala-ala Pincess, kek itu ada la gambar princess cumey. Kalau Upin Ipin pun sama jugak. Tapi kalau tak ikut tema pun tak pe je. Asalkan ia cantik tertarik menarik dabommm yang boleh meriang riakan hati si kecil yang dirai tu. 

BAJET
Sila catat bahawa ini yang paling penting. Patut duk kat atas sekali tajuk ni tapi malas dah nak alih-alih (hehe). Perlu ada bajet ye para-para ibu bapak sekalian alam..Tak kira lah RM200 ke RM400 ke RM1000 ke..Bergantung kepada kemampuan masing-masing. Kalau dari awal-awal kita dah allocate bajet untuk sambutan besday anak kita ni, mungkin ia tidak menjadi masalah kan. Kalau last minit, tetibang je fikir macam nak buat esok besday party tu, pandai-pandai la korek duit ye. Kalau sederhana pun takpe, asalkan meriah kan? Tak gitu?

Nota: Tengok gambar-gambar dalam internet ni kemain semangat nak buat birthday party Hadif nanti. tak tau la jadi ke idokk..just wait n see je la yepp.. =D





Monday, October 17, 2011

Hati-hati kepada ejaan blogspot !!! Kindly read this!!!

Artikel oleh : Lina Karim

Alhamdulillah, ada beberapa pembaca emel saya sendiri yang memaklumkan pada saya tentang perkara ini. Tentang URL (alamat website) yang sama tapi tak serupa. Maka bolehlah saya berkongsi dengan orang lain tentangnya. Bagi mereka yang memaklumkan pada saya, saya ucapkan terima kasih. Untuk pengetahuan Akmar, jika belum tahu,  pihak bukan Islam telah membeli nama domain yang membolehkan mereka menarik orang lain kepada Agama mereka. Cuba kita fikir, kategori apakah orang yang ingin melawat ke blog saya? Tentu orang tersebut mahu mengetahui cara melahirkan seorang huffaz. Bukankah itu perkara yang membimbangkan Syaitan dan Dajjal? Maka dengan kebijaksanaan mereka, mereka telah membeli domain 'blogpsot' dimana jika tersalah taip 'sp' ke 'ps' maka kita akan dibawa ke website Kristian. Adalah merbahaya jika seseorang yang mempunyai sifat ingin tahu, bila pada mulanya ingin ke blog saya tetapi di bawa ke blog ini, membacanya seorang diri tanpa orang yang arif tentang Islam di sebelahnya akan terpengaruh dengan tipu daya ayat yang ditulis tersebut yang menjurus kepada 'The Truth of The Bible!'. Nauzubillah..

Maka hati-hati sekiranya menaip URL untuk ke blog saya. Dibawah adalah link sama tapi tak serupa tersebut. Semoga kita antara orang yang mengetahui..

www.darwishndarwisya.blogpsot.com
www.darwishndarwisya.blogspot.com

Dari sini kita tahu akan satu dari banyak  taktik yang mereka gunakan untuk menyesatkan manusia. Tidak tahu apa taktik lain lagi di masa akan datang yang akan mereka gunakan. Semoga ini lebih menguatkan semangat kita untuk mendidik anak kita dengan al Quran/agama seawal dan sebaik mungkin.




Ikhlas dari,
 


Lina Karim

Nota: semua URL yang melibatkan blogspot jika tersilap ditulis akan membawa kepada laman web tersebut. Anda boleh cuba URL anda sendiri...Nauzubillah...Untuk dikongsi bersama...

Saturday, October 15, 2011

Hadif dapat kad SSPN

Selamat berhujung minggu semua,

Pagi tadi posmen mai umah hantar kad SSPN Hadif. Tak silap saya, saya daftar 2 minggu lepas di Bank Rakyat masa nak masukkan duit raya Hadif hari tu. Actually, boleh je daftar dimana-mana cawangan bank. Tapi dah alang-alang ke BR kan, buat je lah.

Kenapa anak anda perlu mempunyai akaun SSPN? Salah satu manfaat nya ialah kita dapat pelepasan cukai ke atas simpanan bersih sehingga RM3000 setahun. Selain itu, banyak lagi manfaat yang diperolehi dengan simpanan melalui SSPN ini. Antaranya ialah:

a) of course la anak anda layak memohon pinjaman PTPTN.
b) manfaat perlidungan insurans serta khairat kematian diberi PERCUMA tertakluk kepada syarat yang ditetapkan
c) kadar keuntungan atau dividen tahunan yang setara dengan kadar pasaran
d) keuntungan atau dividen tahunan dikecualikan daripada cukai pendapatan
e) simpanan dijamin kerajaan; dan
f) simpanan minimum serendah RM20 sahaja.

So, apa lagi para-para ibu ayah..mari daftarkan SSPN untuk anak anda demi menjamin kecemerlangan pendidikan masa depan! =)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, October 14, 2011

Baru pandai pegang botol sendiri...

Dear anakku, jangan malas ye...lepas ni kena la rajin pegang sendiri cmni..takyah dh umi nak kena selit bantal bawah botol susu awak tu...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Bestfriend perlu SEKEPALA!!!

TEMAN KETAWA TEMAN MENANGIS!
Bestfriend adalah kawan baik. Kawan baik adalah bestfriend. Kebiasaanya, bestfriend ini adalah sinonim dengan seorang kawan yang paling rapat dengan kita. Pandangan saya, bestfriend tak semestinya seorang. Sesiapa sahaja yang mempunyai personaliti, sikap, minat yang lebih kurang sama, dan dalam masa yang sama saling berkongsi masalah dengan kita. Orang kata, kawan ketawa senang nak cari, kawan menangis itulah bestfriend.

TEMAN BERKONGSI MASALAH
Mungkin anda yang diluar sana tidak pernah mempunyai bestfriend, dan merasakan bestfriend tidak lah begitu penting dalam hidup anda. Tetapi lain pula seperti saya. Saya menganggap bestfriend sangat penting dalam kehidupan saya kerana bermacam-macam perkara yang boleh saya kongsikan bersama mereka terutamanya perkara-perkara yang dirasakan tidak patut diceritakan kepada keluarga.hehe..

