Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Thursday, June 25, 2015

Majlis Perkahwinan Adik (Part 2 - Resepsi)

Ok baiklah..
Entri semalam dah share serba sedikit tentang Majlis Akad, and now ayuhlah aku share skit pasal Majlis Resepsi.
 
Majlis Resepsi ni berlangsung di Kompleks Akuatik MPK, Dewan Belia Indera Mahkota. Bukan saja-saja nak pilih kolam renang berlumba ni sebagai lokasi majlis okess..Tapi disebabkan adik aku ni tetiba je cakap nak kawin ini tahun jugak, dari bulan Ogos anjak pulak ke bulan Jun...memang agak menduga lah nak carik lokasi majlis tu..
 
Punya lah merata mencari tempat yang available, akhirnya semua kecundang. Ye la kan, time cuti sekolah ni memang terang-terang kita tahu akan ada berpuluh majlis pada masa yang sama. Dulu kami kawin kat Dewan Belia, tapi time ni plak penuh, segala jenis dewan kat sini semua penuh. So, keputusan terakhir adalah Kompleks Akuatik. Dangg!
 
Bukanlah kami kumpulan pertama yang buat kat sini. Before ni pun memang ada juga orang buat. Aku masa dengar kolam renang tu...memang berderau darah kenangkan hero-hero cilik yang ada tu. Belum masuk hero-hero cilik dari pihak tetamu tu..Tapi bak kata abah, kena fokus. Fokus dan letakkan niat yang baik. Tujuannya adalah nak majlis selesai cepat dan berjalan lancar. Alhamdulillah, majlis selesai dengan selamat tanpa sebarang kehilangan nyawa (mintak simpang sangat).
 
Ayuhlah kite cuci-cuci mata tengok gambar hasil TOUCHSSTONE STUDIOWORKS. Memang gambar superb sangat kitorang semua puas hati! Salah sorang team photog ni member baik Angah, so memang rasa berbaloi dengan harga lah hasil kerja diorang ni.
 
Untuk pelamin, make up, photobooth and dress kami amik pakej dengan EKSOTIK COLLECTIONS. Owner ni member time sekolah tadika dulu..haha..Sekolah tadika pun jadik la kan Jaja..Thank you Jaja sebab sudi buatkan khas baju baru untuk my adik. Bella ni selim melimm benor, so kebanyakan baju yang dah ada tu macam sangat tak kena bila dia pakai..

Untuk dulang hantaran dan goodies tetamu pulak, memang ini tak lain tak bukan customade by ummi. Ummi memang minat dan sangat la kretif serta rajin yang amat nak mendeko-deko ni. Dulu kami kawin pun, ummi jugak yang handle 2 benda ni. Untuk goodies tetamu ni kami bagi kacang yang lemak kaler kuning tu. Beli bekas tu borong la kat Nilai kan. Ada 2 jenis goodies, satu untuk tetamu biasa and satu untuk tetamu VIP/saudara mara. Stiker goodies tu tempeh sekali dengan orang yang design kad tu..

Goodies for VVIP


Goodies for tetamu
 Okay..jom la layan momen-momen manis sepanjang Majlis Raikan Cinta Nabila & Rosley...



Flower boys and Flower Girls


Pengantin dan floweries..












Sibuk gak pengantin lama..gemuknya dua-duaaaa..

 

Kek ni paling heaven! Setiap layer tu flavour lain-lain kot. Ni tempah kat kedai kek dekat dengan Jalan Besar (dah lupa nama kedai tu)
 
Ok dah setel bab majlis..nanti bebila aku share ngan korang part persediaan before majlis pulak. Kat mana nak tempah kad jemputan yang super cheap, simple dan bersekali dengan pakej bunting semua tu. Aku share jugak kat korang Aturcara Majlis, Checklist bagai semua tu lah..
 
Okuss dokuss..dududu!

Wednesday, June 24, 2015

Menu 1 2 3 4 5 6 Ramadhan

Ramadhan kali ni lain macam sikit. Entahnya rasa macam tak berselera nak beli makanan kat Param. Tapi ada jugak la sekali dua pegi Param just beli air minuman dan kuih-kuih manis. End up nya, mengecewakan jugak. Selalu beli kuih tak pernah habis. Air yang dibeli je la memang the best.

