Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Monday, September 14, 2015

Make Up - Studio Photoshoot (Natural Look)

Date: 13 September 2015
Venue: Puncak Jalil
Customer: Sharifah Shuhaila (Ella Couplebirds)
Product: Semi Half Instant Shawl (@Isla)

Sekali lagi diberi kepercayaan untuk make up kan my cousin, Ella for her first product photoshoot. Ella request for natural look as usual, lebih kurang macam pernah i make up kan dia time bertunang beberapa tahun yang lalu.

Alhamdulillah, she really loves her look. And iols pun gumbira lah bila customer puas hati kan. Yang sebenarnya korang kena tahu nak make up natural tu bukan semudah abc. For me, nak nampak make up muka natural ni maksudnya disini pemilihan warna yang digunakan bertepatan dengan konsep natural/earth/nude/biege dan seangkatannya. Bukan kata just tepek bedak nyonya and colek2 skit liptik zasss terus bertukar jadik natural. Is kenot ok! 

Enhance the beauty. Itu dah cukup memadai. Highlight kasi lebih pada apa yang bonus dianugerahkan. Macam contoh sepupu ku ini, mata dia masyallah kemain bundar kan. Plus pulak dengan bibir cap bantal yang sexy mexy ni. So pilihla nak kasi highlight yang mana ser. Sebab kan dia nak natural, so i kasi lebih sikit sentuhan pada mata dia. Kening just lukis and blend saja. Tak pakai teknik gam so cover je pakai concealer.

Shading and contour face pun penting untuk nampak natural.





Gambar di sebelah ni adalah hasil sentuhan idola ku, @nvdism. Tak pernah kesempatan nak pegi class make up dia sebab jadual harian aku tak menentu kalah presiden obama. hahaha. So, aku hanya tuntut ilmu melalui instagram dia je. Pastu aku tenung lelama setiap satu muka talent/customer dia. hahha. Camtulah salah satu teknik aku meng upgradekan skill make up aku yang tak berapa handal ni.

Seblum korang tanya, aku bagitau awal sesiap ye. Tahun ni aku memang limitkan booking/reservation for make up service. Aku pun dah nak masuk 7 bulan peknen ni jadinya pergerakan agak terbatas. Kalau aku amik pun area berhampiran je macam Salak Tinggi, Putrajaya, Cyberjaya dan Bangi. Itupun sampai pertengahan bulan 11 sahaja tau. Lepas tu aku akan pause sampai la April 2016 insyallah aku akan bergiat aktif semula. 


Friday, September 11, 2015

Jom dapatkan koleksi terbaru Popscarf: MEAMOR

Dah lama tak hapdet pasal Popscarf kan? Alhamdulillah dah hampir setahun kami jadi vendor di Butik MOSH (Ministry Of Shopaholic). Seronok jadik vendor ni sebab kita hanya fikir macam mana strategi nak up kan sales sama ada melalui marketing atau pun produk/item yang kita nak letak di butik. Yang lain,...nehi kabi nehi..Semuanya dipikirin oleh tuan tanah butik.

Kami baru je tau masukkan produk terbaru dan terulung. Terulung tu sebab ni fisrtime kami jual Printed Chiffon Shawl. Best sangat sebab jenis material chiffon crepe yang tak perlu susah-susah nak gosok. Saiz pun memang lebar boleh adjust nak besar mana. 

Kami namakan MEAMOR Printed Chiffon Shawl. Saje je letak nama Meamor sebab cecorak shawl ni banyak yang bermotifkan romantik dan bunga-bunga cinta. Hehe. Ada lebih daripada 15 corak yang cantik tau. So korang cecepat la datang Butik MOSH di Presint 15, Putrajaya untuk dapatkan shawl MEAMOR ni. 

Harga. Masyallah murah sesangat, RM15 sahaja. Berbaloi sangat dengan kualiti yang sangat best plus, shawl Meamor ni kami dah ada jahitkan Label Popscarf ye! 