TEMAN SEKEPALA!
Bestfriend mestilah seorang yang sekepalahotak dengan kita, opkos. Kalau tak sekepala, memang tak boleh belah nak jadi bestfriend. Yang paling penting, bestfriend ini adalah orang yang paling kita percaya. Kita percaya bahawa setiap satu rahsia yang kita share dengan dia, tidak mungkin akan dia ceritakan pada orang lain. Biasanya bestfriend akan back up baik punyo kalau kita dikecam. Silap-silap bestfriend pun akan dikecam! hehe

MINAT YANG SAMA
Bestfriend biasanya mesti mempunyai minat yang sama macam kita. Kalau kita suka aksesori, bestfriend pun mesti suka jugak. Pastu kalau shopping aksesori tak hengat dunia. Mesti nak beli sama, kalau lain pun mesti tang kaler. Kalau bestfriend suka pink, saya suka biru. Kalau saya suka biru, bestfriend suka hijau. Kalau bestfriend suka semua kaler, saya memang tak bagi dia suka kaler biru. hehe...

MACAM CERMIN
Bestfriend umpama cermin. Dulu masa zaman sekolah dulu-dulu, orang kata, "orang akan tau perangai kita dengan melihat melalui siapa kawan kita". Kalau bestfriend kita seorang yang positive thinker, maka positif la kita. Kalau sebaliknya, terbalik la kita jua..hehe

Ambuih, entri Jumaat selalu mukadimah nya panjang bebenau sebab mood happy nak menempuh weekend bersama budak bertuah dan si daddy nya. Mari nak share berapa ramai bestfriend saya sepanjang saya hidup di muka bumi ini.

************

ZAMAN SEKOLAH RENDAH
Saya ada 3 orang kawan rapat yang sampai sekarang masih melekat difikiran saya. Tetapi dalam 3 itu tentulah seorangnya bestfriend saya. Namanya Farah Azura. Sebab apa, sebab kalau kena stayback saya akan tumpang rumah dia makan nasi dengan ikan goreng mak dia masak pastu keluar naik beskal pusing-pusing kampung Permatang Badak dengan beskal Lerun abah saya hadiahkan.hihi....Kalau saya tak ke rumah Farah, saya akan tumpang rumah Sharida dan kadang-kadang rumah Saliana...Oh! rindu sungguh momentos itu!!

ZAMAN SEKOLAH MENENGAH
Ok. Ni payah sikit nak explain sebab masuk je sekolah menegah, kemain banyak sekolah aku pindah. Mula-mula masuk Panglima Perang Kedengkang (ni aku tambah je), pastu dapat sekolah asrama kat Seri Pekan, lepas tu sebab gaduh ngan cikgu bahasa Inggeris aku pindah Teknik Muadzam campur baur sebab jeles ngan Along ngan Angah selalu dapat sekolah sama. So, dek kerana nok jugok sekolah sama ngan diorang, itu yang degil sibuk nak pindah kat sekolah teknik, padahal Along dan Angah dah habis sekolah dah time aku masuk sekolah tu..hehe..Natijahnya, hamekawwww..punah ranah kehidupan duk sekolah teknik. Hampagas satu habuk pun tak belajar, sibuk duk main netball manjang sampai lagi 2 minggu nak SPM pun aku sibuk terkinja-kinja melompat. Banyak citer kat sekolah teknik yang sampai sekarang aku rasa aku tak leh lupa..takleh nak citer panjang sebab entri hari ni kan pasal bestfriend, bukan pasal sekolah pungg...Padan muka aku result hancuss nachoss, tak dapat matrik so aku bina azam baru untuk melangkah ke STPM di SMART, Kuantan.

Sebab citer sekolah menengah ni panjang, so kena ada 2 perenggan..hehe..Okay, ini baru boleh cerita pasal bestfriend. Sebab Farah pun sekolah Panglima Perang, so opkos lah dia lah bestfriend ku. Farah ni memang budak baik kemain, tak macam aku, dahla degil, suka melawan. Tapi kami ada minat yang sama iaitu minat duk sebelah menyebelah dalam kelas..hehe..Bila masuk ke Seri Pekan, saya berkawan dengan 3 orang orang budak genius minius kemain (aku je yang benak). Walaupun depa ni genius tapi kepalahotak depa tetap gila-gila tapi lagi akulah yang paling kemain degil, suka melawan, suka buat benda tahpape sampai tetibe kena sanding kat dewan makan yang membuatkan sampai sekarang aku tertanya-tanya sapekah dalang di sebalik rahsia tukar-tukar baju tu.hahah.. Mereka bertiga adalah Azimah, Aisyah Hanum dan Siti Nurhuda. Tapi kalau nak buat benda mengarut kami tak galakkan Huda ni join sebab dia ni memang tulus mulus orangnya. TAPI TETAP SEKEPALA!

Maafkan saya sebab terpaksa tambah perenggan lagi...hihi..Bila dah pindah ke Teknik Muadzam, memula geng sekepala kemain ramai laweyh..standard budak teknik la, mesti nak kena ada geng. Malas nak citer panjang pasal teknik ni nanti kemain panjang entri ni melalut tah kemana..So, saya ada Shasha, Hanim, Bai, Nis sebagai penutup ceritera di sekolah teknik ni. Dan the most bestfriend ever n ever is my dear gorjes maksu a.k.a Shasha. Yang lain pun my bestfriends tapi she is the most person yang selalu saya kongsikan masalah saya, dan dia juga sanggup bertahan dengan pelbagai tohmahan yang dilemparkan kepada saya dek kerana fitnah yang mengarut tahpape. Bila saya sedih dia ada, bila saya sakit dia ada, bila saya happy dia ada, bila saya ketawa dia ada., bila saya tunang dia ada, bila saya sanding pun dia ada. Pendek kata, DIA SENTIASA ADA BERSAMA SAYA. Oh miss u maksooo!!! =D

Ok perenggan lagi, sowyy..hihi..masuk Form 6 di SMART saya ada 2 orang kawan. Ada Eniey dan Effa. Paling paling rapat kongsi cerita menangis bagai ni adalah Effa. Effa ni dulu sama sekolah teknik ngan saya, tapi dulu kitorang tak baik sangat sebab kelas pun tak sama. Effa ni baik orangnya, eh pendek kata bestfriend saya biasanya memang lagi baik pada saya..hehehe..Kitorang suka buat nota kecik banyak-banyak untuk ulangkaji. Banyak semangat positif saya dapat dari Effa sebab dia memang seorang kawan yang tersangatlah humble, pendiam tapi ditekankan lagi DIA TETAP SEKEPALA.

