Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Thursday, May 19, 2016

Diari Penyusuan: Breastfeeding Bukan Mudah.

Kejap je dah bulan 5. Kejap juga lah putera kedua ku dah mencecah 5 bulan. Pejam celik pejam celik memang rasa cepat dan pantas berlalu pergi. Masa berlalu tu sama pantas hilang skill nak ligat menulis blog macam dolu-dolu..

Bukan Mudah. Titik.

Siapa yang pernah mengalami pengalaman macam aku ni akan rasa lah. Tak semua yang breastfeeding journey dia susah. Rezeki masing-masing. Especially untuk wanita berkerjaya yang memang tekad dan tabah nak meneruskan penyusuan ibu sehingga anak umur 2 tahun. Siapa yang taknak impikan momen indah macam tu kan?

Masa mula-mula dapat tau aku hamil anak kedua ni, memang terus mindset nak fully breasfeed anak yang bakal aku lahir ni. Dia punya semangat tu lain macam sangat. Bersungguh bukan main. Sebab? Sebab dari pengalaman anak pertama. Si abang dapat momen breastfeeding ni terlalu sekejap sangat. Banyak faktor nya. Salah satu sebab dia lahir tak cukup bulan dan hypo. Dia selamat je keluar dari perut aku ni terus disumbatnya 2 oz susu formula, demi nak stabilkan semula keadaan dia. Maka bermula dari itulah si emak bermain dengan emosi dan psikologi.

Masa tu ilmu breastfeeding terlalu kurang. Dah la kurang ilmu, tak membaca, tak menanya. Dan paling terkesan sebab family takda yang ada pengalaman breastfeeding. Rasa down down sangat bila tiap kali pump, nak dapat 1 oz pun susah. Makan macam-macam milkbooster, air bergelen, still hasil nya masih mendukacitakan. Dahla si abang prolong jaundice. Sampai dua bulan dia jaundice. Sedia maklum lah kalo baby kuning kena kerap menyusu kan? Macam mana nak buat kalo susu pun malu-malu nak keluar? Tido tak cukup. Sejam sekali bangun cuba nak susukan anak. Anak pulak maraung tolak lemas-lemas bila kita suakan (dia dah start confuse). Sakit urat satu badan belum kira lagi. Time ni sakit sangat hati bila orang kata jangan stres. Cuba bagitau macam mana tak stres kalo perlu lalui emosi macam ni? 

Sampai satu saat aku perlu terima yang aku merajuk dengan diri sendiri. Susu formula lah penyelamat di kala emosi terganggu dan jiwa kacau hampir meroyan tak tentu hala. Walau pun, ralat tak dapat fully breastfeeding tu masih meruntun jiwa, masa tu aku rasa terima kasih sangat-sangat pada susu formula sebab menyelamatkan hidup aku, dan si anak. Tanpa susu formula, apalah agak nasib aku dan si anak. Mak meroyan, anak kelaparan. #JanganKecamSusuFormula

Anak nombor dua ni semuanya Allah bagi mudah. Mudah serba serbi. Alhamdulillah syukur. Mungkin la agaknya Allah nampak struggle nya jiwa dan raga aku dengan anak pertama yang penuh drama. mihmihmih. Baru la dapat rasa bila mak bapak kita cakap, anak ni lain-lain. Kalo anak pertama segini, anak kedua segitu, anak kelapan segitigabermuda. kekee..

Persediaan nak menerima anak kedua ni bukan lebih kepada bentuk fizikal, tapi lebih kepada persediaan mental, emosi dan rohani cewaaah. Rasa sangat seronok umpama nak lompat bintang bila mana apa yang kita target nak buat tu tercapai. Yang pertamanya aku cuba penuhkan ilmu di dada. Masuk trimester ke-3 tu memang aku kerja baca artikel dan blog mengenai penyusuan ibu. Sesambil baca sesambil sharing dengan shuben. Nak kena seiring dengan dia ni, mudah sikit supaya dia perlu faham yang benda ni bukan mudah. Pastu saspen seketul ketul diri bila baca pasal stok EBM. Homaii betul-betul saspen sebab aku rasa mampu ke ni nak manage benda-benda renyah cam ni. Papepun, mindset perlu positif positif.

Bila baby dah selamat keluar, first moment skin to skin adalah sangat indah. Nak-nak bila dia dah start latch on. Bila duk hospital emosi tu tenang-tenang lagi. Baby kan asyik tido je kan, time tu kita pun boleh lah lelap mata lama skit.

