Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Showing posts with label Home : Curtain. Show all posts
Showing posts with label Home : Curtain. Show all posts

Thursday, February 6, 2014

My Simple Master Bedroom : Blue vs Grey vs White


Tolong jangan tenung lama-lama kat frame kufi tu sebab korang akan nampak kesengetan yang wujud disitu..hahaha. Biasa la DIY yang agak mencabar nak menggantung 4 frame yang super cantik ni. Saya dah pernah up entry pasal 4 Quls Kufi ni KATSINI

Hari ni nak share pasal warna pilihan bagi bilik utama yang simple je ni. Macam biasa saya jadikan dinding di belakang katil ini sebagai titik fokal atau featured wall. Pilihan design wallpaper pun pilih simple jugak. Saya akan cuba elakkan untuk memilih wallpaper yang bercorak sebab macam biasa takut boring nanti. Plus, susah sikit bila wallpaper corak ni kita nak match kan dengan bedsheet. Unless kalau korang memang gemar guna bedsheet yang plain. Memang cantik..Tapi kalau wallpaper bercorak, bedsheet pun corak sarat, nanti korang konpius..mana satu katil mana satu wallpaper..hehe..gurau je..


Sekali pandang macam kaler grey, dua kali pandang macam kaler biru..ye dak..hehe..saya pun tak tau nak kategorikan ni kaler apa, tapi ini adalah kategori biru jugak. Curtain ni kebetulan sama pulak dengan kaler wallpaper bilik ni. Curtain bilik ni pun simple je, corak jalur ke bawah.

Bilik ni saiz sederhana je, tak kecil sangat or tak besar sangat. Bertentangan dengan katil ni, saya letak almari pakaian. Ada lagi ruang di sudut bilik ni, dulu plan nak beli almari laci tu tapi still pending lagi. Sebelah meja solek tu la kohnon plan nak buat walk in closet. Wishlist la konon nak buat.. wishlist ok wishlist. Nanti saya share walk in closet/wardrobe room idaman yang saya wish wish tu..hehehe

T
Ini zoom in sikit texture design wallpaper tu, as usual saya lebih memilih kepada texture design berbanding printed design. Ada shimmering randomly di seluruh wallpaper ni. Saya memang suka, nampak sangat tenang, sejuk dan mendamaikan.


Bedsheet pun kaler lebih kurang sama je dengan curtain and wallapaper. Untuk furniture set memang saya pilih putih untuk kontra kan dengan kaler biru kelabu ni supaya nampak la highlight sikit. Plus, furniture kaler putih ni boleh beri effect luas pada bilik, katernyerr. hehehe

*less is more, less is comfortable... =)

Wednesday, January 29, 2014

Deko Rias: Wall Arts my Little Caliph Muhammad Hadif Akhtar

Bersambung cerita semalam, hari ni nak share dengan korang wall arts juga ditempah daripada CreativeByTwo by Faeza Ramlay merangkap jiran setaman saya. hehehe..memang best la ada jiran yang super kreatif ni. Order then siap! =P

RM40 only
Frame nama ni saya gantung di dinding yang saya letak wallpaper ni. Then bila dah gantung, rasa kosong pulak. Itu yang saya alihkan frame gambar Hadif tu kasi dekat sikit. Frame tu pun project DIY jugak, itu yang ada herot berot gambar dalam frame tu. hehe

Hari tu ada yang tanya langsir bilik Hadif ni beli kat mana. Semua ni customade di Jakel. Langsir ni saya beli paling murah dalam banyak-banyak langsir kat rumah ni. Sebab kain ni diorang longgok kat clearance sales masa saya beli. So, saya mintak tailor Jakel ni buat border atas tu guna kain yang sama, cuma terbalik kan je. Jimat kan..hehe
 
Crowded pulak rasa area ni. Boxes tu saya letak kat lain sebenarnya, haish serba tak kena nak menghias bilik anak teruna ni. hihihi..Tengokla nanti ada mood nak menghias kita letak kat lain la boxes tu. Dalam kotak tu memang dah ajar Hadif letak barang ikut kategori. Kalau school bus kaler biru tu set bowling dia, segala jenis bowling memang dalam tu. Then police car kaler grey tu soft balls yang selalu letak dalam pool tu. 


Ini ruang laluan ke toilet. Rak tu letak lego set, buku-buku dan juga tool box dia. Ini juga tempat fevret dia training basket ball. Anak teruna saya memang sportman. Sebut aje la sukan apa, mesti excited nak try.

