Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Friday, August 19, 2016

Diari Penyusuan: Review Breast Pump Lacte Duet Yang Sangat Best

Pejam celik pejam celik sekejap je #breastfeedingjourney ku dah pun mencapai 8 bulan. Alhamdulillah syukur sangat kerana aku masih diberi rezeki untuk menyusukan anak secara eksklusif sepenuhnya walaupun begitu banyak cabaran onak dan duri nan ku tempuhi sepanjang tempoh penyusuan ini.

Memandangkan ramai yang bertanyakan tentang breast pump yang aku gunakan, hari ni terpanggil nak share mengenai breast pump yang aku gunakan sepanjang tempoh 8 bulan ini dan insyallah akan berterusan sehingga 16 bulan lagi. Keputusan nak membeli breast pump ini aku rasakan pelaburan yang sangat teramatlah berbaloi! Mungkin...mungkin..ada segelintir yang rasa breastpump ini tak sesuai untuk korang, tapi sejujurnya aku cakap..boleh katakan majoriti daripada pengguna breast pump ini sangat berpuas hati dengan kualiti dan penggunaannya. Kalo korang tak caya, try la google! hehe

Breast pump yang aku maksudkan adalah LACTE DUET.

Antara beberapa manfaat yang dikongsikan melalui pengamatan dan pengalaman aku sendiri secara peribadi adalah:

1. HARGA SANGAT BERPATUTAN
Lacte Duet adalah jenis double pump. Dulu, kalau di pasaran ni tak banyak yang offer double pump dengan harga bawah RM500. Tapi dengan Lacte Duet korang boleh dapatkan dengan harga RM399 sahaja kalau ada promosi. Kalau normal price pun still berbaloi, range price dalam RM400-RM500. Kalau beli online akan dapat banyak la free gift memacam. Kalau beli kat kedai macam Pump On The Go pun kira berbaloi gak, sebab depa ni ada time promo sendiri. 

2. BUNYI TAK KUAT
Iye...ini pun salah satu sebab penting yang korang kena tengok. Dulu aku pakai Medela Mini Electric. Bunyi motor dia dah rupa bunyi enjin bot. hahaha..Memang bising nak nak kalo memalam sunyi bangun pump..silap-silap jiran pun boleh dengar. Kalau Lacte Duet ni, memang bunyi nya rileks je, so korang boleh pump di mana jua anda berada tak jadik hal.

3. SOFT SUCTION
Disebabkan corongnya daripada silicone, so memang time pumping tu rasa lembut je. Plus kita boleh adjust juga speed tu ikut keselesaan kita. Kalau tetibe nipple crack or sensitive ke, boleh nak adjust speed expression tu untuk slow skit suction. 

4. SESUAI BUAT TANDEM PUMPING
Memandangkan Lacte Duet ni boleh guna untuk single or double pump, so amat sesuai untuk kita nak buat tandem pumping (sebelah menyusu direct, sebelah pumping). Then semua tu boleh adjust dengan menekan button yang telah disediakan.

5. HEAVY DUTY
Ini juga sebab penting kenapa aku pilih Lacte Duet. Sebabnya ia adalah kategori pump yang heavy duty. Maksudnya, korang nak pam sekerap yang mungkin pun takda masalah. Sebab motor dia besar, even takda la berat sangat pump ni. Aku kan pernah jadik EP Mom 2 bulan. So masa jadik EP Mom tu aku memang pam 8 kali sehari. Alhamdulillah memang berbaloi.

6. MOBILE CHARGE
Maksudnya boleh pam dimana-mana sebab boleh guna power bank. Memang dibekalkan sekali dalam pakej USB plug and cable plug. Kalau nak pam dalam kereta pun takda masalah.

7. COMPATIBLE WITH FREEMIES
Takda masalah jugak kalo nak guna kan dengan freemie. So kira multifunction jugak lah Lacte Duet ni.


Masa memula nak beli tu aku dilema sangat dengan Spectra 9+. Masa tu plak tengah baru-baru je keluar spectra 9+. So macam eksaited sangat la sebab saiz nya besar power bank je kan. Tapi sebab harga dia macam mahal sikit, so aku macam pasrah je la beli Lacte Duet ni. Rupanya baru la aku tahu yang Spectra 9+ ni bukan heavy duty. So, ai is lega sikit la rasa berbaloi sangat beli LACTE DUET. Setakat ni dah hampir 10 orang kawan-kawan yang berjaya terjebak berlacteduet!

Semoga bermanfaat!



