Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Wednesday, May 29, 2013

My Blue Kitchen Cabinet

Salam,

Dah lama sebenarnya entri ni berkepuk duk je dalam draft tu..Hari ni baru berkesempatan nak update pasal KC ku yang disayangi di dapur comel saya tu. Kenapa ek sayang sangat KC ni..sebabnya idea merekabentuk KC ni adalah 100% datangnya daripada idea dalam kepala ku yang tak berapa nak kreatip ni. Terasa sangatlah ohsemm bila apa yang dilakar, apa yang diconteng telah menjadi kenyataan. Dulu saya pernah berangan nak KC biru KAT SINI, dan lakaran 3D pun ada KAT SINI...Dan sekarang..inilah hasilnya!!

Dapur bentuk "I" yang comel macam ni memang tak banyak sangat nak perah idea dari segi rekabentuknya. Dah memang menegak je macam ni kan. Pokok pangkalnya, perlu bijak mengatur kedudukan kabinet, laci dan aksesori-aksesori lain. Saya tetap dengan warna pilihan saya iaitu biru walaupun banyak pandangan mengatakan warna biru tidak begitu sesuai untuk warna di dapur. So what? Sape nak marah kalau kite buat jugak kan? hehehe...

Saya menggunakan dua kombinasi warna biru dan putih kerana saya percaya ini adalah kombinasi warna yang paling selamat dan sedap juga mata memandang. Bayangkanlah kalau saya combine kan biru dengan merah kat KC ni..apa jadi ek? hehehe..Saya memang pilih warna putih untuk kabinet atas supaya dapur ni nampak tak berapa sempit sangat. Putih memberi efek keluasan kan?

Memandangkan saiz dapur saya sangat minimal, saya mengambil langkah untuk menggunakan ruang yang ada dengan semaksima yang ada. Top kabinet tu memang saya buat sampai ke siling memandangkan memikirkan tempoh jangka panjang. Barang kat dapaur makin hari makin banyak kan..Plus, bila buat kabinet full sampai ke atas ni sangatlah tidak pening memikirkan faktor habuk/serangga/tikus dan sewaktu dengannya yang akan cuba bernomad jika saya meninggalkan sedikit di ruang yang ada.

Seperti yang bagitau dalam entri sebelum ni, saya memang spesies yang tak boleh tengok barang berkecah-kecah tak tentu hala duduknya. Memang kurang gemar juga dengan konsep lemari terbuka kerana atas beberapa faktor kekangan yang ada. Lainlah kalau rumah ni ada helper/maid kan. Plus dengan anak yang sedang membesar dengan aktif dan energetic nya. Makanya inilah cara yang paling mudah dan selamat. Kasi tutup dari atas sampai la ke bawah.

Sinki tu memang sengaja beli yang lebar dan sangat dalam. Senang kalau ada kenduri-kendara kat umah takdalah timbul masalah sinki sempit nak taruk pinggan mangkuk kotor. Air pun tak merecik-recik ke luar sinki. Then bawah sinki tu, pintu kabinet saya sengaja buat yang berlubang untuk hilangkan bau hapak akibat faktor lembap yang kebiasaannya akan berlaku dikawasan bawah sinki. 

Ini pulak ruang untuk microwave. Yang atas tu letak stok susu anakanda dan juga air mineral. Stok air mineral ni memang wajib ada kat umah sebab husband memang suka bawak ke mana-mana. Sebenarnya, ruang ni pun saya standby kalau-kalau lah satu hari nanti ada duit lebih..boleh la pasang oven + microwave macam kat rumah uols tu kan? Setakat ni saya hold beli tu dulu sebab rasa macam bukan satu keperluan sangat.


Ini pulak ruang bertentangan dengan tadi. Memang kecik je tapi saya tetap memaksimumkan penggunaan ruang yang ada ni. Saya tak berhajat nak letak mesin basuh bersekali kat dapur comel ni sebab nanti takut nampak terlalu padat. Insyallah kalau ada rezeki nanti memang ada lah niat nak buat tempat khas untuk laundry ni.


Rak pinggan ni beli kat IKEA 4 tahun lepas. Nak roboh dah sebenarnya, tapi saya pakai je sementara belum roboh terbarai lagi. Memang plan nak beli baru, lagipun kayu tu lari dengan konsep moden ye dak? Saya hanya bawa keluar pinggan mangkuk dan juga cawan yang digunakan sahaja. Bila ada tetamu datang, baru lah bawak kuar rimau gajah yang ada dalam kabinet tu. Berbalik kepada faktor ruang tadi juga lah, tak sesuai nak letak berbakul-bakul pinggan mangkuk dengan keadaan ruang dapur yang somel ni..hehehe


Counter bar ni saya gigih jugak nak buat sebab utamanya adalah sebagai divider atau pemisah atau pengantara kepada dapur dan ruang makan. Plus counter bar ni alternatif kalau kita tak nak kotorkan meja makan, nak kenduri pun senang nak letak juadah-juadah hidangan kat atas tu. Sinki sengaja saya letakkan di situ untuk memudahkan tetamu yang datang. 

