Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Showing posts with label Anak : Sufi Cilik. Show all posts
Showing posts with label Anak : Sufi Cilik. Show all posts

Tuesday, February 7, 2017

Inilah Rahsia Anak Saya Boleh Menghafal Surah Al Fatihah dan Zikrullah Seawal Usia 2 Tahun

Terpanggil untuk berkongsi manfaat ini kepada anda di luar sana apabila ianya terbukti berkesan semasa anak sulungku berumur 2 tahun. Semasa umur nya seusia ini, aku memperdengarkan zikir ini secara konsisten setiap hari kepadanya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, alhamdulillah dalam tempoh 1-2 minggu, dia mampu menghafal zikir, doa & surah al fatihah yang terkandung di dalam CD ini.

Tiada yang luar biasa. Kerana zikir ini adalah zikir yg biasa kita dengar mahupun kita alunkan. Terutamanya bagi si ibu yg sedang menidurkan anak. Tarikan zikir ini adalah pada suara  anak kecil yg mengalunkannya dengan bacaan yg terang dan jelas. Aku percaya, Allah mempermudahkan anak aku menghafal zikir, doa & surah al fatihah dengan turut dibantu oleh suara #suficilik di dalam CD ini yg diberi nama Amirul Atiq.

Siapalah tidak gembira kalau anak kita sendiri turut mampu menjadi sehebat #suficilik kan? Ayuh kita sama-sama mengubah landskap dan corak perkembangan anak kita seawal usia lagi. Kalau selama ini kita cuba tenangkan anak kita dengan mempertontonkan kartun dan lagu di dalam Youtube, apa kata kita transformasikan kepada alunan ZIKIR & DOA SUFI CILIK ini. 

Saya percaya anda jauh lebih gembira melihat kesan zikir ini berbanding kaedah single channel (video di Youtube). 

Kali ini #suficilik di datangkan dengan 2 terbitan iaitu CD dan DVD. Masing-masing ada manfaat tersendiri. Kalau CD boleh terus dipasang dalam kereta, DVD pula untuk diperdengarkan di rumah sambil melihat videoklip bergambar tampilan khas oleh adik Amirul Atiq dan kakaknya. Kalau ada kedua-duanya lagi menguntungkan ye dak?
 
Insyallah stok akan sampai dalam tempoh terdekat ini. Jika anda ibu ayah yg prihatin untuk melihat anak-anak anda membesar dengan mengenal kalimah Allah seawal usia, insyallah boleh la mulakan dgn sesuatu yg santai seperti ini. 

Berminat? Boleh terus whatsapp ditalian 012-2243815 - Kemn Azmaili.

Boleh booking slot dahulu. Saya akan senaraikan order anda dahulu tanpa  sebarang deposit.

Jom kita mulakan awal tahun ini dengan sesuatu yg lebih bermanfaat. Untuk lebih yakin lagi. jom kita baca feedback daripada ibu bapa yang telah membeli CD ini di SUFICILIKREVIEW.

#KenalZikirIngatAllah #suficilikreview
Harga SUFI CILIK
CD - RM19.90
DVD - RM25.90
*(harga tidak termasuk postage RM8)

Monday, June 9, 2014

Ceritera Anak

Dah lama tak update entri pasal anak kan? Banyak sebenarnya benda nak berkongsi, tapi terpaksa ditangguhkan dek kerana urusan kerja dan aktiviti-aktiviti lain yang menyukarkan saya nak duduk dediam sambil menggerakkan jari jemari membuang sawang dalam laman sesawang yang tak seberapa ni. Serius memang sibuk sangat sekarang ni. Nak-nak bila cerita bab kerja. Nanti lah bila ada masa nanti saya akan share la skit pasal kerja, tapi buat masa nanti belum terbukak pintu hati lagi nak bercerita. Entahlah, maybe sebab tak se seronok bercerita pasal life and family kot..hehe

KESIHATAN
Berbalik cerita pasal anak kan. Saya rasa kalau yang dah biasa follow or browse IG or FB maybe diorang dah tahu perkembangan Hadif a.k.a Abang. Alhamdulillah sangat benda yang saya selalu doa hari-hari adalah yang paling penting sekali adalah kesihatan dia. Selsema and batuk tu tak boleh nak lari la sebab kita hantar anak ke taska kan? 2 bulan sihat kering je hidung tu, alih-alih selsema balik. Macam tu la benda yang kita tak boleh nak kawal unless kita jaga anak kita sendiri.