Wednesday, July 27, 2016

Semarak Aidilfitri PPTD 2016

Hari Isnin lepas, kitorang sekeluarga telah menggigihkan diri untuk ke Majlis Semarak Aidilfitri PPTD 2016, bertempat di MAEPS, Serdang. Memula macam dilema jugak la nak pegi ke tak event ni. Almaklumla dah beranak pinak dengan anak yang berceritek (macam ramai sangat anak), faktor rumah yang agak jauh jugak lah dengan MAEPS ni, dan faktor utama yang merungsingkan ialah event ni di malam hari.

So, bila dah fikir punya fikir tu, kitorang redah jelah. Objektif paling utama sebab nak collect duit raya anak-anak. Hahaha mata duitan sangat mak kau. Yelah, kalau tetamu kehormat tu our PM dan isteri kan..takkan tergamak nak bagi angpow berisi wang dua hingget..kekeke..

Selain daripada tu, event macam ni la time kita nak jumpa kengkawan lama di seluruh pelusuk kementerian dan agensi. Memandangkan aku dan suami berada dalam radar yang sama, kurang lebih pun mesti akan jumpa kawan-kawan yang dah lama tak bersua muka.

So far, kalau diberi rate 10, aku bagi 7 bintang untuk event ni. Pada aku semua macam berjalan lancar, paling bagus pendekatan memvariasikan aktiviti untuk anak-anak. Event macam ni sebenarnya untuk happy kan anak-anak jugal, lebih santai..less protocol..Ada bouncer, face painting, dan macam-macam games untuk anak-anak. 

Makan pun boleh tahan. Semua hidangan dan menu yang disajikan memang memuaskan. Nasib aku sangat la bertuah sebab dapat duduk table VVIP. Sebab dah last minit masa PM nak tiba tu, emcee duk announce suh penuhkan meja depan..tetamu memang tersangat ramai..so aku rasa pihak penganjur pun macam tak expect crowd yang memang sangat ramai malam tu. Aku rasa flyers yang dihebahkan tu membuatkan ramai orang yang join event ni. Sebab ada diselitkan aktiviti untuk kanak-kanak...

Next time hopefully pihak penganjur dah siap-siap boleh bajet berapa ramai yang akan join event ni. Even dah RSVP pun, aku rasa ada je malam tu yang main redah datang je. Papepun, misi duit raya tercapai..Alhamdulillah..duit raya pun dapat. Berapa? Rahsiaaa...hahaha

#PPTD
#PersatuanPerkhidmatanTadbirdanDiplomatik

 Selfie dengan abang teruna yang belum pape dah berlemoih di rumah..

 Berpadu tenaga bersama ofismate ku, bunda Tina demi duit raya anak-anak..kahkah

 Abang Seri & Kak Seri (maigott apesal stone sangat laki aku ni)

 Sejenis kegigihan bersama ofismate..hihi..we did it, girls!

 Ahaa..family portrait yang sungguh manis dengan senyuman si adik..

 Abang dan Iyash (anak Tina) muka ada senyum walau duit raya tak seperti dijangka. haha

Nak jugak mengabadikan make up 15 minitku di blog sendu ini. 


Monday, July 25, 2016

#ootdRaya2016





modern peplum kurung by @mekkembang cotton
Tiara shawl by @sookascarf





#novakurung by @arianirtw
Shawl by @cloverush

#ixandrakurung by @sookascarf
#NaailaShawl by @islaofficial_


Thursday, July 21, 2016

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya.

Huahuahuaa..baru terhegeh hegeh nak hapdet gambo raya.


1 Syawal - 

Beraya bersama keluarga mertua di Kelantan. Menginap di kediaman ibu saudara husband (adik mama) di Peringat, Kota Bahru.

Gambar bersama kedua ibu ayah mertua ku..

My make up look for 1st Syawal



Bergambar bersama ipar duai dan sanak saudara. make up anak2 buah ditaja oleh cik kema. hehe


2 Syawal


 Bersama anak ummi yang baik dan sentiasa beri kerjasama nak bergambar.

 2 anak bujang ummi dengan dua keletah yang sangat la berbeza. Tengok si abang tuuuu..annoying kan..

Bergambar bersama bunga-bungaan Tuan Haji Yusof

Dah petang melekit baru dapat bergambar dengan suami sendiri. Bukan main payah nak bergambar. Sume suami memang macam ni ek?

Baju raya mama papa ditaja oleh kami..



3 Syawal kami dah balik ke Kuantan pula...makanya Raya ke-4 diteruskan ziarah raya ke kampung tercinta di Pekan, Pahang.


4 Syawal


 tenang dan indah kampung ku..