Setakat ni lah boleh saya share pasal KC biru ku ini. Setakat ni alhamdulillah memang mudah diselenggara sebabnya mungkin faktor ruang/saiz dapur yang minimal. Susun atur rekabentuk pun memudahkan saya untuk mengemas dapur ni. Nanti ada kesempatan saya share pula barang apa yang saya letak dalam kabinet tertutup serba serbi ni.

Diharap entri ini memberi serba sedikit idea kepada anda! Sharing is caring!

Tuesday, May 28, 2013

Playroom Hadif yang dah bertukar wajah

Salam,

Cuti weekend hari tu menghabiskan masa operasi housekeeping di rumah. Dah lama sangat rasanya tak operasi time weekend ni. Biasanya hujung minggu memang padat dengan macam-macam program yang diatur oleh Mr. Planner saye tu. Banyak benda tertangguh nak dibuat yang dari hari ke hari duk berlingkar dalam kepala saya ni.

So, weekend hari tu makanya tercapai lah hajat nak buat salah satu benda yang dah lama tergendala 6 bulan. Sebelum pegi kursus hari tu saya ada update ENTRI INI kan. Banyak respon pasal isu letak katil menghadap pintu ni saya terima. Dan saya ambil positif dengan semua teguran tu, terima kasih sekali lagi ye. 

Memang dah lama nak alihkan kedudukan katil hadif ni, dan akhirnya berjaya juga!!

SEBELUM


SELEPAS


Agak selesa juga bila kedudukan katil berdekatan dengan tingkap ni. So, saya dah ada plan dinding di kepala katil tu saya nak letak wallpaper. Hadif pun ada kawasan yang agak lapang untuk dia sepahkan lego, bola dan sewaktu dengannya di ruangan hadapan pintu ni. Hadif dah nak masuk 2 tahun 4 bulan, rasanya sangat sesuai kalau saya belikan meja dan kerusi untuk dia, kan..Selesa sikit dia nak menulis, mewarna or susun-susun lego dia tu.


Frame gambar tu ingat saya nak alihkan letak kat lain, sangat tak sesuai kalau letak atas wardrobe tu. Nanti bila dah susun mainan dia kat atas tu, dah menghalang gambar tu. Hadif suka sangat frame tu tau. Tiap kali dia main dalam bilik, nanti dia akan mintak kita recall sama-sama setiap moment yang ada dalam gambar tu. Tak sia-sia projek DIY ummi tengah memalam buta tu tau..hehehe


Ni sebahagian daripada koleksi mainan Hadif. Ummi Hadif ni spesies sakit mata kalau nampak barang yang boleh dilihat. Sebab tu memang suka sangat benda yang bertutup. Kurang sikit sakit mata ummi. Saya kurang gemar bab-bab melabel-label barang ni sebab nampak gomen sangat tau. Biarlah 5s kat ofis je..kat rumah ni saya lagi suka nampak asli.hehhe... Kalau nak tau, dalam 4 kotak/bekas tu, 3 daripadanya semuanya bola tau. Atas sekali je mainan lego dia. Yang kedua atas tu, small ball, then dalam Wagon Bus tu koleksi bowling dia..macam-macam set bowling dalam tu. Then yang last tu for medium ball. Hadif memang tak banyak mainan lain selain daripada BALLLLLLLL...

Ni ada sikit ruangan untuk dia training shoot basket ball. Aih..pendek kata playroom dia ni memang serba serbi dengan ball..Kalau time dia tengah sepahkan semua barang tu, memang ball je la yang merata-rata dalam bilik ni..

Inilah serba sedikit yang boleh saya kongsikan mengenai playoroom Hadif. Actually project dekorias bilik hadif ni tak siap sepenuhnya lagi. Saya plan playroom ni saya nak combine dengan yellow color. Biar nampak highlight sikit dengan kaler kuning ni. Tapi biru tetap dominan tau...hehehe..

Tunggu playroom hadif siap ye! Stay tuned...


Monday, May 20, 2013

LAMEX Wallcoverings pilihan saya!


Salam semua,

Semalam bawak Hadif jalan-jalan ke Sunway Pyramid lepas balik daripada rumah PIL di Tmn Tun. Tujuan utama nak bawak dia pegi gunting rambut kat kedai gunting kat bawah tu. Memang dari dulu lagi, rasa konfiden dengan kepakaran diorang gunting rambut bebudaks yang kecik-kecik tak reti duk diam macam anakanda saya tu..

Dah selesai menggunting rambut, si dedi punya turn pulak nak menggunting. So, tugasan ummi lah yang kena bawah anakanda bermian-main di Kidsland tu. Inilah salah satu fevret shopping mall kitorang sebab serba serbi ada kat sini. Surau pun selesa, babyroom pun selesa, memang sesuai dijadikan Famliy One Stop Centre tau..

Semart sikit rambut baru...


