Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Monday, December 30, 2013

Bersyukur

Kita bakal melangkah tahun baru dua hari sahaja lagi. Sudah tentu masing-masing dah pasang niat dan azam baru. Ada yang nak beli rumah, nak bercuti, nak ke umrah, nakkan zuriat, nak tambah zuriat dan bermacam-macam lagi. Tidak kisahlah apapun azam kita, yang penting semuanya membawa kebaikan pada kita dan juga orang sekeliling kita.

Entri kali ini mungkin nampak macam serius topik tapi sebenarnya entri ini lebih kepada perasaaan untuk ingat mengingati sesama manusia. Imam Al-Ghazali kan ada cakap, tak perlu kita jadi pendakwah pun untuk kita saling mengingati dan membawa manusia ke jalan yang lebih baik. Tidak kira apa cara sekalipun, kita mampu mengubah sebuah kehidupan jika kita terus ingat-mengingati. 

Tahun 2013 ini pada aku merupakan tahun yang paling menggembirakan aku. Apa tidaknya, kalau berkongsi mengenai kerjaya, Alhamdulillah syukur, akhirnya aku telah disahkan dalam perkhidmatan awam setelah hampir 5 tahun menanti. Syukur juga, aku lulus menempuhi pelbagai onak dan duri sepanjang 6 bulan berkursus. Tinggal anak..tinggal laki..siapa lah tak sedih kan. Tapi 6 bulan itu cukup mengajar aku erti kecekalan menghadapi hidup yang adakalanya cerah, adakalanya jugak mendung..dan ada jugak kalanya gelap gelita...

Dari kecil lagi, aku tak pernah pun membayangkan yang hidup aku macam ni. Apa aku buat, hanya untuk menggembirakan hati abah dan ummi. Hidup hingusan dulu tak semudah dengan anak-anak genIT ni. Jarang amat disodokkan dengan hadiah. Walaulah dua-dua orang tua aku bekerja, tapi kami belajar untuk hidup berkongsi 6 beradik. Tapi sebenarnya kepayahan dulu lah yang menjadikan aku insan seperti hari ini. Bersyukur sangat-sangat dah. Aku selalu marah dengan diri sendiri bila kenkadang tak dapat nak kawal perasaan nak membandingkan hidup aku dengan orang lain. Benchmark tinggi sangat..ada ke nak compare hidup aku dengan Siti Nurhaliza..choyyy!

Aku memang bersyukur dengan perjalanan hidup sekarang...mengimbau memori masa mula-mula dapat kerja kontrak tu betul-betul buat aku rasa bersyukur. Masa tu aku baru je habis praktikal. Takutnya lepas habis praktikal tu ya Rabbi hanya tuhan je yang tau betapa lah risaunya jadi penganggur. Alhamdulillah, tuhan permudahkan urusan aku rupanya. Aku belum convo lagi, dah dapat offer kerja,..dan disitulah bibik-bibik cinta bermula..cewahhh..

Bila dah kerja, terasa kurang terjamin dengan status kontrak. Aku cuba lah apply SPA. Alhamdulillah juga, syukur Allah permudahkan urusanku. Segala-galanya aku lalui dengan tenang, status kontrak bertukar dengan status tetap. Semuanya disusun cantik oleh Dia. Walaupun 5 tahun menanti, aku tetap bersyukur kerana dalam tempoh 5 tahun ini aku belajar untuk cari pendapatan sampingan bagi menambah pendapatan isi rumah. Aku belajar berhadapan dengan ragam manusia. Aku juga belajar mendalami sedikit sebanyak ilmu perniagaan yang pada aku sangat bermakna.

Bersyukur juga ada suami yang sangat sangat sangat sangat memahami. Bila ada sahabat-sahabat yang inginkan pandangan aku tentang lelaki/boyfriend/suami, selalu aku nasihatkan carilah lelaki yang memahami kita. Sayang tu jatuh nombor dua. Kerana pada aku suami lah yang paling penting dalam hidup berumahtangga. Bersyukur kerana suami yang suka berbincang dalam segala benda. Adapun kekurangan disini, kelebihan suami ternyata ada disana. Jangan terlalu pandang kepada kepada kekurangan, seeloknya pandang kepada kebaikan serta kelebihannya. Indah kan percaturan Allah ini? Sempurna nya hidup kita bila berkeluarga.

Sebut pasal keluarga, bersyukur juga kerana perjalanan hidup yang Allah tentukan ini, tidak terhenti. Allah hadiahkan pula seorang putera hati. Bersyukur kerana disebalik kesukaran menghamilkan putera hati, indah rupanya yang menanti. Bukan mudah, tapi tidak la sesukar mana menjaga dan mendidik anakanda ini. Syukur kerana anakanda seorang yang sangat mendengar kata. Cepat belajar, peramah, happy go lucky, kartun pun ada. Apa sajalah keletahnya pasti ada yang tertawa. 

