Usia kandungan kira dah 6 bulan,
tapi perut aku tak mengembang pun lagi. Ramai sangat tegur aku tak nampak macam
peknen pun. Aku sendiri pun heran jugak, sebab masa peknen kan Hadif dulu time
usia kandungan 6 bulan macam ni, memang perut kembang bulat semacam nak
bersalin dah rupanya. So far, bila pi check up misi pun cakap ok je. Saiz perut
pun sama je dengan usia kandungan. Misi cakap maybe perut aku jenis padat, itu
yang tak berapa nampak baby bump tu. Tak ngape lah, asalkan baby sihat,
sempurna aku dah rasa syukur sangat-sangat.
Bila orang tengok aku dari luaran
nampak sihat ceria gembira je. Sampai bosses kat ofis pun tegur, “you ni
pregnant tp I tengok cergas je, bagus ye you…nah amik ni tambah keja..”. haha..
yang last tu aku tambah je, sebab aku dah faham maksud tersirat bos-bos ni.
Excuse me, takkan la aku nak
layankan je sakit letih pening lesu ni? Dengan kerja yang cukup buat aku stress
ni aku rasa ia langsung tak membantu nak setelkan setiap satu persatu work task
yang diarahkan. Plus, aku ada anak yang perlu diberi perhatian, dididik, diberi
makan. Kalau lah aku duk layankan sakit pening aku ni, jangan kata nak pegi
kerja, nak layan anak dan suami pun aku rasa tak kuat.
So, apa yang aku buat adalah cuba
sentiasa positif. Mind set perlu terus positif. Perlu rancang sebaiknya apa
yang perlu diselesaikan untuk setiap hari. Baik kerja di ofis, ataupun kerja di
rumah. Selain daripada tu, aku cuba praktik untuk bangun solat tahajud. Mintak
sungguh-sungguh dengan Allah supaya beri kekuatan pada aku untuk lalui
kesukaran ini dengan lebih mudah. Korang imagine la husband aku almost every
week outstation. Macam mana aku nak survive bila dia takda disisi. Usah kata
nak bangun pagi, nak celik mata pun kalau ikutkan berat sangat rasanya. Nak
uruskan anak hantar dan amik dari skolah.
Masa Hb aku rendah sangat time
early pregnancy hari tu, lagilah rasa down. Aku langsung takda tenaga. Rasa
macam pemalas ya rabi tuhan aja yang tahu. Seminggu aku rasa sedih tengok Hadif
sebab aku langsung takleh nak masak untuk dia, dengan husband aku takdanya. Sampai
anak aku kurus nampak tulang gitar dia. Sedisss…
Aku nak singgah kedai nak tapau
makanan pun tak larat. Sampai aku menangis depan Hadif, aku mengadu kat dia aku
rasa letih sangat. Thank god Hadif memang anak yang sangat cepat matang. Boleh
bercerita dengan dia, boleh ngadu dengan dia, and dia faham dan sampai tahap
pujuk dan advise aku macam-macam.Huarghhhh…
Belum citer aku survive driving
ke ofis lagi. Nak ke ofis ada la tenaga lagi walaupun sangat lesu. Tang nak
balik ngadap jem lagi tu memang aku bercinta sangat nak start enjin keta. Kerap
jugak la aku menangis sensorang dalam kereta punyalah nak survive sampai ke
sekolah hadif.
So, korang boleh imagine kan
macam mana gigihnya aku nak lalui semua ni?
Semuanya kerana terpaksa ku
relakan jua. Bila dah hari-hari ko hadap benda ni, ko paksa diri ko buat, dah
rasa macam redha…ko dah rasa immune. Dah rasa macam layan kan aje la. Takkan
sebab keadaan aku macam ni, aku tak bagi husband aku kerja..aku tak bagi anak
aku makan..and paling teruk..aku tak kerja?
Doa doa doa dan terus berdoa.
Pagi petang siang malam aku doa. Mintak pada Allah beri kekuatan pada aku.
Kalau betul aku ditakdirkan perlu hadap anemia ni sampai aku lahirkan bayi
dalam kandungan aku ni, aku redha..tetapi berilah aku kekuatan dan paling
penting peliharalah kandungan ku ini.
Aku nak tarik aura positif
tu..aku buat dengan cara aku..Kalau pi kerja, aku takkan pegi dengan keadaan
serabai ayam. Aku make up macam biasa lah. Taknak nampak muka sakit pucat
kuning lesu ni. Aku rasa aku akan rasa down bila orang akan cakap muka aku nampak
tak sihat. And benda tu automatically akan buat rasa negative laju je
menyinggah.
Sampai ofis, aku breakfast dengan
kawan-kawan ofis. Syukur ada kawan-kawan yang positif juga. Bukan jenis
berdengki. Suasana harmoni je. Selesa kawan dengan diorang. Sebab masing-masing
ada anak, masing-masing jaga penampilan, so boleh sharing macam-macam dengan
diorang. Yes. Itu juga buat aku positif.
Kerja pulak macam mana? Stres
memang stress. Serius aku tak tipu. Memang rasa agak pressure dengan work task
yang perlu aku hadap sekarang. Aku memang tak suka share pasal kerja sebab aku
rasa banyak benda yang negative dari positif. So untuk mengatasi masalah stress
dengan kerja, aku akan make sure aku siapkan kerja before dateline. So that
bila ada pindaan daripada bos, aku masih ada ruang dan masa nak tambah baik.
