Pages

Wednesday, January 15, 2014

Majlis Penganugerahan

Syukur. Tanggal 7 Januari 2014, telah selesai Majlis Penganugerahan Diploma Pengurusan Awam. Majlis disambut memang gilang-gemilang tapi aku tak berapa nak gemilang mengenangkan keadaan suami tak berapa sihat di rumah. Dalam melihat kawan-kawan bawak family, jauh sudut hati sedih jugak la sebab aku memang sorang diri je. Kalau husband ada mesti dapat bunga kan..Tapi sebenarnya kalau husband sihat pun, dia dah cakap awal-awal " Konvo i pun i sendiri tak attend..ni pulak nak attend konvo u.."..hurmmm..pasrah je la dapat laki takda semangat asabiyah ni. hehehe

Bila dah pegang scroll tu, ada jugak la yang berseloroh " Eh..sijil ni laku dak nak apply kerja petronas?"..haha..memang keji je bunyinya kan..Pada aku majlis ni sebenarnya lebih kepada sesi menghargai dan melihat sejauh mana keseriusan dan pencapaian kita sepanjang DPA..Pencapaian dapat dilihat berdasarkan prestasi kita sama ada kita di gred graduan cemerlang, graduan kepujian ataupun kita di graduan lulus. Nak hebakk lagi, kalau ko dapat anugerah-anugerah khas macam Anugerah Perdana Menteri (PM), Anugerah Ketua Setiausaha (KSN) dan Anugerah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA). Tahniah buat rakan-rakan yang menerima anugerah-anugerah hebak tu. Aku? sekadar graduan kepujian je, selayaknya aku memang dapat tu la sebab aku bukan serius sangat dalam kursus tu..mana taknya malam je sotset sotset sotsettt tskk tsskkk....nanges rindukan anak! hehe

Apapun kita dapat, semua tu tak menjamin apa-apa pun sepanjang perkhidmatan kita dalam gomen ni. So, bekerja lah dengan jayanya. Pesanan penaja...Jangan jadi "handbag", "aircond", "kipas" untuk nak naik pangkat cepat ye. hahaa











8 comments:

  1. uniform putih
    suka sgt tgk wanita pakai uniform
    nampak sgt berkeyakinan
    tahniah ye

    ReplyDelete
  2. @Irfa

    yeke..haha..btw ni bukan uniform dear. ni dress no.1 for pakaian istiadat sebenarnya..teringin jugak i nak pakai uniform...hehe

    ReplyDelete
  3. congrats..bt skg ni keen bertugas di mana,kat kementerian akak ni ramai report duty.sama batch dgn awakler ye

    ReplyDelete
  4. @Rosniena

    salam..sis..yg tu bukan batch saya..saya dah lama report duty cuma baru konvo je..yg baru report duty tu belum konvo lagi sis..tq for visiting mine!

    ReplyDelete