Alhamdulillah syukur seawal 2 tahun, anakanda Muhammad Hadif Akhtar sudah menghafal Doa Makan dan Doa Tidur. Jika di meja makan, beliaulah ketua yang akan memimpin bacaan doa makan. Pencapaian untuk penutup tahun ini, syukur juga beliau sudah boleh membaca Al-Fatihah tetapi versi 2 tahun lah. Alunan zikir pula sering dialunkan dibibir. Kadang-kadang tengah mandi pun boleh berzikir. Masyallah..ibu mana yang tak bersyukur kan? 

Seawal umur ini juga sudah melatih anakanda solat di masjid. Sentiasa berpesan kepada beliau, masjid tempat sembahyang bukan tempat bermain. Kadang-kadang pulang dari masjid beliau akan mengadu ada abang main dalam masjid. Faham dia agak takut kerana dimasjid dia tidak boleh solat bersama daddy. Dia solat dibelakang bersama kanak-kanak yang lain. Dia kecil lagi kan, mungkin agak takut bila tengok ada abang-abang yang dewasa sikit bermain di safnya. Tetapi, dia ingat pesan ummi,"Ummi, masjid kan tempat sembahyang, kenapa abang tu main dalam masjid?". Alahai terkelu jugak nak menjawabnya. 

Insyallah tahun 2014, anakanda sudah masuk 3 tahun. Azam ummi nak dengar alunan Juz Amma pula dibibir Hadif. Tahun depan dah nak mula ajar Muqaddam atau Iqra' juga. Kita tengok macam mana nanti ye. Semoga Allah permudahkan...

Masing-masing ada kisah silam masing-masing kan. Aku pun tak terkecuali daripada kisah silam yang terlalu banyak mengajar erti kesabaran. Aku bersyukur kerana Tuhan menduga aku dengan cara yang Dia tentukan, kerana tanpa dugaan itu, mungkin aku tidak sekuat hari ini. Aku bersyukur juga, kerana kisah-kisah silam itu telahpun memberi seribu satu sinar kehidupan yang nikmatnya masih aku rasa...Syukur... 

Hidup kita ini kurang lebihnya kita kena bersyukur. Berubah bermula dari hati. Kalau hati kita tidak ikhlas, mengharapkan balasan dengan setiap apa yang kita lakukan, sukar sebenarnya perjalanan hidup kita ini. Usah peduli dengan "orang kata" dan "kata orang" jika kita nak berubah menjadi lebih baik. Teruskan berfikiran positif, bersangka baik dan ikhlas. To all my dear blogger friends, teruskan berkarya teruskan berkongsi sesuatu yg baik. Jadikanlah medium ini sebagai wadah untuk kita tambahkan kebaikan. Kita mungkin tidak akan kekal, tetapi perkongsian kita akan terus kekal dan lebih indah jika ada yang mendapat manfaatnya.

Selamat tinggal 2013!







More story all about my journey, kindly follow my instagram: Kemn_Azmaili

Thursday, December 26, 2013

CLEARANCE & CRAZY SALES!!!!!!!!

Selamat hari Khamis,

Dah lama tak update pasal biz online POPSCARF disini. Ni nak habaq mai kat hangpa suma..buat julung-julung kalinya kami buat clearance sales bagi koleksi-koleksi sepanjang tahun 2012 dan 2013. HARGA RUNTUH tahap zargus!! Untuk makluman semua, ada koleksi yang telahpun kami jual offline terlebih dahulu memandangkan permintaan offline customer terlalu tinggi. Mungkin sebab mereka boleh tengok, pegang dan rasa sendiri material tu macam mana kan. So tak mau buang masa lagi, jom order sekarang!! 

Lycra Printed Shawl | Purple

Lycra Printed Shawl | Turquoise

Pashmina Polka Red

Pashmina Polka Green

Chiffon 3 tone with diamond shawl | Dark brown, pumpkin, sandy

Glitter Shawl

Glitter Shawl

Cotton mustache-printed Wide Shawl | Peach

Cotton mustache-printed Wide Shawl | White

Cotton mustache-printed Wide Shawl | Orange

Cotton mustache-printed Wide Shawl | Yellow

Cotton mustache-printed Wide Shawl | Dark Brown

Cotton mustache-printed Wide Shawl | Shocking Pink

Tambah kapsyen |Dusty Purple

2 Layer Chiffon Hoodie | Pink & Dark Brown

2 Layer Chiffon Hoodie | Baby Blue & Dusty Pink

2 Layer Chiffon Hoodie | Dark Purple & Dark brown

2 Layer Chiffon Hoodie | Dark Blue & Light Purple

2 Layer Chiffon Hoodie | Light Purple & Light Grey

2 Layer Chiffon Hoodie | Royal Blue & Pink
2 Layer Chiffon Hoodie | Mustard & Yellow

2 Layer Chiffon Hoodie | Turquoise & White

2 Layer Chiffon Hoodie | Dark Purple & Dusty Purple

2 Layer Chiffon Hoodie | Dark Green & White

2 Layer Chiffon Hoodie |Dark Blue & Light Purple

2 Layer Chiffon Hoodie | Orange & White


ORDER VIA WATSAPP/SMS  012-2243815. GRAB IT NOW!!!

