Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Wednesday, December 31, 2014

Update : Misi Pasca Banjir kali ini kemungkinan akan ke 2 buah negeri


Alhamdulillah, syukur..sumbangan makin hari makin bertambah. Bilik gerakan kami di KPKT pun dipenuhi dengan pelbagai jenis sumbangan daripada anda diluar sana yang cukup-cukup prihatin dan pemurah. Sehingga hari ini wang terkumpul telah mencecah RM5,000 lebih. Dijangkakan minggu hadapan kutipan wang dan sumbangan barangan akan bertambah meningkat. Hari ini, dah mula yang sumbangkan kelengkapan dapur macam pinggan mangkuk, cawan, jug dan lain-lain lagi. Alhamdulillah syukur sangat...

Syukur Ya Allah. Betapa besar dan kaya nya rezeki yang Kau limpahkan, dan rezeki ini dikongsikan pula bersama-sama mereka yang amat-amat memerlukan. Anda di luar sana lah pemangkin kepada misi ini dan kami hanya mampu menadahkan doa agar anda dipermurahkan rezeki diatas segala amalan yang sangat mulia ini. 

Hasil perbincangan bersama team semalam, ada cadangan yang mengesyorkan untuk sekali lagi turun menjalankan misi ini di negeri Pahang. Kemungkinan kali ini kami memerlukan sukarelawan yang agak ramai memandangkan misi ini menfokuskan kepada aktiviti pembersihan kawasan dan mencuci rumah kediaman dan fasiliti-fasiliti tetentu seperti masjid/surau. Bagi misi di Kelantan, kami akan turun kesana untuk tujuan pengagihan sumbangan dan barang keperluan mengikut bilangan keluarga di beberapa buah kampung.

Sesiapa yang berminat, boleh hubungi wakil-wakil team seperti yang tertera di poster.

Semoga Allah permudahkan urusan kami. Ameen.


Tuesday, December 30, 2014

Cadangan Susunan dan Melabel Pakaian Terpakai Untuk Sumbangan PASCA Banjir

Assalamualaikum dan selamat pagi,

Korang mana yang berhajat nak menyumbangkan pakaian terpakai digalakkan untuk mengasingkan pakaian serta melabel mengikut kategori bagi memudahkan urusan para pari volunteer nanti. Perkara yang paling utama adalah perlu pastikan pakaian terpakai yang disumbang itu berada dalam keadaan sempurna, tidak koyak atau kotor. And satu lagi diingatkan jugak, jangan la sampai tergamak dan menyumbang pakaian dalam terpakai ye. Rasa macam tak logik je kan? Tapi inilah realiti melalui pengalaman kami semasa menjalankan QC untuk misi tahun lepas.

Ini adalah contoh atau cadangan susunan pakaian terpakai. If nak pakai kotak or plastik untuk simpan pakaian tu pun takda masalah.






Ada yang mempersoalkan tentang tergamak ke nak bagi pakaian terpakai ni? Pandangan peribadi saya, tiada salah nya nak menyumbang pakaian terpakai asalkan ia masih lagi elok dipakai. Kadang-kadang kita perlu ingat, pakaian yang disumbangkan itu tidak semestinya lusuh. Ada juga sesetengah penderma yang terlalu sayangkan pakaian, simpan peram lelama dan ada juga yang beli tapi tiba-tiba rasa macam kurang sesuai nak pakai. Banyak juga yang kami terima pakaian yang label dan tag harga masih belum ditanggal.

Selain itu, team volunteer juga perlu main peranan untuk merancang dengan teliti agar sistem pengagihan kepada mangsa kelak lebih praktikal dan sistematik. Apa yang penting, ada bahagian kita yang menyumbang kepada meringankan beban mereka yang memerlukan. 

Tak salah menyumbang pakaian terpakai asalkan ia masih sempurna, diasing dengan elok dan kemas sudah cukup menterjemahkan keihklasan kita. Wallahualam...


