Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Friday, May 6, 2011

Hadif join Kelab Nuri!!

Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Itulah pepatah Melayu yang bersesuaian dengan amalan menabung. Saya dan husband decide nak buka akaun Hadif selepas terima duit sedekah daripada insan-insan yang melawat Hadif masa seminggu Hadif di Putrajaya sebelum pulang berpantang di Kuantan. Tapi, timbul kemusykilan jugak la time nak buka akaun Hadif ni. Kami tak tau bank mana yang nak dipilih..Dah alang-alang saya pergi ke Bank Rakyat untuk buka akuan Tabung Haji, saya dan husband decide untuk buka akaun Hadif di Bank Rakyat. SAYA MESTI PILIH!!! hehe


Rupa-rupanya, Bank Rakyat ni ada KELAB NURI untuk akaun simpanan kanak-kanak!! Kami tak tau punggg!! Yang best nye, bila dah ada kelab ni of course la banyak dapat hadiah kan!! Time buka akaun tu, Hadif dapat ni,..
key chain Kelab Nuri..SAYA MESTI PILIH!!!

Lunch Box - ada bekas minuman dan makanan
Lepas kenduri Aqiqah di Kuantan tu, alhamdulillah rezeki Hadif dipermurahkan lagi,..So, saya cepat-cepat pergi Bank Rakyat cawangan Kuantan sebab nak bank in duit sedekah tu plus excited nak dapat hadiah.!!hehe.. Sebelum ni saya dah pergi Bank Rakyat cawangan Kuantan ni untuk beli saham. Dalam pada tu, sempatlah saya cuci mata tengok hadiah-hadiah yang diorang pamerkan untuk ahli Kelab Nuri. Hurm..Macam lagi banyak je hadiah kat sini berbanding di cawangan Putrajaya.??

Kalau korang nak tau, syaratnya senang je kalau nak dapat hadiah Kelab Nuri ni. Kena masukkan duit guna buku dan ke kaunter ye, kalau pakai CDM je, alamatnye melepass..


Bila sampai ke kaunter nak masukkan duit Hadif tu pegawai bank tu tanya, "Puan, anak berapa tahun ye?". Saya jawab sambil tersenyum, "Anak saya baru 2 bulan..kenapa ye?"..Dia jawab balik,"Alahaiii..keciknye ahli baru Kelab Nuri ni..apa yg saya nak bagi pada anak puan ni,,nak bagi pencil case kang tak sesuai pulak..Takpe-takpe, saya bagi inilah...."

Tabung puzzle, set berus gigi dan kaca mata hitam
wah..wah..saya senyum sampai ke telinga..hehe..hadiah yang paling febret yang Hadif dapat dari Kelab Nuri ialah KACA MATA HITAM!!..Tak sabar nak tunggu Hadif besar skit, nak gayekan dengan spek mate hitam tuh..hehe..


p/s: To all mommies out there yang tengah pening nak buka akaun anak, Bank Rakyat pilihan yang tepat untuk anak anda!!! Tak semua bank ye ada kelab melab macam ni..Saya promote ni tak berbayar ye..Saya kan orang 'gomen'..mesti lah support 'gomen'..hehe..SAYA MESTI PILEYYHH!!!

~end~

Thursday, May 5, 2011

Hadif dah ready tinggal dengan baby sitter!!

Hari ni pagi-pagi lagi saya dah mandikan Hadif sebab dah janji dengan baby sitter nak datang rumah dia..Tapi betul lah orang kata, bila dah ada anak ni kan..mesti kena extend sejam sebab nak ready untuk anak..susu, beg, pampers dll. Bila dah siapkan Hadif, saya kena tidurkan dia dulu sebab saya pulak nak bersiap. Sekarang semua kerja kena buat macam lipas kudung lajunya. Ada je peluang nak buat kerja rumah (masak, basuh kain, hidai kain, lipat kain, sapu umah, cuci toilet), mesti kena grab cepat-cepat. Bila anak dah bangun, tumpuan dah kena bagi pada dia kan. Kalai ikutkan daddy Hadif, dia nak je amik 'bibik'. Tapi saya sendiri yang taknak sebab rasa macam membazir dan takda privacy. Lagipun anak bukan 4 5 +++ orang pun. Setakat ni, alhamdulillah kerja rumah semua dapat dibereskan. Biasalah penat sikit tu, as long as my husband sudi hulurkan tangan, ringankan beban, itu dah memadai bagi saya. okay..as usual, ku melalut lagi..