MATANG SEBELUM USIA
Hadif sekarang dah masuk 3 tahun 4 bulan dalam erti kata lain 40 bulan dah anakku berada di bumi yang cukup indah ni. Dalam lingkungan umur dia macam ni, saya tak boleh nak pertikai bahawasanya perwatakan dia memang lebih matang dari usia. Bercakap memang takda pelat langsung. Infact kalau kita berborak dengan dia, dia dah boleh response dengan logik akal. Tapi kalau korang directly tanya dia pasal umur, kirim salam la dia nak jawab umur dia 3 tahun. Dia akan jawab umur dia 5 tahun...so korang layan je lah! Dia memang tak sabar nak 5 tahun sebab tak sabar nak pakai baju sekolah. Hahaha..And then kalau boleh alasan dia bagi bila kita tanya dia, "Macam mana abang tahu?". So dia akan jawab dia dah 5 tahun, dia dah besar..so dia tahu lahh..Itu memang ayat yang selalu la keluar dari mulut Abang sorang ni...

PETAH BERCAKAP
Ramai juga yang tanya, macam mana anak saya boleh petah bercakap macam ni. Yang sebenarnya, saya pun tak berapa nak pasti sama ada sebab faktor mewarisi keramahan mak pak dia atau pun ada faktor lain yang saya sendiri pun tak perasan. Tapi, untuk makluman korang, masa mula-mula dia pandai cakap dulu, dia pun macam anak-anak kecil lain, pelat jugak. Mungkin sebab waktu dia banyak dihabiskan dalam kereta. Ye la nak pegi ke taska dah setengah jam, bila ambik balik dari taska pulak nak sampai ke rumah tu lebih kurang sejam lebih sebab melayan traffic jem. So, takda benda lain la kalau duduk berdua dalam kereta tu memang kerja berborak je. 

BERCERITA TENTANG REALITI
Cara saya berbual dengan dia, memang macam orang besar lah. Dengan isu-isu semasa lagi. Masa dunia digemparkan dengan kehilangan MH370 tu, memang boleh katakan tiap-tiap hari akan timbul topik tu. Tambah lagi on the way nak balik rumah memang hari-hari akan nampak kapal terbang mendarat dan berlepas. Hadif memang akan tanya sampai la pertanyaan dia tu dapat beri jawapan yang dia betul-betul puas hati.

Basically saya akan berbual pasal kejadian Allah. Bila difikir balik, banyak benda yang saya boleh terangkan pada dia sepanjang  dalam kereta dengan dia. Dalam pada tu juga saya ambil peluang mengenalkan dia pada zikir. Kalau boleh setiap perjalanan saya dengan hadif dalam kereta ni dapat beri manfaat pada dia dan sayapun turut kena tempiasnya. 

RANCANG APA YANG PERLU
Pada pandangan saya, nak mendidik anak ni pun kena set kan KPI kita. Apa yang kita nak untuk anak kita? Kita nak anak kita pandai apa? Apa yang kita perlu berkorban? Apa yang perlu kita tambah? dan macam-macam lagi lah..

Kalau fikir jangka panjang, of course semua mak ayah nak anak dia pandai kan. Pandai ni pada saya benda yang terlalu subjektif dan umum. Tapi dalam proses nak membentuk anak itu pandai, kita perlu ada cara atau kaedah nya. Sebab itu, kita bukan kena fikir untuk jangka panjang, tapi kita kena fikir apa yang anak kita boleh buat dalam beberapa tempoh masa yang kita sendiri tetapkan. Kita cuba narrow down lagi skop, nak anak pandai apa? Kalau ikutkan memang nak anak pandai dalam semua perkara, tapi amat mustahil kita punyai masa yang banyak untuk buat semua benda dalam satu masa.

Sebagai contoh, setiap tahun kita akan pasang azam kan? Dah yang pastinya tak semua azam kita tu dapat kita realisasikan dalam tempoh setahun? Untuk tahun ini, saya cuba memberanikan diri untuk pasang azam untuk melihat perkembangan anak saya dalam Hafalan dan Hafazan.

Saya dah set kan untuk tahun ini, apa yang boleh saya buat untuk anak saya? Nampak macam kejam dan memaksa kan? Tapi percayalah, Allah sentiasa permudahkan urusan kita selagi mana niat kita adalah kerana Dia. Tahun ini ada beberapa benda yang saya hasratkan iaitu nak anak saya boleh membaca AL FATIHAH, IQRA' dan JUZ 'AMMA serta doa-doa mudah sebagai sampingan.