Dalam duk berkejar-kejaran dengan anak, husband duk cuit-cuit bahu sambil duk mengerling ke arah satu kedai ni,..eh eh..Lamex rupanya..Dahla memang tengah cari wallpaper kan. Plus, jiran kiter si mommy Humaira pun memang ada share jugak pasal wallcovering ni. 

So, apa lagi...masuk singgah sat lah..Kebetulan lagi last day promotion time tu, 4 rolling for RM399 only. Murah ke ek? rasanya macam murah jugak, sebab normally 1 roll dalam RM120-RM150 kan? Saya memang suka design-design from Lamex ni sebab kebanyakan modern and simple design. Plus kualiti pun boleh tahan jugak walaupun made in Malaysia. Material je from Finland, tapi dari segi design memang 100% from Malaysia. Lamex ada jugak jual yang imported design..tapi kan..kan..kan... 1 roll RM1,000. Ko mampu? hehehe..kim salam je la..sikit pun ahkak tak pandang tau...hehe

Promotion ada 2 pakej, Pakej A untuk 4 roll for RM399 dan Pakej B 4 roll for RM599. Husband lagi suka hat RM599 tu sebab lagi nampak futuristik and elegance sangat. Kalau banker dah suka...ahkak 88 kali sukewwwwww....hehehe

So, kitorang rotate jaga Hadif. Bila aku duk ke hulu hilir dengan Hadif, husband pulak duk tanya itu ini dengan promoter tu. Memang banyaklah dia tanya, sebab dah ada bad experience dengan kisah wallpaper kat Homedec dulu. So, bila dah Kak Azian tu duk explain itu ini, husband puas hati. Plus, Lamex ni dah 40 tahun bertapak dalam industri ni, so kuranglah keraguan sikit tambahan lagi kedainya pun dalam Sunway Pyramid ni kan.

So, dah selamat bayar booking RM300. Thank you husband sebab sudi melayan karenah isteri yang macam-macam keinginan yang 6 bulan terbuku dihati je tau..hehehe..Insyallah bulan Jun nanti installer datang amik ukuran. 

Stay tuned!

Corat Coret DPA Siri 3 : English Night - Alice In Wonderland, III, Kuchkuch Hota hai, Animal Farms

Salam,

Enteri sebelum ni dah citer pasal pilihanraya kan,..makanya hari ini kita teruskan dengan siri seterusnya. Siri kali ini nak share dengan korang mengenai watak-watak yang wujud dalam DPA ni. Sejujurnya pada awal kursus ni aku memang tak boleh nak kaitkan apa relevannya ko kena buat kerja macam ala-ala artis budaya ni. Tapi lama-kelamaan aku sedar bahawasanya melalui aktiviti-aktiviti ini lah ko akan bina keyakinan ko untuk berhadapan dengan manusia disamping ko sendiri boleh sedar yang ko mempunyai bakat-bakat terpendam yang tak pernah ko tau pun sebelum ni.

Okay, entri kali ni nak share pasal modul yang aku rasa jarang-jarang sangat ada di mana-mana kursus selain di DPA ni. Ada modul luar dan ada jugak modul dalam kelas. Untuk modul dalam kelas, ko perlu buat task yang diberi sama ada secara individu atau secara berkumpulan. Standard la tugasan individu mesti ko kena buat esaimen, kalau group kena buat presentation. Ok, itu pada aku adalah biasa dan kat univeristi pun ko dah ada pengalaman macam tu.

Dua modul kelas dan boleh la dikategorikan sebagai modul separa kelas ni ialah Modul Pengukuhan Bahasa dan Modul Etiket, Protokol dan Pengurusan Majlis. Untuk Modul Pengukuhan Bahasa, sepanjang minggu modul ni ko memang kena masuk kelas Bahasa Inggeris. Modul ni jugak memerlukan ko untuk public speaking secara impromptu senang kater spontan lah. Nama ko dipanggil oleh juri, cabut tajuk then bercakap dan meraban la ko selama 5 minit kat atas pentas tu sambil disaksikan oleh rakyat jelata dibawah sambil ketawa mengekek-ngekek dengan gelagat masing-masing... Okay, lepas dah selesai hazab ko dengan public speaking tu, ko memang kena siap siaga dengan tugasan yang sangat lah mencabar yang melibatkan markah keseluruhan untuk setiap sidang. Tugasan ini dinamakan English Night. Urus setia iaitu Pegawai Penyelaras (PP) akan bagi tajuk untuk setiap sidang/kumpulan dan ko perlu buat mini teater berdasarkan tajuk yang diberi tu.

Untuk English Night ni aku amik watak sebagai Penari..kahkah..Ini semua demi Manes lah..Aku memang tak berapa nak gemar terjebak dengan performance sebab aku rasa diri aku lebih selesa untuk buat kerja belakang tabir. Tapi aku gagahlah jugak menari untuk kesekian kalinya demi menemai sahabat baik ku itewww...pui..pui..

Make it short and simple, jom la layan gambau English Nite ..

