Pages

Tuesday, December 27, 2011

My Weekend Story

Salam,

Selamat kembali bekerja kepada uols yang baru balik bercuti di penghujung tahun ni. Pada uols yang still bercuti, selamat meneruskan cuti anda !!Hujung minggu saya memang pack dengan family activities. Starting from Saturday untill lah Monday nye, memang ada je program.

Warehouse @ Pacific Regency Hotel
On Saturday, kami memulakan aktiviti outing kami ke Warehouse by Malwanis di Pacific Regency Hotel. First time pegi warehouse dalam hotel, ingat diorang buat kat lobby or ballroom, alih-alih kena naik tingkat 30 , diorang buat dalam penthouse, seyes memang crowded sangat.


Ada banyak jugak barang diskaun untill 90%. Saya memang dah niat nak belanja husband bila dapat elaun tanggung kerja ni. Memang menggila la tengok macam-macam barang, Handbags Gucci, Miu Miu, Prada. Kasut pulak ada Tods, Gucci, Salvatore Ferragamo, Prada. Ada jugaj lingeries by Victoria Secret's. Banyak jugak la aksesori-aksesori lain. Punye lama duk lepak sana sampai pukul 8.30 malam, lama den duk termenung nengok handbag Prada..Mengenangkan dah shopping masa kat JPO hari tu je, kalau tak nak je rembat satu! So, at last my husband dapat jugak beli casual shoe by Prada, saya beli lingeries and parfum Jadore by Dior, dapat beli yang limited edition ada goldust dalam botol parfume tu..

Lupa pulak nak snap 2 3 keping gambar kat warehouse ni.. =(


Sukhumvit
Dah puas shopping baru lah perut terasa lapar. Niat dihati nak makan kat restoran berputar di KL Tower tu. Alang-alang KL Tower tu depan je dengan Pacific Regency, so my husband terus la ke sana. Bila tengok rate buffet kat situ, mak ai RM 289 / each..Mahal gila sempena Krismas ni!! Tak jadik la plan, so kitorang terus ke Kampung Baru.

Tang ni pun memang menduga jugak la nak mencari parking kan. Entah tak ingat dah berapa kali duk memusing cari parking, last-last my husband teringat ada satu kedai yang pernah dia nak pegi tapi time tu tutup. Sampai je restoran tu, mood kami terus berubah... =)


Restoran Sukhumvit. Saya pun tak tau apa maksud Sukhumvit tu yang pasti masakan Thai yang terbaik yang pernah saya makan seumur hidup! Seyes memang sedap sangat, highly recommended for those yang memang sukakan masakan Thai !!


Best gile ikan siakap masak stim limau ni..kuah dia memang pehhhhh..sedapnyer!!
Dah makan kenyang kedengkang, baru ingat nak snap pics!! asparagus masak sos tiram pun best! tomyam memang terbaekk!!
Hubby yang lapar..huhu

Budak ni pun sama  sibuk laparrrr...

Ummi dia pun lapau mentekedarah tak hengatt!!

Ingat Pizza Hut je ado ke? sini pun ada tauu..kau hado??

Muka happy dapat makan..




Esoknya kami meneruskan aktiviti ke D Curve..kitorang lunch di The Apartment. Tempat memang syok sebab dapat seat yang sangat comfy macam katil. Habis dilanyak oleh 2 orang hero tu. Tapi memang tak boleh masyuk dengan makanan kat situ. Tak sedap langsung, pasta tawaq hebiaq! Mostly restoran kat D Curve tu menunya sempena Krismas. So, memang tak boleh masuk sangat la..

gambar gelap, tempat ni lampu romatik habis..

Ini 2 hero melenjan katil ke hape ni tak tau la..nak beli la satu kat umah..hehe

tak mampu dah nak melayan si kecik tu..


Isnin kami nak pegi melawat rumah di Sepang. Before that, kitorang pegi jalan-jalan di area Nilai. Saje nak usha-usha tempat yang bakal menjadi tempat shopping kitorang bila pindah rumah nanti. From our new home to Nilai memang tak jauh, 5 minit dah sampai Nilai.

Memang sangat berpuas hati sebab Nilai dah maju jugak la. Saya memang impressed habis bila pegi Giant. Dah feeling macam kat D curve dah..hehe..banyak shoplot kat luar Giant tu, tak payah dah nak shopping ke lain.

Tesco Nilai ada ..Alamanda ada? hehe

So, balik daripada bersiar-siar  di Nilai tu, kitorang terus menjenguk rumah. Hurm, masih tak boleh tengok lagi rumah kami, jalan still tutup..Cuma yang happy nya, akhirnya perumahan kami mendapat semula nama asal. Kalau korang baca ENTRI INI, ada saya maklumkan yang taman perumahan kami telah ditukar nama kepada Desa Salak Puteri. So, bila tengok signboard baru naik dengan nama asal, memang happy la kan.. =)

Dulu..
Kini.. =D
nak jugak snap umah dari jauh..huhu


Okay, setakat ini je update for my weekend story..Eventhough tersangatlah penat but It was so fun bila dapat spent a quality time dengan family tersayangggg!!!

No comments:

Post a Comment