Friday, December 20, 2013

Temuduga PTD

Salam semua,
First of all nak ucap tahniah pada semua yang berjaya lulus exam dan secara automatiknya layak lah ke sesi temuduga. Bagi yang dah selesai ditemuduga, didoakan agar korang semua dipermurahkan rezeki. Dapat je result temuduga nanti, mesti hilang semua rasa rama-rama berkeliaran dalam perut tu..hehehe..

Tujuan entri ini ditulis adalah untuk rujukan dan perkongsian pengalaman sendiri menghadapi temuduga yang paling menakutkan di abad ini..hahaha...korang jangan la rasa gerun pulak bila aku share ni sebab temuduga ni pada aku sangat subjektif. Walaupun panel ni dah pun ada set soalan disediakan untuk tembak calon-calonnya, tapi kadang-kadang..kalau nasib "tuah" tu lain macam sikit, memang ko akan sangat menderita la sepanjang sesi tu.

Benda paling basic yang korang kena tau ialah panel ni memang akan PROVOKE korang. So, korang kena siap siaga lah mental tu biar kasi kering sikit. Dia nak kutuk ke, ko terima je la walau korang mampu buat senyum pahit je. Kalau depa puji, jangan la termakan sangat dengan pujian palsu diorang tu. Semuanya dusta..ta..ta........hehe

Soalan yang biasa diorang tanya of course la mengenai perkhidmatan awam kan. UPDATE ISU SEMASA atau apa-apa arahan/dasar semasa kerajaan. Contoh Bilangan Kementerian, siapa KPPA, siapa KSN, jenis sistem pemerintahan, Dewan Negara, Dewan Rakyat, Beza Pesuruhjaya dan Duta, NKRA, KPI, CTI-CPI, dan yang ter latest ni pasal GST kan?

Sepanjang sesi temuduga biasanya akan ada dwi bahasa, tapi tengok jugak panel. Ada panel hat rigid depa akan suruh korang jawab full in english. Ada panel tak kisah pun. Ada jugak panel siap cakap gunakan bahasa yang korang selesa nak jawab dan berhujah. Tapi ada jugak panel yang ngeri siap kalau dia tau ko amik 3rd language, depa akan suruh korang cakap bahasa tu tau. Sebab tu aku cakap temuduga ni sangatlah subjektif, bergantung juga pada panel yang ko dapat.

Soalan tipikal yang panel akan tanya, ..Kenapa awak berminat jadi PTD? Nak lagi provoke bila ko amik bidang yang kritikal macam perubatan ke, akauntan ke, undang-undang ke atau apa-apa bidang lain yang sedia maklum ada di skim lain. Biasa kita akan jawab, "Saya berminat sebab pertamanya kerja kerajaan ni terjamin.."..PLEASE, cari jawapan lain ek. Sebab dia tau semua orang akan jawab jawapan tipikal macam tu. Korang reka je la bagi jawapan yang ada x-factor gitewww...bagila depa rasa teruja sikit kan..

Lagi elok kalau korang ni ada kelebihan lain yang orang lain jarang-jarang ada. Contoh nya pernah tulis buku ke, wakil Malaysia untuk apa-apa program ke, apa-apalah yang boleh buat diorang rasa nak pilih korang. Resume or CV korang tu sebenarnya paling penting jugak, kalau aktif sukan contohnya bola sepak, make sure la korang ada fevret team korang. Satgi depa tanya korang tak tau, nampak sangat kantoi tipu tau.hehe

Lagi satu kalau diorang tanya, kalau awak dapat PTD ni awak nak bertugas di Kementerian mana? Ok, ini adalah contoh soalan provoke, janganlah sebab korang ada background biologi/biotech ke hapa ke, korang jawab nak duk di MOSTI ye,.nanti depa akan jawab balik, "habis kalau tak dapat duk MOSTI, awak tak berminat la jadi PTD?" ..Sebab korang kena ingat PTD ni ada 8 bidang dan ada kemungkinan bidang PTD akan ditambah kepada 14 bidang (kemungkinan tau, so far masih gunapakai 8 bidang tu). Korang jawabla jawapan ala-ala poyo sikit, "Selaras dengan 8 Bidang PTD, saya sedia berkhidmat di mana-mana kementerian kerana saya percaya setiap kementerian mempunyai bidang-bidang tersebut yang boleh meningkatkan kompetensi saya sebagai penjawat awam"...pehhhhh..mesti diorang kagum uolsss..hahaha...ni aku reka je, tapi korang pandai-pandailah fikir macam mana nak bagi jawapan selamatkan tengkuk korang dari terus ditembak berdas-das..hehe

