Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Tuesday, January 31, 2012

Sentuhan solekan yang menarik. Apa tips nya?

Salam,

Selain daripada dekorasi atau menghias rumah, hari ini saya nak share dengan korang mengenai satu lagi minat saya iaitu "make up". Make up atau dalam bahasanya dipanggil solekan sememangnya tidak lari jauh dengan kaum wanita. Ya saya akui ada juga wanita diluar sana yang tidak suka mengenakan solekan, lebih selesa dengan wajah polos yang lebih natural kan? Terpulang kepada individu lah ya. Entri ini sedikit pun tidak memaksa anda untuk bermekap..hehe


Rasanya ini adalah entri pertama saya kongsikan mengenai minat saya ini. Saya mula berjinak-jinak dengan make up ni lepas habis SPM, time skolah dulu tengok muka sendiri pun nak termuntah asik hitam sunburn memanjang duk perabis masa di padang netball..So, lepas habis skolah tu memang saya mula slow-slow touch up skit-skit..


Bila dah masuk U, saya akan pakai make up tiap kali ke kuliah. Saya tau ramai yang pandang sinis dengan saya sebab suka sangat ber make up. Tapi semua tu tak menjadi penghalang kot untuk saya terus explore dengan dunia solekan ni. Saya lagi suka bila share dengan kawan-kawan macam mana nak make up dengan betul. Lama kelamaan, rasa seronok tengok kawan-kawan lain dah pandai mengenakan solekan skit-skit ni. Yang paling best, bila tiba je hujung semester mesti ada Annual Dinner kan..Time tu lah yang paling seronok sebab tengok kawan-kawan semuanya ayu dan jelita..hehe


Practice make perfect! Macam mana kita nak pandai make up kalau kita tak pakai hari-hari kan? Bila dah selalu pakai make up ni, 10 minit pun dah boleh siap ke ofis. Tapi, jangan lupa pulak ada benda-benda lain yang perlu kita pakai sebelum kita mengenakan make up ini. Please, jangan malas. Walau apa cara sekalipun, korang kena jugak pakai 2 benda alah ni before korang make up ok! 


Toner dan Moisturizer. Toner berperanan untuk menutup liang-liang roma kita untuk mengelakkan daripada bahan solekan tersebut meresap terus ke dalam kulit kita. Moisturizer pulak berperanan untuk melembapkan kulit kita sebelum wajah kita dirias dengan pelbagai jenis kosmetik seperti foundation, eyeshadow, blusher dan sebagainya. Kalau kita tak pakai 2 benda ni, alamatnya kulit kita akan cepat sensitif dan solekan juga akan nampak kurang menarik.


Banyak sebenarnya nak share dengan korang mengenai tips penjagaan muka. Walaupun muka ku tidaklah flawless menggebu, tapi alhamdulilllah setakat ini saya tidak mengalami masalah kulit kecuali kes tersilap pakai produk..hehehe


Bagi mereka yang diluar sana yang baru nak berjinak-jinak nak bermekap ni, saya sarankan supaya anda tidaklah menghabiskan sejumlah modal yang banyak semata-mata untuk kelihatan cantik bermekap. Sebenarnya, kalau kita tahu teknik yang betul untuk bermekap, dengan menggunakan produk yang tidak terlalu mahal pun boleh menampakkan anda seperti memakai produk yang mahal tau. 


Minat semata-mata tidak memadai dalam usaha untuk kita perbaiki hasil solekan. Ia sudah tentu perlu disusuli dengan ilmu kan. Disebabkan obses saya terhadap solekan ini, bila cuti semester umi tak keberatan menghantar saya ke kelas solekan. So, dapatlah banyak ilmu-ilmu baru tentang mekap ni! =)


Cubaan yang pertama, apa kata singgah je di Elianto. Beli eyeshadow warna based seperti coklat dan blusher warna peach. Cuba pakai 2 benda tu dulu. Nanti saya kongsikan kepada anda bagaimana nak pakaikan eyeshadow yang dapat memberi effect mata yang bulat, dan teknik penggunaan blusher yang boleh menguruskan tulang pipi kita,..Stay tuned!!