Korang boleh jugak grab shawl TIHANI dan shawl VANESSA yang tinggal beberapa helai sahaja di MOSH. Kami nak clearkan kedua-dua item ni dengan harga serendah RM15 sehelai tau.

VANESSA Butterfly Shawl 
Retail Price: RM38
Clearance Price: RM15

TIHANI Lacey Shawl
Retail Price: RM40
Clearance Price: RM15

Jangan lupa follow instagram kami: @popscarf

Thursday, September 10, 2015

Wednesday, September 9, 2015

Nampak kuat tu ada sebab....



Usia kandungan kira dah 6 bulan, tapi perut aku tak mengembang pun lagi. Ramai sangat tegur aku tak nampak macam peknen pun. Aku sendiri pun heran jugak, sebab masa peknen kan Hadif dulu time usia kandungan 6 bulan macam ni, memang perut kembang bulat semacam nak bersalin dah rupanya. So far, bila pi check up misi pun cakap ok je. Saiz perut pun sama je dengan usia kandungan. Misi cakap maybe perut aku jenis padat, itu yang tak berapa nampak baby bump tu. Tak ngape lah, asalkan baby sihat, sempurna aku dah rasa syukur sangat-sangat.

Bila orang tengok aku dari luaran nampak sihat ceria gembira je. Sampai bosses kat ofis pun tegur, “you ni pregnant tp I tengok cergas je, bagus ye you…nah amik ni tambah keja..”. haha.. yang last tu aku tambah je, sebab aku dah faham maksud tersirat bos-bos ni.

Excuse me, takkan la aku nak layankan je sakit letih pening lesu ni? Dengan kerja yang cukup buat aku stress ni aku rasa ia langsung tak membantu nak setelkan setiap satu persatu work task yang diarahkan. Plus, aku ada anak yang perlu diberi perhatian, dididik, diberi makan. Kalau lah aku duk layankan sakit pening aku ni, jangan kata nak pegi kerja, nak layan anak dan suami pun aku rasa tak kuat.

So, apa yang aku buat adalah cuba sentiasa positif. Mind set perlu terus positif. Perlu rancang sebaiknya apa yang perlu diselesaikan untuk setiap hari. Baik kerja di ofis, ataupun kerja di rumah. Selain daripada tu, aku cuba praktik untuk bangun solat tahajud. Mintak sungguh-sungguh dengan Allah supaya beri kekuatan pada aku untuk lalui kesukaran ini dengan lebih mudah. Korang imagine la husband aku almost every week outstation. Macam mana aku nak survive bila dia takda disisi. Usah kata nak bangun pagi, nak celik mata pun kalau ikutkan berat sangat rasanya. Nak uruskan anak hantar dan amik dari skolah.

Masa Hb aku rendah sangat time early pregnancy hari tu, lagilah rasa down. Aku langsung takda tenaga. Rasa macam pemalas ya rabi tuhan aja yang tahu. Seminggu aku rasa sedih tengok Hadif sebab aku langsung takleh nak masak untuk dia, dengan husband aku takdanya. Sampai anak aku kurus nampak tulang gitar dia. Sedisss…

Aku nak singgah kedai nak tapau makanan pun tak larat. Sampai aku menangis depan Hadif, aku mengadu kat dia aku rasa letih sangat. Thank god Hadif memang anak yang sangat cepat matang. Boleh bercerita dengan dia, boleh ngadu dengan dia, and dia faham dan sampai tahap pujuk dan advise aku macam-macam.Huarghhhh…

Belum citer aku survive driving ke ofis lagi. Nak ke ofis ada la tenaga lagi walaupun sangat lesu. Tang nak balik ngadap jem lagi tu memang aku bercinta sangat nak start enjin keta. Kerap jugak la aku menangis sensorang dalam kereta punyalah nak survive sampai ke sekolah hadif.

