Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Wednesday, July 29, 2015

Tips Temuduga HLP

Dah lama nak share pasal HLP ni..Apakah HLP? Adakah ia sejenis suplemen kolagen? Atau sejenis ubat kurus? Atau mungkin juga ia sejenis agensi skandal politik? tetttt...kahkah..

Kalau yang membaca ni orang gomen, makanya korang dah sedia maklum apa itu HLP. Tapi takpe lah aku bagi sedikit pencerahan ye.

HLP ni adalah sejenis Program. Nama penuh is Program Hadiah Latihan Persekutuan. Tawaran program melanjutkan pengajian untuk Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas) ke pengajian pasca Ijazah di peringkat Sarjana (master) dan Kedoktoran (phd).

Tawaran program ni terbuka kepada semua yang berkelayakan dan memenuhi syarat. Tapi belum tentu semua boleh dapat HLP ni. Ramai sangat yang memohon so, banyak la kaedah nak filter termasuklah penyediaan kertas cadangan (proposal) dan juga sesi temuduga. Boleh baca FAQ HLP kat sini.

Pehh..aku cerita macam aku pernah je apply HLP. Padahal nan hado pung! haha..So, tujuan aku share ni sebab nak berkongsi dengan korang supaya aku dan korang boleh bersedia menghadapi sesi temuduga HLP ni dengan lebih bersedia.

Entah ler aku bila nengok orang berlumba nak kejar HLP ni, aku macam takda perasaan sangat. Kenangkan nak kena jadik student balik tu macam lagi mencabar nak-nak bila dah beranak pinak ni kan. Tapi tu la, kena fikir juga for succesion planning. Sekarang ni katanya silent policy untuk nak naik pangkat memang akan tengok either ko ni ada master or phd.

Kenapa jugak aku share pasal tips ni adalah sebab awal tahun hari tu (Mac tak silap) aku ada pi Kursus Penyediaan Kertas HLP anjuran JPA. Pertama kali katanya kursus ni dibuat so penyertaan agak terhad. Iklan baru blast via emel dalam 10 minit. Penyertaan dah nak dekat 100 org. Tapi yang dapat 30 orang. Aku ni antara yang gagal termasuk dlm 30 org tu. Tapi tetibe ada sorang bos ni offer kat aku sebab dia kena attend meeting date yang sama tu. Alhamdulillah rezeki lah.

Penganjur baru nak try and error berkesan ke tidak kursus 3 hari ni. So, penyertaan limit kepada warga dalaman JPA je dulu. Then bila kami bagi feedback okay, baru di panjangkan kepada semua Kementerian. Difahamkan sesi dengan Kementerian dah pun diadakan bulan April hari tu tak silap. Tapi rata-rata yang bagi feedback tak berkesan sebab tempoh kursus tu terlalu singkat. Termasuk la husband aku, balik rumah aku tahan je la telinga dia membebel. *__*

So, kat sini aku rasa tak salah kalau aku share dengan korang beberapa pengisian sepanjang 3 hari kursus yang aku join tu. Serius, aku datang memang macam tin kosong. Blur.com langsung tak reti nak buat proposal. Eh rasa macam benak betul apsal entah. haha

Disebabkan aku sedar dengan kebenakkan diri sendiri, so aku memang pakat dengan kawan2 seofis nak duduk depan. Dengar betul-betul. Dengar sampai faham. Tanya sampai faham. Tulis sampai lah faham.

Alhamdulillah hari last tu kami dapat hasilkan satu kertas cadangan HLP yang lengkap dan mendapat kredit daripada Tuan Penceramah. Berbaloi sangat 3 hari kursus yang mampu menjernihkan otak yang berkarat. Bila kami bentang dummy proposal tu rasa macam wadehekkk camne boleh reti ni? hahhaa..

Ok, aku nak share pasal tips temuduga sebenarnya.

So, here we go the tips!


TIPS TEMUDUGA HLP

1.    Proposal – 20 markah
     Markah proposal hampir separuh
2.    Defence proposal – 10 markah
3.    English – profficiency, pronounciation
4.    Pengetahuan am (perlu relate dengan tajuk proposal)
5.  Proposal boleh disediakan dalam Bahasa Melayu. Kalau nak ke overseas, WAJIB sediakan dalam Bahasa Inggeris.