Gambar dibawah merupakan sentuhan solekan daripada saya semasa Majlis Pertunangan adik sepupu, Simaa di Kuantan, Pahang. Simaa ni muka dia tak susah nak mekap sebab licin halus mulus je. Saya lebih tekankan kepada solekan mata sebab mata dia kecik comel je. Saya gabungkan 2 jenis solekan mata iatu soket dan smokey eyes..Harap Simaa berpuas hati la ye.. =)

BEFORE



 AFTER




pssssstttttt...kalau nak tau my bestie partner, Manis pun pandai bermekap tau..Dia memang amik tempahan untuk Majlis Bertunang, Bersanding, Malam Berinai dan sebagainya..Nanti saya buat spesel entri hasil solekan Manis pulak ye..Tapi sebelum tu, korang boleh layari PopScarf kalau nak tau hasil solekan kami berdua. Masing-masing mekap muka masing-masing..Jimattttt..!! hehe

Monday, January 30, 2012

Alhamdulillah...Rumahku dah siap dan selamat diduduki..

Salam to all my dear readers!

Mintak maaf banyak sangat sebab dah lama kot tak menghapdet belog. Last week saya balik kampung husband, atuk husband telah kembali ke rahmatullah. So, terpaksa la amik EL 3 hari sampai lah hari Jumaat. Then terus shoot balik ke Kuantan sebab esoknya nak kena attend Majlis Pertunangan adik sepupu ku. Memang kena balik la sebab saya kena jadik makandam nye..huhu.. (nanti i upload pic dia hasil sentuhan saye ye..)


Okay, berbalik kepada tajuk entri diatas..just nak share dengan korang yang rumah kami di Tiara Heights telahpun siap sepenuhnya dan selamat untuk diduduki. Sekarang kitorang tengah tunggu CF je, then dah boleh berkira-kira nak buat apa yang patut skit before kitorang masuk rumah tu. 


Last 2weeks, saya dan husband bawak my parents melawat rumah.. Dah tau dah rumah kitorang nombor berapa!! Best, sebab nombor tu ada kaitan dengan saya dan husband jugak!! hehe..Sebelum ni geran hanya tulis no. lot sahaja. Bila tengok rumah sendiri, baru la tau berapa nombornya. Semua dah siap, playground, badminton court, jalan raya kecuali surau belum dibina lagi. Tapak dah ada, cuma nak tunggu dibina je then perumahan kami sudah lengkap dengan kemudahan awam..

Kebetulan masa datang tu, pagar rumah kami tak berkunci, so boleh la intai-intai dari luar pintu dan tingkap kedaaan di dalam rumah kami tu.. Bukan apa, saja nak cari ilham dekorasi..Tak sabar nak deko-deko ni, idea dah ada..tinggal nak implement je..Tapi before nak deko-deko ni, kena makesure grill siap dipasang, kitchen kabinet pun sama, lampu kipas pun sama..Nak kena tengok balik Checklist yang saya buat hari tu..


Tapi itulah, kitorang tak sure lagi bila nak pindah ke TH ni. Kalau ikutkan kemungkinan besar saya akan menjalani kursus 6 bulan yang akan bermula bulan Jun ini. Tapi ada pulak yang cakap bulan April..itu yang merungsingkan kami..Kalau saya kursus bulan 4 ini, alamatnya lepas habis kursus la baru boleh nak berpindah-randah..sob..sob..sob..






Wednesday, January 18, 2012

Jom Join 1st GIVEAWAY from PopScarf!

Salam to all my dear readers!!!
Seperti yang dijanjikan, GiveAway pertama daripada PopScarf telah bermula!!! Sempena promosi pembukaan dan pelancaran PopScarf pada bulan Januari ini, kami akan berikan 3 Giveaway (GA) kepada 3 fans bertuah. 
Dengan syarat yang sangat mudah, 
1.  Letak tajuk entri seperti di atas (Jom Join 1st GIVEAWAY from PopScarf!)
2. Follow blog PopScarf. (KLIK SINI)
2. LIKE dan SHARE (to public) fanpage kami dan berikan serba sedikit komen/promosi/cadangan mengenai PopScarf. (KLIK SINI)
3. Tag kepada 3 orang rakan.