ZAMAN UNIVERSITI
Time kat uni pun sama jugak..Awal-awal kita akan dapat ramai kawan sekepala, tapi lama-kelamaan tinggal 4 5 kerat je kawan menangis. Kawan ketawa, kawan time senang memang ramai. Tapi payah kemain nak jumpa teman ketawa dan nangis. Saya bertuah sebab saya duduk sebilik dengan roomate setahun tua daripada saya iaitu Kak Nana. Kak Nana pun baik  dan matang sangat orangnya bertambah pula dia ni seorang yang sangat gemar membaca surat khabar..general knowledge jangan nak berangan la lawan dia. Dialah tempat saya berkongsi sedih dan tawa sebab dia seorang yang sangat good listener. Entah berapa puloh kali saya citer benda yang sama, dia tetap setia mendengarnya..Bila dah pindah kolej kediaman, bertukar pulak teman sebilik dengan cik Dida..kadang-kadang cik Awin sudi datang melawat kami disitu dengan dihidangkan dengan pelbagai gosip-gosip liar yang terhangat dipasaran ketika itu..hihi..Tiba di kuliah pula, saya ditemani oleh Sannah, bestfriend yang juga sentiasa berada disisi saya di kala saya sakit, saya sedih, saya nangis, juga dikala gembira. Sesungguhnya tidak dapat saya balas budi baik dia menjaga saya ketika saya terlantar sakit dahulu. MEREKA SEMUA MEMANG SEKEPALA!!

BERUMAHTANGGA
Bila dah kahwin, suami lah bestfriend saya. Dia lah tempat saya mengadu SEGALA-GALANYA. Luar dalam kain tak yah malu nak cerita sebab dia suami saya. Kami berkongsi minat yang sama iaitu, suka menontong wayang, karaoke, dan pergi massage di SPA. Kami juga berkongsi cekedis kegemaran yang sama iaitu Cheezels dan chocolate bar Cadbury Blackforest. Apa yang penting, walaupun dia jauh usianya dari saya DIA TETAP SEKEPALA!!



Barang dah sampai!! Yippie...

Ini hari juge mau bereksperimen!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Test update via blackberry

Hye!

Cube terai tesss... Daaaaa...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, October 13, 2011

Al Quran Menyatu Dalam Darah dan Daging Anak Kita

Artikel oleh: Lina Karim

Barat mempopularkan mengajar dari kecil sebagai 'Early Childhood Education'. Berbagai artikel ditulis oleh pakar yg punya nama  'Dr' didepan yang mengupas kebaikkan mendidik dari awal. Kemudian mereka mencipta pakej pendidikan yang dinamakan dengan pelbagai nama glamer dan dipromosikan secara meluas. Orang Islam pula menganggap mereka pencetus kepada idea 'Pendidikan Awal Kanak-Kanak' ini. Seolah-olah kita tidak pernah mendengarnya selama ini. Sehingga syllabus 'Diploma in Early Childhood Education' yang dianjurkan di Universiti dan Institusi Pengajian menjadi tempat menuntut ilmu tersebut dan semestinya ia mengarah ke Barat. Sedangkan jika kita mengetahui, Early Childhood Education yang diwar-warkan Barat itu sudah ada dalam budaya Islam beribu tahun yang lalu!

Jika kita rajin mengkaji kisah kisah orang Islam dahulu, kita tentu mengetahui tentang amalan mendidik anak-anak pada usia awal telah lama menjadi budaya mereka. Pada usia berapa mereka memulakan pada anak mereka? Sekadar memetik satu kisah... diceritakan Abu Asyim berkata: "Aku pergi membawa puteraku yang ketika itu usianya 2 tahun lebih menuju ke rumah Ibnu Juraij agar dapat belajar AlQuran dan Hadith darinya". Abu Ashim mengatakan lagi: "Adalah tidak mengapa jika seorang anak diajar Al Quran dan juga Hadith dalam usia seperti ini".

Zaman Islam ketika itu, ibubapa berlumba-lumba untuk mendidik anak mereka secepat mungkin dengan Al Quran kerana memegang akan hadis di bawah ini:

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan secara marfu' : "Siapa yang mempelajari al Quran ketika masih muda, maka alQuran itu menyatu dengan daging dan darahnya. Dan siapa yang mempelajarinya ketika dewasa, ilmu itu akan lepas darinya dan tidak melekat pada dirinya, maka dia mendapatkannya pada hal dua kali". (Diriwayatkan oleh Baihaqi, Dailam dan Hakim).

Maka begitulah manfaatnya jika kita berusaha memasukkan al Quran ketika mereka masih kecil. Jika Al Quran sudah menyatu dalam darah daging anak-anak kita, hati, jiwa, tindakan dan perbuatan mereka semuanya tercetus kerana Allah. Maka terlindunglah mereka dari gejala sosial dan berbagai dosa dan maksiat di zaman yang semakin mencabar ini.

Jika ada ibubapa bercita-cita untuk menjadikan anak mereka penghafaz al Quran dan langkah menuju kearah cita-cita tersebut hanyalah dengan menunggu anak mereka mencapai umur yang sesuai untuk diserahkan/dimasukkan ke mana-mana sekolah Tahfiz, maka kesannya tidak sama. Saya pernah melawat sebuah sekolah tahfiz untuk bertanya tentang pendaftaran dan kebetulan ada seorang ibu ingin memasukkan anaknya ke sekolah tersebut kerana sudah tidak tahan dan tidak dapat mengawal anaknya yang terlalu liar.
Samada anak kepada ibu tersebut diterima masuk atau tidak.. wallahua'lam. Jika diterima, tentu sekali mengajar al Quran kepada hati yang telah liar ini lebih sukar berbanding hati yang telah terdidik dengan Al Quran dari kecil.