Bila stress sangat kerja, rasa
kesian dengan baby dalam kandungan ni. Pada aku, cukupla 8 jam aku stress
dengan kerja. Sampai rumah aku memang takkan bukak citer pasal stress kerja
unless kalau stress tahap impak maksima yang boleh buat aku nangis! Tahap tu
baru aku akan share dengan husband aku.
Yang husband aku ni pulak kontra
dengan aku. Dia bila stress kerja, dia suka bawak sampai ke rumah. Pastu amik
peluang nak korek citer stress aku kat ofis. Benda ni selalu buat perang dingin
kat rumah. Haha..Aku pulak jenis tak suka citer pasal kerja. Dia plak fefeeling
prihatin nak selami masalah kerja aku. Memang tak layan sangat. Dah pulak ada
si abang sorang tu kan. Hadif dia tau dah, kalau si daddy bukak citer pasal
kerja, dia akan terus je sound, “Asik asik citer pasal kerja..asik asik citer
kerja..balik rumah jangan la citer pasal kerja..dengarlah citer pasal skolah
abang pulak”. Mendapat kan dapat anak bertuah macam ni? hahaha..setepek kena
kat daddy.
Aku rasa perjalanan dari rumah –
ofis – rumah lebih kurang 2 jam (pergi dan balik) ni banyak juga bantu aku
kurangkan stress. Aku keluar lebih kurang pukul 6.50 pagi. Masuk kereta, niat
terus “Ya Allah, sesungguhnya aku keluar pada pagi ini mencari rezeki hanya
untuk mendapat keredhaanMu, Kau permudahkanlah urusan pekerjaanku pada hari
ini.”..Lepas tu je, aku akan pasang cd zikir atau Juz Amma dulu sampai la jam
7.30 pagi aku on radio Ikim.fm. untuk dengan Program Motivasi Pagi. Durasi
progam tak lama dalam 5-10 minit je tapi terlalu banyak manfaatnya. Lebih
kurang pukul 7.50 pagi akan sampai ofis.
Bila balik dari ofis pun sama.
Kalau aku balik ontime pukul 5pm, aku dapat dengar macam-macam segmen petang di
radio Ikim. Ada segmen Ibrah, Usrah, dan macam-macam lagi. Penceramah jemputan
pun yang hebat-hebat. Selalu jugak la nangis sensorang bila dengar ceramah.
Betul-betul muhasabah diri. Bila dah habis segmen tu, aku on balik cd zikir/Juz
Amma. Bila rasa teringin nak dengar lagu lain, baru la aku tukar chanel radio
Melayu lain.
Sebelum tidur aku akan spent time
dengan abang dengan menghidangkan Bedtime Stories. Daripada citer fairytales
sampai ke Sirah Nabi aku ceritakan pada dia. Aku rasa abang sukar nak terima
logic akal bila aku citerkan kisah-kisah dongeng ni. Banyak pertanyaan yang aku
takleh jawab dengan logic. Iyelah, macam mana aku nak kata Ikan duyung tu wujud
dan boleh bercakap zaman millennium ni? haha
Abang dibesarkan di sekolah
berorientasikan Islam (little caliph). Aku sangat-sangat yakin cerita yang
diperdengarkan di sekolah langsung tak berkait dengan cerita dongeng. Sebabnya
bila aku bukak citer Sirah Nabi, abang tak banyak soklan. Abang dengar dan cuba
faham kisah disebalik sirah nabi ini. Abang faham Islam, Allah, Syurga, Neraka,
Dosa, Pahala, Malaikat dan Nabi. Kalau dia bertanya pun, aku memang boleh jawab
dengan logic. Nampak kan kesan didikan di sekolah pada anak?
Segala apa yang aku buat ni
dengan harapan anak dalam kandungan aku ni tenang. Tenang bila mendengar zikir
dan ayat quran. Tenang bila aku ceritakan pada abang kisah-kisah Nabi. Ini saja
cara yang aku mampu buat setelah 8 jam di ofis bergelut dengan stress. Aku
harap anak aku dalam Rahim ni akan lebih kuat daripada aku. Aku terpaksa tolak
tepi rasa penat, letih, pening dan stress kerana semua yang aku ceritakan di
atas ni.
Bilanya aku berehat?
Yes. I am truly super multi
tasking mommy. Dan aku percaya ramai ibu-ibu di luar sana yang jauh lebih berat
ujiannya nak dibanding dengan aku. Pernah aku dengan tazkirah pasal banding
membanding ni. Kata ustat macam mana nak didik hati kita bersyukur, kalau soal
duniawi, jangan la kita bandingkan orang yang tinggi hartanya, bandingkan orang
yang kurang harta daripada kita. Kalau soal ukhrawi, bandingkan la orang yang
tinggi imannya dari kita, jangan pula kita bandingkan orang yang imannya kurang
daripada kita. Lebih kurang macam tu la, wallahu alam.
|
Muke tembel |
Inilah sebabnya aku kena kuat...dah habis membebel..tata
p/s: bercakap pasal bedtime story
sirah nabi, abang dah pilih nama adik dia berdasarkan Sirah Nabi. Syukur,
Alhamdulillah. Nasib jugak abang takpilih ikut bedtime story Fairytales. Kalo
idok, acaner abang request suh letak nama Snow White or Pinochio? *___*