Sibuk nak enterprem..bagi can la ekkk..hehe

Hadif banyak habiskan masa dia di Playroom ni time weekend. Sebab weekdays kami banyak masa dibawah, then nak time nak tidur je baru naik atas. Saya bagi jugak hint nak suruh dia tidur sendiri kat sini, bertuah lah budak ni, penakut ya ampun...


Wednesday, January 22, 2014

Dekorias : Family Hall

Hari tu Mrs. Aishieteru merangkap jiran kiter ada share jugak pasal ruang keluarga bersama singer ni...hehe..macam Faeza maklumkan dalam entri beliau tu, memang ruang ni comel je, tak luas mana pun. Kalau anak dah 5 ni, rasanya macam kurang sesuai dah nak panggil family hall. haha...takdela gurau je. Ruang ni biasanya akan jadi port baek untuk aku melipat kain yang gunung membukit. Salah satu strategi untuk taknak nampak berkecah kat bawah, so ini lah tempat yang paling sesuai aku lambakkan kain yang berbondong-bondong.^__^

Macam biasa, kalau dah nama family hall mestilah ada TV kan. TV ni amat jarang bersiaran diatas memandangkan rumah aku ni TV atas ni pakai wireless. Apa yang bersiaran di bawah..itu jugaklah channel yang akan berkumandang kat atas ni. Biasalah nak jimat, aku rasa tak perlu la sampai nak ada 2 decoder kat rumah ni memandangkan kami amat jarang bergaduh nak berebut channel. Anakanda pun bukan spesies tengok kartun, serius rumah aku memang aku tak subscribe channel cartoon dan seangkatannya. Jimat...hehe

Family Hall ni pun simple je dekorasinya. Aku pilih tema kaler hitam putih dengan sedikit highlight pada curtain yang berjalur biru. TV wall tu aku letak wallpaper 3D. Hari tu janji nak up entri wallpaper tapi sampai sekarang berhutang lagi. Ada skit info wallpaper aku share kat SINI. Suspen sungguh dengan wallpaper ni masa mula-mula installer nak pasang. Takut luar biasa sangat jadi rumah aku..hehe..Tapi bila dah siap..alahai jatuh cinta terus..Inilah wallpaper design yang paling aku suka dalam rumah ni. Nampak mahal tapi murah je uols. hehe


Curtain ni memang aku sengaja pasang tinggi sampai siling. Konon la nak bagi ruang yang sempit dan comel ni nampak luas katernye.


Wall belakang sofa tu buat masa ni tertangguh lagi nak men drill cermin yang ada ayat qursi. Dulu cermin tu aku letak kat sudut bacaan, tapi bila mak aku datang mak aku suh tanggal sebab macam kurang sesuai ayat-ayat suci Al-quran letak bawah tangga, tak elok katanya sebab tangga tu orang duk turun naik kan.


Aku tak tau nak kategorikan sofa ni berjenis apa. Sebab set ni didatangkan bercerai satu-satu. So, kita boleh letak ikut lah suka suki kita nak macam mana. Disebabkan ruang ni terlalu comel, so aku amik 2 set sofa ni untuk letak kat sini. Kalau korang perasan ada 2 set lagi aku letak kat Reading Corner. Btw, hari tu ada yang tanya aku beli kat mana kan, sofa ni aku beli kat Plaza Perabot kat Sg. Besi.


Aku tak gemar sangat nak letak ornamen-ornamen kecil a.k.a perangkap habuk. Biasalah area rumah aku ni memang tengah banyak lagi fasa baru yang still under construction. So korang faham la berapa hari sekali nak kena lap habuk je kejanya..hehe..Ha.. Sebenarnya frame gambar tu baru je letak. Kalau tidak, ada la seketul table lamp duk sensorang kat situ. So kita bagi can la table lamp berkawan dengan frame tu..hehe


Curtain tu memang macam tu je sepanjang masa. Nak bagi pengudaraan skit kat atas ni. Ruang ni belum ada bajet nak letak aircond, so memalam sambil melipat kain tu aku bukak jugak tingkap bagi aircond luar masuk feel sikit nak melipat kain.