SUDAH MENGHAFAL AL-FATIHAH
Kita mampu merancang, selebihnya hanya Allah yang tentukan. Percaya tak percaya saya dah hampir dapat merealisasikan azam yang saya pasang pada awal tahun dahulu.Syukur alhamdulillah. Hanya Allah sahaja yang tahu apa perasaan saya bila melihat Hadif sudah boleh lancar menghafal surah yang paling asas iaitu surah AL FATIHAH. 

CIPTA AKTIVITI YANG MENYERONOKKAN
Cuba lah buat sesuatu yang mendatangkan keseronokan. Selain memperdengarkan SUFI CILIK sebagai alat sokongan untuk mudah beliau menghafal, surah ini juga saya akan sama-sama baca bersama dengan dia sebelum tidur. Kajian membuktikan otak anak akan cepat terangsang dalam keadaan otak berfungsi separa sedar, di mana keadaaan yang mengantuk tu sebenarnya masa yang terbaik untuk kita sampaikan sesuatu nasihat dan insyallah akan beri kesan yang sangat positif pada anak kita.

Selain daripada itu, doa-doa yang sentiasa mengiringinya sebelum tidur adalah 3 doa yang wajib dia akan baca. Dan sekarang, saya dah tak perlu ingatkan, beliau sendiri yang akan terus berdoa. Doa yang di amalkan adalah DOA TIDUR, DOA MAKAN dan DOA TAUBAT.

SUFI CILIK SEBAGAI ALAT SOKONGAN
Doa makan tu memang dia baca juga sebelum tidur sebab dia tidur sambil menyusu. Doa taubat pula dia belajar dari cd SUFI CILIK. Banyak manfaat yang dapat diperolehi melalui SUFI CILIK ini sebenarnya. Semua zikir yang terkandung di dalam cd tersebut dah pun dia hafal ke semuanya. Selain daripada itu, saya ada cipta satu game sebelum tidur yang melibatkan hafalan zikir. Tapi melibatkan fizikal dia dan saya. Memang penat skit tapi dia seronok sangat bila part saya angkat dia terbang macam Superman tu..hehehe

SURAH KEGEMARAN DALAM JUZ ' AMMA
Untuk JUZ 'AMMA pula pilihan utama nak kenalkan dia pada surah-surah mudah seperti surah 3 Qul. Surah kegemaran dia adalah surah Al Falaq, saya pun tak tahu kenapa. Siap baca dengan idgham bagai tu. Ini dia banyak dengar di surau or masjid sebenarnya. Bila imam baca, dia akan ikut. Tapi kadang-kadang kalau imam tak baca, balik je rumah terus lah dia ngadu dan bertanya kenapa imam tak baca surah tu. Alahai anak!

IQRA' SEBAGAI PERMULAAN
Bacaan IQRA' pula saya tak tetapkan mana-mana hari atau waktu. Biasanya dia sendiri yang akan pilih bila dia nak baca. Dan biasanya dia nak baca sebelum tidur. Kalau ikutkan badan yang penat ni memang tak kuat, tapi bila mengenangkan semangat dia yang nak belajar tu la saya gagahkan jugak. Saya target hujung tahun ni dia dah habis baca Iqra' 1. Teringat dulu masa mula-mula nak beli set Iqra' ni. Tertanya-tanya, boleh ke anak aku ni baca? Mampu ke aku yang dhaif ilmu agama ni mengajarnya? 

Fikiran-fikiran negatif macam tu la kadang-kadang menyekat kita nak bereksperimentasi. Berjaya atau tidak, itu bukan jawapannya. Apa yang penting kita cuba dan usaha kan? Alhamdulillah, dah masuk setengah tahun, Hadif dah hampir nak habiskan helaian Iqra'. Sekarang ni dia dah beralih ke huruf "ghain". 

DAHULUKAN MENGENAL KALAM ALLAH
Lebih kurang macam ini lah cara saya mendidik anak. Apa  yang penting, perlu masukkan elemen keseronokan dalam setiap apa yang kita perkenalkan kepada anak. Saya lebih mengambil berat tentang pendidikan awal kepada anak dengan mengenal kalam Allah. Bukanlah tidak teruja nak ajar anak mengenal ABC dan 123 serta mengenal bentuk dan warna, tetapi saya percaya anak kecil ini dengan sendirinya akan tahu asas-asas ini kerana kebiasannya akan didedahkan di taska. Hadif dah boleh mengenal semua huruf A - Z dan 1 -10. Untuk nombor tu, beliau dah boleh hafal dua-dua bahasa iaitu Bahasa Melayu dan English. Bila dah tengok dia dah mula minat menulis, saya belikan exercise book yang melibatkan suai padan huruf/nombor beserta dengan gambar. Ada juga buku yang melibatkan aktiviti menyambung huruf. Buat masa ini, itu sahaja lah. Kalau dia boring, dia akan stop dan saya takkan paksa untuk dia teruskan.