Maka dengan coretan ini saya harap kita bersemangat  dalam mendidik anak kita dengan Al Quran dan janganlah kita menjadi antara orang yang menunggu kemudian hari untuk perkara yang sepatutnya menjadi paling utama ini. Bermulalah segera.. 



Ikhlas dari,
 

Lina Karim


Nota: Saya melanggan artikel yang ditulis oleh Kak Lina Karim untuk menambahkan ilmu mendidik anak disamping dapat berkongsi cetusan pandangan daripada anda juga!! =)


"Like" Entri Ini Jika Anda Rasa Menarik


Islamic Learning & Education start from baby..let's do it mama!!

Salam to all my dear readers!

Seperti yang pernah saya kongsikan kepada anda, sejak umur Hadif 4 bulan lagi saya telah biasakan dia dengan buku. Daripada buku berwarna hitam putih, beralih kepada buku yang bercermin dan beralih pula kepada buku untuk mengenal warna dan bentuk. 

Kini, saya melangkah setapak ke hadapan lagi untuk memperkenalkan kepada Hadif huruf-huruf Hijaiyah melalui kaedah "Flash Card" dan pembelajaran berbentuk audio visual. Pandangan saya, tak salah sekiranya kita dahulukan mendidik anak dengan mengenal huruf Hijaiyah terlebih dahulu, berbanding mengenal ABC kerana rata-rata di mana-mana taska atau pusat pembelajaran sudah tentu akan mengajar anak mengenal ABC dahulu kan.

Walaupun seperti amalan sebelum-sebelum ini, setiap pagi dalam perjalanan menghantar Hadif saya akan nyanyikan lagu Hijaiyah tersebut, dan ada juga video yang saya muat turun melalui Youtube, saya mengambil inisiatif lain untuk memperkenalkan huruf-huruf ini dengan menambahkan pelbagai tools yang lain agar Hadif tidak berasa jemu dengan kaedah pembelajaran ini.

Saya akui saya masih sangat cetek tentang ilmu agama. Terlalu banyak perkara yang perlu dipelajari sebelum nak mendidik anak sendiri kan? Tapi berbekalkan semangat saya yang kuat untuk melihat perkembangan anak yang semakin hari semakin membesar dengan pelbagai cabaran pada zaman serba canggih ini...saya gagahkan juga untuk cuba mendidik anak dengan cara saya tetapi ilmu sedikit demi sedikit dikutip daripada pelbagai sumber yang banyak memberi inspirasi kepada saya.

Ada 2 contoh ikon muslimah sejati yang menjadi inspirasi saya pada hari ini. 

Seperti yang diketahui umum, Wardina Saffiyah tentulah orangnya. Saya memang meminati malah sangat kagum dengan cara beliau mendidik anaknya. Menurut beliau, solat lah yang merupakan tunggak utama dalam mendidik anak menjadi muslim atau muslimah sejati. Buktinya, Amna anak sulung beliau telah berjaya solat 5 waktu dengan sendirinya seawal umur 6 tahun. Ketahui lebih lanjut mengenai Amna di blog Prefect Amna N (Jangan tak percaya, Amna pun ada blog ye..kagum lagi)

Keduanya ialah Lina Karim, ibu kepada Darwish dan Darwisya. Mungkin ramai yang tidak mengetahui tentang ibu kepada 2 orang anak cilik ini. Puan Lina Karim merupakan pengasas kepada Islamic Parenting Network yang menawarkan pelbagai produk seperti kaedah pembelajaran, pemakanan yang bercirikan Islam. Apa yang membuatkan saya kagum dengan kesungguhan beliau ialah beliau hanyalah insan biasa yang berjaya mendidik anak yang boleh menghafal 30 surah akhir seawal umur 3 tahun. Masyallah! Ketahui lebih lanjut mengenai kehandalan 2 anak kecil ini di blog DarwishnDarwisya. (Banyak info menarik kat blog ni, cepat baca!)

Saya amat kagum dengan 2 orang ibu ini. Mereka juga ibu yang berkerjaya tetapi dapat meluangkan masa untuk mendidik anak-anak. Alangkah bagusnya jika saya sekuat mereka..

Semalam saya beli beberapa set pembelajaran untuk si kecil Hadif, tak sabar nak ber eksperimen ni!! =D




Saya mengambil langkah awal untuk persediaan pembelajaran ini kerana jauh di sudut hati ini sangat bimbang bila mengenangkan terlalu banyak cabaran untuk membesarkan anak dalam era yang serba canggih ini. Saya dibesarkan bukan di kota raya seperti ini, tak banyak benda menarik yang boleh saya explore. Pagi ke sekolah, petang bersukan, malam ke kelas agama. Itulah rutin saya semasa kanak-kanak dahulu. Saya harap usaha awal saya ini berbaloi untuk membentuk anak yang mampu menggoncang dunia! Insyallah...

Tuesday, October 11, 2011

Kekdah belajar berdiri versi Akhtar!

1
2
3..Taraaaaa
Selamat Mencuba Kawan-kawan!!!


Monday, October 10, 2011

Akhtar is 8 months old: Dah pandai bangun berdiri!!

Salam kepada semua pembaca!

Pejam celik pejam celik, my lil prince dah pun masuk 8 bulan. Sekejap je masa berlalu kan? Setiap hari ada je gelagat yang mencuit hati yang sering buat saya tertawa dengan keletahnya..My baby ni memang tersangatlah lasak orangnya..Kalau setakat terhantuk kepala tu, dah macam rutin dah..

So, hari semalam genap dia 8 bulan (9 Okt 2011)..Dan hari semalam juga lah dia telah melangkah ke satu lagi perkembangan iaitu dah pandai bangun sendiri!! Tapi dengan syarat kena ada something la untuk dia pegang. Kelmarin kami balik Taman Tun saje lah nak jenguk my PIL. Ha, kat sana lah Hadif start memulakan aktiviti dia tu..Rasa macam tak percaya je dengan apa yang saya tengok. Dah la si comelku ni duduk pun tak berapa stabil lagi, ni tetiba pulak dia boleh memberanikan diri bangun dengan sendiri..Comel sangat bila nengok dia berhempas pulas duk pegang birai-birai meja or sofa untuk dia bangun berdiri dengan jayanya..

