Pages

Tuesday, July 7, 2015

Tutup dan Sembunyikan Aib

Baru-baru ni kita semua dikejutkan dengan satu kisah curang yang tersebar luas di media sosial. Rentetan daripada kisah tersebut, ramai yang marah, sakit hati, menghina dan macam-macam komen-komen negatif hasil daripada pendedahan cerita daripada kedua-dua pasangan. Ye lah, kisah suami curang..siapa tak naik darah kan? Nak-nak kaum-kaum hawa yang bergelar isteri memang terang-terang pantang larang dapat tahu si suami main kayu tiga belas belakang kita.

Yang paling aku tak faham, masing-masing berlumba-lumba tekan button share and masing-masing komen pasal kisah ni tak patut nak dikecohkan sebab ni hal rumah tangga. Siap ada yang komen tu benda cerita dalam kain tak perlu nak viral. Tapi kat sini aku macam tak leh nak faham...sebab yang share kan cerita tu tak sama perbuatan ke dengan si mangsa dan pemangsa keadaan tu? Faham..tengah marah..tapi cuba kita fikir balik..kita juga antara penyumbang kepada viral kisah curang tu.

Aku tak nak la komen panjang pasal kisah ni sebenarnya. Aku just nak bagi pandangan peribadi tentang menutup aib orang lain. Hanya orang yang pernah diaibkan saja akan tahu perasaan yang dilalui sepanjang diaibkan tu. Dalam keadaan kita dipandang serong, kita dimaki, kita dihina..kita hilang kepercayaan daripada kawan-kawan..kita kenal siapa kawan siapa lawan..Ya Allah..hari-hari kita menangis mintak petunjuk kepada Allah.

Pada aku..mengaibkan orang lain ni ada 2 jenis. Satu menjaja cerita yang betul dan satu lagi menjaja cerita yang palsu. Tapi dua-dua jenis aib ni tetap salah. Hukumnya berdosa besar. Bayangkanlah macam mana kita nak mintak ampun dengan orang yang kita aibkan tu. Selagi orang yang diaibkan tu tak ampunkan dosa kita, maka selagi itulah kita akan menanggungnya hingga la ke akhirat.

Aku tak terkecuali daripada diuji dengan kes aib lagi mengaibkan ni. Tapi kisah dah lama. Zaman sekolah hingusan dulu. Teruk..memang teruk sampai menjejaskan kesihatan dan pelajaran. Yang betul-betul tahu aku tak salah akan pertahankan, tapi yang banyak adalah yang dengar cakap atas angin. Kesannya, aku jadik trauma..fobia nak masuk kelas..nak jumpa lelaki..Tak perlu la aku nak cerita sejauh mana aku diaibkan..cukup hanya yang tahu..tahu lah..

Satu hari di dalam kelas..masa tu subjek Agama Islam. Ustazah menceritakan Bab Sabar. Aku ingat sangat tajuk tu..Sebab daripada situ aku kumpul kekuatan dan kesabaran. Allah sentiasa melindungi orang yang sabar terutamanya orang yang dianiaya dan teraniaya. Sesudah selesai kelas tu, aku bergegas ke bilik guru untuk bertemu dengan ustazah tu..Aku menceritakan kisah aku pada ustazah..menangis-nangis tak tertahan rasa sebak. 

Ustazah berpesan kepada aku,"Sesungguhnya aku dipilih seawal umur ini diuji dengan ujian yang sangat berat...bersabarlah..diam..jangan melawan..jangan mengeluh..besar nikmat dan hikmah orang yang bersabar..Berdoalah kepada Allah. Sesungguhnya doa orang yang teraniaya Allah akan cepat makbulkan...Awak beruntung sebenarnya..Allah uji awak masa muda ni sebab Allah nak bagi kebahagiaan di kemudian hari..positif lah selalu"..

Begitulah sedikit sebanyak pesan ustazah..yang sampai sekarang aku sentiasa pegang pada prinsip positif walau apa jua ujian yang kita lalui. 

Apa yang aku dapat bila bersabar di saat diri aku diaibkan? Allahurabbi..tak sangka terlalu cepat..banyak benda berlaku diluar jangkaan aku..Bayangkanlah hari-hari menangis..mata bengkak sampai rasa macam dah tak boleh bukak..Hari-hari aku resah nak menempuh hidup aku di sekolah. Apa yang aku boleh kongsikan adalah..Orang yang mengaibkan aku tu telah terima balasan jauh lebih teruk daripada aku. Aku pula menerima bertalu-talu kemaafan daripada mereka yang telah tersilap sangka selama ini.

Banyak yang aku belajar daripada pengalaman yang cukup menginsafkan aku. Aku kenal siapa sahabat aku, siapa yang kawan aku hanya untuk kesenangan. Aku kembali muhasabah diri sendiri. Apa yang buruk dan tak elok sifat pada aku, aku cuba perbaiki. Paling bermakna bila mana DOA DIMAKBULKAN ALLAH. alhamdulillah syukur tak terhingga...

Cerita aib ini juga sedang berlaku kepada salah seorang saudara terdekat aku. Allahurabbi..dengan zaman kecanggihan teknologi dan media sosial sekarang cukup-cukup mudah perkara aib ni tersebar. Bukan saja mengaibkan dia, malah turut tempias kepada kami sekeluarga. Apa yang kami buat adalah diam. Bila diam..si polan ini rasa resah dan tak tenteram..ditambah lagi dengan macam-macam status yang menunjukkan diri dia yang sebenar dan akhirnya terjerat dengan perbuatan sendiri. Aku selalu berpesan kepada saudara terdekat aku ni supaya berdoalah kepada Allah..Sabar dan jangan bertindak seperti orang yang mengaibkan dia ni. Sesungguhnya besar ganjaran Allah kepada orang yang bersabar. Masing-masing ada bahagian masing-masing. Dosa dengan Allah mungkin akan diampunkan kerana Allah Maha Pengampun kan? Dosa dengan manusia? Wallahu alam...

Aku tak suka hidup berpuak. Bila berpuak kita cenderung untuk ada musuh atau kita bermusuh pulak dengan puak kita sendiri. Sebab tu berkawan ni biar universal dan neutral. Lain dengan ada bestfriend. Bestfriend ni macam kembar kita. Tahu cacat cela kita tapi tetap tutupkan aib kita.







No comments:

Post a Comment