Entri ini adalah sempena menyambut Hari Malaysia, 16 September
G.R.E.A.T merupakan akronim bagi Government Regional Electronic Advancement Transformation iaitu salah satu projek kerajaan di bawah RMK-10 yang bertujuan untuk mewujudkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan yang disatukan melalui pendekatan No Wrong Door bagi menyokong pertumbuhan ekonomi negara terutama di lima (5) kawasan pertumbuhan ekonomi seperti berikut

Wilayah Iskandar Malaysia meliputi seluruh kawasan negeri Johor yang memberi fokus kepada sektor Kreatif, Pendidikan, Elektrik dan Elektronik, Kewangan, Pemprosesan Agro, Kesihatan, Logistik, Petrokimia& Oleokimia, Pelancongan.
Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) meliputi 4 negeri di kawasan utara iaitu Kedah, Perak, P.Pinang dan Perlis yang memberi fokus kepada sektor Pertanian, Pembuatan, Pelancongan, Logistik, Pendidikan & Pembangunan Modal Insan
Wilayah Ekonomi Koridor Timur (ECER) meliputi 3 negeri di kawasan Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan serta satu daerah di Johor iaitu daerah Mersing yang memberi fokus kepada sektor Pelancongan, Minyak, Gas & Petrokimia, Pembuatan, Pertanian, Pendidikan.
Koridor Pembangunan Sabah (SDC) merupakan wilayah ekonomi yang meliputi kawasan di Sabah yang memberi fokus kepada sektor Pembuatan, Pelancongan, Logistik, dan Pertanian
Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) merupakan wilayah ekonomi yang dibangunkan di Sarawak yang memberi fokus kepada sektor industri energy-intensive, industri halal, pelancongan
p/s: banyak sebenarnya inisiatif kerajaan yang masih belum 100% dilaksanakan. Iskandar Malaysia dijadikan sebagai penanda aras bagi keempat-empat wilayah koridor lain sebagai pengukur kejayaan dalam merealisasikan impian kerajaan yang inginkan transformasi berimpak tinggi.
kema,utk ecer kene tambah lg satu negeri that is johor.to be exact the district is mersing which focuses on tourism segmen in the ecer master plan.
ReplyDelete@aThidEaN
ReplyDeleteyeah betul..mersing dalam ecer sekali..nanti saya edit info tu..thanks