Sidang Armada : 
Alice In Wonderland - The Invasion (kot ke tajuknye, lupe dah)

Mengisahkan cerita yang diadaptasi melalui Filem Alice In Wonderland tetapi telah diinovasikan dengan menambah watak-watak lain yang buat citer ni lagi menarik. Antara watak-watak tambahan ialah abam vampire ensem si Edward Cullen, ada hero kacak tetapi pelik si Jack Sparrow, dan juga watak si orga Shrek. Aku suka sangat masa attend persembahan depa ni sebab props dalam dewan sangat menghidupkan suasana seperti ko di Wonderland! Kreatif tau! 

Antara watak-watak dalam AIW ni..mamat dua ekor ni Tweedledee and Tweedledum..

Watak Flower with faces.. Farah Cindelynna pun ada kat sini..hehe

Ni ada watak caterpillar, the playing cards & si lejen mad hatter

 Sidang Battlelion : III -
Julius Caesar, M. Luther King & Devdas (Sidang gua)

Mengisahkan tiga cerita yang diceritakan semula melalui 3 sahabat yang tersesat di dalam mesin masa. Kisah pertama adalah adaptasi kisah Julius Caesar yang menceritakan tentang kisah pengkhianatan (BETRAYAL) membawa kepada kejatuhan pimpinan Caesar. Cerita kedua pulak adaptasi daripada kisah perjalanan Sir Martin Luther King yang memperjuangkan nasib kulit hitam kepada hak kesamarataan (EQUALITY). Kisah ketiga pula membawa ke era Bollywood iaitu kesetiaaan (LOYALTY) yang diadaptasi melalui filem Devdas. Dah terjadilah persembahan THREE (III) !!


Ada 3 cerita dalam ni : Julius Caesar, Martin Luther King & Devdas

Penari Kabret DEVDAS..kahkah..saree merah tu Diva Paro...superb!

Ini watak dalam Julius Caesar


 Sidang Comrade - 
Something Happens (Kuch kuch Hota Hai)

 Aku rasa filem ni seantero dunia dah tau kot. Bezanya cuma Comrade bawakan dengan versi omputeh. Yang best sebab bila sebut Bollywood je mesti ada joget-joget kan? So aku rasa sangat terhibur dengan persembahan depa yang diselangi dengan tari menari ni. "ye larki he..devani hey devani..devani..devani..." alahahaii nyer puunnn...syiok!

Ini KKHH versi omputeh..curlass tauu



 Sidang Delta : 
Animal Farms (terbaekk watak vavi as main character tau..ko mampu ?)

Ini pulak memang sangat rare untuk aku sebab aku ni bukan kaki tengok teater. Katanye citer ni adaptasi melalui teater Animal Farms yang memang pada aku sangat-sangat menarik. Tajuk tema yang Delta dapat memang agak heavy tak silap aku berkaitan politik kot. Tapi depa bawakan kisah politik ini dengan para-para binatang sebagai wataknya. Hebat sangat ni! Menjadi sangat watak si babi Napolean yang sangat kejam. Citer ni seyes memang heavy, tapi aku enjoy dan sentiasa kagum dengan kebolehan kawan-kawan yang bombastik sangat! Suka ahkak tawww....hehehe

Bila si Vavi Napolean menakluki doniaa...harhar..double thumbs up!
 
Sori aku memang tak banyak sangat gambar..maklumla henpon tak canggih...Inilah serba sedikit gambar yang ada dalam henfon barai mak jemah. Sebenarnya setiap persembahan ada kekuatan dan kelemahan masing-masing. Ekceli modul English Nite ni depa nak uji tahap kebolehupayaan peserta mengendalikan tugas atau program dalam Bahasa Inggeris. Tugasan dinilai secara keseluruhan bukan perseorangan. Kesian pada sidang Armada sebab persiapan depa selalu tergesa-gesa sebab selalulah kena jadik first presenter. Credit pulak untuk Sidang Delta sebab sidang ni ada ruang dan masa yang boleh dikatakan mencukupi kalau nak dibandingkan dengan lain-lain sidang sebab dah tentu sidang Delta adalah last presenter. Biasanya hasil yang terbaik adalah daripada Sidang Delta. Depa ni bukan je ada pelakon-pelakon yang hebat, malah audio system pun tak kurang hebatnya. Dengan smoke machine, spotlight bagai dah feeling-feeling AJL dah bila Sidang Delta perform..

Setiap perancangan daripada mula sampailah habis, memang dibawah kelolaan perserta DPA. Tujuan utama bukanlah nak tunjuk sapa lebih hebat dalam persembahan, tetapi teamwork. Teamwork ni diasah daripada kursus ni untuk kita apply bila kita masuk ofis nanti. Dari sini, kita dah boleh lihat sapa yang outstanding sangat, sapa yang suka playsafe, sapa yang suka jual ikan, eh macam-macam lah. Layan je lah...yang penting outcome, impaknya semua untuk kepentingan perkhidmatan awam. Yang pasti aku kagum dengan bakat kawan-kawan Laskar Wizurai!