Bila sampai rumah, aura dia lain macam skit. Nak pulak nak jadikan citer ummi aku time tu dia tetibe nak pitam, tambahan pulak mak mertua ku tengah ready nak ke umrah. Emosi dah start nak swing, badan tengah lemah lagi, nak jaga luka jahitan lagi, nak makan lagi, nak mandikan baby lagii and the list goes on.... Takpe, perlu kekalkan momentum positif ni. 

Hari ke-3, si adik dah start nampak jaundice. Macam biasa nak kena kerap menyusu. Sejam or dua jam sekali mesti akan bangun untuk susukan adik. Cabaran dengan si adik ni lain pula. Adik tak reti nak latch. Sampai satu tahap rasa macam takut nak sua kan kat adik, risau sebab both of cikB i crack and berdarah darah. Tapi ku takkan mengalah, menggagahkan diri mencapai pump dan bermula lah sesi mengepam (walau berdarah).

Bermain dengan emosi tengah fragile ni bukan mudah ok. Fizikal dah la belum pulih lagi, mental pun letih. Apapun yang jadik, anak perlu disusukan walau dia tak reti. Sesi mengepam diteruskan lagi. Pernah susu yang dipam bertukar kaler pink sebab baru sedar bercampur dengan darah. Allahurabbi..sakit pedih tu hanya yang pernah alami je tahu. Papepun aku cekalkan hati. Teruskan juga sebab nak anak sihat pulih cepat dari jaundice.

Serius time anak berpaling taknak menyusu bila kita suakan cikB kita tu adalah tersangat menggugat emosi. Time ni dah tahu yang si adik dah start confuse, throwback sangat dengan pengalaman si abang dulu. Cuma bezanya time si abang, hasil mengepam sangat lah kurang, beza dengan si adik hasil pam sangat sangat bersyukur alhamdulillah. Sebab tu aku gagah jugak pumping walau rasa macam pedih teramat sangat.

Masa adik dah start refuse taknak direct feeding tu aku dah rasa sedih. Macam-macam dengar lah. Orang kata susu tak stimulate kalo baby tak direct feeding. Masa tu dah takut. Dan saat dan ketika itulah aku meneruskan pembacaan melalui blog-blog penyusuan dah finally aku terjumpa satu term yang dipanggil EP MOM (Exclusively Pumping Mother). Maka bermula lah hidupku sebagai EP Mom...

Jenuh baca dan study pasal pengalaman orang lain yang jadi EP Mom ni. Start dari hari-5, aku dah start pumping. Masa memula pump tu masyaallah rasa ajaib sangat mana datang susu banyak ni. Syukur sangat-sangat dan bila tengok susu dah start meriah. Time tu dah macam hilang rasa sakit pedih masa mengepam tu. Masa tu la setiap 3 atau 4 jam sekali aku akan bangun untuk meneruskan sesi mengepam. Aku amik Habbatus Sawda (Habasyi Oil) sebagai milk booster. Air suam minum 3-4 liter.

Penat...memang berganda penat jadi EP Mom..tapi setiap apa yang berlaku ada hikmahnya kan? Hari-hari aku terfikir boleh ke aku survive jadi EP Mom sampai si adik umur 2 tahun ni? Aku hanya berdoa pada Allah supaya perjalanan penyusuan ini dipermudahkan. Hari-hari duk bercakap dengan si adik moga moga dia paham la yang satu hari nanti dia akan mula pandai latching. Ada masa aku cuba juga bagi dia direct feeding, tapi bila dia tengah mamai nak lena. 

Alhamdulillah..syukur Allah Maha Mendengar. Lama kelamaan, masuk si adik 2 bulan, tiba-tiba je dia dengan sendirinya pandai nak direct feeding. Sakit memang still sakit, tapi aku tahan je asal dia ada rasa nak direct feeding.

Penghasilan susu aku tak konsisten. Bukan tiap kali pump dapat 12 oz. Ada masa dapat 7 8 oz juga. Banyak cabaran yang perlu aku lalui along breastfeeding journey ni. Sebab tu aku cakap Bukan Mudah. Lebih-lebih lagi aku diduga dengan keadaan ayah aku yang dimasukkan ke ICU betul-betul selepas 3 bulan aku habis cuti bersalin. Bertambah lagi aku tekad amik keputusan untuk sambung cuti sebulan lagi untuk jaga ayah aku di kampung.

Breastfeeding, bukan mudah.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...