So, sekarang ni..rutin dia kat rumah adalah mem "polish" kan skill bangun berdiri tu kat mana-mana je ikut suka suki dia..Kadang-kadang kalau dah naik seram bulu roma saya nengok dia macam nak tersadai tu, memang cepat-cepat la umi dia ni selamatkan dia..huhu..

Perkembangan Hadif dah masuk 8 bulan ni:
- Sangat kuat makan!! Sekali makan bubur semangkuk penuh akan licin di ngapp! Belum timbang lagi, so tak tau berapa kg dah anak umi ni. Last timbang hari tu 8.5kg
- Pantang kalau umi daddy dia sebut "bye". Mesti laju je terkam nak ikut..
- Sangat friendly..tak takut sesape pun..tak payah tunggu orang hulur tangan pun, dia memang nak je sesape..Uishh, gile glemer anak ku ini..hihi
- Dah macam nak start merangkak, tapi macam dia abaikan pulak skill tu sebab dah pandai skill berdiri..hihi
- Mengensot punya laju macam askar komando!!
- Dah pandai sebut ummi..tapi kadang-kadang terkeluar juga sebut umma...hehe
- Sangat susah nak pakai pampers! Tak geti duk diam..Diam bila korek telinga je!! Tengah tido pun tak diam..
- Suka main wrestling seblum tidur..pantang tengok umi dia baring, terus dia datang terkam, ngap muka umi..abis lenjun muka dengan air liur dia..
- Belum tumbuh gigi..tapi kalo dia gigit memang terasa sakit tu..
- Duk dalam walker dah macam duk dalam bumper car..punye lah laju dia, ikut suka je dia je nak langgar ape..Fav spot adalah dapur..banyak benda menarik nak explore..esp tarik laci..sekarang dia duk tgh target nak bukak peti! anakku..anakku..


8 bulan - tengok penumbuk tu besau mane! Lu langsi Lu Mati! hehe =P

Tak berkesempatan lagi nak snap pic dia tengah bangun nak berdiri tu..Next entry saya up date lah ye.. =)...Ops, lupe nak cakap..Hadif dah sihat seperti sedia kala!! ALHAMDULILLAH SYUKUR YA ALLAH!

Bye!

Lagi testimoni pengguna Slimax!!


Cara Penyediaan : 
 Hanya bancuhkan sepeket Slimax ke dalam cawan (cawan kopi) bersama air panas. Minum 2 kali sehari @ 1 kali sehari. Untuk 2 kali sehari minum sebelum sarapan dan sebelum minum petang. Untuk sekali sehari hanya minum sebelum sarapan. 

Insyaallah..anda pasti merasai perubahannya!! 

Berminat untuk mencubanya? Mari kongsikan perubahan anda!!  

Hanya RM39.90 sahaja!! Emelkan tempahan anda di kemn5885@gmail.com

Friday, October 7, 2011

Kaedah Merancang Kehamilan

Salam Jumaat kepada semua pembaca X-presi,

Kajian menunjukkan kira-kira 60 peratus daripada kehamilan adalah tidak dirancang. Proses kehamilan yang tidak dirancang dapat dicegah dengan menjalankan aktiviti pendidikan kepada pasangan suami isteri tentang kaedah kontraseptif (pencegah hamil) yang dapat diamalkan dan bersesuaian dengan cara hidup, kepercayaan serta kehendak pasangan tersebut.

Konsepsi adalah penyatuan telur (wanita) dan sperma (lelaki). Kontrasepsi adalah pencegah kehamilan secara sukarela. Agen, alat atau kaedah kontraseptif dapat mencegah konsepsi dengan menghalang proses persenyawaan atau mencegah atau memperlambatkan percantuman sperma dan telur.

Permilihan kaedah kontraseptif yang terbaik bergantung kepada beberapa faktor seperti tahap kesihatan wanita, umur wanita, kekerapan hubungan seks dan kehendak pasangan suami isteri untuk mendapatkan anak.

Kaedah kontraseptif yang boleh diamalkan
Kaedah kontraseptif yang dipilih mungkin berubah dari semasa ke semasa. Antara faktor yang menentukan pilihan kaedah kontraseptif ialah kesesuaian dengan cara hidup pasangan suami isteri, keberkesanan kaedah, ciri keselamatan dan kemampuan untuk mengamalkan kaedah tersebut.

1. Pil Kontraseptif
Wanita kerap mengambil pil kontraseptif secara oral sebagai langkah pertama mencegah kehamilan. Pil-pil yang berada di pasaran mengandungi hormon-hormon estrogen dan progestin atau mengandungi hanya hormon progestin.

Pil kontraseptif dalam bentuk kombinasi hormon dikatakan dapat mencegah penyakit inflamasi pelvik dan kanser ovari dan endometrial. Pil jenis ini selamat bagi kebanyakan wanita kecuali wanita yang merokok atau yang mempunyai serjarah keluarga yang berpenyakit jantung. Wanita-wanita ini mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit jantung jika menggunakan pil kontraseptif.

Wanita-wanita yang mempunyai sejarah penyakit kanser payu dara atau endometrial dan darah beku juga tidak dibenar menggunakan pil tersebut. Antara kesan sampingan yang boleh dilihat mual, sakit kepala, peningkatan berat badan, sakit pada bahagian payu dara, pendarahan dan masalah tekanan.
Pil kontraseptif yang hanya mempunyai hormon progestin tidak akan menyebabkan masalah pembekuan darah. Pil jenis ini sesuai untuk wanita yang menyusukan anak dan mereka yang tidak boleh mengambil hormon estrogen disebabkan sakit kepala, atau darah tinggi akibat estrogen. Pil yang hanya mengandungi progestin akan menyebabkan perubahan haid, peningkatan berat badan dan sakit pada bahagian payu dara. Adalah dianggarkan sebanyak 0.5% (1 dalam 200) wanita akan hamil jika pil diambil secara konsisten dan betul.