Insyallah azam tahun hadapan nak ajar Bahasa Arab pula. hihii..tak tahulah macam mana, kita tengok je la nanti ye. Azam tahun ni pun belum habis lagi sibuk nak pasang azam baru. Bukan apa, teruja dan seronok sebenarnya melihat perkembangan anak ini.

BAKAL JADI IMAM
Bila tanya Hadif, bila besar dia nak jadik apa? " Terus dia akan jawab dia nak jadi IMAM. Allah...memang sayu bila jawapannya macam tu, sebab saya tak pernah pula directly cakap pada dia yang saya nak dia jadi Imam. Mungkin sebab saya selalu cakap kat dia, hanya IMAM je boleh duduk di saf hadapan sorang-sorang. Mungkin itulah alasan kenapa dia nak sangat jadi IMAM. Sebab dia memang selalu tanya benda ni dari dulu lagi. Perkara sebegini juga saya akan relate kan dengan bacaan surah Al Fatihah dan 3 Qul yang perlu diperbaiki dari semasa ke semasa. Saya pernah cakap kat dia kalau nak jadi Imam, perlu pandai baca surah-surah dengan betul. Inilah antara pemangkin untuk dia perbaiki bacaaan dia.

LIBATKAN ANAK DENGAN AKTIVITI DI RUMAH
Kalau bab tolong mengemas kat rumah tu tak yah cakap la. Jarang saya tak libatkan dia, tapi dengan syarat semua benda kena ada dua. Satu untuk saya, satu lagi untuk dia. Menyapu, mengemop tu memang kegemaran lah. So benda-benda macam ni memang saya akan biar kan dia buat. Sekarang ada minat baru kat rumah tu, berkebun. Hadif panggil "berkerebun". hihi..tiru Upin Ipin la kan..Saya ajar dia macam mana nak tanam pokok, and macam mana nak jaga pokok untuk hidup. Saya ceritakan juga kenapa air dan matahari tu penting untuk pokok. Baru-baru ni, dia jenguk pokok yang dia tanam, kemain seronok dia..Tiba-tiba dia cakap " Terima kasih ALLAH...". terkedu jugak ummi mendengarnya...

Begitula serba sedikit perkongsian mengenai perkembangan Hadif. Anak saya sama seperti anak orang lain juga. Takda bezanya pun sebenarnya. Saya kurang sangat ilmu agama, tetapi saya percaya berkat usaha kita nak mendidik anak menyayangi agama itu akan Allah permudahkan. Saya belajar dan gali ilmu dengan orang-orang yang hebat di sekeliling saya dan juga di alam maya. Dan yang paling bermakna, saya belajar dari pengalaman sendiri. Banyak yang kurang dengan kehidupan saya terutamanya dari segi pendidikan agama, sebab itulah jauh di sudut hati saya tidak mahu anak saya merasai kekurangan yang telah saya rasai.

Semoga Hadif membesar dengan sihat dan diberi ketetapan iman yang berpanjangan. Ummi mungkin bukan ummi yang terbaik, tetapi ummi akan cuba yang terbaik untuk mendidik Hadif mencintai agama. Insyallah...ameen!





Friday, May 30, 2014

TERIMA KASIH KERANA REVIEW SUFI CILIK DI BLOG ANDA!

1 unit RM25 include postage
Assalamualaikum. Alhamdulillah Batch 10 dah habis dijual. Terima kasih kepada semua yang sudi membeli CD AMALAN ZIKIR DAN DOA SUFI CILIK ini. Rata-rata yang membeli sangat berpuas hati dengan feedback yang diterima bila anak-anak mula mendengar alunan zikir oleh suficilik di dalam cd ini yang diberi nama Amirul Atiq.

Seperti biasa, saya dengan berlapang dada ingin membuka pembelian CD ini untuk order Batch yang ke-11. Masyallah sambutan yang sangat-sangatlah positif membuatkan saya meneruskan jualan CD ini. Hanya satu niat saya, untuk berkongsi manfaat yang dirasai agar orang lain turut merasa manfaat  bersama-sama. 

Saya mengharapkan agar rakan-rakan blogger dapat berkongsi manfaat zikir ini melalui blog agar ianya dapat disebarluas kepada saudara-saudara Islam kita di luar sana yang sukar untuk mendapatkan CD SUFI CILIK ini di pasaran.