Sebelum nak kuar rumah, saya try jugak pasang car seat baby tanpa bantuan daripada orang lain. Dah memang takda sape pun kat rumah, tak kan nk mintak tolong Hadif kot..hehe..hasilnya..GAGAL!!..Ah..frust, camna nak bawak my baby ni kalau car seat tak leh pasang..So, memandangkan rumah baby sitter tu tak sampai 5 minit pun dari rumah kitorang, saya decide untuk bawak baby carrier Hadif je. Walaupun ia tidak memberi jaminan keselamatan, saya cuba jugak untuk lilitkan dengan seat belt supaya ia statik tak bergerak. So, perjalanan yang tak sampai 5 minit tu, dah jadi 15 minit lah sebab saya bawak kereta perlahan macam kura-kura.hehe..Hadif siap sempat berkeruh tidur dalam kereta..macam jauh benauuuu..


Bila dah sampai rumah baby sitter, nama dia Faizah..Hadif macam terpinga-pinga..maybe dia tengah ingat balik tempat ni macam pernah ku sampai je..Actually saya dah pernah bawa Hadif ke rumah Faizah sebelum ni. Betul-betul lepas saya dapat contact number Faizah dari kawan saya yang tinggal sama di Pangsapuri Putra Damai ni,.Faizah ni muda lagi, 20 ++ thn, bujang. Mesti korang rasa saya ni berani sangat kan sebab, usually pengasuh ni dah berkahwin, ada anak, dah berumur skit...

Pendapat saya pula lain..


Pada saya, walaupun baby sitter Hadif ni bujang lagi, tapi dia dah ada pengalaman menjaga baby. Dia pernah bekerja selama 2 tahun di Taska bawah KBS. Lagipun, dia tinggal dengan kakak dia yang juga bekerja di taska yang sama. Pada saya 2 tahun pengalaman bekerja di taska tu dah memadai untuk dia uruskan my little baby sorang ni. Kebanyakan yang saya survey baby sitter di kawasan Putrajaya ni akan ambil 2 - 3 orang kanak-kanak temasuk bayi. Dah la nak jaga anak orang sampai 2 3 orang, belum masuk nak jaga anak depa sendiri. Lepas tu, bila kita suruh ikut cara kita, tak mmbohh, mesti nak ikut cara dia jaga anak..Ada yang saya survey tu, siap nak charge lagi kalau ambil anak terlewat skit. dah pulak macam nursery..


Buat masa ni, Faizah hanya jaga Hadif sorang. Dia pun memang taknak ambil ramai. Kalau nak pun, dia akan tambah sorang je lagi. Itupun dia nak ambil umur linkungan setahun ++. Dia pernah ada pengalaman jaga budak reramai di taska, so dia tau kepayahan nak manage budak-budak bila dah ramai sangat. Lagipun, dia dah pergi training, kursus purposely untuk penjagaan bayi dan kanak-kanak. Itu yang membuatkan saya lebih yakin nak tinggalkan Hadif dengan dia. 

Lebih kurang 2 jam saya lepak rumah Faizah, Hadif pun dah mula biasa dengan Faizah. Borak sakan, asyik nak berdiri je. Sempat jugak la Faizah tidurkan Hadif tadi. Alhamdulillah,.Mudah-mudahan Hadif sihat, selamat dan dilindungi Allah sepanjang ketiadaan umi bekerja nanti. Insyaallah..amin..

Lot of lurve, muahhh!!

p/s: next week Hadif dah masuk 3 bulan. Agak-agak berapa la berat Hadif ya. ummi pulak yang cuak ni. Sedang-sedang je la ye sayang..lebiu lahh!!

~end~

Wednesday, May 4, 2011

Habit baru Hadif..nyum..nyummy!!

Salam to all readers!! Now, saya dah pulang ke rumah kami di Putrajaya..Niat di hati ni memang banyak acaranya..nak ziarah kawan-kawan yang baru dapat baby..ada  4 5 orang jugak la yang delivered baby dalam bulan Mac dan April ni..Hari ni saya duduk berdua je dengan Hadif, ye la kan..daddy dia kerja..sekarang saya dah ada peneman di kala sunyi..hehe..Okay, let us back to our topic..


To all mommies out there..uols punya baby mesti ada habit tersendiri kan?..Macam my little prince ni, bila time dia ngantuk nak tidur, dia akan HISAP JARI. Biasalah kan baby memang normal nak hisap jari. Tapi Hadif ni lain sikit, bukannya ibu jari je yang masuk dalam mulut tu..habis kelima-lima jari dia sumbat ke dalam..sampai berbunyi-bunyi lah..hehe..

satu tangan masuk mulut, satu tangan tarik telinga..anak ummi ni..
p/s: next week dah nak kena hantar Hadif to baby sitter..before that, mesti kena jumpa baby sitter tu dulu untuk praktikal..hehe..mudah-mudahan Allah melindungi anak ummi..amin..


~end~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...