2. Suntikan Progestin dan Progesteron
Kehamilan boleh dicegah sehingga tempoh tiga bulan dengan suntikan Depo Provera. Depo Provera mengandungi hormon yang hampir serupa dengan progestron. Penggunaan Depo Provera berkesan kerana wanita hanya dikehendaki berjumpa dengan doktor atau jururawat untuk mendapatkan suntikan setiap tiga bulan. Faedah dan kesan sampingan Depo Provera adalah serupa dengan pil kontraseptif yang mengandungi progestin. Bagi wanita yang memilih kaedah ini, dianggarkan sejumlah 0.3% (3 dalam 1000) akan mengalami kehamilan yang tidak tidak dirancang dalam tahun yang pertama.

3. Implan 'Norplant"
Implant "Norplant" adalah hormon progestin sintetik. Ia terdiri daripada enam kapsul kecil yang fleksibel (sebesar batang mancis). Kapsul-kapsul ini ditanam di bawah kulit lengan bahagian atas. Ia boleh mencegah kehamilan secara berkesan selama lima tahun. Bagi wanita yang memilih kaedah ini, dianggarkan sejumlah 0.1% (1 dalam 1000) akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang dalam tahun yang pertama.


4. Alat Instrauterin (IUD)
Alat ini berbentuk 'T' dan dimasukkan ke dalam uterus oleh doktor. Ia adalah alat yang fleksibel. Ia mengganggu pergerakan sperma dalam ruangan uterin. Terdapat dua jenis IUD:
  • Paragard Copper T 380A yang melindungi terhadap kehamilan selama 10 tahun.
  • Progestasert Progesterone T yang perlu diganti setiap tahun.
Dianggarkan 3-5 peratus wanita akan mengalami kehamilan yang tidak dirancang dalam tahun yang pertama.

5. Span (Sponge)
Span mengeluarkan gel spermisida dan bertindak menghalang serta membunuh sperma atau merencatkan pergerakan sperma sebelum sampai ke serviks dan masuk ke uterus. Span boleh dimasukkan beberapa jam sebelum melakukan hubungan seks dan boleh dibiarkan selama 12 jam selepas melakukan seks. Wanita yang mempunyai alahan terhadap nonoksil-9 tidak boleh menggunakan kaedah span.

6. Diafram
Saiz diafram boleh diubah oleh doktor untuk disesuaikan dengan wanita tersebut. Ia bertindak menghalang sperma daripada memasuki uterus. Spermisida digunakan bersama diafram untuk membunuh sperma. Diafram boleh dibiarkan selama enam jam. Bagaimanapun, spermisida perlu digunakan jika hendak melakukan persetubuhan lagi atau melakukan hubungan selepas enam jam yang pertama. Diafram tidak boleh ditinggalkan di dalam faraj lebih daripada 24 jam kerana dikhuatiri boleh mendapat sindrom kejutan toksik (TTS). Dianggarkan sebanyak enam peratus kehamilan akan berlaku jika ia digunakan dengan betul dan konsisten.

7. Penghalang serviks (Cervital Cap)
Ia hampir serupa dengan diafram. Ia juga dapat diubah saiz mengikut individu. Spermisida diperlukan bersama dengan penghalang serviks. Ia boleh mencegah daripada hamil bagi tempoh 48 jam dan dalam tempoh ini aktiviti seks boleh diulangi. Ia tidak digalakkan untuk digunakan lebih dari 48 jam kerana risiko kejadian sindrom kejutan toksik meningkat serta boleh menghasilkan bau dan lendiran (discaj) yang busuk. Dianggarkan sebanyak 9% kehamilan akan berlaku jika ia digunakan dengan konsisten dan betul.

8. Spermisida vagina (Vaginal Spermicides)
Ia dijual dalam bentuk krim, aerosol (foam), filem, pesari, supositori atau tablet. Ia mengandungi bahan kimia yang mampu membunuh, merencat pergerakan sperma dan mengurangkan keupayaan sperma bersenyawa dengan telur. Bagaimanapun, keberkesanannya mencegah kehamilan diragui kerana peratusan kegagalan agak tinggi. Oleh itu, ia mesti digunakan secara kombinasi dengan kaedah kontraseptif yang lain. Wanita yang memilih kaedah ini harus mengikut arahan penggunaan seperti yang tercatat di atas label. Spermisida hendaklah dibiarkan berada dalam faraj selama 6-8 jam (jangan basuh) selepas hubungan seks untuk memastikan semua sperma mati. Jika ia digunakan dengan cara yang betul dan konsisten, dianggarkan enam peratus daripada wanita yang menggunakannya akan hamil.

9. Kaedah semulajadi (Natural Family Planning)
Pasangan suami isteri yang memilih kaedah ini harus memastikan tempoh kesuburan wanita. Kaedah ini biasanya digunakan bagi pasangan yang tidak ingin mengambil apa-apa ubat. Pasangan yang memilih kaedah ini tidak boleh melakukan seks pada hari-hari yang dikatakan 'subur' (masa ovulasi). Kaedah ini menganggarkan perubahan mukus membran serviks dan suhu badan. Terdapat empat jenis kaedah; kalendar, suhu badan basah, kaedah mukus seviks dan kaedah simptomtermal.

10. Azal (Withdrawal)
Keberkesanan kaedah ini bergantung kepada keupayaan suami mengeluarkan kemaluannya dari faraj sebelum ejakulasi (pengeluaran air mani). Jika teknik ini diamalkan dengan betul dan konsisten, jumlah kehamilan dianggarkan sebanyak empat peratus.

Ketidaksuburan dan tiada haid akibat penyusuan (Lactational Amenorrhoea Method (LAM)
Wanita yang menyusu sepenuhnya boleh mencegah kehamilan sehingga enam bulan selepas bersalin jika haidnya masih belum dialami. Aktiviti penyusuan akan menekan proses ovulasi. Ia sangat berkesan jika digunakan dengan betul. Kaedah ini berfungsi dengan menghalang telur daripada dihasilkan oleh ovari. Jika penyusuan dihentikan atau wanita teleh mengalami haid semula, kaedah pencegahan hamil yang lain perlu digunakan.