Monday, December 29, 2014

Misi Bantuan PASCA Banjir

Assalamualaikum semua,

Seperti yang kita sedia maklum, negara kita hari ini selagi lagi diuji dengan bencana banjir dan kali ini boleh dikatakan paling kritikal yang pernah di alami oleh saudara mara kita di beberapa buah negeri yang terlibat iaitu di negeri Pantai Timur (Kelantan, Pahang dan Terengganu), Perak, Perlis dan juga Johor.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul bagi yang mengalami sendiri bencana ini. Saya dan keluarga pernah melalui saat-saat getir semasa bencana banjir di Pahang 10 tahun lalu, dan merasai kepayahan untuk melalui situasi ini walaupun rumah kami tidaklah terjejas teruk. 

Kali ini, media sosial menceritakan segalanya. Berbanding media arus perdana yang kita sedia maklum mempunyai kekangan untuk membuat liputan memandangkan cuaca yang sangat buruk dan keadaan kawasan yang terlibat terjejas teruk. Banyak gambar-gambar yang dimuat naik cukup menyentuh perasaan kita dan apa yang kita mampu lakukan hanya terus berdoa agar ia kembali pulih seperti sedia kala.

Dalam ratusan NGO dan badan-badan kerajaan sedang bertungkus lumus memastikan bantuan diterima kepada mangsa-mangsa banjir, kita juga dihidangkan dengan berita-berita negatif daripada CYBER NINJA yang tak kurang melampiaskan kemarahan dan kependekan akal di media sosial. Malas sebenarnya nak komen panjang bab ni, tapi kita cuba lah amik positif bahwa mereka ini juga insan yang cukup prihatin secara virtually pun boleh.

Tahun lepas saya pernah berkongsi mengenai Misi Bantuan PASCA Banjir yang telah dijalankan atas inisiatif kami yang berada dan berkerja di sekitar Putrajaya. Boleh baca YANG NI DULU, then baru baca YANG NI.

Berikutan daripada misi sebelum ini, kami sekali lagi bergabung tenaga untuk meneruskan misi yang sama pada tahun ini. Kalau dulu kami ke Pekan, Pahang..insyallah misi kali ini akan ke negeri Kelantan memandangkan negeri ini paling teruk terjejas. 

Kepada rakan-rakan yang ingin memberikan sumbangan, kami mengalu-alukan sumbangan korang semua dan beberapa cadangan barang yang ingin disumbangkan adalah seperti dibawah:

1) Kelengkapan ke sekolah (pakaian sekolah, kasut, stokin, alat tulis, beg sekolah)
2) Pampers
3) Susu formula
4) Botol Susu
5) Peralatan mencuci pakaian dan rumah (sabun serbuk, detergen, berus, penyapu)
6) Kelengkapan solat (telekung, kain pelikat, sejadah)
7) Pakaian (tshirt, seluar, baju kurung, tudung)
8) Toiletteries
9) Ubatan
10) Plastik sampah
11) Kasut / Selipar
12) Selimut/bantal/toto

Misi kami menfokuskan kepada bantuan selepas banjir. Kemungkinan juga kami akan turut membantu mencuci kawasan dan rumah kediaman yang telah terjejas. 

Kepada rakan-rakan yang berada di sekitar Putrajaya/Nilai/Salak Tinggi/Banting/Dengkil yang ingin memberikan sumbangan, korang boleh whatsapp saya 012-2243815 ok! Weekdays saya akan collect barang di sekitar Putrajaya, weekend maybe boleh collect disekitar Salak Tinggi dan Nilai.

Sumbangan anda amat dialu-alukan. Team kami bergerak sendiri dan tidak bersandarkan mana-mana label atau entiti. Insyallah amanah yang korang bagi ni akan sampai kepada mereka yang sangat-sangat memerlukan, tak kira lah kawasan mana. Tiada karenah birokrasi dan campurtangan politik.

Doakan semoga misi ini berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan ye!


Wednesday, December 24, 2014

Tuesday, December 23, 2014

Simple and Natural Make Up For Day Event



Make Day Event
6 Disember 2014
Taman Kejora Kajang






Ada sorang lagi, kembar kepada yang atas ni, tapi saya tak upload demi menghormati permintaan suami beliau... *___*

Untuk tempahan make up tahun 2015, boleh lah emel saya kemn5885@gmail.com.