Kalau tak ke Param di Nilai, kitorang pegi je la Param area Salak Tinggi ni. So, far bukan nak kata. Juadah yang dijual rasanya dari satu payung ke payung macam lebih kurang sama. Susah nya nak cari kuih-kuih kampong yang sedap. Al maklum ler kawan ni tekak kampong..hehe

Walau dalam keadaan anemia tahap rasa nak terbalik dunia, aku menggagah jugak la duk masuk ke dapur. Cuba masak se simple yang habis. Itupun terpaksa pause masak kejap, baring kejap, duduk kejap then masak balik. Macam tu la kekdahnya..

Aku tengok menu kawan-kawan duk update memang sedap ya ampun. Ada yang masak tu dah macam kat restoran menu nya..Ramai jugak yang amik pendekatan tak membeli juadah di Param. Elokla kan masak sendiri ni jimatnya banyak, nak makan repeat 2 3 kali pun berselera lagi.

1st Ramadhan - Nasi Putih | Ayam Masak Kicap | Sayur Campur | Telur Goreng





2nd Ramadhan -  Nasi Goreng Ikan Bilis | Telur Mata | Ayam Goreng


3rd Ramadhan - Mi Goreng Basah | Keropok Goreng


4th Ramadhan - Nasi Putih | Daging dan Udang Goreng Halia | Sup Ayam



5th Ramadhan - Asam Pedas (Tumis Asam) Bendi dan Terung | Ayam Percik (beli kat ofis je)


6th Ramadhan - Nasi Putih | Ikan Bilis Goreng Kicap dan Taucu (ni la paling selera!)




So, ini la menu yang tak seberapa yang mampu kakseri masak dalam keadaan terhuyung-hayang ni..tak meriah macam orang lain, tapi Alhamdulillah, Berjaya jugak la berjuang ke titisan terakhir..hehehe..
 
Korang ada tak cadangan menu yang simple yang bleh kakseri kopipes nak masak? Mind to share ye!

Majlis Perkahwinan Adik (Part 1 - Akad Nikah)

Halu halu..
 
Setelah berjaya menghapdet 3 entry make up secara hetric, so hari ini baru ada kesempatan nak update Majlis Perkahwinan adik bongsu perempuanku, Ain Nabila dan pasangannya Rosley. Aku rasa untuk entry majlis kawen ni maybe aku akan update banyak siri jugak sebab nak share dengan korang semua persiapan yang telah aku buat khas dan teristimewa lah untuk adinda tersayang kateko!
 
Aku pun tak paham juga memula..aku yang nak kawen ke adik aku yang kawen ni. Sebab persiapan mejlis ni rasanya kalah kot masa aku nak kawen dulu. Tapi takpe la mengenangkan adik bongsu fomfuan khenzz..so aku akan cuba la all out untuk pastikan majlis ni berjalan lancer.
 
Aku kan duduk jauh dari family. So aku dah decide akan bantu benda-benda yang boleh setel dari jauh. Antara perkara-perkara yang aku boleh bantu adalah:
 
- tempahan kad jemputan, signage, banner, bunting, sticker goodies
- checklist things to-do (for akad & resepsi)
- tentative majlis (akad & resepsi)
- aturcara majlis (akad & resepsi)
- teks ucapan tuan rumah
 
Macam yang aku mention before ni, aku memang dah tolak mentah-mentah untuk mekapkan Bella either for akad or resepsi jugak. Kalau tidak, emcee part tu pun abah mintak aku jugak uruskan, tapi dengan keadaan anemia aku sekarang (will blog about this later), aku memang mintak ampun lah..aku memang tak cukup gagah nak pulun serba serbi..
 