Terima kasih kepada rakan-rakan blogger yang sudi berkongsi mengenai CD SUFI CILIK ini. Alhamdulillah hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya dan semoga anda semua dipermurahkan rezeki.

Ini adalah beberapa blog yang berkongsi mengenai manfaat CD SUFI CILIK ini, dan anda boleh baca entri tersebut dan lihatlah kesan zikrullah yang dialunkan oleh anak kecil ini mampu mempengaruhi anak-anak kecil yang lain diluar sana!


= Cherish every cherry

= aku bukan bidadari

= Mommy's Diary of Life

=ily's


KEPADA YANG BERMINAT UNTUK DAPATKAN CD AMALAN ZIKIR DAN DOA SUFI CILIK, BOLEHLAH WHATSAPPS SAYA DI 012-2243815


Insyallah akan share lagi feedback daripada ibu bapa di luar sana yang sangat berpuas hati dengan cd ini.

Tuesday, April 29, 2014

PERCUMA! Buku Mini Mudahnya Menjemput Rezeki



Berita baik untuk anda yang berminat nak dapatkan CD AMALAN ZIKIR DAN DOA SUFI CILIK. Sebagai tanda penghargaan diatas sokongan dan kepercayaan anda semua,  untuk Batch-10 kali ini anda berpeluang menerima FREEGIFT yang berupa Buku Mini Mudahnya Menjemput Rezeki!

Buku mini ini mengandungi seribu satu rahsia disebalik nikmat sebuah rezeki. Mudah dibawa ke mana sahaja kerana saiznya yang agak kecil jika dibandingkan dengan buku biasa. Nipis tetapi padat dengan pengisian yang cukup bermanfaat.

Jika anda membeli CD SUFI CILIK dengan special promo yang ditawarkan, jumlah freegift adalah mengikut jumlah pembelian. So kalau anda beli 6 unit akan dapat 6 naskhah buku MMR ini tau!



Tuesday, April 15, 2014

ORDER CD SUFI CILIK DIBUKA!

Assalamualaikum
Pengumuman untuk sesiapa yang berminat nak dapatkan CD AMALAN ZIKIR DAN DOA SUFI CILIK.

Order DIBUKA bagi Batch 09.
Harga seunit RM25 termasuk postage.
Jika beli lebih daripada 1 unit, hanya tambah RM20 untuk setiap unit berikutnya.

Special PROMO kepada sesiapa yang berminat nak beli borong pakat share dengan kawan-kawan!
Pembelian borong 6 unit dengan harga serendah RM100 (Free Postage)

Whatsapp/sms 012-2243815 sekarang untuk booking terlebih dahulu!
p/s: Tiada sebarang bayaran untuk reservation ^___^


Monday, March 17, 2014

Anakku jadi Imam di masjid?

Assalamualaikum

Dah lama tak bersiaran di sini. Banyak sebenarnya benda nak share tetapi saya memang tak sempat nak update. Biasa saya akan curi masa rehat untuk update belog, now rehat pun kenkadang macam tak rehat. Kerja semua bos bos bos bos bos bos nak urgent. Nampak berapa kali bos tu? So itulah bilangan bos yang perlu saya reporting to. hehehe

So, saya cerita mana yang fresh dulu la. Ni cerita semalam alkisahnya. Saya tiga beranak solat jemaah di masjid berdekatan dengan rumah. Memandangkan hari semalam ada sesi ceramah dan kuliah, husband mintak saya ikut jugak untuk bergilir jaga anak teruna sorang tu. Kalau takda pape program di masjid, biasanya husband pergi berdua je dengan Hadif. Saya pulak akan berada di rumah, prepare for dinner. Tapi sebab Hadif memang insist nak ikut daddy jugak, peluang untuk saya berjemaah di masjid. Dinner tak perlu sediakan memandangkan memang ada jamuan bila ada ceramah di masjid.

Entri sebelum ini saya pernah share pasal abang (Hadif) dibuli di masjid kan? So hari semalam, saya dah bersedia takutlah kalau kejadian tu berulang lagi. Tapi husband cakap budak yang selalu buli dia tu bukan di masjid yang kami pergi semalam. Itu di masjid dalam kampung dekat jugak dengan rumah kami. Tak pelah, saya lega jugak bila dengar husband cakap macam tu..