Curtain ni aku buat sekali harung satu rumah punya pakej di Jakel Shah Alam. Aku ada share pasal curtain KAT SINI. Tapi dalam banyak-banyak curtain dalam rumah ni, hat ni yang paling lari bajet. Curtain ni berat gila sebab material velvet, tebal memang kalau aku tutup akan bergelap la ruang ni. Punya la kempunan nak jugak curtain ni, husband suh amik jugak la takut aku nanges kan kalo tak dapat. haha.. Material curtain ni sebenarnya untuk buat sofa. So paham tak betapa desperate nya aku kempunan nak curtain ni..? =D


Ini zoom sikit design wallpaper ni. Tak silap aku ada 3 kaler je, ni aku amik kaler Grey. Ada kaler hitam dan putih. Masa tengok dalam katalog memang dah jatuh hati terus.

 Ni pandangan dari jauh. shine bright like a diamond..hehe

Dekat wall sebelah ni ada project DIY sebenarnya. Aku plan nak buat wall of frame memandangkan siling ni tak setinggi siling yang ada wallpaper tu. Aku letak lazy chair je buat masa ni, then ada seketul frame kenangan la dolu-dolu zaman rumah kuarters masuk paper. kahkah..Tak boleh letak kat bawah, nanti orang cakap kita poyo la pulak, haha..Nanti project DIY dah siap, aku share k. Buat masa ni, roh rajin belum singgah lagi...

Wednesday, July 4, 2012

Update Rumah: Pasang Langsir

Ok, langsir kat rumah dah siap dipasang. Wah...rasa sangat teruja bila langsir dah siap tersergam dan hampir melengkapkan teratak baru kami. As i told u, kami tempah langsir ni di Jakel, Shah Alam. So, dalam pukul 11.pagi Sabtu tu, installer dah datang. Depa buat kerja dua orang, memang cekap, pantas dan tuntas! Kejap je siap depa duk godek-godek, pastu taraaaaa dah siap!

I kan pencinta biru yang tegar kan...So, korang mesti dah boleh agak kan apa warna langsir rumah kami kan..kan..kan...hehe..Memang semua bilik dan ceruk yang berlangsir, saya pilih warna biru. Tapi jangan salah anggap ye, sebab biru ni macam-macam jenis biru. Ada biru turqoise, ada royal blue, ada electric blue, dan macam-macam jenis biru lagi. Saya cuba suaipadankan dan bermain dengan tona-tona biru supaya tidak kelihatan membosankan.

Untuk ruang tamu, saya sengaja pilih silver blue yang bercorak damask. Disebabkan ruang tamu kami tidak diletakkan wallpaper, so saya memilih langsir bercorak damask ini agar ruang tamu saya tidak kelihatan terlalu simple. Bila masuk je rumah, memang akan rasa tenang dan sejuk sebab warna langsir itu yang mungkin banyak memainkan peranan. 

Biru sangat sesuai digandingkan dengan putih, kelabu atau silver. Sebab itu, saya memilih gabungan warna putih dan biru untuk kabinet dapur saya. Dari segi pemilihan perabot juga saya banyak gabungkan dengan warna putih except for my L-shape sofa. Saya dah taknak amik risiko beli sofa kaler cerah sebab sofa yang lama ni memang sangat cerewet nak maintain bersih, suci dan murni. So, sofa lama ni i nak letak di ruang tamu atas. Untuk sofa baru, saya beli warna hitam, dan masih ada sedikit sentuhan biru uols (nak jugak). hehehe

Masa installer datang ukur langsir sebelum ni memang request nak ketinggian maksima untuk nampak rumah i yang comel ni lebih luas. Cuma tinggalkan sikit space untuk plaster ceiling. Tapi bila curtain dah siap, rupanya ukuran tu tak mencapai ketinggian maksima punggg..sebab biasalah i kan interior designer tak terlatih...hehe..tak reti nak bajet plaster ceiling tu tebal mana..hihi..tapi takpe..i'm still happy with the result..

Sengaja takpilih railing kayu supaya tak lari dengan konsep..(ecess..padahal sebab mahal..haha)


Hurm..bila dah ada kerja men drill ni opkos lah rumah akan berhabuk balik..Opsss..terlupa nak story mory pasal cleaning services yang haramjadah punya mangkuk ni (nada sangat marah). Sebab kan depa ni, kami terpaksa cari orang lain untuk buat balik kerja tertangguh depa ni. Dahla kuangajau, rosak binasa tinted umah ahkak tau..sentapppp sangattt...next entry i share ye..Harap sangat perkara ni tak terjadi kat korang..sob..sob..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...