Mengimbau kembali kisah temuduga aku tahun 2009 dulu, sirius sampai 7 keturunan pun aku takkan boleh lupa momen ngeri tu..haha...Ada dua panel cam biasa, biasanya sorang panel tu pesara yang top-top gun dulu, dan sorang lagi biasanya panel dari SPA atau JPA. Panel top gun masa tu aku dapat Dato' bekas Timbalan Pengarah SPRM. Pehhhhh....menanges wehhh...betapa ngeri nya aku di provoke oleh beliau sampai aku rasa air mata aku dah standby duk kat tengah-tengah anak tekak ni..tinggal nak tersembur kaluar je...hahhaha..Dia tanya aku macam soal siasat penjenayah. Macam la aku pernah jadi penjenayah kan,.Serius dan seriau uolss. Psiko jugak aku dibuatnya. Ada ke patut benda pertama yang dia suruh aku buat ialah baca balik apa yang aku tulis dalam resume aku ikut turutan, kalau lupa satu ayat, ulang balik..mampu????? So, nampak tak moral of the story, korang please aware/alert dengan apa yang ko tulis dalam tu. Make it short, simple and precise. Tapi kalau sikit nanti, dia provoke pulak ko ni macam tak aktif...Susah kan? So, suka hati la ko nak buat macam mana ye..hehe

Masa tu jugak aku sibuk duk hafal pasal teras/konsep 1 Malaysia. Harommm satu pun tak ditanya, dia tengok pulak course aku masa belajar dulu. Dia cakap course aku ni macam menarik, so dia terus terang cakap taknak tanya pasal perkhidmatan awam, dia nak tanya study aku pulak..mau tak nanges kan..inilah padanhnya bila belajar sebab nak lulus je...hahahhaha...aku ingat soalan dia tanya pasal MOU atau agreement yang sampai sekarang Malaysia belum tandatangan..Pehh senang macam tu pun aku boleh bengap nak jawab kan...memang dah ketar kepala lutut, jadi aku dengan rasa pasrah terus je jawab,"Maaf Dato', saya yakin saya belajar berkenaan perkara ini, tetapi maafkan saya kerana saya tidak dapat menjawabnya kerana mungkin dalam keadaan ini saya terlalu gugup"....Sing..sing..sing berdesing lah telinga dia dengar jawapan stupid sangat ahkak rase..hahaha..tapi last tu dia cakap, "..bla..bla..bla...Sekurang-kurangnya awak jujur...". So..korang nampak tak game diorang ni nak tengok kita camna kan...Please la kalau benda berFAKTA, jangan cakap ikut pandangan ko, tapi kalau benda dia tanya tu COMMON SENSE, baru lah korang jawab ikut idea bijak pandai korang tu.

Macam tu lam sedikit sebanyak pengalaman / tips yang boleh aku share ngan korang. Ramai yang tanya, so aku buat entri ini kepada yang ingin bertanya. Kepada yang rasa nyampah ngan PTD ni atas sebab-sebab peribadi, tu bukan salah aku. Korang skip je entri ni, seyes aku tak sentap pun sebab dah imune kot. Aku tau ramai yang kurang gemar dengan skim ini. Macam-macam aku dengar sepanjang 5 tahun dalam servis ni. So, aku hormat pandangan masing-masing. Cuma kalau yang fitnah berleluasa tu, aku cuba la perbetulkan. 

Masa lantikan aku tu, macam-macam laluan berhalangan nak kena hadap before kursus 6 bulan. Tapi sekarang dah takda semua tu. Mulai lantikan 2013, calon yang lulus temuduga akan dilantik sebagai kadet dan perlu mengikuti kursus selama 1 tahun. Macam-macam modul yang korang kena lalui samada modul indoor and outdoor. Kalau tak perform, takkan dilantik sebagai PTD pun. Kalau perform baru lah dilantik. Gaji sepanjang tu hanya dapat elaun sahaja, bukan bergaji penuh pun. 

