Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Tuesday, February 28, 2012

Tugasan terakhir sebelum berkursus 6 bulan...PPP!!!

Hye!

Hari tu ada janji nak share dengan korang mengenai PPP ni kan? Okay, hari ini saya akan kongsikan kepada korang semua apa kejadahnya benda alah PPP ni. Mungkin sedikit sebanyak boleh memberi panduan atau rujukan kepada bakal-bakal PTD muda yang akan menceburi kerjaya ini. Ini adalah tugasan terakhir sebelum mengikuti Kursus Diploma Pengurusan Awam (DPA) selama 6 bulan. Nak tau apa tugasan-tugasan lain yang perlu dilalui sebelum PPP ini, korang boleh baca ENTRI INI.


PPP atau Program Penilaian Profesional merupakan satu program berbentuk penilaian individu yang wajib disertai pada tahun kedua perkhidmatan. Perkara utama yang dilihat dan akan dinilai semasa PPP ini adalah tahap profesionalisme seseorang pegawai semasa mengendalikan sesuatu tugasan dan semasa pembentangan yang akan dijalankan.


Setiap pegawai diwajibkan melaksanakan satu tugasan yang berbentuk Community Service & Responsibilty (CSR). Biasa korang dengar kan CSR ni kan? Tapi rasanya CSR yang biasa korang dengar tu adalah Corporate Service Responsibility. Pendekatan yang sama tetapi inisiatif ini datangnya daripada golongan yang berbeza. Kebiasaanya CSR sinonim dengan badan-badan korporat atau NGO, tetapi kali ini penjawat awam sendiri yang akan turun padang untuk menjayakan program CSR ini.


Apa yang menariknya disini, kami diarahkan supaya memikirkan satu program yang berkaitan dengan komuniti setempat yang mana program yang akan dilaksanakan ini akan memberi impak jangka panjang kepada perkhidmatan awam amnya. So, korang fikirlah apa yang korang rasa nak buat, janji boleh bagi impak kepada perkhidmatan awam dan juga komuniti yang dipilih tersebut. Kalau boleh, fikirkan lah sesuatu yang diluar jangkaan yang boleh membuka mata panel bahawa program yang korang pilih ini mampu memberi impak seperti yang diharapkan.


Dalam konteks ini, saya memilih satu program yang cukup simple dan rasanya boleh dilaksanakan dalam masa 3 minggu seperti yang diarahkan. Program CSR yang saya maksudkan ialah Pelaksanaan Amalan 5S di Rumah Anak Yatim. Rumah anak yatim yang dipih adalah Rumah Perlindungan dan Anak-anak Yatim Raudhatul Jannah yang terletak di Sentul, Kuala Lumpur. Kenapa rumah ini dipilih? 


Kriteria utama adalah faktor bilangan penghuni yang tidak terlalu ramai. Program korang tu kena logik dengan tempoh masa yang diberi iaitu 3 minggu sahaja tau. Kalau korang rasa mampu nak uruskan program yang bombastik dalam masa yang diberi tu, just carry on..takpe, tak kisah pun yang penting pepandai lah nak goreng time present depan panel nanti.. Kenapa pulak 5S?


Sebenarnya idea ni datang daripada salah seorang ketua panel daripada agensi luar yang datang mengaudit 5S di bahagian saya ni. Beliau pernah mencadangkan kepada kami mengenai pelaksanaan Amalan 5S ini perlu diperluaskan kepada komuniti setempat melalui program CSR seperti ini. So, bila saya google tengok ada tak yang pernah buat CSR pasal 5s ni, ye la kan kena tengok jugak relevan ke idak idea aku yang tak brapa nak bimbo ni..


Hasil daripada peng google lan tu, ada sebuah rumah kebajikan di Sarawak telahpun melaksanakan Amalan 5S ini berikutan daripada kerjasama daripada sebuah badan korporat yang melaksanakan CSR di rumah tersebut. Banyak impak positif yang diterima terutama kepada orang ramai yang lebih yakin untuk memberi sumbangan kepada rumah tersebut hasil daripada penambahbaikan imej rumah tersebut melalui amalan 5S yang dijalankan di situ.


Alhamdulillah, sesi pembentangan telah selesai pada 20 Februari 2012 hari tu. Panel pun tak komen banyak sebab diorang pun tak pernah lagi dengar CSR macam ni. Kebiasaannya, kalau program rumah anak yatim ni tak lari la dengan Jualan Amal, Ceramah Motivasi dan sebagainya. Seperti yang saya maklumkan tadi, korang cuba fikirkan sesuatu program yang luar jangkaan. Insyallah, akan dapat diterima.