Mudahkan? Jadi tunggu apa lagi, Jom Join 1st GIVEAWAY from PopScarf!, anda mungkin menjadi 3 fans bertuah yang akan membawa pulang 3 Selendang Zulaikha secara PERCUMA!!!

GA bermula pada hari ini 18 Januari - 18 Februari 2012. Selamat Mencuba!
 p/s: Jangan lupa tinggalkan komen dan link anda di entri PopScarf!!!

Tuesday, January 17, 2012

Hadif dah ada akaun ASB!!!

Salam to all,

Dah lama tak story mory pasal budak bertuah ni kan..Now, he is 11 months old already..Cepat sangat masa berlalu dah nak setahun anak ummi ni..Tak payah nak cerita la pasal kelasakannya sekarang, setiap hari ada je benda baru yang dia explore..

Entri hari ini saya nak berkongsi kepada anda semua mengenai Amanah Saham Bumiputera ataupun singkatannya ASB. Saya pasti boleh dikatakan majoriti daripada kita telahpun mempunyai Akaun ASB ini kan? 

Kalau diikutkan, sebelum ini kanak-kanak hanya layak memegang Akaun Amanah Saham Didik (ASD) sahaja. Disebabkan ASD telah mula dibekukan sejak tahun 2009, mereka telah membuka peluang untuk kita membuka akaun kanak-kanak melalui ASB, dengan syarat maksimum pelaburan sejumlah RM10,000 sahaja. 

Pandangan saya, tak kisah la berapa pun maksimum tu. Yang penting kita perlu bijak melabur untuk masa depan anak kita. Betul tak?

So, untuk para-para ibu dan ayah yang berminat untuk membuka akaun ASB untuk anak-anak, hanya syarat yang mudah. Bawa SIJIL KELAHIRAN (asal dan salinan) serta SALINAN KAD PENGENALAN PENJAGA serta minimum RM10.00, anak anda sudah layak memiliki akaun ASB ini.

Cepat-cepat daftar ye, bukan apa..mana la tau satu hari nanti dibekukan pulak ASB ni..

Akaun remaja? remaja dah anak aku ni...hihi

Selain daripada ASB, Hadif telah saya daftarkan SSPN, Bank Rakyat dan Tabung Haji. Korang boleh share kat mana lagi nak melabur untuk masa depan anak-anak?

Monday, January 16, 2012

Macam Goreng Pisang Panassss..PopScarf kini dibuka!!!

Salam to all my dear readers!!...

Jemput singgah my new blogshop..We are launching our first collection now!! Come, grab it one or any item u are interested in..Do support me!! =)

ZULAIKHA | PLAIN

ZULAIKHA | CORAK

ZULAIKHA | DOUBLE LAYER
Banyak lagi warna dan corak yang menarik di POPSCARF. Cepat dapatkannya sekarang. Sementara stok masih ada!!!!!!!

Happy Shopping my dear PopScarflets!

Jangan lupa pukul 1 petang ini!!!

Salam to all my dear readers!

Jangan lupa ke website PopScarf untuk dapatkan keluaran pertama kami di sana. Dengan syarat yang sangat mudah, Like fanpage PopScarf dan jadi follower kami, 5 pembeli bertuah akan dipilih untuk menikmati potongan 10% bagi setiap pembelian dalam 1 invois. Anda mungkin salah seorang daripada nya!!!

Jualan akan bermula pada hari ini jam 1.00 petang. Untuk Volume 1, hanya 40 helai shawl yang akan ditawarkan kepada anda!!!

Saturday, January 14, 2012

Our new blogshop!!! Follow us @ PopScarf !!!!

Klik gambar untuk ke blog PopScarf

PopScarf is inspired by our dreams and passion for style. Founded on December 2011, the idea for an online blogshop sparks in the midst of lunch and our enthusiasm finally made it a reality.