Berbalik pada citer interview aku tu, serious weyhhh memang lepas setel tu, bukak je pintu aku menangis gilababeng..tah tertahan air mata ku gugur ke bumi..hahaa..Rupa-rupanya bila bersembang dengan rakan-rakan, ada 2 3 orang juga dapat panel yang sama...yes jawapan mereka adalah sama..NANGESSS...jadi kami bersependapat bahawa di amik orang yang nanges kowwtttt...hahahha..eh..korang jangan buat-buat nanges pulak bila aku citer ni tau...hehehe

Sekian, perkongsian dari hati ke hati. Untuk cerita lanjut, korang boleh BACA KAT SINI. Aku pernah share pasal ni dulu...Tatata

Thursday, December 19, 2013

Make up and Make over Team Hai-O

Tempahan Make Up bagi tahun 2014 dibuka sekarang!!

Whatsapps / SMS 012-2243815 for any inquiries or booking/reservation.

Engagement
Solemnization
Reception
Photoshoot
Dinner 
Stage

Gambar dibawah ialah make up day event untuk team Hai-O yang super energetic!









Tuesday, December 17, 2013

Tips Bijak Urus Wang, Kunci Bebas Hutang

Kos sara hidup makin hari makin bertambah. Dalam soal ini, kenaikan harga barang dan segala mak nenek celah bedah pun akan turut naik. Pandangan aku tak perlu lah kita nak menuding jari kepada mana-mana pihak walaupun ternyata kita sedia maklum pihak kerajaan lah yang perlu memikirkan hal ini dengan lebih makro. Sebagai seorang rakyat marhaen kategori ordinari, maksud aku rakyat biasa yang tak punyai duit berbilion-bilion dalam tangan atau pun dalam bank, kita sendiri lah yang perlu bijak menguruskan kewangan kita terutamanya kepada yang dah berkeluarga.

Entri ini ditulis atas dasar yang pertamanya adalah untuk mengingatkan diri sendiri. Yang keduanya nak berkongsi. Yang ketiganya sebagai rujukan masa depan. Kot mana tau kan aku jadi alpa dengan duniawi, mintak jauh la hutang keliling pinggang..boleh la aku belek-belek balik entri ni untuk berada di landasan yang betul. Cis, apa yang aku merepek ni..

1. Amalkan Doa Hindari Hutang

Doa ini dari sekolah rendah lagi aku dah hafal. Hafal pun bukan sebab rajin sangat pun. Tapi aku ingat masa perhimpunan tiap-tiap murid kena bergilir naik pentas untuk baca doa ini. Seram tau bila tengok ada member-member yang lain terlupa bila naik pentas tu. So, aku memang gagah dan gigihkan diri untuk hafal doa ni. Naik sekolah menengah pun sama, kalau solat berjemaah di surau Aspuri, tiap-tiap orang pun kena bergilir jadi imam tak pun kena baca doa. Siap berjadual bagai, jadi memang takleh nak lari memang la kena baca. Rupanya dalam keterpaksaan masa kita kecik-kecik dulu, ini lah hasilnya bila besar. Alhamdulillah aku memang akan rasa tak sedap duduk bila ada hutang dengan orang even dengan suami sendiri pun aku akan ganti. Susah cemana pun sangat jarang aku nak berhutang dengan orang. So, korang mana yang belum amal doa ni, aku sangat-sangat galakkan korang amalkan. Suami pun dah start amalkan doa ni, dan memang nampak perubahan dia dalam menguruskan kewangan lebih berhemah. Korang cuba ye! =)

2. Jangan pakai kad kredit

Please, jauhkan diri anda dari kad hutang ni. Kalau suami korang pakai, nasihatkan lah dia supaya buang dan terus belahkan je kad tu. Bukan apa, kalau buang nanti bila tengah sesak ada can dia pegi korek balik cari kad kredit tu..heheh..takde gurau je..Kalau tanya aku, memang aku tak pernah ada kad kredit. Aku memang dah latih dari mula dapat gaji pertama dulu dan telah pun bertekad memang takkan pakai kad kredit. Walaupun aku tau ada mulut-mulut busuk orang akan cakap, "takpe la dia, laki dia boleh bayar sume..bukan dia yang bayar pun..". Nah...aku tak peduli pun orang kata tu, kalau dia yang bercakap tu sudi hulur duit nak bayar hutang aku adalah pekdahnya...Ni setakat mulut-mulut busuk kan...busuk..tau tak busuk?? haahaaa..

Kalau si suami nak jugak pakai kad kredit, kita si isteri ni cuba nasihatkan. Paling koman la, bagi pakai satu kad je lah..suami kan selalu bagi alasan senang nak tuang minyak, nak bayar hotel kalau berjalan ke kannn..So far, husband aku memang ada satu je, dan sekarang aku dalam proses nak pujuk dia supaya tak payah la guna kad kredit walau sekeping pun.