11. Pembedahan (Surgical Sterilization)
Kaedah pemandulan ini dipilih hanya apabila pasangan suami isteri telah bersetuju untuk tidak mahu hamil dan mempunyai anak lagi. Kaedah ini dapat dilakukan ke atas suami ataupun isteri. Kaedah ini bukanlah kaedah yang sementara untuk mencegah hamil. Pembedahan akan menutup tiub yang menghasilkan sperma (lelaki) atau telur (wanita). Kaedah ini amat berkesan bagi mencegah kehamilan.

12. Kondom
Kondom diperbuat daripada sama ada getah, plastik atau membran semula jadi. Ia patut digunakan bersama-sama kaedah kontraseptif yang lain seperti spermisida. Penggunaan pelicin bersifat minyak harus dielakkan kerana ia boleh merosakkan kondom. Apabila ingin menggunakan kondom, hanya salah seorang daripada pasangan suami isteri yang boleh menggunaan kondom pada waktu melakukan hubungan seks. Kondom hanya boleh digunakan sekali sahaja dan tidak boleh digunakan semula. Dianggarkan sebanyak 3-5 peratus kehamilan akan berlaku jika ia digunakan dengan betul dan konsisten.

13. Menggelakkan daripada melakukan persetubuhan (Abstinence)
Pasangan yang memilih kaedah ini akan mengelakkan diri daripada melakukan persetubuhan. Ia memerlukan motivasi yang tinggi daripada kedua-dua belah pihak.

Keberkesanan kaedah kontraseptif
Keberkesanan dan kebolehpercayaan kaedah pencegah hamil yang digunakan banyak bergantung kepada motivasi dan tujuan penggunaan tersebut. Setiap kaedah kontraseptif mempunyai tahap keberkesanannya. Sudah pasti ia lebih baik berbanding dengan kaedah di mana pasangan suami isteri tidak mengamalkan sebarang kaedah. Yang penting, penggunaannya harus betul (seperti dalam arahan penggunaan) dan konsisten.

Dianggarkan bahawa 80 peratus wanita yang tidak mengamalkan sebarang kaedah kontraseptif akan hamil dalam setahun. Khidmat nasihat dan kaunseling harus diberikan kepada pasangan suami isteri yang ingin merancang kelahiran anak dan mencegah kehamilan. Pasangan suami isteri boleh mendapatkan khidmat tersebut dengan berjumpa doktor, ahli farmasi dan jururawat di hospital dan klinik kerajaan ataupun swasta

Sumber dipetik dari mengandung.com

Thursday, October 6, 2011

Daftar Haji

Salam Batik kepada semua pembaca X-presi! (Orang gomen hari khamis pakai batik..hehe)

Semalam saya ke Tabung Haji di Anjung, Parcel E, Putrajaya untuk buka akaun tabungan (simpanan) untuk si kecil Hadif. Sebenarnya dah lama niat nak buka akaun TH ni tertangguh dek kerana selalu ada masalah teknikal di Bank Rakyat untuk membuka akaun TH di sana. So, hari semalam saya decide untuk ke Anjung, terus pergi ke cawangan TH di sana.

Bila dah sampai sana, macam-macam soalan den dah ready nak tanya. First time masuk rasa macam agak janggal sebab terkebil-kebil seketui diri mentelaah setiap satu borang yang disediakan kat sudut hujung nun. Memang kat semua cawangan TH takde kaunter pertanyaan ke ek? Bukan apa, kalau muda-mudi yang baru nak berjinak-jinak dengan haji ni memang akan blur.com lah nak tanya macam-macam benda kan. 

Dah tengah duk isi borang permohonan akaun baru utk si kecil tu, tanpa segan silu mulut ni dengan ringan bertanya dengan akak sebelah,

"Kak, minta maaf..saya nak tanya..boleh ke buka akaun untuk kanak-kanak ye..?"

"Boleh je dik, ni akak pun tengah buka akaun untuk anak akak yang bongsu ni.."

"Oh, tapi ada tak terhad kepada mana-mana lingkungan umur..?"

"Takde dik, jangan risau..ni anak akak yang bongsu baru 10 bulan.."

"Owh yeke..sebab bukan apa..saya baca kat depan ni kalau nak join Kelab Taha kena berumur bermula 7 -17 tahun..maybe utk join kelab tu je kot.."

Okay dah sambil sembang-sembang dengan akak tu, saya terkebil-kebil lagi mencari borang untuk potongan gaji. Dah sekung my husband duk beleber sebab dah lama tangguh untuk potongan gaji bagi simpanan TH ni, baiklah alang-alang tu saya buat sekali kan..

Bila tiba giliran saya, kemain eksaited pergi ke kaunter 2. Macam-macam benda nak tanya,

"Puan, saya nak tanya..kena ada berapa RM ye dalam simpanan TH untuk kita layak ke menunaikan haji nanti ye?"

"Okay, dalam simpanan perlu ada RM1,300 sahaja dan jumlah wang tersebut akan dibekukan setelah puan sah berdaftar haji. Puan dah daftar haji ke?"

Sekali lagi aku blur.com..ekkk..?????

"Saya dah memang ada akaun simpanan TH, kena daftar jugak ke?"

"Eh..puan dah salah faham ni..puan perlu juga berdaftar haji walaupun telah mempunyai akaun tau.."

"Ya Allah..yeke..seyes tak tau menahu pasal ni..(benaknye aku)..Kalau saya daftar sekarang, agak-agak berapa tahun lagi saya layak ke haji ye? "

 (saje je tanya walaupun aku rasa macam ilmu didada sangatlah tak layak pegi lagi..huhu)

"Lagi 31 tahun, puan..jumlah tahun akan semakin hari semakin meningkat. kalau hari ini dah cukup 26,000 orang mendaftar untuk satu tahun, makanya hari esok dah naik setahun..kira lagi 32 tahun lagi la..begitulah hari-hari yang berikutnya..