PopScarf takes customer satisfaction very seriously and every comments from our customers are welcomed to further improve our services and fulfills your expectation.

So, feel free to browse and shop & don’t forget to follow us at PopScarf  and likes us on Facebook!

Stay tuned!


With love,
Kemn & Manis

Thursday, January 12, 2012

Demi Seorang Anak, akanku gagahkan jua....

Helo..helo..

Dah lama tak cerita aktiviti-aktiviti seharian bersama keluarga tercinta kann..Minta maaf banyak-banyak sangat sebab lately ni too busy dengan persiapan pembukaan blogshop saya and my partner, Mahanis (u can call her Manis..mmg manis orangnya..hehehe)

Okay, permulaan tahun baru ni dimulakan dengan sesuatu yang sangatlah jauh dari diri saya sebenarnya..Kalau tang nak buat ni, tak tau la kemain liat lagi nak mulanya. Biaselah kan, benda baik ni payah nau nak melekat dijiwa, kalau benda tak elok cepat je engko Kemn..hehehe..

Sebagai seorang ibu yang akan melihat anaknya membesar di depan mata, banyak perkara yang terlintas difikiran saya untuk diamalkan demi melihat anak yang kita lahirkan itu akan menjadi seorang yang berguna satu hari nanti.

Mungkin ramai ibu-ibu diluar sana bersependapat dengan saya bahawasanya, untuk menyuruh anak melakukan sesuatu, eloklah sekiranya kita yang mulai dahulu. Kecekapan anak lebih tinggi melihat atau meniru gelagat ibu atau ayahnya berbanding jika kita menyuruhnya melakukan sesuatu dengan menggunakan sesuatu medium.

Sebagai contoh terdekat, dari sudut pemakanan. Kalau kita mak ayah ni tak suka makan sayur, anak akan ikut untuk menolak makanan seperti itu. Tak payah bagi contoh orang lain, saya sendiri sedang melaluinya..Disebabkan obsesi saya pada keropok, naahhhhhhhhh sekarang budah kecik tu memang addict sangat dengan keropok macam ummi dia..grrrrrrr..kalau bagi makanan lain, siap boleh intai pulak tu bekas kopok kat dapur..Lepas ni nak kena tukar bekas la rasanya, sebab dia dah boleh cam dah mana satu bekas simpan kopok tu..hihihi..

Okay, berbalik kepada cerita..Apa yang saya cuba sampaikan disini adalah bekalan ilmu duniawi dan ukhrawi. Bagaimana nak tanamkan rasa cinta kedua-dua ilmu ini dalam diri anak kita? Sama seperti konsep yang saya maksudkan tadi. Kita amal dulu, anak ikut kendian..

Amalan membaca. Fuhhhhh!!! Ha, benda alah ni yang buat aku alahan sebenarnya...hehehe..maklumlah, saya ni bukan jiwa ilmiah..terus terang kat sini saya bagitau..kalau nak suruh baca novel Melayu pun amik masa berbulan-bulan hingga la bertahun untuk khatamkan satu buku tu, ini pulak nak baca Englishhhh...huahuahuaaaa..

Tetapi, seperti tajuk entri di atas..demi seorang anak, akanku gagahkan jua..Lain pulak dengan daddy Hadif. Si daddy nya memang tabiat dari kecik memang suka membaca (saya syak dia ni dalama kelas macam mamat skema duk pegang buku 24 jam..hehe..).Dia ni pulak spesies yang pantang jumpa surat khabar..Kalau paper hari semalam dia tak khatam lagik, boleh pulak ye dia sambung baca hari ni. Memang dahsyat kalau tengok dia membaca, dengan iklan tender, iklan warehouse bagai tu semua dia tibai baca..Sebab tu general knowledge dia power. Sebut jela pasal apa, mesti dia tau..Sampai ex-wife Jimmy Shanley amik dadah pun dia tau ye..