Insyallah, kami akan laksanakan program ini pada 11 Mac 2012. Kami juga akan membantu pihak rumah perlindungan ini untuk mewujudkan blog sebagai satu medium untuk memudahkan orang ramai menderma atau memberi apa-apa sumbangan kepada rumah perlindungan ini. Mungkin ramai yang tak tau mengenai kewujudan rumah perlindungan ini yang telah dikelola oleh seorang sukarelawan dan yang menariknya, beliau adalah bekas pelakon drama tau. Besar sungguh pahala beliau...


Nak tau siapa? Tunggu next entry ye.. Nanti saya akan kongsikan juga sedikit latar belakang mengenai Rumah Perlindungan dan Anak-anak Yatim Raudhatul Jannah.

Monday, February 27, 2012

Dahulu dia membesar di dalam rahimku, kini dia membesar di depan mataku..

Assalamualaikum,

Dah lama tertangguh nak update pasal my little prince, Muhammad Hadif Akhtar. Hadif yang bermaksud Yang Bermatlamat, Akhtar pula bermaksud Yang Terpilih. Nama yang dipilih ini sudahpun tersedia sejak si kecil ini berada 6 bulan di dalam perut ku ini. Muhammad pula nama pilihan si suami yang tak kurang mahukan sedikit tempias namanya untuk si kecil ini.


Si kecil ini dilahirkan ketika umurnya masih belum matang sehingga 9 bulan (36 minggu). Segala kerisauan, kebimbangan yang selama mengandungkan anak kecil ini telah hilang setelah melihat kemunculan anak kecil ini di sebelah katil dengan cukup sifat dan mata yang masih tertutup sedang lena diulik mimpi barangkali dia merasakan masih berada di dalam perut ummi nya ini. Sepanjang kehamilan pertama ini, pelbagai dugaan yang ku alami yang membuatkan aku terus berjuang dan sentiasa berdoa kepada Allah agar anak yang bakal di lahirkan ini cukup sempurna dan mampu menggoncang dunia satu hari nanti!


Masih segar dalam ingatan ku bahawa doktor mengesahkan bahawa aku mengalami Polyhidromnios (air ketuban berlebihan) ketika kandungan ku mencecah 20 minggu. Bertambah sedihnya bila mendapat tahu kesan sampingan yang mungkin akan berlaku kepada anak yang bakal dilahirkan ini. Namun, aku sentiasa cuba menenangkan diri dengan sentiasa memanjatkan doa kepada Allah di samping mendapat sokongan daripada suami tersayang. Ketika kandunganku mencecah 28 minggu, aku dikejutkan lagi dengan satu lagi dugaan yang lebih hebat lagi.


Doktor mengesahkan bahawa aku bakal melahirkan bayi pra-matang kerana pada kandunganku seusia itu, bayi sudah tidak berpusing kerana sudah masuk ke pangkal rahim. Bermula saat itu, doktor memaklumkan bahawa aku akan melahirkan anak pada bila-bila masa sahaja. Ya, Allah! besar sungguh dugaan yang Engkau berikan kepadaku. Bermula pada hari itu jugalah, aku sentiasa bercakap dengan bayi yang sedangku kandungkan itu agar dia boleh membesar dari hari ke hari untuk mengelakkan sebarang komplikasi yang mungki bakal berlaku.

Pada kandungan ku berusia 35 minggu, seperti biasa aku ke Hospital Putrajaya untuk teruskan dengan tindakan susulan (follow up). Agak tergamam apabila doktor memaklumkan bahawa sudah mempunyai tanda untuk bersalin. Walhal, aku sedikitpun tidak mengalami apa-apa kontraksi atau pecah air ketuban ataupun juga pendarahan. Menurut doktor, aku perlu ditahan pada hari ini memandangkan terdapat lelehan air ketuban yang mungkin akan menyebabkan berlaku komplikasi kepada bayi.


