Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Friday, May 30, 2014

TERIMA KASIH KERANA REVIEW SUFI CILIK DI BLOG ANDA!

1 unit RM25 include postage
Assalamualaikum. Alhamdulillah Batch 10 dah habis dijual. Terima kasih kepada semua yang sudi membeli CD AMALAN ZIKIR DAN DOA SUFI CILIK ini. Rata-rata yang membeli sangat berpuas hati dengan feedback yang diterima bila anak-anak mula mendengar alunan zikir oleh suficilik di dalam cd ini yang diberi nama Amirul Atiq.

Seperti biasa, saya dengan berlapang dada ingin membuka pembelian CD ini untuk order Batch yang ke-11. Masyallah sambutan yang sangat-sangatlah positif membuatkan saya meneruskan jualan CD ini. Hanya satu niat saya, untuk berkongsi manfaat yang dirasai agar orang lain turut merasa manfaat  bersama-sama. 

Saya mengharapkan agar rakan-rakan blogger dapat berkongsi manfaat zikir ini melalui blog agar ianya dapat disebarluas kepada saudara-saudara Islam kita di luar sana yang sukar untuk mendapatkan CD SUFI CILIK ini di pasaran.

Terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang sudi berkongsi mengenai CD SUFI CILIK ini. Alhamdulillah hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya dan semoga anda semua dipermurahkan rezeki.

Ini adalah beberapa blog yang berkongsi mengenai manfaat CD SUFI CILIK ini, dan anda boleh baca entri tersebut dan lihatlah kesan zikrullah yang dialunkan oleh anak kecil ini mampu mempengaruhi anak-anak kecil yang lain diluar sana!


= Cherish every cherry

= aku bukan bidadari

= Mommy's Diary of Life

=ily's


KEPADA YANG BERMINAT UNTUK DAPATKAN CD AMALAN ZIKIR DAN DOA SUFI CILIK, BOLEHLAH WHATSAPPS SAYA DI 012-2243815


Insyallah akan share lagi feedback daripada ibu bapa di luar sana yang sangat berpuas hati dengan cd ini.

Tuesday, May 20, 2014

Sentuhan Bertemakan Inggeris Klasik

Bila sebut Inggeris Klasik ni, kita memang tidak lari dengan padanan dan penyesuaian dekorasi yang bersalutkan warna emas kekuningan dan tembaga kan. Biasanya dekorasi bertemakan Inggeris Klasik lebih sesuai untuk saiz rumah yang lebih luas. 

Ini memang ternyata tak sesuai dengan jiwa aku. Bila melihatkan tumbesaran anak dari hari ke hari, aku lebih mementingkan praktikaliti dalam mendekorasi. Pada aku, tema sentuhan Inggeris Klasik ni lebih kepada rumah yang anak-anak nya dah besar kot. Kot je la ek, sebab ada juga yang pandai menghias rumah dengan tema klasik macam ni, walaupun saiz rumah yang minimal. Terpulang la tau, takda yang salah takda yang betul la pada aku dalam nak mendeko rumah ni. Apa yang penting, kita selesa dengan rumah kita. Tak gitu?

Aku memang suka benda yang nampak simple, kalo tema Inggeris Klasik ni lebih bercirikan konsep mewah. Bila dah nampak mewah tu, faham-fahamlah berapa bajet nak kena spend tiap kali berdeko-deko. Mampu ke? Hahhaa.. Jawapan aku memang TAK.

So, hari ni buat julung kalinya nak share dekorasi rumah ummi dan abah di Kuantan. Terletak dipinggiran bandar jauh ke dalam hutan, dan di pinggiran pantai. Masa mula-mula kami duduk sini, memang takut la sebab nak sampai rumah memang kena lalu 2 rimbunan hutan. Belum terserempak dengan oink oink melintas jalan lagi. Bertambah pulak dengan kisah dongeng Cik Lang yang suka berkeliaran di malam hari. So, boleh imagine tak kat mana rumah abah ummi ni? Haha

Sekarang memang hutan sume tu bertukar jadi kawasan perumahan dan sekolah. So, kami semua pun dah berani sikit nak dating balik malam-malam. Dulu la kan masa zaman gila-gila remaja tu..