Sekarang ni dia macam slow sikit, tapi dulu masa mula-mula kawin..Ya Tuhan, kemaruk sangat tengok laki aku membaca..Balik keja, baca paper..tengah makan, baca paper..sebelum tido, baca paper..bangun tido pun baca paper..habis aku, nak buat ape??tercegat je ?? Kadang-kadang tu kat mana port dia baca paper tu, kat situ lah dia tido sampai la ke pagi..Pernah dia tido bersama newspaper kesayangan tu kat tepi rak kasut..Gasak tak payah kejut, buat hangin je..bukan dia sedar pun..Kazen dia pernah cerita, punye kemaruk membaca surat khabar...sampai surat khabar yang alas makanan tu pun dia baca tau!


So, untuk mewujudkan keseimbangan dan keharmonian dalam mendidik anakku itu, tahun ini aku tekad untuk menambahkan azam baru iaitu MEMBACA..Memang dari dulu lagi suka membaca sebenarnya, tapi baca majalah..hehe..Anjung Seri, Apartmen, Impiana, Mingguan Wanita, bla..bla..bla...Makanya, aku menyahut cabaran sang suami untuk mula membaca buku omputeh..Untuk tidak mengambil risiko, (ya risiko disini bermaksud hangat-hangat tahik hayam..hehehe), saya mulakan bacaaan dengan hasil penulisan Sophie Kinsella iaitu Confessions of a Shopaholic..tertinggal keretapi aku kan? haha

Setakat minggu ini, nampak macam ada improvement dengan helaian halaman yang bergerak..Walaupun agak sibuk minggu ni, tapi saya akan membaca sebelum tidur..Tapi faham-faham je la kalau sebelum tidur tu macam mana..Kengkadang tengah membaca tu, boleh aku terfikir..macam mana lah orang lain boleh kusyuk kemain sanggup tak tidur sampai pagi, in fact ada yang seminggu tak tidur dek kerana penangan membaca novel ni..Aku?? 5 minit je berjaya..pastu...ZZzzzzZZZzzzzzZZZ..

Takpe, niat membetulkan cara..repeat lagi sekali tajuk entri tu..Insyallah..pasti boleh!



Setakat ni citer dia best..lepas selak satu lai, nak selak lagi, dan lagi..
p/s: Buku yang kena buat Review yang wajib kena buat tu pun aku tak khatam habis..illustrasi menarik pulak tu..camne la nasib buku-buku ni nanti,...Korang pernah baca Our Iceberg is Melting?? Best tau, tapi nak buat macam mana kalau dah alahannnnn.... =P

STOCK CLEARANCE SALES!! Telekung | Kids and Babies Stuffs|

Helo helo helo and Salam to all my dear readers!



Hari ini saya ada special promotion untuk korang semua especially for mommies la kann..Actually, saya tak jual semua ni tau..Just tolong my sister in law untuk jualkan barang-barang dia yang nak di clear kan..So, apa tunggu lagi..Jom shopping...Sape cepat, dia dapat!! 

HAPPY SHOPPING!!!


















Kids Telekung

 N2 |Kain cotton biasa, kain bergetah
Standard Size Young Girl (age / length from chin / price):
Year 4-6 / ~ 21 inch (unstocked)
Year 7-9 / ~ 25 inch | RM30 only (stock available)
Year 10-12 / ~ 29 inch | RM35 only (stock available)

Q2 | Pink 
(kualiti lagi bagus dari N2)

Available size: Year 7 - 9 (RM45 only)

 Q2 | Purple
(kualiti lagi bagus dari N2)

Available size: 10 - 12 years (RM50 only)


Baby Gift Bag

3 for RM3 only

Buzz-LSPJ_Sleepwear

5 years - RM25 only

Fridge Magnet

RM5 only

Campbell Storybook


RM10 only

Garden Frog

RM28 only


Intereseted?? 3 Simple Step to order:

1 - Listkan kod barang & order by emailing to : yusniza14@gmail.com or SMS ~ 016-3304302. Any enquiries also alre welcome.

2- Buat bayaran melalui Maybank (164276506140) atau CIMB (12610000192106) dan email / SMS bukti pembayaran kepada kami.