Doktor juga memaklumkan bahawa terdapat risiko sekiranya aku masih ingin menunggu tanda-tanda sebenar untuk aku bersalin normal seperti yang diinginkan oleh semua ibu. Setelah berbincang dengan suami dan suami menasihatkan agar aku menerima nasihat doktor, akhirnya aku bersetuju untuk bersalin secara c-sect. Cuma bezanya aku dengan orang lain, aku terpaksa terima bahawa parut lama ku diperut terpaksa dibuka untuk kali kedua untuk mengeluarkan si kecil itu. Doktor tidak boleh melakukan pembedahan secara melintang kerana bimbang dengan keadaan kesihatanku terutamanya pada kawasan dalam abdomen.

Jam 7.30 malam, aku mulai sedar dan masih berada di dalam bilik bedah. Aku kuatkan hati untuk membuka mata semata-mata untuk bertanya tentang keadaan bayi yang telah selamat dilahirkan itu. Berapa beratnya? Macam mana keadaanya? Alhamdulillah, jawapan positif yang aku terima dan aku terus lena kembali kerana ubat bius masih membuatkan aku mengantuk dan perlukan rehat seketika. Si kecil yang dilahirkan pada 6.30 petang seberat 3.01kg dengan muka yang masih merah telah kini selamat lahir ke dunia ini.


Sekarang, anak ku telah mencecah umur setahun. Begitu cepat masa berlalu sehingga rasa seperti tidak percaya bahawa si kecil yang dulu berada di dalam rahimku, kini telah sihat membesar di depan mata ku. Betapa tinggi dan besar keajaiban Allah kerana telah mengurniakan seorang cahaya mata yang sangat istimewa dan sentiasa ada sahaja gelagatnya yang mencuit hati. Terus terang saya katakan, sangat sukar membesarkan seorang anak. Banyak lagi ilmu yang perlu dipelajari untuk mendidik anak ini terutamanya belajar erti bersabar. Bersabar dengan karenahnya yang semakin hari semakin tinggi sifat ingin tahunya kepada duniawi ini.



Semoga anakku menjadi anak yang cerdik, taat kepada umi dan daddy juga taat kepada perintah Allah. Ummi mengharapkan agar Hadif menjadi anak yang soleh kerana anak yang soleh sahajalah yang boleh membantu kita untuk meringankan seksaan kubur bila kita sudah dijemput pulang ke alam barzakh nanti. Ummi juga mengharapkan agar pengorbanan ummi dibalas dengan kejayaan yang akan dikecapi Hadif satu hari nanti.



Selamat Ulangtahun Yang Pertama, Annakku tersayang, Muhammad Hadif Akhtar bin Mohd Yusri.







p/s: Birthday party my lil one akan diadakan bersekali dengan House Warming...Tungguuuuuu.....

Thursday, February 23, 2012

Banyak nya benda nak cerita!!!!!!!!

Bismillahirrahmanirrahim...

Macam mana nak mula ni ek? Aduh, skill merepek menulis dalam blog dah makin merudum..Lama sangat rasanya tinggalkan blog sendiri ni. Sebenarnya macam-macam nak share dengan korang semua tau. Awal-awal tahun ni memang saya agak busy dengan kerja di ofis, tambahan lagi bila dah mula berbisnes ni kan. So, kepada kawan-kawan yang tak tau lagi, nak bagitau yang saya dah ada bisnes online tau!! Bisnes dengan my bestie, Mahanis a.k.a Manis. 


Alhamdulillah, setakat hampir 3 bulan kami berbisnes ni, nampaknya jualan amat memberangsangkan dan sangat seronok sebab dapat fully support dari semua orang, kawan-kawan, keluarga and especially my beloved husband, Rocky. Di PopScarf, kami bukan saja jual tudung/shawl/scarf tau, kalau korang nak tau kami juga menawarkan khidmat andaman. But basically, more to make up lah. So, kalau ada kawan-kawan yang berminat dengan hasil sentuhan Kemn & Manis, boleh la buat tempahan. Harga pun tak mahal mana, mana boleh nak demand2..still baru lagi dalam bisnes ni. Tapi korang jangan tak konfiden pulak, to be frank..kami memang boleh and tahu teknik make up yang betul, cuma perlu mengambil masa untuk cari customer sebagai portfolio kami..


Okay, bulan Februari dah nak habis..tak lama lagi Mac pulak bakal tiba..Dari awal bulan hari tu dah pasang niat nak buat entri khas for my little baby yang dah pun menjangkau setahun! Cepat nya masa berlalu..tup tap anakku dah besar dah..sikit masa lagi dah pandai cakap, lepas tu pegi school, lepas tu pegi tahfiz, pastu duk Universiti Al-azhar, pastu ada gefren, pastu kawen...ok bai merepek sudah kembali...tskk. Nantikan special entry for Hadif soon ya!!

