Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Thursday, February 14, 2019

#dekoriasbykemn: best kan cadar patchwork!

Siapa geng yang guna cadar patchwork! Mesti dah tahu kan betapa mudahnya operasi mengemas katil dengan cadar patchwork. Dari koleksi pertama, hingga la yang terkini, saya beli semua cadar patchwork saya dengan jiran setaman merangkap blogger Faeza Ramlay Sekarang bisne patchwork nya lebih sinonim dikenali dengan nama Little Pearl Heart. Korang boleh intai-intai koleksi patchwork yang bermacam-macam jenis, ada baby bedding set, single bed, queen or superqueen or macam-macam lagi la yang ditawarkan. Paling best sekarang dah ada physical shop dekat je dengan area perumahan kami. 

Terlanjur cerita bab kemas katil ni, teringat zaman-zaman kanak-kanak ribena. Dulu masa kecik, siapa adik beradik tak kemas katil lepas bangun tidur mesti kena memetir dengan ummi. Kami ni adik beradik 6 orang. Bilik tak banyak jadi yg perempuan kongsi 1 bilik 4 org, 1 bilik lg untuk 2 adik lelaki. .

So biasanya siapa yg bangun lambat la yg kena kemas tempat tidur. Jenuh kan nak kena tegangkan cadar. Takda pulak dulu-dulu jumpa cadar patchwork mcm sekarang. Tak payah gigih2 nak kena tegangkan sbb mmg cantik terletak dah bila kita bangun tidur. .

Most of us adik beradik tinggal hostel. Ada 2 je yg tak pernah duk hostel. Kat hostel mmg sgt particular dengan kekemasan katil kan. Malu tau nama kena naik atas board sebab katil tak tegang. Hehe.

Tapi kami ni kat rumah pun mcm dh duk hostel. Semua ada peraturan tau. Ummi kami memang tegas bab mengemas tp sebab ummi kerja kuat, along yg ambil alih tugas ummi di rumah. Along punya tegas tu sekali dia memetir mcm singa lapor. Kecut perut adik2 woiii..haha

Tapi betul la kan disiplin tu bermula dari kecil dan dari rumah. Dia akan membentuk siapa diri kita sekarang bila dah dewasa. Sekarang giliran kita mak mak ni pulak yg memetir kat rumah! 

Have a nice day everyone!

#therockyscottage


Friday, January 11, 2019

#dekoriasbykemn: Tips nak pastikan ruang tamu sentiasa kemas walaupun ada anak-anak kecil kat rumah

Assalamualaikum dan Selamat Pagi,

Hari ni nak share dengan korang especially kaum ibu-ibu yang sering bertanya bagaimana saya kekalkan keadaan rumah yang kemas walaupun mempunyai dua anak lelaki. 

Sebenarnya yang pertama sekali, kita kena ubah mind set. Ubah mind set jangan merasakan anak kita ini satu bebanan atau kekangan dalam kita nak bereksperimentasi dalam menghias rumah. Takda masalah pun nak deko-deko rumah walau ada anak kecil, tetapi kita perlu bijak memilih keperluan yang lebih praktikal seiring dengan usia anak-anak.


Ok, saya share dulu 3 Tips Mudah untuk pastikan ruang tamu sentiasa kelihatan kemas. Lain entri saya share lagi tips-tips lain ya.

1. Jangan simpan mainan anak-anak berhampiran di kawasan ruang tamu. Elakkan buat play area konsep open space. 

Ini saya faham kenapa ramai mommies buat play area berdekatan dengan ruang tamu. Salah satu sebab utamanya kerana mudah untuk dipantau aktiviti anak-anak teutamanya bila kita nak memasak di dapur.

Sebelum ini saya pun macam tu. Tapi bila difikirkan setiap hari saya jadi naik hantu bila tengok mainan anak-anak bersepah, lagi sakit dada bila asyik terpijak mainan, mula la rasa nak menjerit hahaa. Bila fikir balik, saya rasa keadaan tu tak sihat sangat. Baik untuk anak-anak dan diri saya sendiri. So sejak daripada tu, saya cari alternatif untuk elakkan ruang tamu bersepah dengan mainan anak-anak, dan cara paling berkesan adalah dengan menyediakan satu playroom untuk saya ajar anak-anak saya habiskan masa bermain di satu tempat sahaja. 