3- Penghantaran dilakukan pada hari Isnin dan Khamis sahaja .Untuk memudahkan proses penghantaran sila berikan butiran berikut:

Nama
Alamat Penghantaran
No. Telefon


Korang juga boleh intai-intai barang-barang lain yang dijual oleh my SIL di blogshop beliau disini:


http://telekungnajwa.blogspot.com

http://nanadamkidzcollection.blogspot.com/


HAPPY SHOPPING!!!!


p/s:
Our new blogshop will be launching soon..
VOLUME 1 : 40 pcs only.
''first come first serve basis''.
grab it on this coming 16 January!!

"A Touch of Style"
(Kemn &  Manis)

Wednesday, January 11, 2012

Attention to all !!!!!!!!!

Dear my lovely hijabi friends, pleased be inform that my own blogshop will be launched very very soon!! For those who are addicted to online shopping, this would be the best place for you to shop!! Do not miss our 1st volume!! Happy Shopping and 
Stay tuned!!!! 


"A Touch of Style"
[Kemn n partner, Manis]

Friday, January 6, 2012

SOLD OUT : Slimax White Cafe plus Habbatus Sawda

Salam,

Berikutan daripada promosi yang saya tawarkan di ENTRI INI, tak sampai tengah hari tadi dah habis licin! Terima kasih kepada 5 orang terawal yang membeli produk ini especially to my first customer, Mai..Tak sampai seminit pun lepas i post entry tu, terus you confirm nak beli..Thanks jugak kepada yang lain..


For those yang sms saya tadi, saya minta maaf banyak-banyak..Promosi ini hanya untuk 5 orang terawal sahaja. Memandangkan promosi yang saya buat ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan, insyallah saya akan buat lagi di lain masa..Just keep reading my blog ya!! =)



Thanks again!!

Jualan Penghabisan Stok - Buy 2 free 1!!!!

Helo and salam to all my dear readers!!

Okay, untuk pembuka tirai tahun 2012 ini, saya ada offer baik punye untuk korang yang berminat nak membeli atau mencuba Slimax White Cafe plus Habbatus Sawda, produk minuman herba berasaskan kopi keluaran Salinaz Herbs. Saya nak ambil stok baru untuk tahun 2012 ni, tapi sebelum tu saya nak habiskan dulu stok tahun lepas yang tinggal beberapa kotak je lagi. Dun worry, walaupun ia stok tahun lepas tapi masih boleh digunakan sehingga tahun 2013.


Kalau korang nak beli sekotak pun boleh, harga RM39.90. Tapi lebih untung kalau beli 2 kotak, saya akan bagi percuma sekotak lagi!! Korang boleh dapat 3 kotak Slimax Cafe plus Habbatus Sawda ni hanya dengan harga RM80 termasuk kos penghantaran!!!!


Produk minuman herba berasaskan kopi ini ternyata telah memberi kesan kepada sesiapa yang pernah mencubanya. Berikut saya kongsikan beberapa maklumbalas daripada pengguna produk ini;

  1. Sakit bahagian belakang yang dialami sebelum ini telah hilang setelah mengamalkan minum Slimax dalam beberapa hari sahaja.
  2. Tiada lagi lenguh-lenguh badan
  3. Perut sentiasa berasa kenyang walaupun tidak mengambil makan malam
  4. Period sudah kembali teratur 
  5. Bagi ibu yang bf, air susu bertambah banyak (milk booster)
  6. Lebih bertenaga


Kalau korang amalkan minuman ini dengan berterusan, kulit korang pun akan lebih berseri kerana ia juga mengandungi campuran kolagen yang membantu menyihatkan kulit dari dalam..Sekarang, saya sendiri dapat merasainya...

tolong maafkan eyebag yang berbeg-beg tu..



Okay, apa tunggu lagi...nak order? Boleh hantarkan nama, alamat dan no. tel anda melalui emel dan hantarkan ke kemn5885@gmail.com ataupun SMS di talian 012-2243815. Cepat-cepat dapatkan sementara stok masih ada!!!!