So, korang boleh imagine kan macam mana gigihnya aku nak lalui semua ni?

Semuanya kerana terpaksa ku relakan jua. Bila dah hari-hari ko hadap benda ni, ko paksa diri ko buat, dah rasa macam redha…ko dah rasa immune. Dah rasa macam layan kan aje la. Takkan sebab keadaan aku macam ni, aku tak bagi husband aku kerja..aku tak bagi anak aku makan..and paling teruk..aku tak kerja?

Doa doa doa dan terus berdoa. Pagi petang siang malam aku doa. Mintak pada Allah beri kekuatan pada aku. Kalau betul aku ditakdirkan perlu hadap anemia ni sampai aku lahirkan bayi dalam kandungan aku ni, aku redha..tetapi berilah aku kekuatan dan paling penting peliharalah kandungan ku ini.

Aku nak tarik aura positif tu..aku buat dengan cara aku..Kalau pi kerja, aku takkan pegi dengan keadaan serabai ayam. Aku make up macam biasa lah. Taknak nampak muka sakit pucat kuning lesu ni. Aku rasa aku akan rasa down bila orang akan cakap muka aku nampak tak sihat. And benda tu automatically akan buat rasa negative laju je menyinggah.

Sampai ofis, aku breakfast dengan kawan-kawan ofis. Syukur ada kawan-kawan yang positif juga. Bukan jenis berdengki. Suasana harmoni je. Selesa kawan dengan diorang. Sebab masing-masing ada anak, masing-masing jaga penampilan, so boleh sharing macam-macam dengan diorang. Yes. Itu juga buat aku positif.

Kerja pulak macam mana? Stres memang stress. Serius aku tak tipu. Memang rasa agak pressure dengan work task yang perlu aku hadap sekarang. Aku memang tak suka share pasal kerja sebab aku rasa banyak benda yang negative dari positif. So untuk mengatasi masalah stress dengan kerja, aku akan make sure aku siapkan kerja before dateline. So that bila ada pindaan daripada bos, aku masih ada ruang dan masa nak tambah baik.

Bila stress sangat kerja, rasa kesian dengan baby dalam kandungan ni. Pada aku, cukupla 8 jam aku stress dengan kerja. Sampai rumah aku memang takkan bukak citer pasal stress kerja unless kalau stress tahap impak maksima yang boleh buat aku nangis! Tahap tu baru aku akan share dengan husband aku.

Yang husband aku ni pulak kontra dengan aku. Dia bila stress kerja, dia suka bawak sampai ke rumah. Pastu amik peluang nak korek citer stress aku kat ofis. Benda ni selalu buat perang dingin kat rumah. Haha..Aku pulak jenis tak suka citer pasal kerja. Dia plak fefeeling prihatin nak selami masalah kerja aku. Memang tak layan sangat. Dah pulak ada si abang sorang tu kan. Hadif dia tau dah, kalau si daddy bukak citer pasal kerja, dia akan terus je sound, “Asik asik citer pasal kerja..asik asik citer kerja..balik rumah jangan la citer pasal kerja..dengarlah citer pasal skolah abang pulak”. Mendapat kan dapat anak bertuah macam ni? hahaha..setepek kena kat daddy.

Aku rasa perjalanan dari rumah – ofis – rumah lebih kurang 2 jam (pergi dan balik) ni banyak juga bantu aku kurangkan stress. Aku keluar lebih kurang pukul 6.50 pagi. Masuk kereta, niat terus “Ya Allah, sesungguhnya aku keluar pada pagi ini mencari rezeki hanya untuk mendapat keredhaanMu, Kau permudahkanlah urusan pekerjaanku pada hari ini.”..Lepas tu je, aku akan pasang cd zikir atau Juz Amma dulu sampai la jam 7.30 pagi aku on radio Ikim.fm. untuk dengan Program Motivasi Pagi. Durasi progam tak lama dalam 5-10 minit je tapi terlalu banyak manfaatnya. Lebih kurang pukul 7.50 pagi akan sampai ofis.