So, untuk selain daripada kerja di atas, angah dan ummi yang take charged. Along aku as usual, alasan terbaik dia bagi adalah dia ramai anak (3 je kot)..haha..tapi kami dah biasa, along ni biasanya dia akan bantu part di dapur..so benda lain kami tak harap sangat along akan bantu..anak dia ramai tuuuu.. *__*
 
Majlis Akad Nikah berlangsung pada 6 Jun 2015 jam 9.00 malam bertempat di kediaman kami di Bukit Pelindung, Kuantan. Sebelum akad nikah berlangsung, kami ada buat sedikit majlis tahlil dengan menjemput anak-anak Tahfiz di kawasan Beserah dan juga saudara mara terdekat. Alhamdulillah segalanya berjalan seperti yang dirancang. Cuma kehadiran Wali Hakim yang agak lewat agak mencemaskan para tetamu dan rombongan pengantin lelaki.
 
Puas duk call Wali Hakim tak berangkat. husband yang jadik jurucakap time akad tu pun dah macam takda idea nak sembang apa..Dalam setengah jam jugak baru Wali Hakim sampai. Pak lawak rupanya Wali Hakim ni. Bila orang tanya nape dia lambat, slumber je dia jawab "Biasalah lambat skit, mekap tebal skit malam ni"........ *________*
 
Alhamdulillah dengan sekali lafaz, adik ku telah sah bergelar isteri kepada Rosley..
 

 
Make Up Nikah By Jaja (Eksotik Collections -Bridal Kuantan)

Pelamin Nikah by Ujie's Collection - Bridal from Kuantan


Kami 4 kuntum bunga sudah selamat disunting..
Anyway, aku nak ambil kesempatan untuk ucapkan Tahniah kepada adik ku Nabila dan pasangannya Rosley. Nabila ni kat rumah kami panggil dia "akak".. So kepada Akak, taatlah kepada suami, jadilah isteri yang solehah ye. Setiap manusia mempunyai kisah silam sendiri, apa pun kita yang dahulu tak penting sebenarnya. Yang paling utama sekarang, apa yang kita harapkan untuk hari ini dan masa depan kita. Letakkan lah agama sebagai tiang seri rumah tangga.
 
We are so happy for you, akak!

Tuesday, June 23, 2015

Make Up Day Event for Baba Nyonya's

Haha...
 
Jangan muntah la aku duk update entry make up secara hetric ni ya..
 
Make up ni pun salah satu minat plus site job aku. So bila semuanya aku update dalam blog, mudah untuk compare hasil solekan aku sendiri. Boleh tengok tang mana boleh polish lagik, tang mana boleh kurangkan skit. And secara tak langsung, kot ada mana ada yang berkenan dengan hasil @karyabykemn ni, boleh la roger-roger aku.
 
Alhamdulillah..setakat ni memang ramai juga customer yang datangnya dari pembaca blog sendu mendu ini. Terima kasih la kepada yang sudi mengambil servis mekap dari aku. Serius aku cakap yang aku mekap memang jarang sangat merubah rupa paras. Sebab aku tak suka guna teknik gam kening. Maybe pada orang lain teknik gam kening ni akan nampak kening yang bersepah tu kemas je...tapi aku lagi suka cover pakai concealer je..Sebab apa? sebab nak nampak natural and simple je..
 
Ok..untuk entry kali ni aku mekapkan satu family baba nyonya..al kisahnya salah sorang tu member aku, Irene nama dia. So diorang nak attend wedding cousin kot tak silap, dia mintak la aku touch up skit adik beradik and ibu dia.
 
Aku lupa sangat nak snap gambar before, yang sebenarnya lebih kurang je sama cuma macam biasa aku akan enhance skit dengan shading di certain bahagian muka. Tapi paling aku puas hati muka ibu dia sebenarnya, sebab aku berjaya menutup pori dan jeragat and nampak muka si ibu lebih flawless gitu...
 
Ayuh kita mulakan dengan kakak nya...comel betul tengok peranakan Baba Nyonya. Dahla bercakap sebijik macam orang melayu..memang selesa je rasa mekapkan diorang ni..
 


Ini adik bongsu..baru umur 13 tahun..so aku taknak tuakan muka dia sebelum usia..just main shading and kaler pinkish je.


Ini lah Irene..request nak lipstick terang..so aku kasik lipstick fucshia pink skit lah..mata tu pun smokey brown je..



And this is their mother. Aunty ni suka sangat sebab muka dia nampak flawless katanya.

 
 
Okay..selesai update hetric for make up entry..
 