Kami sekeluarga memang suka suasana tenang, aman damai macam ni. Malam-malam akan dengan derutan ombak, pagi-pagi pulak dengar bunyi siamang. hahaha

Ok. Berbalik pada sharing kita hari ini. Ummi and abah ni bila dah anak-anak besar panjang, baru la depa merasa nak menghias ikut citarasa diorang. Kalau masa kami adik beradik muda remaja dedulu, bab mendekorasi ni memang ikut selera kitorang la. So faham la kalo konsep dekorasi anak-anak GenY ni kan. Mesti la moden je memanjang.

Orang kata mana tak tumpahnya lauk kalo bukan ke nasik. Eh, ke tumpahnya nasik kalo bukan ke lauk ek. Hahaha..ermmm gasaklah. Ummi memang suka menghias, jadik secara otometik bila mak suka mengemas, anak-anak memang tempias sikit dengan minat mak. Nak-nak bila anak-anak dah jadik mak-mak kan. Mak-mak sangat!


Secara ringkasnya, ummi menggunakan 3 warna utama dalam dekorasi ruang tamu. Lebih menekankan kepada warna-warna tanah, macam warna coklat, warna kuning, dan warna jingga. Dan warna maroon untuk permaidani dan wallapaper pula dijadikan sebagai warna highlight untuk menyerikan ruang ini. 

Pada aku ruang tamu ni tak perlu tambah apa-apa dah. Dah cukup lengkap dengan cermin besarnya, dengan console table nya, dan sedikit hiasan-hiasan bunga sejambak mekar. Tak perlu dah kot nak sarat dengan benda lain.
 
Jangan ditanya berapa kos untuk semua ni ya. Sebab aku memang tak tahu. Mengenali mak sendiri, memang seorang yang bijak menabung dari mula kerja lagi. Ummi seorang yang pandai menyimpan. Kalau dia target nak beli sesuatu, dia akan simpan duit dia sampai kami adik beradik memang tak tahu. Ummi pun masa zaman bekerjaya dulu memang workaholic. So aku rasa dengan menghias rumah, dia rasa happy dengan hidup dia sebagai suri rumah sekarang. 

Aku rasa mak-mak orang lain pun macam ni kan? Maksud aku tang yang suka menyimpan ni. Cuma mak-mak zaman sekarang ni lain macam sikit. Menyimpan ya jugak, shopping online pun ye jugak. hehehe


Semoga dapat memberi idea dan inspirasi kepada mereka yang minat dengan tema Inggeris Klasik ini. Sekadar perkongsian untuk rujukan bersama. Nanti kalau ada masa, aku share ruang-ruang lain pulak ye. Tapi setelah mendapat keizinan tuan tanah la dulu, ok! Tata
 


Monday, May 19, 2014

Ruang Tamu yang simple, carpet pun simple

Dulu aku letak coffee table yang besar bagak tu kat ruang tamu, sebab kengkonon la kalau ada tetamu nak hidang juadah kat situ. Tapi bila dipikirin macam salah konsep pulak. Apa lah guna dah ada dining hall kan. So, aku decide coffee table tu aku alihkan ke reading corner. Tetibe plak hari tu jenjalan kat Nilai 3, tetibe jugak terbeli carpet yang tak berapa nak carpet ni. tetibe jugak lah terjumpa carpet kaler biru! Ohmyyyy!! Termakbul hajat nak berlantaikan carpet warna biru..hehehe



Simple je ruang tamu, nyaman dan sedap mata memandang. Kalo malam pasang lampu biru disebalik wall tu bertambahlag tenang. Sebab tu la aku suka sangat biru..Biar lah orang nak kata apapun..hehehe

Friday, May 16, 2014

JOMMM Beli Skirt Secara Online - Cantik Dan Murah!