Bila dah bersedia nak solat maghrib, pada mulanya abang nak solat bersama dengan saya..Tapi bila dia nampak semua orang bertelekung dan bukannya berkain pelikat, abang sendiri yang minta untuk pindah ke jemaah lelaki. Mungkin abang dah terbiasa solat dengan daddy nya, dia jadi segan. Tak habis-habis duk ulang, "Ummi..ummi kenapa tak pakai kain pelikat?"..hehehe

Bila imam dah mula angkat takbir..tiba-tiba dalam kesunyian tu, sayup-sayup dengar suara anak kecil mengalunkan bacaan Al-fatihah. Allah!! Menitis air mata saya bila mendengar suara abang diselangi dengan suara imam membaca al fatihah. Rupa-rupanya selama ini dia mendengar nasihat saya!

Di rumah saya selalu minta dia bacakan al fatihah sebelum tidur, dan dia selalu mengadu yang dia tak pandai nak sebut Alhamdulillah dengan sebutan yang jelas dan betul. Dan dia selalu bertanya kan kepada saya bila kami solat jemaah di rumah, kenapa daddy solat dihadapan sorang-sorang. Saya cuba menjelaskan kepada abang dengan  bahasa yang mudah.

"Bila solat sama-sama, daddy jadi imam. Kita jadi makmum. Imam kena baca kuat supaya makmum (kita) boleh dengar untuk kita sebut ameen". Dari situlah abang selalu cakap dia nak jadi imam sebab dia nak baca kuat-kuat. Tetapi saya jelaskan juga pada dia bahawasanya dia tak boleh jadi imam kalau bacaan dia tak betul lagi. Dan dari situlah saya menggalakkan dia untuk mengikut dan mendengar imam baca al fatihah untuk dia polish bacaan dia sedikit demi sedikit.

Tak sangka rupanya dia dengar dan ikut cakap saya. Memang masa dengar suara tu tak tahu nak cakap macam mana punyalah rasa sayu. Semoga cita-cita abang nak jadi imam dimakbulkan. Ummi dan daddy sayang sangat abang tau. Tak sia-sia latih abang tanam minat ke masjid sejak umur 2 tahun lagi. Saya tahu ramai yang akan cakap, terlalu kecil untuk bawa anak berumur 2 tahun ke masjid. Tak salah kita cuba jika kita tahu caranya. Saya selalu jadikan anak saya bahan eksperimen untuk apply ilmu parenting. Alhamdulillah tak pernah satu pun eksperimen saya gagal setakat ini.

Jadi, satu je pesanan saya pada ibu dan ayah di luar sana. Jangan under estimate kebolehan dan kemampuan anak kecil kita. Cuba lah berusaha dan jangan sesekali berputus asa. Cuba tetapkan target untuk buat sesuatu. Insyallah dipermudahkan...Tambah ilmu daripada mereka yang ada ilmu jauh banyak daripada kita. Saya akui banyak sangat benda yang perlu saya belajar daripada mereka ini. Saya tak pandai tetapi mudah-mudahan sedikit perkongsian ini boleh mengubah persepsi ibu ayah diluar sana yg sangat skeptikal dengan kemampuan anak-anak.

Wallahualam....







Nak tahu rahsia Hadif cepat hafal Al Fatihah? CD SUFI CILIK lah salah satu rahsianya. Boleh baca review DISINI.

Kepada yang berminat, boleh order dengan saya ye..terima kasih...



Thursday, February 27, 2014

CD SUFI CILIK mendapat tempat dihati ibu dan ayah..ALHAMDULILLAH!

Syukur alhamdulillah, syukur tak terhingga kepada Allah s.w.t kerana Allah telah memberi peluang kepada saya untuk berkongsi sesuatu yang baik dan cukup terkesan kepada anak-anak di luar sana. Untuk makluman, sambutan dan permintaan CD AMALAN ZIKIR DAN DOA SUFI CILIK adalah diluar jangkaan saya sebenarnya. Pada awalnya, hanya berbekalkan 20 unit untuk saya cuba menjualnya di FB, dalam tempoh tidak sampai sebulan, sudah terjual 150 unit. Besar sungguh nikmat Allah. Betul la bila orang cakap, niat membetulkan cara. Nescaya Allah permudahkan segalanya. Jauh disudut hati, perasaan bimbang dengan "cakap orang" tu masih membelenggu perasaan saya. Tetapi saya percaya Allah menyusun perjalanan ini dengan baik, selagi mana saya tetapkan niat saya untuk membantu anak-anak di luar sana. Saya bukanlah ummi yang sempurna, tetapi saya tidak lari dengan ingin menjadi ummi yang sempurna. Saya melihat perkembangan anak saya dan itulah cermin diri saya sebenarnya. 