Untuk maklumat lanjut mengenai produk minuman ini, korang boleh baca testimonial daripada beberapa customer saya di SINI.

Thursday, January 5, 2012

Berhantu sungguh mi calong mokcik ni!!!

Hye all!!!

Entri hari ini masih lagi berkisarkan cerita ceritera di kampung halamanku. Biasa lah awal-awal pembukaan tahun ni mood bekerja masih lagi suam-suam kuku walaupun aku tak habis-habis duk laung-laungkan semangat baru masuk tahun baru ni..hikhik..

Kalau korang pernah baca entri saya yang INI, tau lah korang ape itu mi calong. Ye, sambil menaip entri ni pun masih terkecur air liur den duk mengenang-ngenangkan betapa ohsem nya kesedapan mi calong kat rumah aku ni. Entahla, rasa macam simple yang amat je mi calong ni tapi aku tak tau la rasa macam dah terkena sumpahan pantai je. Nape pantai nye tetibang? Kalau korang nak tau, kedai mi calong febret aku sekeluarga terletaknya di Pantai Pelindung.

Kalau korang nak try rasa betapa hebakkk nya rasa mi calong, makanan tradisi ni ada sekitar Beserah > Balok > Cherating > Kemaman. Tapi kalau ikutkan asalnya from Beserah. 

Berbalik kepada cerita mi calong mokcik pantai (ni nama unofficial kitorang bagi). Simple sangat nak buat makanan ni, tapi saya rasa buat sendiri tak se best makan di warung mok cik sambil layan angin sepoi-sepoi, tapi bila monsun gasakla melayan angin kencang tak hengat diselangi pulak dengan deruan ombak rindu di petang yang hening..hihi..Kalau hari tu bertuah, dapat la tengok aktiviti nelayan naik ke laut bawak hasil tangkapan ikan yang still fresh lagik. Nak beli terus kat situ pun boleh..

Sekarang ni tengah angin monsun, memang air laut dekat je ngan warung mokcik. Kesian jugak tengok keadaan warung mokcik ni separuh dahpun ditelan ombak rindu (nok jugok rindu tu..haha). Sambil menghirup kuah mi calong tu, boleh la cuci-cuci mata tengok abang-abang sunburn men surfing kan diri. Aku nak dekat ngan gigi laut pun dah seram seriau nengok kemain tinggi ombak tu menelan abang sunburn..kejap tenggelam..kejap timbul..tengok dari warung mokcik pun jadik la..perut pun kenyanggg..

Ada jugak sekumpulan anak-anak kecil yang duk main layang-layang kat sini. Eh, pendek kata memang best lah. Walaupun warung mokcik tidaklah se gah mana, tapi jangan tak tau dek kerana mi calong dia yang berhantu ni pukul 5 petang dah licin. Biasenye kitorang la yang jadik penutup kedai ni sebab sekali datang serang dah 7 8 orang..Itu belum citer nak tapau lagik..Seyes, warung mokcik memang terbaik!! Orang datang tak putus-putus nak-nak time weekend. Kalau abah saya ni, mokcik dah kenal sangat dah. Yela, lepas habis buat dialisis mesti dia ajak ummi pegi pekena mi calong sepammm...Abah ni kire macam salah satu pelabur terbesar dalam warung mokcik pantai ni..wakakaka

Dah mengarut panjang benau dah ni..marilah nak perkenalkan pada korang yang tak tau..Mi Calong Mokcik Pata (pantai..sound ganu sikettttt)

Ni mi calong telur. Kalau special dia tambah ayam. Dalam tu ada tauhu sumbat ikan, bebola keropok ikan. Musim tengkujuh ni ikan tak banyak, so mokcik ganti ngan bebola n tauhu segera je, kalau tak sume dia buat sendiri..tapi laku semacanggggg...!!
Ha, kalau takde benda ni memang tak power la mi calong tu..Ini lah mantera mokcik ni..hehehe..dalam botol merah tu sambal merah, campur skit dengan lada sulah, kicap masin and lada jeruk..pehhhhhhh...telan dah air liur ni!
Nengok menu warung mokcik oldskool giler..tapi ade aku kesah? yang penting kenyang perut suke hati..hehe
Ni bukan angin sepoi-sepoi dahh..kuat gile angin tapi itu tidak mematahkan semangat saya untuk menghirup mi calong hingga ke titisan terkahir..kuang..kuangg..kuangggg