Bagaimana nak pastikan proposal disediakan dengan betul?
1.    Tajuk yang lengkap
2.    Objektif jelas
3.    Metadologi relevan ke tak
4.    Konseptual
*Dalam proposal, jangan melebih-lebihkan pengetahuan kita untuk tunjukkan kepada panel 
  
Cara nak bentang?
1.    Jangan sentuh teori. Panel tanya baru jawab.
2.   Jangan mention tajuk ini satu tujahan sahaja. Kalau boleh kajian ini menumpukan kepada bidang ini tetapi boleh dikaitkan dengan bidang itu. 
  
4 perkara yang perlu highligt dalam pembentangan proposal
1.    sorotan kajian lepas (tema). Kebanyakan kajian ini menyebut berkaitan ini...
2.    saya dalam bidang ini, cuba nak relatekan dengan bidang yang saya pilih
3.    always show that you are ready. Saya dah mula membaca, mengumpul bahan, mendapatkan maklumat ini, menghantar emel kepada ..... Sebelum HLP ni saya pergi bengkel penyediaan kertas HLP.
4.    Kenalpasti boleh highlight the bodies of studies (keseluruhan kajian)
5.   Readiness! Paling penting! Kajian saya memang ....dan saya rasa ini adalah masa yang sesuai untuk.... (kaitkan kajian dengan isu terkini, kajian ini jadi pencetus kepada penyelesaian)
6.    Kalau dah boleh jawab semua, 80% dah boleh lulus interview! Yeay!

Ini antara catatan yang aku tulis masa Tuan Penceramah tu kongsikan. Aku harap dapatla membantu sedikit sebanyak ye. Million thanks tu En. Mujibu!



Untuk contoh proposal (master & phd), aku rasa susah nak share kat sini. So, nanti kalo korang berminat nak tengok contoh tu emel je kat aku kemn5885@gmail.com. Aku akan bagi sekali dengan slaid kursus supaya mudah korang buat rujukan. =)

Tulis la tittle "Contoh proposal HLP"

Tahun ni HLP belum open lagi. Jangan emel aku tanya pasal ni pulak tau. hehe..

Good Luck korang! Jom kita apply sesama ye! Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua, insyallah!

p/s: korang mana yang dah emel tu, jangan lupa komen jugak kat bawah ni ek..senang aku bleh double check..ok tata

Tuesday, July 28, 2015

Kisah 1 - 10 Syawal 2015

Salam 11 Syawal...

Haha..punya lambat nak hapdet riang ria di Hari Raya kan..
Selamat Hari Raya kepada semua yang sudi membaca blog kakseri yang sendu ini..
Bagi cann lah up entri raya jugak walau rasa dah macam lambat dah kan..
Tapi jangan muntah tau sebab kakseri "rajin"sangat nak update secara maraton..kekee

Tahun ini aku rasa cuti raya paling lama sepanjang aku bekerjaya. Disebabkan keadaan anemia aku ni yang kejap rasa macam ting tong je, so aku memang decide nak apply cuti lama skit nak rest kat kampung, rumah parents di Bukit Pelindung. Kebetulan pulak tahun ni turn rumah parents aku untuk merayakan 1 Syawal. Begitulah kekdah penggiliran yang paling adil aku rasa. Selang seli je sudah..tahun depan 1 Syawal beraya di rumah parents husband pulak.

Cuma tahun ni aku tak balik Kelantan, kampung husband. Doktor nasihatkan supaya aku tak travel terlalu jauh or senang citer duk lelama melayan jem yang cukup parok di saat warga kota berpusu-pusu pulang ke kampung halaman. So, tahun ni aku tak merasa lah makan nasi kerabu dan laksa siam. uhuk uhukkk..

Tahun ni first time seumur hidup husband tak balik beraya ke Kelantan. Dia punya happy tu kemain la sebab tak perlu hadap jem yang berbelas jam. Memang diorang dari kecik sampai dah beranak pinak tak pernah sekali pun beraya di rumah sendiri di TTDI. Even sekarang memang atuk nenek husband dah takda, diorang tetap akan beraya di Kelantan. Biasalah, beraya di kampung lagi meriah kan? lagipun, anak-anak seronok sebab dapat jumpa sedara mara yang lama tak jumpa plus dapat tebalkan poket dengan duit raya!