3. Kurangkan Perbelanjaan

Dalam erti kata lain, kita kena kurangkan perbelanjaan yang kita rasa tak perlu. Contoh la kalau bil Astro tu, kalau rasa ada chanel yang korang tak tengok pun, tak payah la subscribe walau lah Astro dah bagi pakej baik punyo...Kalau kat rumah aku, memang tak subscribe chanel kartun bagai ni sebab anak aku spesies sebijik macam pak dia, kaki sports. So, rumah aku tu memang laku chanel sports je manjang.. Tak kisahla, yang penting dah kira pakej la tu, dua anak beranak dengan chanel fevret yang sama.. hehe

Kat rumah pun perlu berhemah. Kalau rasa bil elektrik tu tinggi, kena check balik apa sebenarnya yang boleh tinggikan bil tu. Kalau kat rumah aku ni, daddy memang very economical bab-bab penjimatan isi rumah ni. Pastikan semua suis bertutup kalau tak guna, air cond biasa guna untuk sejukkan bilik je, memang akan tutup dalam pukul 3 - 4 pagi tu, suhu pun dalam 25 degree je. Kipas dan lampu pun sama uolss. Kalau setakat duk bertiga kat rumah tu, bukakla kipas dan lampu yang sepatutnya je.

4. Tambah pendapatan (side income)

Dulu aku rasa orang kurang cakna pasal side income ni, gila ayat cakna macam esei darjah 5 pulak..haha. Mendepani cabaran kos sara hidup yang saban tahun makin tinggi ni, aku rasa semua orang dah ada kesedaran tentang mencari side income ni. Walaulah orang kan selalu cakap kerja gomen ni terjamin, ye syukur alhamdulillah memang syukur dengan rezeki Allah ni, tapi jangan lah kata kita ni tak bersyukur pulak bila orang gomen pun sibuk nak buat side income ye. Kena ingat, rezeki ni kalau tak dicari memang takkan datang bergolek. Yang penting kita usaha ye dak...

So far, aku cadang korang buat side income yang korang minat. Please la korang jauhkan lah MLM atau segala jenis tok waris transaksi emas bagai. Kalau korang betul-betul ada knowledge yang super hebak dalam dua kancah di atas ni pada aku korang nak teruskan tu, teruskanlah, tapi korang kena ingat juga setiap apa yang kita buat perlu berlandaskan kepada hukum dan menepati syariat Islam. Serius aku memang kurang bijak bab-bab bisnes atas angin ni, so aku pilih jalan yang mudah je iaitu bisnes tudung yakni aku tau ramai dah orang jual sebenarnya, tapi korang kena ingat tudung ni aku rasa orang beli hari-hari, so korang faham maksud aku kan? Jangan mudah putus asa tau. Siapa nak bagi kita kalau tiap-tiap bulan boleh jugak cecah 1k kan. Selain daripada tu, aku jugak amik tempahan untuk Make Up and makeover, walaulah aku ni make up tidaklah persis Epie Temerloh..tapi alhamdulillah..ramai yang bagi positif feedback dengan karya jemariku yang tak berapa nak gah ni..hehehe

5. Langsaikan Hutang Tertunggak

Perkara pertama yang aku buat bila dapat duit EPF adalah bayar balik hutang PTPTN sekaligus. Serius aku penat dengan ptptn ni sebab dah hampir 5 tahun aku bayar, tapi susut tu tak berapa nak susut hutang aku ngan ptptn ni. Terus terang memang tak mampu nak bayar ikut jadual dia tu kan, jadinya ko setakat bayar caj pentadbiran je aku rasa, nak marah sangat tak boleh juge lah sebab banyak jasa ptptn ni masa kita student dulu kan. Sangat tak sabar nak dapat duit EPF, nak bayar kasi langsai lah semuanya.

6. Elakkan Pinjaman Peribadi

Korang kalau yang belum buat, please la tak payah buat kalau bukan kerana benda penting dan tak bermanfaat. Kalau reason nak buat loan tu untuk nak kahwin, hentikanlah ye. Tapi kalau buat loan tu untuk support untuk loan rumah ke, untuk invest ke, aku rasa takda masalah..sebab semua tu untuk aset dan keperluan kita masa hadapan. Ada jugak aku tengok yang buat personal loan sebab nak beli keta mewah skit, so tak mampu bayar bulan-bulan, depa bayarlah deposit banyak sampai ber loan bagai. Sangat kurang cerdik idea ini sebab soon korang akan rasa betapa seksanya nak bayar macam-macam hutang nampak ni. Ni belum kira hutang tak nampak...hehehe

7. Bersedekah

Jangan lokek. Bila kita bersedekah, yang penting niat kita kena ikhlas, jangan harapkan balasan. Insyaallah hanya Allah yang akan balas segala kebaikan yang kita buat dengan permurahkan rezeki kita. Semakin kita bersedekah, semakin Allah permurahkan rezeki kita. Senang je kan sifir dia, takyah guna kalkulator pun kita dah tau nilai yang kita dapat. Paling penting, tiap-tiap dapat gaji tu, WAJIB hulurkan duit pada mak / ayah kita. Betapa berkat walaupun sedikit korang hulurkan.