Bulat betul pipi suami saya..

 nak jugak swirling pose!


 kesayangan

 gambar kami sekeluarga bersama moyang tersayang

 gambar Ummi's dan anak-anaknya Habil dan Nabeel (anak adikku Nabila)



my make up look for 4th Syawal..

Selamat Hari Raya semua..Raya kan sebulan..mesti banyak yang dapat jemputan open house kan?

Monday, June 13, 2016

Diari Penyusuan : Hikmah Di Sebalik 2 Bulan Bergelar EP Mom

Apa itu EP Mom? Mungkin kalau la ditakdirkan aku tidak pernah tergolong dalam kumpulan ini,  aku takkan pernah tahu pun pasal EP Mom ni. Setiap apa yang berlaku tu ada hikmahnya kan?

EP Mom ni adalah singkatan kepada Exclusively Pumping Mothers. Maksudnya ibu-ibu yang tergolong dalam kumpulan ini menyusukan anak melalui penyusuan ibu secara eksklusif hanya dengan menggunakan EBM tanpa direct feeding. Dan kebiasaannya terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan kenapa ibu ini memilih kaedah EP Mom dan yang pastinya mereka bukan sengaja memilih kaedah ini untuk menyusukan anak.

Sejauh mana EP Mom berjaya menyusukan anak sehingga umur 2 tahun? Persoalan ini lah yang sering berlegar-legar dalam fikiran aku semasa aku bergelar EP Mom 4 bulan yang lalu. Setiap hari aku cuba membelek belek artikel yang berkaitan dengan EP Mom ini dan sebenarnya ramai yang berjaya menyusukan anak sehingga 2 tahun tanpa direct feeding dan hanya bergantung kepada pam susu sahaja.

Apa yang penting adalah disiplin. Dulu aku terkesan juga bila aku mintak pandangan kawan-kawan, ramai yang cakap perlu juga anak direct feeding untuk tujuan stimulation. Pam susu tak boleh hantar signal ke otak untuk stimulate susu. Tapi mengikut pengalaman aku yang tak seberapa lama bergelar EP Mom ni adalah sebaliknya. Selagi kita mengamalkan konsep supply and demand, selagi mana kita sesi pengepaman susu mengikut jadual, susu akan sentiasa ada dan mencurah-curah hasilnya.

Seawal hari ke-5 aku dah mula mengepam susu. Banyak faktor yang menyebabkan kenapa aku mula mengepam terlalu awal. Selain daripada niat dihati nak mempercepatkan pengurangan jaundice, anak kedua aku ni juga tidak dilahirkan terus pandai latching dengan betul. Setiap kali feeding session, akan rasa sangat perit kedua-dua missB dan melecet berdarah-darah. Aku jadi takut dan risau yang anak aku ni dapat minum susu ke atau dapat minum darah kesan dari bleeding melecet ni. 

Bila aku refer ke pakar untuk maklumkan yang anak aku ada latching problem, hasil pemeriksaan doktor pada bahagian mulut dan lidah anak aku ni macam ada simptom "tongue tie". Tounge tie ni merupakan keadaan di mana frenulum (pengikat lidah bahagian bawah) tebal daripada biasa dan ia boleh menyebabkan lidah tidak dapat dikeluarkan sepenuhnya dan ia juga membawa kepada penyebab kesukaran semasa latching.  Sebab tu tiap kali anak aku menyusu direct, aku akan rasa perit. Sebab seolah oleh dia mengepat, bukan menghisap. Ini juga lah antara faktor utama yang menyebabkan aku bergelar EP Mom.

Setiap hari aku akan mengepam 7-8 kali, bersamaam 3-4 jam sekali. Setiap sesi tempoh mengepam selama 30 minit. Ada yang tanya tak penat ke? Ya Allah Ya rabbi...penat, letih, dahaga, sakit urat semua tu aku rasa tapi aku telan je demi nak pastikan susu sentiasa cukup untuk anak aku hingga umur 2 tahun. Tapi dalam masa yang sama aku tetap berdoa supaya dipermudahkan Allah. Ada masa aku sua kan juga missB pada si anak, biasanya aku akan cuba ajar dia latching after dia feeding. Dah betul kenyang, baru aku cuba-cuba ajar. Punya seriau dengan keadaan melecet tu kan.

Setiap kali pumping session, aku akan dapat 10-12 oz. Ada masa juga aku dapat 8-10 oz per session. Purata sehari stok EBM akan cecah 40oz. Anak pulak minum lebih kurang 24 oz je. So, yang selebihnya aku simpan dalam deep freezer untuk buat stok. Bila orang kata banyaknya stok EBM aku? Ye, memang banyak, sampai aku rungsing sebab deep freezer kat kampung dah tak  muat, penuh dengan EBM semata. Tapi, orang tak tahu apa yang aku lalui disebalik stok EBM yang banyak ni, paling rasa sedih bila anak tak reti nak menyusu direct. 