Untuk pertanyaan lanjut, sudi-sudilah follow instagram @karyabykemn ye!... terima kasih semua!
 
tataaa.,.

Monday, June 22, 2015

Perihal Anak - Solat dan Imam

Rasanya tak adil kalau takda satu entri pun cerita pasal anak kan?
Last entri yang aku cerita pada anak bujang aku sorang ni pasal Birthday Party idaman dia tu. Tapi itupun bukan specifically cerita pasal perkembangan Hadif.

Marilah aku ceritakan serba sedikit perkembangan Hadif yang dah masuk 4 tahun 4 bulan ni.

Alhamdulillah syukur sangat. Setakat ni, apa yang aku cuba ingin terapkan pada hadif betul-betul mencapai di luar jangkaan. Terutamanya pada penerapan kepada didikan agama lah. Ye lah, aku ni pun bukannya ibu yang sempurna terutamanya dari segi ilmu agama yang teramatlah kurangnya.. 

Hadif ni sejak umur 2 tahun lagi dia teringin nak jadik Imam. Seawal umur itu juga kami dah cuba biasakan bawak dia Jemaah di surau or masjid. Dari situ lah timbul keinginan dia nak jadi Imam. Bila aku dah Nampak yang dia cenderung dengan minat nak jadik Imam tu..Aku cuba ajar dia sikit-sikit surah-surah asas yang mudah. Bermula dengan Al-fatihah dan seterusnya surah 3 Qul. Kemudian aku nekad juga untuk ajar dia membaca Iqra'. Alhamdulillah dia berjaya khatam Iqra' 1 masa Ramadhan tahun lepas.

Aku cuba ajar dia apa yang aku rasa dia mampu buat, dan apa yang mampu aku buat. Aku hanya seorang ibu biasa dan ilmu agama pun biasa-biasa. Disebabkan ilmu yang biasa-biasa ni aku selalu niat yang anak aku nanti tidaklah ada ilmu yang biasa-biasa macam aku ni.

Berbalik kepada cerita Imam ni...

Masa awal-awal dia masuk LC, tiap kali balik sekolah dia akan merungut. Dia mengadu kat aku yang dia tak dapat jadik Imam. Padahalnya kat rumah, aku lah yang selalu beri semangat kat dia bila skolah nanti mesti dia boleh jadi imam.

Bila aku tanya teacher, solat di sekolah rupanya hanya diwajibkan untuk anak-anak umur 5 dan 6 tahun. Kanak-kanak 4 tahun hanya digalakkan untuk solat dan kebiasaanya hanya bertindak sebagai makmum sahaja.

Sampai je di rumah, aku berilah kata dua semangat kepada Hadif. Aku cakap kat dia yang dia perlu buktikan yang dia mampu jadi imam. So, apa yang aku buat tiap-tiap malam? Sebelum tidur Hadif akan hafal surah-surah mudah. Tak tergerak hati pulak nak ajarkan setiap bacaan dalam solat sebab aku rasa macam membebankan pulak dia nanti..
 
Tapi..tak sampai seminggu dia mula sekolah, aku rasa macam speechless yang amat bila mana aku dapat dengar satu per satu bacaan dalam solatnya serta tertibnya juga. Allahurabbi...memang bergenang air mata lah..

Keesokannya, aku berkongsi cerita ini dengan salah sorang gurunya. Aku rasa sangat terharu rasa macam nak peluk teacher sebab mampu mendidik anak-anak kecil seperti hadif ini. Aku rasa dulu lah kalau nak compare kan, darjah 6 baru lah aku tau betul-betul bacaan solat. Itupun sebab nak lulus KAFA..huhu..paling terharu bila Hadif mampu membaca Tahiyat Akhir dengan sangat lancar..syukur Ya Allah..

Di rumah aku sentiasa memberi peluang untuk Hadif memimpin solat. Walhalnya aku hanya niat solat sendiri je, sengaja nak timbulkan keseronokan dan buat dia happy yang dia juga mampu jadi imam walaupun di rumah..

Satu hari, Hadif pulang dengan wajah yang sangat ceria..kebiasaannya aku akan bertanya apa yang dibelajar, apa yang dia makan, dan ada lagu baru tak? hadif bercerita lah macam biasa..so, malam nak ready tidur tu, biasanya juga akan ada pillow talk. Sambil-sambil tu jugak ulangkaji hafazan surah-surah pendek dan mantapkan bacaan solat.