 *_____*

Habis entri English Nite, next kita citer pasal Malam Protokol pulak. Eh teringat pulak Gusti Putri dengan Sultan Melaka...Asmaradana pun hado...

Stay tuned!!

Monday, May 13, 2013

Friday, May 10, 2013

Pengalaman sendiri bermimpi hari kiamat. Subhanallah!

Salam Jumaat semua, 

Hari ini hari Jumaat, penghulu segala hari kan. Sebelum aku nak teruskan dengan misi menghapdet entri DPA, hari ni aku nak share dengan korang mengenai mimpi yang aku sendiri alami malam semalam.

Harap ambil iktibar melalui cerita ini walaupun ianya hanya satu mimpi.

Malam tadi macam biasalah aku tidurkn hadif dengan alunan bacaan alfatihah, 3 qul, ayat kursi. Tak sangka pulak boleh terlelap skali dgn hadif. Penat sangat minggu ni aku dah start balik lambat, kerja terlalu banyak di ofis baru ni.

Ceritanya ialah tidur aku telah didatangani satu mimpi. Mimpi yg tak pernah aku jangkakan bahawasanya mungkin mimpi ini Allah sengaja datangkan untuk menyampaikan mesej tertentu pada aku.

Mimpi tu adalah mimpi petanda dunia sebelum kiamat. Dalam mimpi tu aku lihat sendiri bagaimana bumi menelan satu persatu manusia yg ada atas muka bumi ini. Ada macam-macam jenis reaksi manusia.
Ada yg redha dgn apa yg sedang berlaku, ada yang lari, dan paling sedih bila ada lagi yang masih sibuk dengan duniawi iaitu bekerja. Aku jugak tgk sendiri dalam mimpi tu betapa dahsyatnya tsunami menelan manusia. 

Setiap manusia dalam mimpi tu akan ditelan bumi dan diri aku sendiri pun tak terlepas dari azab tu. Nauzubillah...takut sangat bila kaki kiri aku dah terbenam dan aku hanya redha menunggu untuk kaki kanan terbenam bersama. 

Tapi belum sempat kaki kanan ditelan bumi, Allah mengejutkanku dari tidur. Barangkali Allah memberi peluang lagi untuk bernafas dan memperbaiki diri untuk bersedia ke arah itu. 

Aku bangun dalam keadaan yg sangat takut dan macam-macam perasaan yg aku rasa. Terus bangkit dari tidur lebih kurang jam 12.30 malam tadi dan masuk ke dalam bilik air ambil wuduk sebab belum solat isyak akibat terlelap tadi. Sambil mengambil wudhuk, aku nangis teresak-esak mengingatkan kembali betapa dahsyat nya kebesaran Allah. Aku menangis dan  sujud pada Allah mohon keampunan atas segala dosa yg aku buat selama 27 thn hidup di muka bumi ini. 

Then selesai je solat aku berlari kejutkan husband menceritakan mimpi ni pada dia. Aku cium tangan dia mohon kemaafan atas dosa-dosa yang aku lakukan sama ada secara terang atau pun tidak.

Perkara pertama yg aku teringat ialah aku sering lengah-lengahkan solat. Nak-nak bila duduk di ofis yg sangat sibuk ni. Di rumah pun bila husband tegur, adalah alasan yg aku ni. Berdosa pada suami satu, pada Allah dah tentulah kan.

Aku harap cerita ni kita dapat sama-sama amik iktibar ye. Mungkin ada sebab kenapa aku boleh diberi peluang untuk bermimpi seperti ini. Kita sama-sama muhasabah diri. Saat ini aku masih lagi tak boleh lupa apa yg berlaku dalam  mimpi tadi. Ini baru tuhan bagi rasa azab sebelum kiamat. Mcm mana pula persediaan kita untuk hari kiamat. Serious aku takut sangat. 

Wallahualam.

Muhasabah Diri

Monday, May 6, 2013

Corat Coret DPA Siri 2 : Bertanding dalam Pilihanraya

Selamat tengah hari para-para dan pari-pari,

Okay, setelah berjaya tunaikan entri DPA Siri 1, mari kita teruskan pula dengan siri seterusnya ini. Kali ini aku nak share ngan korang mengenai proses Pilhanraya DPA yang telah dijalankan bagi mengisi kerusi-kerusi exco yang akan dipilih secara demokrasi oleh para peserta which is kawan-kawan DPA jugak. Seyes, benda ni sangat menarik sebab ini lah pengalaman pertama aku merasai bahang pilihanraya yang sebelum ni sikitpun aku langsung tak amik port.

Nama aku telah dicalonkan sebagai Timbalan Penghulu. Masa tu aku pun tak berapa kenal sape yang calonkan aku. Maklumlah..yang konker time tu budak batch lain..so aku yang golongan minoriti ni terkebil kebil la terima cabaran tu walaupun jauh disudut hati aku memang takkan menang pun. Pola pemilihan calon pada Penggal 1 ni pada aku adalah lebih "bias" kepada batch. Batch yang ramai akan menang, batch yang kalah perlu lah terima kekalahan itu dengan hati yang terbuka. Nak-nak pulak, saingan aku memang semua daripada batch yang sama dan masing-masing cukup hebat dengan manifesto yang mampu memancing undi. 