Zaman dulu punya la susah nak cari skirt kan, sampai sanggup pakai kain baju kurung buat-buat pakai macam skirt! haha..aku la tu..Kebelakangan ini memang terlalu banyak online shop yang jual sekewrtt yang cecantik! Pada aku la, aku memang lebih prefer pakai skirt berbanding seluar, sebab skirt akan memberi efek selim pada wanita-wanita yang mempunyai saiz peha atau pinggul yang agak luar biasa...hehe.. Kalau pakai seluar tu, konfem kena pakai tops yang labuh supaya melindungi lemak-lemak degil yang sangat seronok menempel di bahagian-bahagian kegemaran lemak. hehehe

Pada aku skirt ni semua golongan sesuai menggayakan dengan pelbagai cara, pelbagai stail. Sebut pasal stail, yang bagusnya fenomena skirt di negara kita ni telah membuka mata dan sedikit sebanyak kita tahu jenis skirt yang ada di pasaran sekarang. Yela kan...kalau dulu kita main taram je beli kat shopping mall..Bukannya ada tulis material apa, jenis apa..Cuma yang kita tahu, saiz apa. Itulah bagusnya media sosial ni. Nak-nak bila dah banyak online shop kan. Setiap item tu akan dijelaskan dengan description item yang cukup lengkap.

So far, aku tahu pasal jenis skirt yang ada macam maxi skirt, midi skirt, mini skirt, pleated skirt, pencil skirt, dan yang terkini aku tau la rupa Tutu Skirt tu macam mana. hehehe.. kalau dulu aku tau ada 2 jenis skirt je, skirt payung dengan skirt kipas. Boleh imejin tak rupa 2 skirt yang aku tau dulu ni? hahaha


Bila bercakap pasal fesyen ni, kita memang tak lari daripada nak mengambil inspirasi daripada pereka fesyen atau pun selebriti luar negara. Bila kite tengok selebriti pakai stailo semacam, so akan ada lah yang akan initiate untuk me reka design yang lebih kurang macam yang diorang pakai. Kalau lagi pandai, pereka akan cuba menginovasikan rekaan tersebut untuk nampak lebih trending,

Antara selebriti luar negara yang kerap kita nampak mengenakan skirt dalam pemakaiannya adalah Vanessa Hudgens dan Jessica Alba. Kadang-kadang depa ni pakai sempoi and simple habis, tapi disebabkan pandai mix and match skirt dan top, kasi letak aksesori sikit..pap..pap..papppp terus jadi trending satu dunia! Power kan!



 Bila dah jadi trending, sudah tentu kita di Malaysia turut tempias dengan fesyen sekewrttt mekewrtt ni kan. Tapi yang bijaknya pereka tempatan sangat tahu citarasa kita orang tempatan especially bagi kita yang berhijab. Maxi skirt atau Long Skirt macam kat gambar sebelah ni memang menjadi pilihan kita kan, sesuai dengan gaya muslimah yang cukup sopan dan menutup aurat. 

Tapi yang sebenarnya, maxi skirt ni bukan sahaja menjadi kegilaan wanita hijabi, aku rasa bagi gadis-gadis bukan muslim, pun dah ramai yang lebih suka pakai maxi skirt rather than mini skirt kan!




Maxi skirt ni paling senang nak digayakan. Ada yang suka dipadankan dengan peplum blouse macam kat gambar ni, ada yang suka pakai dengan kimono cardigan, dengan loose tops pun cantik. Memang semua nya santek!



Macam ni pun cantik, tapi nasihat aku yang bukan pakar ni, biarlah berpada nak bergaya. Kalau orang selim, memang cantik, tak jemu mata nak tengok, tapi kalau orang berpinggul macam aku ni, boleh terkeluar mata kalau pakai macam ni. Tengok juga jenis material kain, kalau kain lycra tu, hentikan lah kalau korang nak tuck in macam ni, tapi kalau kain chiffon dan cantik jugak kalau pakai yang tak berapa nak fit kat pinggul tu.













Kena pandai bereksperimentasi. Aku suka mix and match je, sebab aku rasa skirt ni kita boleh gaya ikut suka hati kita. Jangan terlalu sarat dari atas ke bawah, silap-silap nanti konfiius orang tengok. Aku takda la pandai pun bergaya, cuma basic things tu kita kena tahu, insyallah elok la apa kita padan kan tu.

Kat mana nak dapat semua pilihan skirt ni? Aku cadang terus klik tetikus dan pantaskan jari jemari menaip ZALORA. Korang boleh tengok ada bermacam-macam rekaan terkini yang lebih moden dan stailish! Hanya di website online shopping Malaysia Terbesar iaitu ZALORA. Ingat ZALORA, bukan pandora, ataupun tempura ok!