Pillow talk hari tu cukup cukup buat aku terharu. Sesudah je solat isyak, macam biasa dia jadik imam. Bacaan makin lancar tapi tajwid perlu banyak improve lagi. Sampai lah ke beri salam..dia lead juga bacaan doa selepas solat..
 
Sampai je part nak cium tangan aku, pelan-pelan dia bukak mulut, "Ummi,....hari ni abang jadik imam Solat Zohor di sekolah...". sambil muka tersipu-sipu malu macam siput..
 
Ya Allah tak tergambar rasanya perasaan ketika hadif membisikkan pada aku yang dia akhirnya berjaya jadik Imam di sekolah! Aku peluk dia kuat-kuat..sambil menangis jugak..Alhamdulillah..terima kasih syukur sangat-sangat Ya Allah Kau makbulkan hajat anak kecil ini.
 
Dari situ lah aku belajar tentang keajaiban doa seorang ibu. Sejahil mana pun seorang ibu itu, doa nya untuk seorang anak itu akan dimakbulkan Allah. Syukur Ya Allah..
 
Apa yang aku boleh share dengan korang serba-sedikit tentang cara nak jadikan SOLAT ini satu KESERONOKAN pada anak-anak:
 
CIPTAKAN PERMAINAN
hafazan surah-surah ni biasanya secara santai. Aku suka buat games untuk bagi dia rajin hafal. Kenkadang rasa macam tak logik je aku rasa apa yang praktikkan, tapi tak sangka dia suka. Anak lelaki ni kan memang lasak. Jadiknya aku selalu main "buai cangkung-cangkung"..haha..kalau korang tau lah games macam mana ni kan..aku tak sure apa lah nama sebenar aktiviti ni..tapi macam ala-ala senaman kaki dan lutut lah..at the same time, senaman ni bleh kempiskan babat kita yang berlemak tu tau! haha..So sesambil kita hayunkan dia dengan kaki kita tu, kita hafal sama-sama surah yang kita nak dia baca. Keypoint kat sini adalah..nak buat semua benda mesti lah buat bersama-sama..
 
SENTIASA ULANG DAN INGATKAN
Apapun kita nak ajar anak kita, mesti kena sentiasa ulang dan ingatkan. Contoh simple je macam nak ajar anak behave dan hormat masjid. Setiap kali anak kita akan keluar ke masjid, kena sentiasa ingatkan dia yang masjid adalah tempat solat, kalau nak main kena pegi playground bukan di masjid. Kalau nak pegi masjid tapi taknak solat, duduk diam-diam. Jangan pepandai nak bermesra cari geng nak main..masjid rumah Allah, Allah nampak apa kita buat..Then bila dia balik dari masjid, kita check balik. Dia solat ke tak? ..Begitulah rutinnya sampai ke hari ni..Aku memang tak pernah missed buat benda ni..Biarlah cuben panggil aku "pengawas"punnn...hasilnya? Alhamdulillah..aku belum pernah lagi terima berita dia balik je dari masjid, dia main dan menganggu Jemaah..Kenkadang kalo aku tanya hadif dia pernah je tak jawab..sesaje la nak bagi saspen kat pengawas ni..So, biasanya daddy la akan tolong jawabkan..hehe
 
Ini lah antara yang aku boleh kongsikan..banyak lagi cara terbaik untuk didik anak solat..banyak yang kita boleh praktikkan dan cuba sesuaikan mengikut personaliti anak masing-masing..
 
 
 
Semoga impian hadif untuk jadi Imam di masjid nanti akan tercapai..Insyallahh....
 
"Doakan abang ye.."
Okuss dokusss...

Make Up Bertunang Adik Sendiri - Bella

Ok, kalau entry sebelum ni aku mekapkan adik ipar, so kali ni aku nak share yang makandam ni ditugaskan untuk mekapkan adik kandung pulak time dia bertunang bulan Mac hari tu.
 