Separuh daripada warung mokcik yang telah hilang ditelan ombak rinduuu..
kenyang perut..balik dengan perasaan yang sungguh gembira dengan harapan esok masih ada untuk aku repeat makan mi calong mokcik ni..lalalalala






psstttttttttt....Korang jangan pandang lekeh dengan warung mokcik  ni, banyak dah retis-retis datang buat penggambaran kat warung mokcik tawwww!!! Zizan, Johan, Rosyam Nor pun pernah datang tau!! Lepas ni maybe Aaron Aziz pulak datang buat penggambaran Ombak Rindu II..(tipu jerr)..hehehe

Okay, habis dah!



Wednesday, January 4, 2012

My first entry in 2012!

Hye and salam to all my dear gorjes ensem readers!


Today, baru la saya sempat nak update blog yang agak lama diam membisu ni. Fyi, kat rumah memang jarang sangat online disebabkan tersangatlah sukar nak meng online kan diri bila itu budak kicik sama duk sibuk nak online..huhu..


Actually weekend lepas husband ajak balik kampung dia di Kelantan sebab nak melawat atuknya (Tok Ayoh) sakit. Tapi last minit terpaksa la bertukar plan disebabkan my baby sekali lagi diserang measles. This time memang paling worst sebab 4 hari 4 malam dia demam panas. Suhu badan dia up to 39 degree! Seyes memang panas sangat. Tak payah cakap la dia punya merengek memang kesian sangat tengok dia.


My husband tinggalkan kami dua beranak di Kuantan and dia balik dengan adik dan sepupu dia satu kereta ke Kelate. So, memang sangat menduga la bila jaga anak tak sihat ni sensorang diri tanpa suami disisi. Nasib baik lah balik Kuantan, ada ummi and abah and adik beradik yang lain boleh tengokkan dia jugak.


This time measles dia memang naik banyak. Habis keluar semua satu badan berbintik-bintik merah. Saya dah tak tau nak buat macam mana lagi nak turunkan suhu badan dia. Masuk ubat ikut punggung pun suhu badan still tak turun lagi. Last, bawak pegi specialist kat KSH. Doc just bagi antibiotik, according to the doc my baby kalau ikutkan suhu badan dia memang dah kena admit tapi sebab dia aktif cergas semacam, doc suruh saya pantau di rumah je. Alhamdulillah lepas minum antibiotik tu, demam dia berkurang. Kat rumah pulak, saya bagi dia minum air kelapa. Haaaaa...lepas tu yang keluar banyak campak dia tu..Badan dia pun dah sejuk, alhamdulillah syukur sangat-sangat!


budak bertuah ni memang pecah rekod tak usik towel basah atas kepala dia tu..maybe sebab dia rasa panas sangat kepala dia tu yg syok je sejuk letak benda alah tu..ish, kalo tak haremmm la dia nakk..huhu


So, permulaan tahun 2012 kami disambut dengan menjaga anak kesayangan demam campak. Masa orang countdown new year tu boleh pulak dia meragam menangis tak berenti sampai tok abah bawak kuar jalan-jalan naik keta, baru la dia diam..Esok tu, tengah-tengah bagi mamam nasi kat Hadif, nampak ada lagi satu tumbug gigi bawah. Hai, penat umi cenggini. 3 batang gigi awak tumbuh, 3 kali awak demam nakkkk...


Selamat Tahun Baru kawan-kawan!! Apa azam tahun baru korang? Nak tahu azam saya tahun 2012 ni, boleh baca kat SINI.


p/s: anak ummi ni demam bukan nak beralih bulan, nak beralih tahun...huhuhu

Tata!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...