ZALORA ada banyak koleksi skirts for women yang diterbangkan khas daripada puluhan jenama terkenal anatarabangsa. Tak rasa nak nangis! Bukan takat antarabangsa la, jenama tempatan pun ada di ZALORA dan yang paling best online shop ni harga yang ditawarkan amatlah berpatutan!

Apa tunggu lagi, mulakanlah retail therapy dengan SHOPaTHON hanya di ZALORA!






Monday, May 5, 2014

Tips Keibubapaan: Mengajar Anak Memilih Kawan Yang Baik

Semua ibubapa bersifat ingin melindung anak sendiri. Ia adalah sesuatu yang bersifat semulajadi. Kalau boleh kita mahu setiap langkah anak kita berada diluar dari rumah kita, tanpa kita disisi.. mereka sentiasa selamat dari semua yang boleh merosakkan. Tetapi bagaimanakah kita mahu memastikannya? Mungkin ada yang tidak bersetuju dengan saya jika saya katakan kita perlu mengajar anak dalam memilih kawan.

Ada yang berkata biarkan mereka berkawan dan jika kawan yang dikawannya itu tidak baik, doakan supaya kawannya itu berubah menjadi orang yang baik, semoga kemudian anak kita akan menjadi baik juga. Bermakna ini adalah usaha satu hala. Kita tidak memberikan mereka ilmu mencari kawan, mengingatkan mereka tentang syaitan yang sentiasa mencari jalan cara untuk menyesatkan mereka melalui 'pengaruh kawan' dan kita hanya mengharapkan yang terbaik dengan hanya berdoa.

Allah juga telah memperingat dan mengisyaratkan manusia dalam usaha mencari kawan, antaranya firman-Nya yang bermaksud:

“Wahai orang yang beriman! Bertakwalah dan hendaklah kamu BERSAMA-SAMA ORANG YANG BERSIFAT BENAR.”

                                                                                                 (Surah at-Taubah, ayat 119)

Pertama, kita sebagai ibubapalah yang sepatutnya menjadi kawan terbaik dalam hidup anak kita bermula dari mereka masih kanak-kanak hingga menginjak ke zaman alam remaja. Jika kita tidak dapat
meminjamkan 'masa', 'telinga' dan 'mata' kita untuk anak, maka jangan salahkan mereka untuk mencari kawan diluar dan akhirnya lebih mempercayai kawan mereka daripada kita sendiri. Cerita Nabi Yusuf adalah contoh terbaik dalam peranan ibubapa dalam menjadi kawan baik kepada anaknya. Orang pertama yang Nabi Yusuf ceritakan perkara yang mengganggu fikirannya, bukanlah kawan sepermainannya tetapi bapanya iaitu Nabi Yaakob. Dari situ kita tahu hubungan bapa dan anak ini telah lama dibentuk dan ianya berlandaskan kepercayaan antara satu sama lain.

Didalam surah Yusuf dan Surah Luqman, ada banyak pengajaran tentang Parenting/Keibubapaan. Ia bukanlah hanya satu cerita lama yang berlaku di zaman dahulu kala. Ia sangat relevan dalam konteks mendidik anak dizaman ini.

Mengajar anak dalam mencari kawan yang baik adalah seperti mengajar mereka LIFE & SOCIAL SKILLS. Saya sentiasa menasihatkan anak-anak saya tentang kawan sejak dari kecil, sejak mereka 3-4 tahun, sejak mereka tidak tahu apa-apa lagi tentang kehidupan. Bila mereka berjumpa dengan kawan baru, pengalaman baru atau apa sahaja, pasti mereka balik bercerita tentang kawan mereka dengan saya. Walaupun ada kalanya cerita mereka itu ada yang pahit untuk didengar, tetaplah bersama mereka hingga habis mereka meluahkannya. Kemudian barulah nasihatkan mereka cara berlapik dan halus.

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari & Muslim, sabda Rasulullah s.a.w: Perumpamaan teman yg baik & teman yang tidak baik adalah umpama wangi-wangian dan tukang besi. Adapun berkawan dengan pembawa wangi-wangian, sama ada dia memberinya sedikit ataupun kamu akan membeli daripadanya sedikit ataupun dapat mencium daripadanya bau yang wangi itu. Manakala berkawan dengan tukang besi, sama ada dia membakar bajunya ataupun kamu akan mencium dairpadanya bau-bauan yang busuk. 

Ikhlas dari,

Lina Karim
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...