Bila balik dari ofis pun sama. Kalau aku balik ontime pukul 5pm, aku dapat dengar macam-macam segmen petang di radio Ikim. Ada segmen Ibrah, Usrah, dan macam-macam lagi. Penceramah jemputan pun yang hebat-hebat. Selalu jugak la nangis sensorang bila dengar ceramah. Betul-betul muhasabah diri. Bila dah habis segmen tu, aku on balik cd zikir/Juz Amma. Bila rasa teringin nak dengar lagu lain, baru la aku tukar chanel radio Melayu lain.

Sebelum tidur aku akan spent time dengan abang dengan menghidangkan Bedtime Stories. Daripada citer fairytales sampai ke Sirah Nabi aku ceritakan pada dia. Aku rasa abang sukar nak terima logic akal bila aku citerkan kisah-kisah dongeng ni. Banyak pertanyaan yang aku takleh jawab dengan logic. Iyelah, macam mana aku nak kata Ikan duyung tu wujud dan boleh bercakap zaman millennium ni? haha

Abang dibesarkan di sekolah berorientasikan Islam (little caliph). Aku sangat-sangat yakin cerita yang diperdengarkan di sekolah langsung tak berkait dengan cerita dongeng. Sebabnya bila aku bukak citer Sirah Nabi, abang tak banyak soklan. Abang dengar dan cuba faham kisah disebalik sirah nabi ini. Abang faham Islam, Allah, Syurga, Neraka, Dosa, Pahala, Malaikat dan Nabi. Kalau dia bertanya pun, aku memang boleh jawab dengan logic. Nampak kan kesan didikan di sekolah pada anak?

Segala apa yang aku buat ni dengan harapan anak dalam kandungan aku ni tenang. Tenang bila mendengar zikir dan ayat quran. Tenang bila aku ceritakan pada abang kisah-kisah Nabi. Ini saja cara yang aku mampu buat setelah 8 jam di ofis bergelut dengan stress. Aku harap anak aku dalam Rahim ni akan lebih kuat daripada aku. Aku terpaksa tolak tepi rasa penat, letih, pening dan stress kerana semua yang aku ceritakan di atas ni.

Bilanya aku berehat?

Yes. I am truly super multi tasking mommy. Dan aku percaya ramai ibu-ibu di luar sana yang jauh lebih berat ujiannya nak dibanding dengan aku. Pernah aku dengan tazkirah pasal banding membanding ni. Kata ustat macam mana nak didik hati kita bersyukur, kalau soal duniawi, jangan la kita bandingkan orang yang tinggi hartanya, bandingkan orang yang kurang harta daripada kita. Kalau soal ukhrawi, bandingkan la orang yang tinggi imannya dari kita, jangan pula kita bandingkan orang yang imannya kurang daripada kita. Lebih kurang macam tu la, wallahu alam.
Muke tembel

Inilah sebabnya aku kena kuat...dah habis membebel..tata

p/s: bercakap pasal bedtime story sirah nabi, abang dah pilih nama adik dia berdasarkan Sirah Nabi. Syukur, Alhamdulillah. Nasib jugak abang takpilih ikut bedtime story Fairytales. Kalo idok, acaner abang request suh letak nama Snow White or Pinochio? *___*

Tuesday, September 8, 2015

24 weeks oredi mehhh...



Alhamdulillah syukur, pejam celik bangun baring mengiring bergolek, kandungan aku dah pun mencecah 24 minggu. Setakat progress 24 minggu check up di KK Presint 18, Putrajaya, kandungan baby tiada masalah syukur Ya Allah. Yang tak habis-habis tak stabilnya adalah mok dia ni lah. *___*

Pernah aku up entri pasal ibu hamil anemia kan? So, secara nyata dan jelasnya aku berada dalam kategori tersebut. Daripada kena makan sebijik iron fosforus, tambah 2 biji, tambah 4 biji, kemudian tak naik-naik bacaan lagi, tukar pulak dengan Iberet, and yang terbaru ni aku ingatkan bacaan Hb dah meningkat seems aku pun macam dah gagah sikit..rupanya Hb aku drop! Ya Allah..marah betul dengan diri sendiri. Apa pasal dengan aku ni? Mula lah nak bermonolog macam-macam.