Setiap hari aku tak pernah berputus asa cuba ajarkan si Habil untuk menyusu direct. Sampai la umur dia mencecah 2 bulan, Allah telah perkenankan doa aku. Ya Allah syukur alhamdulillah sangat. Rasa macam segala apa yang terbeban dalam kepala aku ni hilang macam tu saja. Habil dengan secara tiba-tiba je dah pandai menyusu direct, siap ditolaknya EBM dalam botol sebab nak menyusu direct. Masa tu aku rasa macam nak nangis, berbaur-baur rasa macam-macam lah. Dalam hati duk cakap, macam ni rupanya feeling bila anak menyusu direct, rasa tenang je,..syukur syukur ya Allah.

Kebetulan masa check up 2 bulan tu aku pegi jugak refer pakar untuk tengok progres tounge tie dia tu. So, bila aku bagitau doktor yang Habil dah pandai menyusu direct, doktor pun cakap lepas ni dah boleh stop la follow up. Sebab simptom tounge tie pada Habil ni memang tak semestinya kekal. Baby kan kecik lagi, proses peralihan tumbesaran bayi memang mampu mengubah menjadikan bayi itu normal seperti sedia kala. Syukur Ya Allah.

Selain daripada itu juga, antara rahmat yang paling besar disebalik 2 bulan aku bergelar EP Mom ini adalah aku dapat mengumpul stok EBM yang sampai aku sendiri tak dapat nak kira berapa sebenarnya jumlah EBM yang aku simpan dalam deep freezer. Aku anggarkan lebih kurang kira-kira macam ni:

1 hari = 40 oz
40 oz x 7 hari = 280 oz
280 oz x 4 minggu = 1120 oz
1120 oz x 2 bulan = 2240 oz

Lebih kurang macam tu la jumlah EBM yang terkumpul sepanjang 2 bulan bergelar EP Mom. Belum masuk stok bulan 3, 4 dan 5 lagi. Stok bulan januari dan februari puan ada separuh peti lagi tersimpan kat kampung. Alhamdulillah syukur di atas rezeki yang Allah kurniakan ini.

Disebabkan faktor deep freezer di rumah aku yang jugak hampir penuh, aku juga telah berbincang dengan husband untuk mencari "anak susuan". Alhamdulillah syukur sangat, husband pun terima dengan cadangan aku dan akhirnya kami telah dikurniakan dengan 2 orang anak susuan (boy and girl). Nanti ada masa aku share dengan korang ye, sebab salah sorang daripada anak susuan aku (baby girl) masih lagi ditahan di wad berikutan beberapa komplikasi dan main diagnose adalah simptom yang digelar "ascites" (air berlebihan dalam abdomen). Nanti ada masa aku share ye.


Beginilah kisah disebalik EP Mom. Disebalik kepayahan yang diduga, seribu satu hikmah yang tersembunyi disebaliknya. Siapa sangka, aku yang dulunya selalu langsung tiada ilmu breastfeeding, akhirnya dapat menikmati rezeki menyimpan susu EBM seperti ibu-ibu lain. 

EBM masa di kampung. Rungsing tak muat nak letak mana dah

Proses menyimpan EBM dalam ice box untuk di bawa pulang ke rumah
2 kotak ice box digunakan untuk membawa stok EBM pulang ke rumah aku di Tiara Heights, Sepang. Inipun masih berbaki separuh peti yang aku tinggal di kampung. Nanti aku share macam mana nak uruskan EBM untuk dibawa dalam perjalanan jauh.

EBM telah selamat dipindah ke upright deep freezer
Aku tekad untuk membeli upright deep freezer khas untuk simpan stok EBM. Memang rezeki adik sebab aku dapat beli dengan harga yang berpatutan di mudah.my. Siap dihantar terus ke rumah. Deep freezer ni owner baru pakai bulan May 2015 juga untuk tujuan simpan stok EBM. Aku beli RM1,000. Alhamdulillah memang berbaloi. Ice box merah tu adalah bekalan seharian aku bawak ke nursery. Nanti aku share macam mana aku uruskan penyimpanan EBM dengan mudah untuk ke taska ye.

2 drawer EBM yang disumbang kepada anak susuan
2 drawer ni dah kosong sebab dah selamat diberi kepada anak-anak susuan ku. Insyallah next week balik kampung boleh la bawak stok EBM kat kampung tu untuk transfer ke dalam drawer ni. 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...