Agak jarang bercerita pasal hal ofis dalam blog ni kan? Disebabkan hanya tinggal beberapa minggu je aku akan meninggalkan ofis kecintaan (cinta lah sangatt) ni, so dengan rasa berbesar hati nya aku nak citer ngan korang pasal ofis-ofis yang pernah aku hinggap sepanjang hampir 4 tahun aku berkhidmat dalam servis ni.
Aku mula melangkah masuk ke sektor gomen ni pada Februari 2009. Alhamdulillah, rezeki aku..tak sempat rasa nikmat menganggur pun lepas grad dah dapat offer keje kat sini. Infact time aku start keje ni aku belum pegi konvo pun lagi..Tapi disebabkan dah dapat final slip, berbekalkan slip tu lah aku bawak pegi interview di Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset, Kementerian Pelajaran Malaysia. Seriously, memang aku langsung tak expect akan dapat offer tu sebab dia nak pakai sorang, tapi yang datang 30 orang uols..Dah pulak yang datang tu aku tengok semuanya dah pernah ada pengalaman bekerja, nak compare ngan aku ni jauh panggang la..hingus-hingusan lagi tembel je student U baru 1st time jejak Purtrajaya. Bila aku dapat je tawaran kerja kat situ, memang aku rasa sangat bersyukur dan aku percaya ini semua adalah rezeki daripada Allah dan Dia tau apa yang dirancangNya untuk aku. Tapi yang aku dapat agaklah kenapa aku boleh dapat kerja kat BPPA ni sebab salah satu nya time tu aku single, tak kawin lagi. Memang ni adalah kriteria utama yang depa nak sebab nak kerah tulang 4 kerat kite kerja siang malam..fuhhhh..memang penat gilos keja kat sana..dan kat situ jugak lah aku rasa aku dapat belajar paling banyak benda tentang kerajaan ni dan yang paling penting pengalaman kerja kontrak N41 kat sana selama hampir 10 bulan je yang banyak mengajar aku tentang prosedur kerja dan banyak pendedahan yang aku dapat bukan saja pasal kerja tapi environment bekerja pun main peranan dalam titik tolak pemulaan kita bekerja.
Alhamdulillah syukur sekali lagi..Berkat doa ummi abah dikampung, akhirnya aku ditawarkan jawatan M41 kontrak SPA. Masa tu kitorang belum dapat status tetap lagi. Dalam bulan November 2009 aku dapat tawaran tu dan seterusnya aku ditukarkan penempatan berdasarkan arahan yang ditetapkan oleh JPA. Kejap je aku kat KPM, tapi entah kenapa aku rasa macam lama kat sana. Maybe sebab memang time tu hidup aku untuk keje je. Outstation memanjang...Penah 2 bulan tak masuk opis..sabtu dahla kena keje..Kalo Isnin nak outstation, Ahad dah kena datang ofis prepare dokumen. So, bila aku dapat tau yang aku tak ditempatkan di tempat lama, masa tu aku rasa macam nak melompat-lompat happy gilerr...JPA tempatkan aku di Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) agensi dibawah JPM. Sekarang, LPKP dah bubar berikutan penubuhan SPAD. Sekejap je aku kat situ, tapi pengalaman lain pulak aku timba. Kalau dulu aku belajar pasal tender, kat LPKP aku belajar pasal lesen. Jenuh weyy nak hafal berapa juta lemon jenis bas, lori bagai kat atas jalan kat Malaysia ni. Tapi yang bestnye, bila balik kampung, husband aku akan tanya segala jenis teksi, bas dan lori yang ada atas hiway tu. Acehhh aku pun bangga lah dapat jawab time tuh..Padahal ade jugak lah yang aku bantai reka je..hehehe..Gilerr..mana nak hengat banyak nau jenisnya..Itu belum citer lesen bagai lagik..Seronok jugak kat sini, sebab aku ada kakak senior yang aku dah anggap macam kakak sendiri dah. Banyak benda aku belajar dengan dia..Aku memang respect dengan dia sebab dia bertahan lama duduk kat situ. Macam-macam manusia kita jumpa..macam-macam ragam..dari yang takda pangkat sampailah yang ada pangkat "ayahlong"..Semua kita akan jumpa kat sini..dan itulah yang menjadikan panduan, iktibar dan pengalaman sepanjang berurusan dengan depa semua ni. Janji Ditepati! Tetibe,..hehe
So, bila SPAD amik alih, aku decide taknak masuk SPAD ni sebab dah dengar macam-macam rumuors yang kurang enak pasal ni. Biaselah..agensi belum establish..kita tak boleh nak expect dia akan setara dengan agensi yang dah lama dengan gomen ni. Sekali lagi JPA dengan baikhati menempatkan aku di agensi bawah JPM. Aku dikira insan yang paling "bertuah" la sebab dalam beratus yang mohon keluar tu, aku seketul diri je tercampak dibawah JPM.. Memang "luck"!! Orang lain melambai-lambai kegembiraan dapat duk Kementerian..Takpe, aku pasrah..semua ni aku anggap ada hikmah disebaliknya. Makanya, tercampak lah aku di salah satu agensi yang cukup sinonim dengan transformasi, 5s, Star Rating, ISO, dan sebagainya..Tak lain tak bukan...MAMPU, Bersama Melaksana Transformasi (gitewwwwwww)...Aku ditempatkan di Bahagian eKL di MAMPU ni yang mana aku rasa inilah tempat yang paling "heaven" yang pernah aku kerja..Sebab salah satunya adalah BOS. Ye, dari bos aku gred 48 > 52 > 54 semuanya best! Tak pernah lagi kot jumpa bos yang sangat best macam kat sini.