Bila bacaan Hb aku drop, doc advise untuk tukar ubat lagi. Dangg! Katanya ubat ni lagi power sebab kandungan iron yang tinggi kuasa kuda kateko. Aku macam layankan je la doc..dah makan macam-macam still macam ni. Peti ais kat umah tu dah macam kedai buah. Hari-hari pepagi aku keje ngunyah jambu batu. Balik keje plak aku makan buah oren. Kenkadang hujung minggu aku gagahkan diri buat lauk bayam masak air. Pepagi kat ofis, kalau takda kerang, aku makan limpa/hati/paru. Itu belum citer segala jus delima, VCO softgel, susu kambing yang aku amik bila rasa perlu. But, hasilnya still Hb tak naik-naik. Arghhh…

Sekarang dah upgrade ke Zincofer. Cara nak consume sama je macam Iberet. Cuma kesan daripada makan zincofer ni rasa jauuhhh lebih teruk! Almost everyday aku muntah, sakit perut and cirbir. Letih, lesu, lemah semua ada. Korang imagine macam mana everyday jugak aku drive sejam nak sampai ke ofis. Belum masuk jeng prengg nak ke hadap time nak pergi and balik ofis. Balik keja, sampai rumah aku dah melompat ke dapur nak masak. Harus kena masak awal, cuben ai kan macam orang cina makan awal. Tapi ada masa yang aku balik langsung takleh nak buat apa, aku memang akan terus baring je..time tu barulah cuben tapaukan makanan.

zincofer, air jus and air masak
Aku selalu je sampai ofis, akan rasa lemah (after consume zincofer). Aku selalu share dengan ofismate aku, Maz. Kebetulan dia ada kenalan doctor. So, bila dia tanya kawan dia pasal ni, rupanya memang kebanyakan patient yang consume ubat ni memang akan mengalami benda yang sama macam apa yang aku rasa sekarang.

So, apa yang disarankan adalah tukar cara pemakanan ubat tu. Aku rasa ibu-ibu di luar sana mesti dah tahu kan cara pemakanan tablet iron ni macam mana.

Opsyen 1: Makan ubat masa perut kosong. Makan dengan air masak atau air buah. Setengah jam lepas tu baru boleh makan pape makanan.

Opsyen 2: Makan makanan dulu. Lepas 2 jam makan, baru amik ubat. Ubat tu pun sama lah kena bersama dengan air masak/air buah.

Biasanya aku pilih opsyen 1. Bukan apa, senang skit sebab boleh telan sesiap kat rumah pepagi before nak gi kerja tu. Kalo opsyen 2 ni, aku risau takut aku ter skip. Paham la bila dah sampai ofis, duk ngadap bos, ngadap kerja, ngadap pc..pastu dah terlupa..

Tapi aku sekarang ni memang kena makan dengan cara Opsyen 2. Ini yang disarankan oleh kawan Maz, doctor tu. So, far Alhamdulillah dah 3 hari aku consume cara macam tu, aku takda rasa nak muntah. Cuma rasa letih tu ada la sikit-sikit lagi.

Next week check up lagi, disebabkan aku ni kategori ibu hamil berisiko..so dari awal check up memang dah kena pi follow up 2 minggu sekali. Hopefully result Hb naik lah. Hari tu elok dah kemain happy naik 10.5 gm. Tapi ni turun balik 9.3 gm. Semoga semuanya baik-baik saja, insyallah.

6 months preggy mommy

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...