Aku memang takda manifesto pungg..Sebab pada aku, buat apa nak bergadai janji kalau kita dah cuba nak realisasikan benda yang tak pasti. Aku sahut cabaran ni pun bukan sebab untuk menang, tapi lebih kepada pengalaman dan yang pastinya aku nak diorang tahu bahawasanya batch aku yang kerdil ni wujud kat DPA ni..hihihi...So, apa yang aku boleh janji ialah setiap tugas yang diberi aku akan cuba buat sehabis baik. 

Masing-masing calon dengan tagline masing-masing, dengan manifesto yang cukup hebak. Aku dah menggelabah ayam kejadahnya nak tagline bagai..kahkahhh..akhirnya aku jumpa jalan penyelesaian..masa tengah kelam kelibut tu aku boleh pulak teringat tagline kelas aku masa Form 6. Kebetulan pulak kelas kitorang menang untuk tagline tu masa Minggu Bahasa tak silap. Aku pun apa lagi...kasi tarukkk je lahh..Dah alang-alang tagline tu memang idea aku dan kawan-kawan lain kan..Tagline aku yang berbunyi:

Fikiran Positif, Hapuskan Skeptis,
Tindakan Efektif, Lahirkan Perintis,

bhahahahahahahahah...gila kentang poyo sangat bunyinya...tapi aku macam layankan aje semua ni sebab aku rasa time ni semua orang poyo kot...kahkahhh...gasaklah labuuu...

Kitorang si colan-colan ni siap ada pengucapan umum bagai...Memang dahsat sangat perasaan aku time tu. Dada berombak kalah tsunami 8.8 skala ritcher..Ye lakan..ko nak kena berhadapan dengan orang yang langsung ko tak kenal. Masa tu ko akan fikir, apalah yang diorang kat bawah ni carut kat aku kan...kahkahkah...Masa ni lah ko akan buat muka tebal 10 inci..tembel semacam seumpama kata-kata pujangga, "Mampus tak layan.." hahahah

Proses Pilihanraya berjalan dengan lancar. bermula dengan penamaan calon, buang undi, pengiraan undi, dan sehinggalah pengumuman Keputusan Pilihanraya. Aku memang tak suspender langsung sebab aku dah set dalam kepala "Kalah itu Pasti!"..hahahha..so kalau tanya apa ekpektasi aku untuk pilihanraya DPA ni, memang zero...

Bila proses pengiraan undi, kami colan-colan ni diberi peluang untuk melihat sendiri proses pengiraan undi dijalankan. Tabik betul kat team SPR DPA ni sebab depa punya telus tu memang boleh salute lah. Segala alat komunikasi bagai memang langsung haromm demi menjaga kemaslahatan dan kerahsiaan undi..hehehe..

Bila keputusan dah diumumkan memang happening..Masing-masing bersorak bagai sebab calon yang dipilih menang merebut kerusi yang dipertandingkan. Dan paling mengejutkan aku, bukan sebab aku kalah..tapi sebab aku kalah tipis, yang mana calon yang menang tu menang majoriti mudah. Uhuk uhukkk...dan bermula saat itu, aku mula sedar bahawasanya mereka bukan undi sebab batch semata, malah mereka juga undi sebab calon. 

Bila dah setel pilihanraya tu, aku ingat aku dah selamat lah dari bala yang menimpa bertubi-tubi diriku ini..Ropanya, nama aku dicalonkan untuk jadi Setiausaha II. Atas kuasa majoriti exco, mereka pun tariklah aku jadi S/U ni. Pada awalnya aku memang berat hati nak terima, sebab aku tau kerja yang paling sibuk adalah menjadi S/U..Tapi atas pandangan dan support daripada kawan-kawan, aku pun merelakan jasad aku diperkotak katikkan sepanjang Penggal 1 ni..hihihi

Jadi inilah serba sedikit Corat Coret DPA untuk siri Pilihanraya ni..Pengalaman ini memang akan aku ingat sampai la bebila sebab macam-macam peristiwa lawak berlaku masa pilihanraya ni. Dengan berkempen bagai nye, dengan poster lagik, dengan tagline yang penuh kontroversi nya...kahkahkah....Bila ingat balik, aku akan tersenyum sendiri...Ini semua poyo!!

kawan-kawan yang bertungkus lumus berkempen..kahkahkah

Manes pun jadik kambing itam sama macam aku..Nama beliau dipetik untuk calon Exco Kebudayaan.