HAAAAAA....Apekahhh??? krepot la aku nanti...

"Okay, lah..kalau macam tu saya kena balik bincang dengan my husband pasal ni..saya pasti husband pun tak tau pasal ni..Ha lagi satu puan, berapa dividen sekarang ye, puan?"

(banyak nau soklan hang kemn)

"Sekarang dah tak banyak macam dulu. hanya 5 -5.5% je..Dividen ni start turun masa gawat tahun 2000 dulu..So, sekarang ni lebih kurang macam tu je la.."

"Owh, okay je kot pada saya..selain dari ASB, rasanya TH je kot yang dapat dividen kalau menyimpan.."

***************

Balik je rumah terus discuss dengan husband pasal ni. So, dah buat keputusan untuk daftar haji sama-sama termasuklah untuk sikecil Hadif tu. Tak salah mendaftar awal sebab boleh tangguh kalau belum bersedia nak ke sana..

So, bagi korang yang belum mendaftar haji (hanya ditujukan kepada saudara seIslam), apa lagi..jom kita daftar haji!!

M2 Special Edition

The M2 Edition will have all the equipment that’s standard on the Advanced Version, including the 5-inch touchscreen LCD entertainment system with GPS and bodykit.

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) akan mengeluarkan model edisi khas Perodua Alza yang akan dikenali sebagai Perodua Alza M2 Special Edition. Terhad hanya kepada 500 unit, model itu akan dilancarkan seawal Mei tahun ini.


Menurut PERODUA, model edisi khas Alza itu akan menampilkan perincian dan kemasan lebih mewah dan eksklusif. Perodua Alza M2 Special Edition dikeluarkan sempena memperingati jasa dan sumbangan besar bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap penubuhan PERODUA.

Antara ciri-ciri eksklusif dan mewah yang bakal ditampilkan terhadap model itu ialah ia akan diperkemaskan dengan perincian tambahan seperti jahitan baru pada tempat duduk, dikeluarkan dalam satu warna saja iaitu ‘midnight blue’ yang anggun, dan nama M2 Special Edition pula akan tertera pada emblem di bahagian belakang dan pada tempat duduk.

Harga sebenar model itu masih belum ditetapkan namun Pegarah Urusannya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata yang ianya akan berasaskan kepada harga Alza Advance Version. Harga pasaran Alza Advance Version ialah RM69,900.00 seunit. Tambah beliau lagi, harga sebenar akan diumumkan dalam tempoh dua minggu lagi.

Menariknya model Alza edisi khas M2 Special Edition itu ialah PERODUA akan menyumbang sebanyak RM1,000.00 daripada setiap unit yang dijual, atau RM500,000.00 daripada jualan keseluruhan 500 unit model itu kepada Yayasan Kepimpinan Perdana bagi menyokong usaha murni diperjuangkan yayasan berkenaan.

Kepada yang berminat untuk memiliki sebuah Alza M2 Special Edition, tunggu hari pelancarannya pada Mei 2011 nanti. Namun dijangkakan tempahan awal sudah boleh dibuat di mana-mana pusat pengedar kenderaan PERODUA di seluruh negara dalam masa terdekat.

Sumber : Berita Harian

****************

Ada lagi ke ek? Oh biru itu best! =) 

Tuesday, October 4, 2011

Jus Tok Guru as a supplementary for my baby...

Salam to all my dear readers!

Seperti yang dijanjikan pada entri semalam, hari ini saya nak kongsikan kepada anda terutamanya kepada para-para ibu atau bakal ibu atau sesiapa sajelah yang ingin tahu mengenai produk minuman Jus Tok Guru ini. 

Kepada korang yang mengikuti perkembangan my baby yang untill now still not so well due to infected selsema and very bad cough di rumah pengasuh tu, korang akan tau la betapa terduganya kami nak tengok my baby kembali sihat walafiat seperti sedia kala. Kesian sangat tengok dia sebab every night tidurnya akan terganggu dengan batuk yang sangatlah teruk tu. 

According to the Paed's, kalau this week (dah masuk 2 bulan) batuk dia still not break, he will uses an inhaler / puffer. This thing is the main treatment for asthma. Dah 3 round ubat which is ada 5 jenis ubat yang  perlum diminum setiap kali round tu dahpun habis diminum oleh my baby. Tapi semuanya tak menunjukkan tanda-tanda berkurangan. So, this kind of things lah merupakan jalan terakhir yang perlu digunakan untuk mengurangkan batuk dia tu..Berat hati nak tengok anak menyedut benda alah tu,. =(

Okay, selain daripada mengamalkan minum Scott Emulsion, me and husband decide untuk memberi minuman Jus Tok Guru ini to our lil ones tu..Last week, bila my husband duk sembang dengan kawan-kawan dia pasal ni, ada lah salah sorang kawan dia recommend untuk cuba Jus Tok Guru ni. 

Katanya jus ini juga boleh menguhalang daripada jangkitan. Jus ini merupakan gabungan makanan sunnah yang telah disebut di dalam al-Quran dan Hadith. Salah satu khasiat jus ini adalah memelihara kesihatan tubuh badan dan juga dapat mengatasi masalah kesihatan. Kalau korang pernah baca entri saya mengenai Tips Pemakanan Sihat Untuk Minda Anak, terdapat banyak makanan yang saya maksudkan itu terkandung di dalam Jus Tok Guru ini.

Untuk maklumat lanjut korang boleh baca kat bawah ni.


Jus ini ada 3 perisa iaitu perisa Roselle, Anggur dan Strawberi. Saya belikan Hadif perisa Roselle macam rasa sirap la..Seyes Hadif memang suka sangat jus ni. Kalau dah bagi se sudu kecik tu, lepas tu mesti dia nangis nak mintak lagi..huhu..Rasa dia manis macam madu campur kurma gitu.

So sekarang, Hadif dah ada 2 makanan tambahan. Kalau di rumah pengasuh dia akan minum Scott Emulsion, di rumah pula saya akan suapkan Jus Tok Guru ini. Mudah-mudahan my baby cepat-cepat sembuh dan akan jadi seorang anak yang bijak!! Insyallah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...