Hari ini nak kongsikan beberapa feedback daripada pembeli CD Sufi Cilik ini. Rata-rata pembelinya sudah tentu golongan ibu dan kemudian barulah golongan ayah. Ada juga yang belum mempunyai cahaya mata turut membelinya. Malah ada juga yang belum berkahwin turut berminat nak mendengar zikir yang dialunkan oleh sufi cilik adik Amirul Atiq ini. Jutaan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang membeli CD Sufi Cilik ini dan saya harap rakan-rakan berpuas hati dan dipermudahkan mendidik anak mengenal kalam Allah melalui zikir dan doa yang dimuatkan di dalam CD ini.







Buat masa ini, CD ini telah KEHABISAN STOK. Bagi yang berminat nak membeli, jangan bimbang kerana saya akan restok CD sufi cilik ini tetapi masih tidak boleh janji bila stok baru akan sampai memandangkan penebit CD ini ke tanah suci mekah selama sebulan. Paling awal, mungkin pertengahan Mac stok akan sampai. 

Sesiapa yang berminat boleh booking dahulu, tak perlu deposit ye. Hanya sms/whatsapp nama anda dan kuantiti yang ingin dibeli kepada saya di talian 012-2243815. Insyallah bila stok sampai, saya akan maklumkan cara pembayaran. 

1 unit - RM19.90 (harga pasaran)
Postage - RM6.00

TOTAL AFTER DISKAUN: RM25 INCLUDE POSTAGE
(CD ini dibalut dengan bubble wrap bagi menjaga kualiti)

Nak beli borong pun boleh, saya bagi special price! Minimum borong = 6 units

Kepada sesiapa yang ingin melihat testimoni berbentuk video, boleh search di instagram dengan hashtag:  #suficilik

Friday, February 7, 2014

Tempahan Pembelian CD ALUNAN ZIKIR & DOA SUFI CILIK

Pertama sekali saya nak merakamkan ribuan terima kasih kepada sesiapa jua yang sudi menyinggah blog saya yang tidak seberapa ini. Setiap komen positif yang saya terima sangat memberi inspirasi dan cukup terkesan pada diri saya sendiri.

Hampir setiap minggu saya menerima emel daripada para-para ibu yang menanyakan saya tentang CD SUFI CILIK seperti yang pernah saya kongsikan di ENTRI INI. Saya sebenarnya sangat terharu dengan respon para pembaca blog yang mengikuti perkembangan Hadif yang saya kongsikan di dalam blog ini.

Saya sebenarnya selalu terfikir apa lah yang orang akan fikir kalau saya asyik lah bercerita pasal hal anak atau apa-apa perkara yang saya share disini. Saya selalu berada didalam situasi dilema sama ada nak berkongsi ataupun tidak. Sebab itulah ada satu tempoh dahulu, saya kurang berkongsi disini. Bimbang sangat orang cakap kita nak riak. Nauzubillah...

Kadang-kadang saya dah tulis panjang-panjang, tapi end up saya akan padam. Saya terlalu fikirkan apa orang akan cakap. Sebab saya ni bukanlah perunding keluarga, bukan pakar kanak-kanak, bukan pakar interior designer, bukan juga profesional make up artist.

Saya selalu berdoa supaya Allah memberi saya petunjuk dan memberi jalan kepada saya. Sebab saya berada dalam persimpangan jalan sama ada nak berkongsi ataupun tidak. Alhamdulillah Allah itu Maha Penyayang. Allah beri kekuatan kepada saya untuk saya terus berkongsi di laman ini.

Saya anggap benda yang baik biarlah kita berkongsi. Kita gembira bila melihat anak yang membesar depan mata kita dapat mengikut acuan yang kita inginkan. Apalah salahnya jika ingin berkongsi kan. Dalam pada saya menulis, saya selalu mengingatkan diri saya agar penulisan saya tidak tersimpang dan jauh lagi nak bersifat bangga diri. Tidak, saya hanya mahu berkongsi dan saya anggap perkongsian ini boleh memberi inspirasi kepada ibu bapa diluar sana.

Untuk itu, atas permintaan ramai pembaca dan sahabat-sahabat saya disini. Saya bahasakan sahabat lah walau kita hanya berjumpa virtually je kan. Atas permintaan sahabat semua, Allah permudahkan urusan saya mencari CD SUFI CILIK ini. Saya dapat hubungi pengedar CD ini hari semalam dan hari semalam juga suami saya mengambil stok CD ini sebanyak 20 unit. Syukur sangat bila saya kongsikan di laman instagram dan fb, kesemua 20 unit CD ini habis terjual dalam masa satu jam sahaja.