Ada 4 Manfaat bila kita selalu bersedekah iaitu:

 

8. Solat Dhuha

Ayuh kita cuba amalkan. Yang ni memang terang-terang kita buat, kita dapat. Kadang-kadang rezeki tu Allah bagi dalam keadaan yang kita rasa macam kebetulan, padahal kita perlu ingat betapa tingginya nikmat solat dhuha ini bila kita amalkan secara konsisten. Solat sunat yang sangat simple, tetapi kaifiatnya masyallah!! Bukan saja dipermurahkan rezeki, rezeki juga dipermudahkan. Sebab tu solat dhuha ini orang kata pembuka rezeki. Jom kita amalkan ye!

9. Menabung

Nampak mudah, tapi sebenarnya payah acaner tu? Ada orang nak menabung bila ada duit lebih, ada orang akan konsisten menabung walau duit tak berapa nak ada. Terpulang la pada korang asalkan kita ada simpanan kita. Apa yang penting, kita menyimpan supaya dalam keadaaan kesesakan, duit simpanan ni la yang akan bantu kita. Lagi satu selain menabung untuk diri sendiri, jangan lupa menyimpan untuk anak-anak juga.

10. Wasatiyyah / Bersederhana

Bersederhanalah dalam semua sudut sekalipun. Insyallah hidup bersederhana memang akan sentiasa cukup serba serbi. Kita hidup bukan mengejar harta, bukan mengejar nama. Tetapi, jangan terlalu selesa dengan apa yang kita perolehi hari ini. Setiap apa yang kita buat perlu ada penambahbaikan, sentiasa perbaiki dan perbetulkan diri. Kekalkan momentum hidup kita kalau kita rasa kita dah kecapi segalanya, kalau belum..kita tengok balik apa yang kurang...


"Gaji yang kita dapat tu, elok kita selesaikan segala bil-bil atau bayaran yang sepatutnya..Bagi mak abah sikit, menabung sikit..selebihnya tu la yang kita belanja..."

Semoga ia bermanfaat ...sharing is caring! =)

Monday, December 16, 2013

Alhamdulillah selesai! : Misi bantuan Pasca Banjir

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah!!

Syukur sangat-sangat kerana urusan kami dipermudahkanNya. Betapa gembiranya rasa hati dan sanubariku ini taktala melihat sumbangan yang korang semua hulurkan melimpah ruah di bilik gerakan kami. Al kisah sehari sebelum misi ini bermula, perut aku penuh digelumangi rama-rama dek kerana risau dengan macam-macam la dugaan yang kami hadapi sepanjang misi ini bermula.


Dalam beg Ikea tu kami dah pakejkan semua famili akan dapat benda yang lebih kurang sama. So sampai sana, tinggal nak agihkan sahaja ikut bilangan famili yang ada. Dalam beg itam tu kami letak segala jenis sabun, tak sekalikan dengan beg biru tu satgi semua makanan dalam tu bau sabun..hehhee


Ini pampers terkumpul  yang korang semua sumbangkan dalam 3 hari je tau. Memang banyak, kami agihkan juga ikut keperluan keluarga. So, keluarga yang ada anak kecik akan dapat, yang tak da tu tak dapat la ek.


Ini gambar dari bilik gerakan kami. Ofis ni sebenarnya dalam proses perpindahan. Memang takda orang la kan. Macam kebetulan je tau-tau barang sumbangan ni banyak. Apa yang kami buat masa sorting, kami kategorikan semua barang ini ikut jenis dan keperluan. Pakaian pun kami sort jugak ikut gender dan golongan supaya senang diorang nak nak cari nanti.

Ini pulak section beg dan peralatan skolah. Memang seronok bila bekerjasama ni. Masing-masing datang ke sini macam dah tau apa nak buat. Macam aku cakap hari tu, kami pergi memang tak ramai, tapi tulang belakang misi ni memang ramai. Nak-nak part yang paling kritikal ni bab-bab sorting, packing and loading. Alhamdulillah jam 8.00 malam semua barang siap loading dalam lori.

Betul, benda yang baik Allah pasti permudahkan. Sebab tu aku sangat bersyukur kerana misi ini selesai dengan jayanya. Sasaran kami di luar jangkaan sebenarnya. Dalam sibuk memikirkan nak bantu satu kampung, rupanya bantuan sumbangan ini mampu menampung 3 kampung sekaligus. Bayangkanlah betapa banyaknya sumbangan yang korang bagi..