Aku layankan je. Tak kisah la depa beraya di rumah sendiri or Kelantan, apa yang penting dapat bermaafan dengan kedua-dua orang tua dan sanak saudara. Aku selalu pesan ke husband, raya ni setahun sekali. Cuba enjoy je dengan jem yang setahun sekali ni. Ni tidak, asik je stress dengan jem. Bukan dapat selesaikan masalah pun. Kata budak urban, patut dah biasa layan jem ni. Lainlah iols ni orang pantai...sukakan ketenangan..hihi

1 Syawal

Dah janji dengan anak dan anak-anak sedara nak bawak gi semayang raya. So, malam sebelum raya tu bagus anak-anak tido awal punya semangat kan nak ikut enda ma dia pi solat. So, pepagi tu senang je kejutkan anak dara tapi abang dara saya jugak yang penuh drama. Suka diorang dapat solat raya siap dapat duit raya lagi kat masjid!


Telekung kami sudah tentu dari TELEKUNGNAJWA. Klik gambar di atas untuk ke website Telekungnajwa

Tahun ni kami bersepakat nak beraya dengan warna tema PINK karer. Semua macam layankan je la pakai pink. Husband aku je memula berdegil. Tak habis duk cakap pembaziran sebab banyak baju melayu terperuk je dalam lemari. Tapi punya nak pujuk terpaksa lah kakseri belanja. Nasib la murah je RM80 sepasang. Dapat plak sedondon dengan Hadif. Jadiklah kann...Jom layan family potrait..tak sempat nak pegi photoshoot pun kat kedai sebab anak memasing dah meroyan tantrum..haha

Abah dan Ummi

Keluarga Along

Keluarga Angah

Keluarga Kak Seri Abg Seri. Potret tak pernah sempurna!
Nabila dan Suami

2 kumbang bujang trang tang tang

The Cucundas

The Nambrads (Enam Beradik)

The Menantus
Raya pertama menu kitorang macam orang lain jugak kot. Ada lemang, satey, rendang ayam, rendang daging dan nasi impit. Cuma husband request suruh aku buatkan roti jala. Biasa balik Kelantan memang akan ada rumah yang jamu roti jala, tapi kalo kat Pahang aku tak sure. So, daripada husband aku duk ungkit sampai ke 7 keturunan, baik aku layankan je lah menjala walau dalam keadaan yang tak bermaya ni.

Kitorang decide tak buat main dishes. Macam menu yang berat-berat lah. Sebab biasanya, lepas sesi melakar potret dan bermaafan seisi keluarga, kami akan beraya di kampung abah di Kg. Permatang Arang, Pekan, Pahang. Bersekali juga dengan menziarahi pusara atok nenek kami di sana. Rumah pertama yang kami akan jejak adalah rumah moyang kami yang kami panggil onyang. Onyang alhamdulillah sihat lagi. Tahun ni cukup bermakna buat kami sebab diberi kesempatan untuk membersihkan rumah onyang. Nanti aku up entri khas pasal onyang ye.

Groufie selfie di Rumah Tok Andak Pekan. Tu blkg skali baju biru tu tuan rumah. Tumpang selfie ye tuan rumah!

Bagi can la ibu anemia selfie.
2 Syawal

So, disebabkan tak balik beraya di Kelantan, raya ke 2 aku follow parents aku balik kampung sebelah ummi di Teluk Pasu, Manir, Terengganu. Balik memang sebab dah lama sangat tak ziarah nenek aku yang kitorang panggil Tokne. Sekarang dah ada hiway, so dari Kuantan ke KT amik masa 2 jam lebih je. Sampai KT, kitorang beraya di rumah makcik aku di Panji Alam, rumah Enda Minah dan Enda Midah. Then malam terus ke rumah Ami Padel di Gong Badak sebab tokne ada kat sana dah. Then dalam pukul 12 malam tu baru kitorang balik rumah tokne di Teluk Pasu bermalam di sana. Btw, sebelum orang tanya aku bagi tau lah ye. Enda tu panggilan untuk makcik and Ami tu untuk pakcik. Ada tak kat sini yang sama geng ngan kami panggil Enda and Ami? 

