Dari Meja :
Lina Karim Blog : www.darwishndarwisya.blogspot. Website : www.islamicparentingnetwork. Facebook Page : Islamic Parenting Network | |
Assalamualaikum Akmar,
Tajuk saya pada emel kali ini agak menyeramkan bukan? Lebih-lebih lagi hari ini adalah hari khamis dan malam ini malam Jumaat. Bukan untuk menakutkan tetapi untuk berkongsi cerita yang saya teringat untuk menceritakannya pada Akmar. Setiap kali kursus yang saya adakan, saya berjumpa dengan berbagai latar belakang peserta. Sudah tentu pelbagai cerita tentang anak-anak mereka yang dikongsikan bersama saya. Ada beberapa peserta kursus saya mengadu tentang anak mereka yang terlampau kerap menangis. Ada yang hinggakan setiap malam tidurnya mesti dikendong, jika dah tidur dalam kendongan, bila diletakkan ke tilam, ia akan terjaga serta merta dan menangis kembali. Terus saya maklumkan padanya, bagi saya sudah jelas anak tersebut kena gangguan.
Kebiasaannya ada sesetengah ibu bapa akan menjadi lebih baran/pemarah. Kemungkinan besar ini disebabkan mereka tidak memahami kenapa bayi mereka menangis. Mereka tidak terfikir langsung bahawa ia disebabkan gangguan makhluk halus. Ramai yang percaya akan kewujudannya tetapi tidak percaya ianya terjadi pada anak mereka!
Jika kita nak tahu sekiranya anak kita menangis kerana gangguan adalah dengan memerhatikan :
Jika kita mengalami keadaan ini, tingkatkanlah kesabaran. Bayi yang tiada gangguan, hanya tidur dan bangun kerana mahu menyusu atau kerana mahu lampinnya ditukar (tak selesa kerana mungkin lampinnya penuh) atau perut kembung. Jika semunya bukan penyebabnya dan mereka masih juga menangis bermakna PASTI ada gangguan.
Jika kita bertanya orang yang 'berpengalaman dulu-dulu' mereka akan menyarankan gelang hitam atau tali untuk dipakai pada bayi. Saya pasti ramai yang telah mengetahui cara ini adalah HARAM iaitu haram menggantungkan sesuatu pada anak kecuali ayat al Quran dan Hadith Nabi. Tangkal seperti ini ada penunggunya dan ia akan jadi teman anak kita di waktu-waktu dia membesar. Maka akan ada sahajalah halangan untuk anak tersebut mempelajari al Quran atau benda lain yang baik-baik. Maka elakkanlah daripada cara ini walau terdesak mana pun kita.
Apa yang kita boleh buat jika tanda-tanda menunjukkan anak kita ada gangguan?
Untuk maklumat lanjut tentang cara menghindarinya, boleh layari website ini.
|
Pages
▼
thanks kongsi ilmu pengetahuan. setakat ni anak2 saya tak pernah lagi menangis tanpa ketahuan sebabnya tapi elok jugak ambik tahu serba sikit hal2 mcm ni, boleh gak praktik time kecemasan...
ReplyDelete