Bulan Februari jugak saya kena attend Program Penilaian Profesional or akronimnya PPP (Pening Pale Pikir)..hehe..So, masa saya banyak dihabiskan mengarang report yang kena submit to JPA and prepare jugak untuk presentation di Intan pada 20hb hari tu. Pehh,..gila ah ding dong jugak la perasaan nak present depan depa tu. Sangat cuak menunggu berkurun lamanya namaku tak kunjung tiba. Terbaik la Tuan Fasilitator, pilih saya sebagai orang kedua terakhir untuk sesi pembentangan tu. Seyes memang rasa cuak and agak down jugak bila tengok kacip-kacip lain duk pum pam pum pam bercakap kat depan punye lah lancar. 


Saya dah lama tak berucap since duduk kat Agensi ni, kalau kat agensi lama dulu memang boleh katakan naik cemuih nak bercakap depan orang ramai, sampai aku rasa orang pun naik cemuih dengar aku bercakap kat depan..hahahaha.. So, disebabkan dah terlalu lama meninggalkan aktiviti bercakap syok sendiri ni, memang agak fobia la masa nak present hari tu. Tetiba aku rasa macam aku seorang alien yang sedang bercakap kat depan dengan dilihat oleh banyak mata-mata yang agak konpius kejadah ape la yang aku carutkan kat depan tu.. Gila bercakap dengan ayat yang sangatla out grammar nye..Jangan kata grammar lah, diction aku pun ke laut..tapi nasib baik aku boleh dapat semula momentum nak bercakap dengan intonasi yang baik..Naaahhhhhh...syok sangat bercakap sampai masa 15 minit yang diberi pun tak cukup!! ahahhahah..


Okay, nanti saya buat entri untuk share dengan korang pasal PPP ni..Untuk pengetahuan korang jugak, task ini adalah salah satu penilaian yang diambilkira bagi memenuhi syarat wajib bagi pengesahan dalam perkhidmatan awam.. Ini adalah kesinambungan daripada penilaian-penilaian sebelum ni yang pernah saya kongsikan kepada korang KAT SINI.


Sampai berjumpa lagi!! Tak sabar nak mengarang cerita budak tecik yang superduper lasak tu!!! Tunggu tau!! Eh ada ke orang ingat wongko Kemn! Caittt...

Monday, February 6, 2012

Balqis Instant Scarf | RM20 only

Balqis Instant Scarf | Corak | RM20 | Saiz S
Alhamdulillah, koleksi Volume #1 Selendang Zulaikha mendapat maklum balas yang amat memberangsangkan. Syukran Jazillan.. =) Thank u semua…!


Memandangkan terdapat banyak permintaan untuk tudung segera/ekspres/instant scarf, maka kami tunaikan permintaan anda! Seronok kan? Koleksi kali ini dinamakan Balqis Instant Scarf. Pemakaiannya sangat mudah dan selesa untuk dipakai. Terus sarung sahaja dan taraaa! anda terus kelihatan bergaya =)


Material Balqis Instant Scarf ini adalah lycra dan Thai silk untuk awning. Jika perlu, anda boleh menggosok awning (di sebelah dalam) menggunakan seterika pada suhu sederhana untuk hasil yang lebih kemas.



Browse, Shop, and Buy!!!  
 


HAPPY SHOPPING!!

Friday, February 3, 2012

Oh! My Fabulous February!!!

OH! FABULOUS FEBRUARY!!!


Apa yang menarik di bulan 2 ya??
Sempena koleksi ke-2 yang jatuh pada bulan 2 ini, kami tampilkan 20 helai tudung awning yang diberi nama Balqis Instant Scarf dengan harga serendah RM20 sahaja (sehelai)!!

Material yang diimport daripada Korea dengan corak yang menarik beserta campuran warna yang terang menaikkan lagi seri si pemakainya!!

Kami menjanjikan kualiti yang terbaik dengan harga yang sangat berbaloi!! Anda boleh bandingkan harga yang kami tawarkan dengan outlet lain diluar sana.

Promosi istimewa pada bulan ini, beli lebih daripada 3 item, anda tidak dikenakan caj penghantaran !!!

Jangan lupa Isnin ini ya!!
*****Happy Shopping*****
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...