2. Jadikan 1 bilik sbg play area. Pastikan semua mainan ada kotak atau bekas tersendiri. Labelkan bekas untuk mudah diambil dan disimpan.

Saya memang jadikan bilik diorang sendiri sebagai play area. Mula-mula memang agak mencabar ya. Sebab anak-anak dah biasa kan bermain merata alam dalam rumah tu. Tapi bila hari-hari saya ingatkan, diorang sendiri dah faham. Yang pasti jangan letih atau bosan untuk ulang benda yang sama. Anak-anak memang perlu sentiasa diingatkan.

Saya beli rak khas untuk simpan mainan diorang. Dulu masa si abang kecik, saya susun ikut jenis mainan, sebab abang ni mainan dia penuh variasi. Tapi bila si adik ni, mainan dia very homogenous. Sumenya berkisarkan transport and vehicles. So saya sorting ikut saiz. Kena ajar anak-anak simpan sama macam yang kita simpan. Secara tak langsung kita latih anak-anak berdisiplin dan berdikari.

3. Kalau kita memerlukan lebih masa berada di bawah (kalau rumah 2 tingkat), bawa kotak mainan yg tertentu sahaja bagi mengisi masa anak2 semasa kita sdg menguruskan kerja rumah. 

Kat rumah saya ada 1 ottoman yg ada compartment. Just incase tak sempat nak kemas rumah kalau org dtg, campakkan aja sume menan anak2 dlm tu. Hahaha. 

Cuba lah ajar anak-anak mengenal apa erti mengemas. Mula-mula memang rasa leceh. Tapi lama kelamaan ini cara terbaik dan tercepat nak pastikan rumah sentiasa kemas. Bukan kita je senang nak kemas, org yg dtg pun mudah nak tlg kemaskan rumah kita.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!


Monday, January 7, 2019

Selamat Datang Tahun 2019, Selamat Kembali Aktif Ke Dunia Blog!

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum, 

Selamat datang tahun 2019!

Punyalah dah lama tak menulis, hambar betul nak kembalikan semula momentum menulis. 

Apapun, kita dahulukan dengan ucapan syukur Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah pada tahun ini. Insyallah berniat nak aktif semula menulis demi kemaslahatan sejagat. Dalam erti kata lain, nak memantapkan diri sendiri dalam bidang penulisan yang lebih variasi. Ada masa penulisan berbentuk humor, ada masa penulisan bajet-bajet Editor majalah, ada masa berbentuk ulasan oleh penulis artikel. 

Aktif Menulis Di Instagram

Rasanya ramai kawan-kawan blogger yang sekarang agak kurang aktif menulis blog, tetapi memberi tumpuan menulis di medium lain seperti Facebook dan Instagram kan? Sejak Facebook dan Instagram dah boleh menulis teks dengan lebih panjang, lebih ramai yang fokus menulis di situ. Tetapi kan, jauh di sudut hati, mood menulis di blog adalah lebih seronok daripada menulis di Facebook atau Instagram. Tak pasti la ini hanya saya sorang je yang rasa atau korang pun ada same feeling macam ni. 

Untuk makluman semua, saya mempunyai dua (2) akaun instagram. Satu akaun lebih berbentuk umum, berkongsi tentang family, kawan-kawan dan isu-isu semasa. Satu lagi akaun lebih spesifik dan hanya tertumpu dengan perkongsian idea dekorasi rumah. Kalau sudi, korang boleh follow kedua-dua akaun ini:

@kemnazmaili

@dekoriasbykemn

Tahun ini berazam nak menulis 1 entri untuk setiap hari. 1 entri tu pun tak panjang berjela pun kira kita kupas satu tajuk je takda carca marba merapu macam entri-entri dedulu. Umur pun dah meningkat usia, 34 tahun dah. So penulisan pun kena lebih matang dan tidak keterlaluan. Apa yang penting, insyallah setiap entri akan memberi manfaat kepada semua, insyallah!

Jumpa di entri selepas ini!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...