Tapi sahabat semua jangan risau. Batch 1 dah habis, ORDER BATCH KE2 saya dah buka sekarang. Jadi sesiapa yang ingin membeli CD ALUNAN ZIKIR DAN DOA OLEH SUFI CILIK ini, boleh terus whatsapp / sms saya 012-2243815. Batch ke2 juga ada 30 unit. Buat masa ini, waiting list yang booking dah 20 unit. So, siapa yang berminat boleh whatsapp laju-laju ye saya akan reservedkan.

RM19.90 (postage RM6) - TOTAL TERMASUK POSTAGE RM25 SAHAJA







"Perkongsian hanya dari pertolongan Allah kerana ianya adalah kalam Allah. Siapa sahaja boleh berkongsi tetapi kita memerlukan pertolongan Allah untuk menguasainya. Berusahalah dan mintalah padaNya untuk diri kita dan generasi keturunan kita. Insyaallah Dia akan memberinya...:" (Lina Karim)


Friday, January 24, 2014

CD Alunan Zikir & Doa Sufi Cilik : Rahsia Anak Cepat Menghafal

Ramai yang ingin tahu apa rahsia disebalik hafalan doa dan zikir yang selalu saya share kan video Hadif di Instagram hashtag #hadifinaction. Untuk pengetahuan semua, tak ada rahsia apa pun sebenarnya. Hanya CD Sufi Cilik ini lah yang hari-hari akan menemani Hadif setelah pulang ke taska. Perjalanan 30 - 40 minit dan kadang-kadang boleh jugak mencecah sejam lebih kami dalam kesesakan traffic jam untuk pulang ke rumah, waktu inilah yang kami menghabiskan masa bersama untuk nyanyi dan hafal sama-sama zikir-zikir dan doa yang dimuatkan di dalam CD Sufi Cilik ini.

Sebelum ini saya pernah kongsikan mengenai tarikan suara kanak-kanak kepada kanak-kanak dalam entri Tips Mendidik Anak. Ya benar-sebenarnya bahawasanya kanak-kanak sangat cepat terpengaruh dengan suara kanak-kanak lain. Sebab tu depa suka tengok iklan susu kan? 

CD ini memang 100% dialunkan oleh kanak-kanak. Tak perlu ambil masa lama, insyallah anak memang akan cepat sangat hafal doa dan zikir. Ada 12 lagu dalam ni, dan Hadif palinglah suka Zikir No.12 tu. Ya Hayyum..Ya Qayyum..kadang-kadang terus request nak dengar zikir tu.

Hadif juga mula menghafal Al-fatihah melalui CD ini. Lepas tu bila dah nampak macam dia minat nak ikut, so saya jadikan pula rutin sebelum tidur. Alhamdulillah seawal 2 tahun, Hadif dah boleh membaca Al-fatihah. 

Seawal bayi lagi saya dah cuba terapkan dengan alunan zikir dan ayat alquran. Tapi saya tak tahu masa tu saya beli CD yang dialunkan oleh ustaz atau penyanyi dakwah. Nampak macam anak ni suka, tapi macam sukar dia nak ikut. Bila dah jumpa CD ni, alhamdulillah sangat memang berkesan. Tips ni saya dapat dari kak Lina Karim. Korang mesti kenal kak Lina Karim kan?

Kat mana nak beli?

So far, saya tak pasti kat kedai ada ke tidak sebab saya selalu beli di salah satu gerai yang ada di Pasar Tani Putrajaya. Kat situ confirm ada. Saya dah tambah satu lagi koleksi zikir nanti saya share dengan korang ek. Itu saya letak dalam kereta husband, so takdela CD ni duk bergerak-gerak kan. Kenkadang kalau terlupa, hadif sampai nangis-nangis nak dengar zikir ni. Lagi satu bila time dia dah laloq tingtong mengantuk dalam kereta tu, CD ni lah ubat yang paling mujarab.

Target lepas hadif dan betul-betul lancar baca Al-fatihah dan zikir-zikir ni, nak kenalkan dia dengan JUZ 'AMMA. Alhamdulillah saya dah terima parcel dari Islamic Parenting Network, hanya disini yang jual CD Juz Amma dengan alunan kanak-kanak. Saya dah cuba cari kat luar memang tak da. Korang boleh try cari kat website tu tau. Nanti next entri saya share ye!

Selamat Mencuba! Semoga Allah permudahkan urusan kita mendidik anak!

p/s: 
Untuk lihat Hadif berzikir dan baca surah al-fatihah boleh tengok di IG #hadifinaction. Sekadar berkongsi untuk memberi inspirasi kepada ibu-ibu diluar sana!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...