Bergambar before bertolak ke KT


4 generasi AlKhairid's Clan - us with tokne

Bergambar kenangan bersama tokne


Bagi can la bergambar depan pintu rumah tokne ni.

3 Syawal

Raya ke 3 kami dah bertolak balik ke Pelindung. Niat dihati nak jugak bermalam sehari dua di rumah tokne, tapi apakan daya abah perlu menjalani dialisis. Memang sejak abah sakit buah pinggang paling lama kami balik KT pun 2 hari je, sebab hari ke3 abah dah kena dialisis. Abah tak sihat, tapi dia gagahkan jugak balik KT sebab tokne kan masih ada di sana. Kebetulan malam tu abah dah ajak adik beradik dia datang beraya di rumah kami. So, kami sempat masak mi sup je sebab sampai pun dah agak petang. Ada masa 2 jam je nak siapkan hidangan. 

Dengan bantuan 2 orang adik lelaki yg ada kat rumah tu, alhamdulillah dapat jugak kami siapkan. Kali ni memang terasa sangat sebab Along, Angah dan adik aku Nabila dah balik rumah mertua, kalau depa ada memang macam-macam menu sempat kami sediakan. Ni pulak tinggal seketul diri yang anemia pulaknya, jadik aku bantu apa yg termampu. Then malam tu menu di tambah dengan nasi dagang terhangat di pasaran yang dibuat khas oleh mak andak, adik abah. Seronok sangat malam tu sebab abah berjaya kumpulkan semua adik beradik dia kecuali sorang yang lumpuh seluruh badan ada kat Kg. New Zealand dan sorang lagi arwah pokdin yang meninggal beberapa tahun lepas akibat kemalangan semasa bertugas trafik di JB.

Antara menu yang disediakan

Adik beradik abah, anak dan cucu saudara. majoriti semua ada except keluarga sendiri yg kurang. uhuk

4 Syawal
 
Aku balik ke KL terus ke TTDI hari Selasa, Syawal ke-4. Kebetulan adik ipar dari Qatar pun balik, so kami dapatlah beraya di sana semalaman. Aku duk ingat semua adik beradik husband pun balik, rupanya tidak. Makanya berayalah kami dengan siapa yang ada je.

Nak kata sakan beraya tu memang tidak lah. Aku kejap-kejap muncul kejap-kejap tenggelam time raya tu. Sebab ada masa aku memang kena baring dan tidur je. Hb masih rendah, so ada masa aku ok ada masa keokk..hehehe

Bagi can la sedondon dengan ira pintu kayu ni.

Abang mintak posing sebelah pam minyak. Bangga betul apesal tah.

Bergambar bersama siapa yang ada di rumah je.

5 Syawal
 
Balik rumah sendiri hari Rabu, then tak tahu kenapa malam tu aku takleh tidur sampai pagi. Dahla Khamis dah keje. Makanya, bila dah tidur tu fahamlah betapa teruk kondisi makyung ini. Pegi klinik ingat nak mintak ubat resdung, tapi check Bp low pulakk, 80/50 je. So, doktor dengan baik hatinya bagi MC 2 hari. 

6 & 7 Syawal

Dapat MC. Rest kat rumah. Yeke rest kalo kat rumah sendiri? Ditambah pulak ada assistant yang konon nak jaga kita sakit ni kan. Rest tu rest la jugak, tapi curik-curik masa cuci baju and kemas la apa yang patut. Mana tau ada yang sudi datang beraya rumah kak seri ni kan. Tengok-tengok my bestie, manes datang beraya malam tu! Yeay!

Abg gigih nak masak macaroni untuk aunty manes

Abg kalo dgn aunty always gedik.