Monday, December 22, 2014

Kombinasi Bilik Tidur Tetamu Warna Turqoise Blue dan Mocha Brown

Ini adalah sambungan entri DIY:Transformasi Bilik Tidur 2.0 . Kalau korang mana yang tak tahu citer, boleh baca selanjutnya di entri tersebut ye.



Asalnya kengkonon nak buat macam gambar sumber google ini...



Gambar sebelum...


Gambar sedang dalam pembikinan...


 Gambar dah selesai cat sampai demam urat..haha

.
.
.

.
.
.
.

.
.
.
.

.
.
.











Ok, ini lah hasil yang tak seberapa selepas dah masuk kabinet sumee...taraaaaa...


Rasa macam kosong je lagi ni, ingat nak gantung frame kat dinding ber wall paper tu tapi masih tengah gali idea ...Kalau korang ada idea yang best, boleh la sharing dengan iolss ye!



Monday, December 8, 2014

Makeover Bilik Tidur Anak

Entri ni ada bersangkut paut dengan entri sebelum ni sebenarnya. Aku buat hari yang sama sebab dua-dua bilik ni memang kena siapkan jugak. 

Untuk bilik tidur hadif ni aku try nak mix kan kaler biru yang pelbagai tona warna ni dengan kaler kuning. Saja lah nak kasik ceria sikit, takdalah biru sebiru yang boleh mata tu bila masuk bilik ni.

Actually untuk wallpaper bilik hadif, aku memang dah letak pun design jalur-jalur ni. Tapinya jalur menegak. So macam mana nak imagine bila jalur menegak bergabung dengan jalur melintang? Haha..hahantam ja la labuuu..



Inilah bilik kesayangan teruna intan payugku. Bilik ni adalah bilik yang paling kecil daripada 4 bilik ada kat rumah ni. Tau dah bilik anak teruna tak payah besar godang. Bukan dia ada make up pun nak kena susun atas meja..hehe



Ni tengah dalam proses. Tengok la kerja bangla tu di contiang cat kaler lain antara kaler kuning tu. Dah satu kerja aku nak kena touch up balik dengan kaler yang sama. Naseb la kaler biru kelabu ni ada lebih lagi.

So hasilnya, dah siap!





Yang dinding sebelah kaler turqoise ni aku biar je kosong..Aku juat tambah border kuning kat bawah je. Saja tak nak nampak simetri sangat, nanti takut aku pulak yang pening..hehe



Untuk side yang dekat dengan wallpaper ni pun aku just letak border kat bawah and tengah je. Yang sebenarnya kalo korang nak tau masking tape dah habis time ni. Aku dah stress mana la nak cari malam-malam ni. Husband punya la "gigih" mencari dalam stor semata-mata taknak kuar gi kedai..So, dia suruh aku try pakai salotape..imagine macam mana aku nak mengagak ketinggian tu, salotape kan kaler transparent, memang tenkiu sangat kat cuband time ni!


Time aku snap ni cat belum kering lagi, so ada nampak tak berapa rata. tapi bila dah kering, Ya Allah rasa macam nak lompat bintang happy nya ummi bilik abang dah ceria seceria alam!

Aku memang takda niat nak tampal, cat atau apa jualah benda yang aku rasa permanent yang bercirikan kartun or kanak-kanak. Dulu pernah terfikir nak letak spiderman la apa la, tapi bila fikir balik tak payah la penatkan diri. Esok lusa anak aku pun akan besar, better la aku buat benda-benda yang selamat macam corak jalur-jalur ni. 