Kami bertolak ke Kuantan seawal jam 5.00 pagi. Pukul 4.30 pagi dah gegas gerak Hadif, kesian tapi bila sebut nak balik Kuantan Hadif memang eksaited. Dah mandikan dia pun ala kadar je asal ada la bau wangi tu kan. Then kitorang karpul je, 2 kereta dengan 6 orang kawan-kawan. Serius memang ada rasa kebimbangan melihat tenaga kerja yang akan membanting tulang tu tak berapa ramai. Tapi kami tetap positif dengan beranggapan adalah orang kampung yang akan membantu kami.

Tiba di Kompleks Penyayang JKM Kuantan pada jam 11.00 pagi. Kami berbincang dengan wakil JKM, En. Hamizan selaku PIC yang menguruskan bantuan banjir disekitar Pahang. Beliau menyarankan agar bantuan-bantuan yang berbentuk peralatan elektrik tidak diagihkan di pusat pemindahan memandangkan kuantiti barang tersebut tidak dapat menampung jumlah keluarga yang terlibat. Bimbang akan timbul pula ketidakpuashatian. Jadinya kami setuju dan terus menurunkan beberapa peralatan elektrik dan set pinggan mangkuk di situ. Beliau memberi jaminan bahawa barangan tersebut akan beliau agihkan kepada keluarga-keluarga yang amat-amat memerlukan terutamanya di kawasan pedalaman.

Setelah mendapat senarai pusat pemindahan daripada JKM, kami terus bertolak ke kawasan tersebut. Kawasan kampung yang akan kami agihkan ini masih ditelenggami air dan impian untuk hantar dari rumah ke rumah tu terkubur. Ada juga rasa ralat disitu tapi apapun misi tetap diteruskan. Hasil perbincangan kami berenam, kami memang decide akan agihkan semua barang tersebut di pusat pemindahan mengikut senarai jumlah keluarga yang berada di pusat-pusat pemindahan tersebut.

Kami ke Kg. Cheruk Paloh, Kg. Semangat dan Kg. Ubai. Ketiga-tiga kampung ini masih ditelenggami air dan penduduk masih tidak dapat pulang ke rumah. Mereka juga perlu bersiap sedia menghadapi gelombang kedua yang dijangka berlaku pada 15 - 18 Disember ini. Apapun kita berdoa lah sama-sama agar gelombang ini tidak akan berlaku lagi.





Ini Pusat Pemindahan di Dewan Serbaguna Kg. Semangat. Hampir 500 orang mangsa disini dan korang tengoklah betapa tidak selesanya mereka disini. Tapi apa yang kami kagum kerana mereka tidak putus-putus menerima sumbangan daripada pelbagai pihak. Kat sini kami loading tak banyak sangat barang sebab kami tengok dah banyak sumbangan disini terutamanya stok makanan. Kami hanya loading sumbangan pakaian je disini.

Ini di pusat pemindahan SK Kg. Ubai. Last pitstop kami disini. Ada 53 keluarga yang berada di pusat pemindahan ini. Alhamdulillah kanak-kanak sekolah rendah dan menengah dapat semua beg sekolah yang disumbangkan. Sebenarnya di Cheruk Paloh pun kami sempat agihkan beg skolah mengikut jumlah pelajar di kawasan tersebut. Di Kg. Semangat je kami tak dapat nak agihkan beg skolah memandangkan kuantiti beg skolah tak dapat menampung jumlah kanak-kanak disitu. Jalan yang lebih adil, kami pilih untuk tidak agihkan di situ.


Mungkin..mungkin..mungkin kami menjalankan misi ini secara "freelance" omputeh kata, tak bersandarkan pada pihak ketiga, adalah salah satu faktor kami tidak terbeban dengan apa-apa arahan dari semasa ke semasa. Buat kerja amal ni, tak pressure langsung cuma pada awal tu hanya dugaan dengan transport. Bila dah dapat lori, lebihan pulak  muatan. Dah kena tambah lori. Akhirnya segalanya dipermudahkan Allah. Last day before nak gerak, 4 lori nak offer angkut barang sumbangan ni. Memang kami terharu sangat especially sokongan dari kawan-kawan. Meeting pun dalam wassap je, 3 hari collect barang tu pun viral via emel, fb, dan instagram, bab dana pulak memang 100% dana daripada korang di luar sana, tiada langsung dana khas yang kami terima dah sangat cukup dapat membantu mereka di sana.



Dikesempatan ini, kami nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang membantu kami merealisasikan misi ini. Bermacam-macam bantuan yang kami terima daripada korang semua dan kami hanya mampu mendoakan bahawa anda semua dipermurahkan rezeki. Sikit ke banyak tu hanya nilai fizikal, apa yang penting adalah tingginya nilai kemanusiaan dalam diri kita.

Terima kasih...JAZAKALLAH!!!!


Dari kami bukan siapa-siapa,
2 mak budak, 2 bapak budak, 2 anak dara 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...