Proses membuang undi dijalankan dengan penuh teratur dan cukup telus


Fakta:
Akibat wujudnya undi rosak yang dikatakan terdapat sabotaj daripada golongan yang kurang bertanggungjawab, selepas pilihanraya berlangsung kami semua telah dikenakan hukuman denda menulis esei yang bertajuk ..eh aku dah lupa dah..tapi yang pastinya esei tulisan tangan 5 m/s. Inilah ironinya Pilihanraya DPA. Takkan ada di Pilihanraya Umum tau...! One for All..All for One! katernyerrrrr

Next entri...teater..teater..dan teaterrrr

babai!

Corat Coret DPA Siri 1: Membina Istana Cinta

Assalamualaikum dan selamat pagi semua!

Sebelum nak memulakan celoteh pagi ni, nak panjatkan syukur pada Allah kerana memberi peluang kepada kita rakyat Malaysia untuk mengecapi keamanan. Harap lepas dah habis PRU13 ni, kita masih lagi kekal aman dan mudah-mudahan kita akan sama-sama merasai perubahan yang baik terhadap kerajaan baru dibina semalam. Tahniah kepada yang menang walaupun majoriti mudah, yang kalah mungkin kena lihat kembali apa yang terlepas pandang. Kerajaan baru hari ini agak berbeza dengan sebelum-sebelum ini..tapi papepun kita tunggu dan lihat apa yang dapat direalisasikan oleh kerajaan baru bermula 5 tahun dari sekarang. Tak lupa juga tahniah dan terima kasih kepada SPR kerana menjalankan urusan mengundi dengan cukup efektif dan efisyen sehingga timbulnya fenomena jari telunjuk ku berdakwat biru...hehe

Ok..mukadimah pun dah seperenggan..berbalik kepada topik entri...Baiklah..seperti yang dijanjikan pada entri sebelum ni..

Minggu pertama DPA adalah minggu penyatuan kimia (skemanye ayat) oleh para peserta DPA yang mana kursus kali ini melihat perubahan serta kelainan jika dibandingkan dengan batch-batch abam dan ahkak senior memandangkan kami terpecah di 2 wilayah berbeza. Sejujurnya aku memang amik masa nak meng adapt kan diri dengan suasana dan muka-muka baru kat INTIM ni sebab majoritinya daripada lantikan yang berbeza dengan aku. Majoriti member-member lantikan aku di letakkan di IKWAS. Tapi papepun hidup perlu diteruskan. Kena positip dan terima lah bahawasanya ko akan bertambah kenalan baru dan itu adalah sangat bagus!

Kami perlu melalui ala-ala orientasi melalui Group Intergration (GI). Korang pun mesti pernah rasa orientasi kan. So, tak perlu lah aku jelas dengan lebih detail sangat sebab pada aku benda yang sama je kita akan buat dalam mana-mana orientasi. Yang berbeza cuma lah watak dan situasi je. Cuma dalam banyak-banyak orientasi yang pernah aku lalui, aku paling suka kat sini bila ada slot "Membina Istana Pasir"..Hahhaaa..lawak bunyinya tapi aktiviti ni aku rasa hilang segala bagai stress yang ada sebab dapat menikmati keindahan Pantai Teluk Mak Nik yang berhadapan je dengan INTIM ni.

Istana Nurul Erin
Istana ni diberi nama Istana Nurul Erin..kahkah..gilak tak komersial langsung nama istana..nama ni dipilih sebab mase tengah-tengah serunak kami mengutip kulit kerang, ada sorang member ni terjumpa diari cinta budak skolah tingkatan 2 nama Nurul Erin..hihihi..jadiknya sambil bina pasir, kami dihidangkan dengan coretan cinta Nurul Erin kepada jejaka idamannya...keji tau baca diari orang...

Okay, malas nak citer panjang lebar pasal GI ni sebab pada aku time ni aku rasa DPA tu sungguhlah membosankan..Bercakap pasal pilihanraya lah alang-alang tengah panas lagi pasal PRU13 ni kan. Untuk pengetahuan korang, bagi nak menggerakkan urusan dan hal ehwal peserta ni, satu Exco perlu ditubuhkan dengan terdiri daripada para peserta sendiri. Pemilihan Exco adalah melalui sistem pilihanraya yang mana proses yang dilaksanakan adalah betul-betul mengikut tatacara dan pelaksanaan pilihanraya sebenar. Next entri aku citer pasal Pilihanraya DPA 2/2012. Mak antara colan-colan noks! Poyo semua ni...kahkah...

Game yang ko kena transform jadi transport! karuk karuk semua ni! haha

Muka senyum terpaksa..Kami dapat Sidang sama, Sidang B (Battlelion)..yeay!



Saturday, May 4, 2013

Kembali menjadi manusia normal ;)

Assalamualaikum...

Akhirnya jari jemari pemalas ini mula menunjukkan reaksi tekad berusaha untuk menaip dan bercakap-cakap di teratak yang hampir 7 bulan bersarang tanpa kabar berita daripada tuan tanah kedaung. 