Ye anak-anak...make up kan orang ni memang letih sebenarnya. Tapi kalau kita minat dan kita berani explore macam-macam teknik solekan, letih ke penat segala macam tu kita akan tolak tepi.
 
Tapi tahap kepenatan tu sangatlah berganda bila ko lah mak andam, ko la jugak tuan rumah. Ye, kalau tuan rumah tu haruslah semua dari ke tanah sampai la ke dapur ko nak kena peduli kan. hehe..
 
So, disebabkan aku terasa amat penat bila aku dah jadik makandam a.k.a tuan rumah di 2 mejlis, sebab tu aku berkeras jugak cakap kat adik aku ni, Bella yang aku kena tarik diri awal-awal bahwasanya aku memang tak boleh mekapkan dia time dia kawin nanti. Apa lagi, tarikk muka la adik aku ni kan. Dah la bongsu jugak, tapi bongsu perempuan la...memang beria-ria dia nak aku mekapkan time dia nikah and sanding..tapi mintak map sangat..sebab ahkak awak ni la Event Manager nya, Wedding Planner nya, penulis skrip nya..dan macam-macam lah tak mampu nak list kan kat sini..
 
Bella ni memang nak make up simple je. Dia taknak muka dia berubah katenyerr.. So aku just enhance apa yang dah dianugerahkan pada dia ni je. Ni pun aku mekap tak lama..sebab banyak benda lagi nak kena buat time tunang dia ni.
 
Ok, inilah hasil Karyabykemn yang tak berapa glemer ni..hihi..




 


Saja aku besarkan pelamin tunang ni..sebab sangattttt jatuh cinta dengan design yang sangat simple ni. Ini ummi aku sewa dengan Kak Rini (Kuantan), susah gak nak promote sebab akak ni katanya baru je lagi start biz ni. So fb and ig pun dia takda lagi.. tapi memang puas hati..berbaloi RM500 sahaja ok!

Ok sampai disini saja lah..

For more info, follow la ig @karyabykemn =)

Friday, June 19, 2015

Make Up Nikah Adik Ipar - Yusliyana

Rasa macam kelakau plak sebab nak update citer dah basi. hihi
Disebabkan dah lama sangat tak up entry, so ayuhla kita up entry dari bulan Februari hari tu ye.
 
Tahun ni aku rasa macam non stop menguruskan Majlis Perkahwinan.
Bulan Februari hari tu adik ipar yang kawen, bulan Jun ni adik kandung yang kawen.
 
Pendek kata kalau dah keluarga rapat kita yang kawen tu memang tahap kepenatan tu memang sampai ke tahap utility sut.
 
Untuk majlis adik ipar aku ni, aku ditugaskan untuk mekap kan dia time majlis nikah.
 
Adik ipar aku ni ada bongsu, kerja as cabin crew di Qatar Airlines. So faham lah bila cabin crew ni mesti tak lekang dengan make up kan..So untuk make up nikah Deqna ni, dia request untuk make up heavy skit. Sebab katanya dia dah biasa kalau mekap natural look.
 
Aku ok je la..apa yang penting..dia suka..






Maap sangat kamera hp cokia je ni. Tu yang gambar tak berapa sharp tu..huhu
 
Ini punya make up aku rasa macam tak sampai pun sejam. Tangan dah terketar ketar takut tak sempat siap. hihi.. Papepun..Alhamdulillah pengantin suka sangat make up dia.
 
Ok done!
 
next entry: Make up Adik sendiri pulak! *__*

p/s: Jangan lupa follow my make up IG @karyabykemn ye! =)

Thursday, June 18, 2015

Selamat Menyambut Ramadhan

Assalamualaikum semua,

Salam Ramadhan Al Mubarak!
Lama sangat tak update blog..
Busy sangat, kerja sekarang pun agak stres..
Then laptop pun rosak..


Banyak je benda nak share..
Tapi selalu tak kesampaian bila nak start menulis tu..

Tapi saya rajin blogwalking tau..
Saya akan baca setiap entry yang ada dalam bloglist kat sidebar tepi ni..

Sesapa yang nak saya terjah blog korang tu, tinggalkan link kat komen bawah ni ye..

Insyallah saya akan singgah, baca and follow korang balik!

Ok jumpa lagi..tata!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...