Persamaan antara ketiga-tiga agensi yang pernah aku singgah kejap-kejap ni ialah persekitaran kerja,. Syukur alhamdulillah sangat..Aku sentiasa berada dalam persekitaran kerja yang positif. Takda tikam-tikam belakang..Kerja stress tapi kami boleh gelak-gelak..happy-happy...Nak-nak masa aku kerja kat KPM dulu..Hari Jumaat adalah Hari Menangis Sedunia..Sebab kerja tak siap tapi bos cakap nak kerja tu siap Isnin dah ada atas meja dia..So, segala perancangan hujung minggu terpaksa dilupakan dan makanya kami berkampung beramai-ramai di ofis hari Sabtu dan Ahad. Kalau di LPKP, walaupun aku takda bos, kena marah dengan bigboss kami hadap berdua-duaan lah aku dengan Kak Wajiha. Susah senang kami hadap sama-sama. Dan sama-sama jugak takdapat blackberry daripada chief..
(mesti nak ungkit kan? haha). Kalau di eKL pulak..aku memang sayang sangat dengan Bahagian ni even aku tau bahagian ni pun macam ada ura-ura nak kena bubar je..tapi kitorang happy sesame..Dapat bos pulak best..! Member seangkatan pun sekepala..Takda konflik skim kat sini walaupun skim M hanya minoriti daripada skim F. Kami kan skim yang dibenci dimana-mana..hihihi...Tapi aku suka eKL sebab best! Eh..tak tau nak cakap best cemaner..Kalau korang nak tau..korang apply la mintak masuk eKL ye ..hehehehe...
So, begitulah ringkasan citer pasal ofis-ofis yang pernah aku hinggap kejap-kejap ni. Banyak pengalaman dapat aku kutip pada setiap ofis yang pernah aku kerja. Ada orang cakap kerja di kerajaan ni senang, rileks, goyang kaki je. Tapi untuk pengetahuan korang, pandangan peribadi aku sendiri ialah bergantung kepada agensi masing-masing. Kalau ko dapat agensi yang sibuk, seyesli korang akan sibuk nak mamfusss...silap-silap nak pegi toilet pun tak sempat. Kalau dapat agensi yang rileks, ko akan hidup bosan membatu sampailah ada arahan daripada bos. Bertuahnya aku sebab aku dah merasa dua-dua persekitaran kerja yang macam aku sebut kat atas ni. Ada pros & cons memasing punya tempat. Tapi bagi macai macam aku ni aku rasa aku akan appreciate kalau orang percaya dengan kebolehan kita dalam menguruskan kerja. Bila kerja kita banyak, otak kita rajin nak berfikir, tapi bila kerja kita mandom je, otak pun same ikut mandomm..hehhe
So, beberapa minggu je lagi aku duk eKL ni..Berbaur-baur perasaan yang aku rasa..Sedih ada gembira pun ada..Kalau lepas DPA ni aku terpaksa pulang semula ke MAMPU, aku akan paksa bos aku tarik balik ke eKL. Sebab aku rasa eKL je yang best kot walaupun ramai sangat yang memandang rendah pada kemampuan eKL. Padahal eKL lah yang paling banyak keluarkan produk tak silap aku lah. Kalau korang sinonim dengan mySMS15888, itula kerja eKL. Portal Malaysia also product from eKL. GREAT project macam Iskandar Malaysia, ECER, NCER, SCORE, SDC juga inisiatif bawah eKL.
Aku nak amik kesempatan kat sini nak ucapkan jutaan terima kasih pada semua bos-bos, kawan-kawan seangkatan yang pernah mengenali diriku ini
(acehh). Terima kasih sebab bagi tunjuk ajar pada aku termasuklah team yang sesame berjuang dengan aku berhempas pulas menyiapkan setiap tugasan yang diberi. Tak kiralah apa jua pangkat pun..pada aku benda tu hanya sekadar nama. Kita nak belajar tak perlu malu nak tanya. Biarlah orang kata kita bangang sangat ke..ada degree tapi excel pun out! haha..Pada aku, nak belajar tak perlu nak malu.
Thank you!
|
Gambar ni masa outstation di Terengganu. Time ni first time aku kena beri taklimat pada 200 org guru besar/pengetua/gpk. |
|
Ni gambar kakak kesayangan di BPPA dulu..Masa ni kitorang ada bengkel kat PD.. |
|
Ini antara rakan seperjuangan..otw nak ke Langkawi |
|
Ini gambar berjimba dikala malam..hilang stress uolss! |
|
Ini gambar kat LPKP. Tapi tu Dato' Din dulu chairman rayuan. Now dato' dah jadi KSU KPDNKK. Sebelah aku yang membuyong tu Dato' Linda. gorjes..Kitorang leh semangat nak attend meeting ni sebab nak cuci mata tengok Dato' Linda. Hari-hari pakai gorjes n stylo giteww...best dato' linda, kenkadang kalo bergosip asik tersasul biasekan diri dia akak...sempoi... |
|
Ni masa Jamuan MAMPU. Ini kami 3 dayang kat seksyen kitorang. cikpah dah xda dpt keje lain. Tinggal aku dan Azrah je. Nanti tinggal lah Azrah seketul diri... |
|
Ini adalah bos kami yang aku citer kat atas tu. Yang muda skit tu 52, yang tua skit tu 54...hihi |
|
Ini gambar team KIK. Yang duduk hujung kiri tu bos 48 aku..lagi sempoi..aku sangat geng dengan dia sebab besday kitorang tarikh same uolss...tahun je lain..hehehe |
No comments:
Post a Comment