Maybe pandangan orang lain-lain. Bukan tak suka tengok bilik ada kartun, cantik sebenarnya. tapi aku suka letak prinsip "Bajet Didahulukan, Praktikal Diutamakan"..hehehe

Bila abang masuk je bilik dia..Dia punya happy ..."Ummi...cantiknya bilik abang!!! Abang nak tidur malam ni la...tidur atas lantai pun takpeeee".. Tipu sangat ko kan abang! haha

So, lebih kurang ginilah citer mengecat ni berakhir. Alhamdulillah syukur sangat dah siap. Rumah pun dah habis baiki, yang aku tengah stress ni bila nak mengemas, mengelap segala habuk simen di setiap inci benda yang ada kat rumah ni..sob sobsobbbb...ayuhh bertabahlah!

Nanti kita share bilik abang bila dah siap masuk perabut pulak, apa la rupanya...saspen jugak ni...


Friday, December 5, 2014

Majlis Makan Malam BPO: Tema Retro & Pop Yeh Yeh

Aku jarang sharing pasal ofis. Tapi kali ni terasa nak berkongsi lah bila hujung hujung tahun ni. Totally bukan pasal kerja, tak minat kalo citer bab-bab kerja ni..yang laghoooo tu laju sikit laaa..haha

Majlis Makan Malam ni diadakan bersekali dengan Seminar Perancangan Strategik di Avillion PD. Semalaman berserunak runak dengan macam-macam persembahan oleh setiap kumpulan, esok kengkonon pulun lah dengan kerja.

Tema yang dipilih adalah Retro dan Pop Yeh Yeh. Wing aku pulak secara bidan terjun jadi AJK Props untuk hias2 skit dewan tu. So, nak mudah kerja aku decide kita buat Photo Booth je. Hias skit-skit je then letak Props Stick banyak-banyak and satu Guest Book untuk kenang kenangan.

Props ni semua buat and print sendiri. Ada ofismate yang sangat rajin and supportive. So kerja pun jadi cepat. Harap props ni cukup la untuk cater 150 orang yang akan datang malam tu nanti.



Photo Booth pulak kami hias on the sport kat luar dewan tu. Tak plan apa pun nak buat lagu mana, tapi berbekalkan macam-macam hiasan yg kami beli sebelum ni, tetibe idea tu datang time-time tu la. Ketar-ketar tangan menghias punya la penat! Tq Fifi sebab kita berjaya kerah tenaga hingga ke titisan terakhir. haha


Inilah rupa Photo Booth kami. takdak pulak gambar kaler-kaler warna-warni. Amik mood la retro sikit kan. hehe

Malam kejadian pun hampir tiba. Masing-masing saspen nak buat persembahan. Kumpulan kami plak group 1st yang akan buat persembahan. 

Kemain kan dengan poster bagai..saja nak kasikk meriahkan keadaan..hahaha

Aku sampai ke sebelum hari kejadian tu belum decide nak pakai baju apa. Orang lain siap sewa bagai. Aku memang tak sempat sebab kerja berlambak kat ofis. So, aku mix and match je apa yang ada dalam gobok baju. Aku pakai top and skirt peplum. Shawl tu aku pakai 2 helai, Entah macam mana aku belit tu pun dah lupa dah kalao nak mintak tutorial..haha..


Jom la layan gambar Retro & Pop yeh Yeh. Korang kalau tengah cari idea nak buat dinner tema macam ni, boleh la cuci mata cari ilham kawan-kawan lain punya dress up tak hengat..Semua sporting!

Tengok la Queen & King of The Night. Dua2 ni boss ok..

Bersama rakan-rakan se opis

Meletop ke tidak? hehe

Group kami sume pakai Masquarade. Beli je murah kat Heaven Party Jalan Reko, Bangi


Boria ni hebat tak? Curlasss big boss

Bersama bunda Tina. Curlass tak bunda? Gojes tau!

Muka tak cukup tido as usual..haha

Group kami dapat no2 untuk persembahan okay! tahniah korang! 

The Masquarade Ladies..


Bergambar dengan Group JUARA. Hebat sangat persembahan sampai berepisod bagai...memang tabik kat korang! Superb!