8 Syawal

Dapat first invitation raya open house di rumah makcik sendiri di Ampang. Rumah adik bongsu ummi, enda baayah. Sedap betul nasi minyak rumah enda. Dengar citer sampai kena masak 7  kali orang datang tak putus-putus. Nanti nak mintak resepi enda ye!
Bergambar bersama chef dan tuan rumah, enda baayah

Kasi can la selfie di kala panas terik terus muka nampak ploles.kahkah

9 Syawal

Kali ni kami pulak lepak di rumah tunggu orang datang beraya. Member-member aku ramai yang tak available, ramai jugak anak tak sihat dan diri mereka sendiri tak sihat. Memang musim raya ni ramai sangat demam semua kan. So petang ke malam tu kami duk layan member2 husband je la dtg beraya. Kami memang decide tak buat la open house tahun ni. Yang sebenarnya bila fikir bukan letih semata, nak spent time borak chit chat lelama dengan tetamu pun tak le tenang. Sebab tetamu akan datang serentak dalam satu masa yang sama. So kesimpulannya, siapa nak mai datang beraya, roger-roger je. insyallah kalo berkelapangan memang dijemput sangat datang ke teratak sendu kami ni. hihi 



10 Syawal
 
So, semalam Isnin la baru aku start keje. Itu half day je sebab pagi aku pegi check baby. Alhamdulillah kejap je dah 18 minggu. Baby sihat, heartbeat normal. And yang best nye sebab aku berjaya naikkan bacaan Hb dan Bp. Hb sekarang dah cecah 10 gm. Haihh serunak rasa nak lompat bintang!!

okay sekian lah kisah 1 - 10 Syawal. Kalau tetibe rajin aku update lah kisah Syawal seterusnya. Tapi ni tengah plan nak update entri tutorial make up simple di hari raya dan hari tak raya pun boleh. Korang mana yang suka main make up-make up macam kakseri ni boleh la layan entri tu nanti. Tak janji bila tapi nanti..hehehe



Salam aidilfitri, Maaf Zahir batin,
Tuan tanah kedaung blog suam sendu,
X-presi by Kemn Azmaili






Tuesday, July 7, 2015

Tutup dan Sembunyikan Aib

Baru-baru ni kita semua dikejutkan dengan satu kisah curang yang tersebar luas di media sosial. Rentetan daripada kisah tersebut, ramai yang marah, sakit hati, menghina dan macam-macam komen-komen negatif hasil daripada pendedahan cerita daripada kedua-dua pasangan. Ye lah, kisah suami curang..siapa tak naik darah kan? Nak-nak kaum-kaum hawa yang bergelar isteri memang terang-terang pantang larang dapat tahu si suami main kayu tiga belas belakang kita.

Yang paling aku tak faham, masing-masing berlumba-lumba tekan button share and masing-masing komen pasal kisah ni tak patut nak dikecohkan sebab ni hal rumah tangga. Siap ada yang komen tu benda cerita dalam kain tak perlu nak viral. Tapi kat sini aku macam tak leh nak faham...sebab yang share kan cerita tu tak sama perbuatan ke dengan si mangsa dan pemangsa keadaan tu? Faham..tengah marah..tapi cuba kita fikir balik..kita juga antara penyumbang kepada viral kisah curang tu.

Aku tak nak la komen panjang pasal kisah ni sebenarnya. Aku just nak bagi pandangan peribadi tentang menutup aib orang lain. Hanya orang yang pernah diaibkan saja akan tahu perasaan yang dilalui sepanjang diaibkan tu. Dalam keadaan kita dipandang serong, kita dimaki, kita dihina..kita hilang kepercayaan daripada kawan-kawan..kita kenal siapa kawan siapa lawan..Ya Allah..hari-hari kita menangis mintak petunjuk kepada Allah.

Pada aku..mengaibkan orang lain ni ada 2 jenis. Satu menjaja cerita yang betul dan satu lagi menjaja cerita yang palsu. Tapi dua-dua jenis aib ni tetap salah. Hukumnya berdosa besar. Bayangkanlah macam mana kita nak mintak ampun dengan orang yang kita aibkan tu. Selagi orang yang diaibkan tu tak ampunkan dosa kita, maka selagi itulah kita akan menanggungnya hingga la ke akhirat.