Hai semua!! Apa kabar ye kawan-kawan semua..Sungguh merindui saat kerajinan ku dahulu menaip entri kemain panjang melalut tah pape..hehe..Tak sangka pulak bila balik berkursus ni aku jadi pemalas yang maha hebat. erm..erm..erm...malas tu antara faktor la yang buat aku payah sangat nak hadap laptop ni, maybe sekarang aku dah kekontangan masa santai untuk menaip entri...Sudaaaahhhh..kan dah cakap tadi banyak melalut...jangan bagi aku rajin...kalau rajin inilah natijahnya..pembuka kalam mukadimah ya rabbi...karuk..karukkkk...karook komedia X...hehe

Okay, kembali kepada tajuk entri...

Alhamdulillah..itulah perkataan pertama yang aku rasakan paling tepat untuk aku raikan betapa gembiranya bila tanggal 12 April 2013, aku dah kawan-kawan seperjuangan yang lain tamat berkursus Diploma Pengurusan Awam Bil.2/2012. 6 bulan berada dalam sangkar kehidupan yang cukup cukup berbeza dan penuh dengan pancaroba dan disulami dengan seribu satu cerita dan kisah kehidupan yang tak mungkin akan dapat dirasai di mana-mana selain di situ. 

Secara peribadinya, DPA banyak mengajar aku untuk menjadi seorang yang lebih kental dan berani buat apa saja. Acehhh...dan yang paling penting..DPA ni mengajar aku mengenal seribu satu watak manusia. 6 bulan ko duduk hadap 222 manusia yang sama. Tipulah kalau aku cakap aku kenal semua watak dalam DPA tu kan...Tapi yang paling penting..ko akan kenal KAWAN/TEMAN/SAHABAT yang betul-betul ada dengan ko dikala ko susah. Kalau adalah kawan-kawan se LASKAR WIZURAI yang terbaca entri ni, aku rasa korang pun akan bersetuju dengan pandangan aku tu ye dakk?? hehe...

Penat jugak nak refresh balik apa benda 6 bulan ko buat kat DPA ni kan. Tapi yang pastinya..DPA betul-betul aku rasa enjoy sebab aku cuba konsisten dengan aura positif. Aku tak tahu mcm mana cara para-para ibu yang lain mengharung DPA dengan berjauhan dengan suami dan anak. Yang pasti aku cuba mengurangkan segala penderitaan dan kesedihan berjauhan dengan mereka dengan menyibukkan diri dengan macam-macam mak nenek kat dalam DPA tu. Sakittt woooo...kalau aku tak buat pape..aku akan rasa masa tu macam langsung tak bergerak..6 bulan ko terpaksa berjauhan dengan anak dan perkara paling ralat bila kita ni ibu telah kehilangan 6 bulan masa yang cukup bermakna melihat anak kita membesar..

Secara keseluruhannya aku berpuas hati dengan apa yang aku dapat dalam DPA. Konsep "layankan aje" sangatlah berbaloi kalo ko terapkan dari awal ko berkursus lagi. Aku macam terlupa aku ada pengalaman pahit ke tak sebab pengalaman manis dan indah lebih banyak aku kutip tiap-tiap bulan sampai la ke bulan yang terakhir..Setakat kadang-kadang ko jadi sawan tak tentu hala tu pada aku itu adalah kebiasaan di DPA. Memula ko akan rasa nak maki orang je hari-hari..tapi dah masuk bulan kedua tu..ko dah kebal dengan apa jua eksperimen yang ko akan buat dan yang paling bestnya outcome yang ko dapat adalah sesuatu yang sangat berbaloi.

Aku rasa tak perlu la kot aku melalut panjang-panjang sangat dalam entri ni...Sebab aku macam dah ada niat nak share pasai DPA ni melalui beberapa siri yang akan datang..hehehe..Insyallah aku akan share skit-skit pengalaman aku sepanjang menyerah tenaga dan tulang empat kerat di DPA. Nanti kan Siri 1: Corat-coret DPA selepas ini....macam-macam watak...siap sedia lah geng sape yang aku nak jual kat sini...kahkahkah...

Fakta: 
Laskar Wizurai merupakan nama batch bagi Kursus DPA Bil.2/2012 yang mana julung-julung kalinya menggabungkan dua dunia berbeza iaitu peserta di IKWAS, Kluang dan INTIM, Kemaman. Laskar merupakan idea yang datang daripada peserta INTIM manakala Wizurai merupakan idea daripada peserta di IKWAS. "Laskar" memberi maksud pasukan manakala "Wizurai" membawa maksud Ketua, dan apabila digabungkan ia menjadi satu nama yang cukup hebat sehingga hampir memadamkan ingatan mereka kepada nama-nama tipikal sebelum ini seperti Astra, Legasi, Oryza Sativa, Metarmophosis, Phoenix dan lain-lain..hehehe..jangan marah..We are still brothers & sisters!! =)

babai darlingss!

Nahhhh..tepek satu gambar..The Laskarians...hehe
Memegang watak sebagai Setiausaha II dalam Barisan Exco Laskar Wizurai Penggal 1. Ohsemm team!! Posing berasaskan prinsip yang dilaung-laungkan oleh Tyra Banks..Smile with ur eyes!! haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...