Thursday, December 4, 2014

DIY: Transfomasi Bilik Tidur Tetamu 2.0

Yang sebenarnya, bukannya rajin sangat nak tukar kaler dinding ni. Tapi disebabkan sekarang rumah ku tengah baiki tile kat setiap bilik di tingkat atas, terpaksalah roh rajin datang meresap. Bila diorang dah bukak balik tile ni, then nak kena simen and gamkan semua, habislah terpercik kat dinding. Kalau ikutkan memang diorang la kena touch up balik, tapi disebabkan dinding yang terkena ni kaler lain, so diorang cakap ada caj tambahan. Tak faham aku dengan bangla yang jadik supervisor ni, dah la tu nak charge sampai RM500..Seriously masa aku dengar tu memang menyirap, sedap ko je la nak ketuk aku sampai banyak tu. So, aku dengan perasaan marah yang terketap ketapnya, aku cakap je biar aku yang cat sendiri. Padah la aku demam sakit urat sehari mengecat bilik seketul diri! haha

Dah alang-alang tu kata nak mengecat kan, so aku amik peluang ni untuk merealisasikan impian aku sendiri yang dulu aku pernah citer kat SINI. Aku kengkonon dulu nak cat dinding turqoise kat bilik tidur ni dengan corak jalur jalur macam kat bawah ni.




Tapi bila mengenangkan perlu menggagahkan diri mengecat seketul diri, aku rasa tak mampu nak panjat tangga semata-mata nak tampal masking tape dari atas ke bawah. hehe


Haaa..boleh tahan dinding ni tinggi, tapi paling tinggi bilik tidur Hadif. Rumah aku ni ketinggian syiling tak konsisten. Jenuh tau nak buat langsir ukuran lain-lain antara bilik-bilik yang ada kat tingkat atas ni. Tu kalo korang perasan bangla tu dah catkan skit, tapi kaler lain, memang out lah. Puas aku ingat kat mana aku beli kaler turqoise ni dulu, tapi tak pela..Nampak gayanya kena gunakan kreativiti sendiri untuk menutup cela-cela yang ada.


Aku gunakan kaedah menampal masking tape untuk nampak effect jalur ni. Aku guna dua saiz, and standby 5 keping masking tape. Tapi rasanya untuk yang bilik ni aku pakai 2 keping je, sebab mengelat aku tak gigih tampal sampai ke atas. Kalau korang nak tau, aku main taram je ukur ni, aku tak gigih ukur guna pita pengukur pun. Sebab aku buat sensorang, nak cepat pulak tu. Masa makin suntuk, bilik hadif pun belum setel lagi masa ni.

Aku hanya bismillahitawakkallah..pastu tampal dengan penuh rasa konfiden..haha..So, korang kalau rajin boleh la ukur molek-molek ye nak tinggi mana..Bila dah tampal masking tape ni, jangan amik masa terlalu lama untuk korang tanggalkan balik. Bimbang nanti terlekat sekali dengan cat asal tu kat masking tape. So, nampak simple nak buat, korang kena hati-hati jugak ye.

Masking tape ni tujuan dia adalah untuk menutup kawasan cat yang sedia ada. Macam dinding ni, memang dah ada kaler turqoise. So aku hanya beli cat kaler mocha cekelat ni je haa..Jimat je baru RM30 se tin je pun. 


So, ini lah hasilnya...taraaaa...


Ok dah siap! Nampak tak mengelat kat atas tu. Itu tandanya, tangga aku memang rendah tak boleh sampai ke ketinggian tu. So, pada aku kira ok jela..Asal nya nak cover yang kat bawah tu je, tapi dah alang-alang buat sendiri..Ayuh la kita kasi dramatik sikit perubahannya. Hehe..

Tak da transformasi mana. Biasa je ni, korang boleh try kat rumah ye. Cuma aku ubah skit, dalam gambar yang aku tengok tu jalur menegak, yang ni aku buat jalur melintang. Aci la kan? Simple je ni, tak pandai mana pun aku buat. Tapi sebab terpaksa, buat pun sebab masa kecemasan macam ni, tak plan apa pun, so esoknya aku mc sebab sakit urat..haha

Tunggu nanti dah masuk set bilik tidur, guana gaye la rupa bilik ni nanti...

Byebye!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...