Aku tak terkecuali daripada diuji dengan kes aib lagi mengaibkan ni. Tapi kisah dah lama. Zaman sekolah hingusan dulu. Teruk..memang teruk sampai menjejaskan kesihatan dan pelajaran. Yang betul-betul tahu aku tak salah akan pertahankan, tapi yang banyak adalah yang dengar cakap atas angin. Kesannya, aku jadik trauma..fobia nak masuk kelas..nak jumpa lelaki..Tak perlu la aku nak cerita sejauh mana aku diaibkan..cukup hanya yang tahu..tahu lah..

Satu hari di dalam kelas..masa tu subjek Agama Islam. Ustazah menceritakan Bab Sabar. Aku ingat sangat tajuk tu..Sebab daripada situ aku kumpul kekuatan dan kesabaran. Allah sentiasa melindungi orang yang sabar terutamanya orang yang dianiaya dan teraniaya. Sesudah selesai kelas tu, aku bergegas ke bilik guru untuk bertemu dengan ustazah tu..Aku menceritakan kisah aku pada ustazah..menangis-nangis tak tertahan rasa sebak. 

Ustazah berpesan kepada aku,"Sesungguhnya aku dipilih seawal umur ini diuji dengan ujian yang sangat berat...bersabarlah..diam..jangan melawan..jangan mengeluh..besar nikmat dan hikmah orang yang bersabar..Berdoalah kepada Allah. Sesungguhnya doa orang yang teraniaya Allah akan cepat makbulkan...Awak beruntung sebenarnya..Allah uji awak masa muda ni sebab Allah nak bagi kebahagiaan di kemudian hari..positif lah selalu"..

Begitulah sedikit sebanyak pesan ustazah..yang sampai sekarang aku sentiasa pegang pada prinsip positif walau apa jua ujian yang kita lalui. 

Apa yang aku dapat bila bersabar di saat diri aku diaibkan? Allahurabbi..tak sangka terlalu cepat..banyak benda berlaku diluar jangkaan aku..Bayangkanlah hari-hari menangis..mata bengkak sampai rasa macam dah tak boleh bukak..Hari-hari aku resah nak menempuh hidup aku di sekolah. Apa yang aku boleh kongsikan adalah..Orang yang mengaibkan aku tu telah terima balasan jauh lebih teruk daripada aku. Aku pula menerima bertalu-talu kemaafan daripada mereka yang telah tersilap sangka selama ini.

Banyak yang aku belajar daripada pengalaman yang cukup menginsafkan aku. Aku kenal siapa sahabat aku, siapa yang kawan aku hanya untuk kesenangan. Aku kembali muhasabah diri sendiri. Apa yang buruk dan tak elok sifat pada aku, aku cuba perbaiki. Paling bermakna bila mana DOA DIMAKBULKAN ALLAH. alhamdulillah syukur tak terhingga...

Cerita aib ini juga sedang berlaku kepada salah seorang saudara terdekat aku. Allahurabbi..dengan zaman kecanggihan teknologi dan media sosial sekarang cukup-cukup mudah perkara aib ni tersebar. Bukan saja mengaibkan dia, malah turut tempias kepada kami sekeluarga. Apa yang kami buat adalah diam. Bila diam..si polan ini rasa resah dan tak tenteram..ditambah lagi dengan macam-macam status yang menunjukkan diri dia yang sebenar dan akhirnya terjerat dengan perbuatan sendiri. Aku selalu berpesan kepada saudara terdekat aku ni supaya berdoalah kepada Allah..Sabar dan jangan bertindak seperti orang yang mengaibkan dia ni. Sesungguhnya besar ganjaran Allah kepada orang yang bersabar. Masing-masing ada bahagian masing-masing. Dosa dengan Allah mungkin akan diampunkan kerana Allah Maha Pengampun kan? Dosa dengan manusia? Wallahu alam...

Aku tak suka hidup berpuak. Bila berpuak kita cenderung untuk ada musuh atau kita bermusuh pulak dengan puak kita sendiri. Sebab tu berkawan ni biar universal dan neutral. Lain dengan ada bestfriend. Bestfriend ni macam kembar kita. Tahu cacat cela kita tapi tetap tutupkan aib kita.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...