Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Thursday, September 15, 2011

Segmen Ilmiah: Tahukah anda apa itu G.R.E.A.T?

Entri ini adalah sempena menyambut Hari Malaysia, 16 September

G.R.E.A.T merupakan akronim bagi Government Regional Electronic Advancement Transformation iaitu salah satu projek kerajaan di bawah RMK-10 yang bertujuan untuk mewujudkan sistem penyampaian perkhidmatan kerajaan yang disatukan melalui pendekatan No Wrong Door bagi menyokong pertumbuhan ekonomi negara terutama di lima (5) kawasan pertumbuhan ekonomi seperti berikut


Wilayah Iskandar Malaysia meliputi seluruh kawasan negeri Johor yang memberi fokus kepada sektor Kreatif, Pendidikan, Elektrik dan Elektronik, Kewangan, Pemprosesan Agro, Kesihatan, Logistik, Petrokimia& Oleokimia, Pelancongan.


Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) meliputi 4 negeri di kawasan utara iaitu Kedah, Perak, P.Pinang dan Perlis yang memberi fokus kepada sektor Pertanian, Pembuatan, Pelancongan, Logistik, Pendidikan  & Pembangunan Modal Insan




Wilayah Ekonomi Koridor Timur (ECER) meliputi 3 negeri di kawasan Pantai Timur iaitu Pahang, Terengganu dan Kelantan serta satu daerah di Johor iaitu daerah Mersing yang memberi fokus kepada sektor Pelancongan, Minyak, Gas & Petrokimia, Pembuatan, Pertanian, Pendidikan.

 
Koridor Pembangunan Sabah (SDC) merupakan wilayah ekonomi yang meliputi kawasan di Sabah yang memberi fokus kepada sektor Pembuatan, Pelancongan, Logistik, dan Pertanian




Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE) merupakan wilayah ekonomi yang dibangunkan di Sarawak yang memberi fokus kepada sektor industri energy-intensive, industri halal, pelancongan

p/s: banyak sebenarnya inisiatif kerajaan yang masih belum 100% dilaksanakan. Iskandar Malaysia dijadikan sebagai penanda aras bagi keempat-empat wilayah koridor lain sebagai pengukur kejayaan dalam merealisasikan impian kerajaan yang inginkan transformasi berimpak tinggi.

Tulang kaki retak akibat jatuh di Taska! Persoalannya, kenapa pihak Taska berdiam diri??

Salam to all,

Entri hari ni agak sentap skit. Mana pergi tanggungjawab korang ye setelah pihak ibu bapa memberi sepenuh kepercayaan kepada pihak Taska untuk menjaga anak, tak kira la berapa umurnya..baby ke toddler ke..apepun setiap tingkah laku mereka sememangnya perlu dipantau. Especially babies yang baru dapat kaki, eksaited nak berjalan kan..

Tadi saya ke hospital Putrajaya untuk beli bekalan ubat yang dikirim oleh ayah mertua saya. Tengah-tengah sibuk duk sembang ngan nurse, saya terserempak dengan salah seorang PA bos di ofis lama saya dulu. Terkejut sangat bila tengok kaki baby dia berbalut, tambah lagi di klinik Ortopedik kan, of cos la ada kena mengena dengan tulang mulang bagai ni. 

Bila ditanya, kenapa dengan kaki baby dia ni, dia pun cakap la semalam lepas balik dari Taska anak dia menangis tak berenti..bila pegi hospital baru la tau yang tulang kaki anak dia retak! Sedihnya saya tengok..saya yang tengok pun sedih apatah lgi ibu sendiri kan..hiba sangat tengok keadaan baby dia tadi sebab rasa macam tak patut sangat jadi macam tu!!

Persoalannya, kenapa pihak Taska tak bagitau si parent nya anak depa jatuh ke tersadung ke hape ke??Eee...marah sangat ni! Sebab bila tengok baby dia tu, mesti saya teringatkan Hadif. Inilah salah satu sebabnya kenapa berat hati saya nak hantar anak ke Taska! Kena tunggu dia pandai berdikari..umur 2 3 tahun ke baru la boleh hantar kot..Atleast kalau sakit, dia boleh bagitau kita sakit kat mana..Tapi kalau baby?

To mama Rizq, Ida..bersabar banyak-banyak..saya pun tumpang sedih dengan apa yang terjadi..Kesian anak tak tau pape..Kuatkan semangat ye! Awak perlu kuat sebab anak awak perlukan awak disisi...

p/s: saya dapat tau, hasil pemeriksaan tadi, peha kiri baby Ida retak sebelah kiri dan perlu disimenkan selama 6 minggu..Mudah-mudahan Rizq cepat sembuh!! Insyaallah...


Wednesday, September 14, 2011

Resepi: Puding Kastard with Fruit Cocktail

PUDING KASTARD

Bahan-bahannya:

- 1 gelas tepung kastard
- 6 gelas air (campur sekali dengan air cocktail)
- 6 sudu makan gula
- 6 sudu makan susu pekat

Caranya:

- Gaulkan semua bahan sehingga sebati dalam periuk dan letakkan di atas api. 
- Pastikan api perlahan dan sentiasa kacau semua bahan tadi sehingga menggelegak.
- Angkat dan tuangkan di atas bekas. Setelah sejuk, baru masukkan dalam peti ais untuk dikeraskan.
- Setelah puding keras dan pejal, potong lah ikut citarasa masing-masing. Kalau nak guna sudu pun boleh, tapi biasanya saya akan potong dadu untuk dicampurkan kedalam kuah fruit cocktail.

KUAH FRUIT COCKTAIL

Bahan-bahannya:

- 1 tin susu cair Ideal (kalau nak kuah banyak, tambah ikut kuantiti yang diperlukan)
- 1 tin Fruit Cocktail
- 1 tin Nata de Coco
- 1 biji telur kuning sahaja (jumlah telur perlu sama dengan jumlah tin susu yang digunakan. Kalau 3 tin susu, so 3 biji telur kuning)
- 1/2 gelas gula
- Buah ceri
- Kismis
- Kacang

Caranya:

- Kacaukan kuning telur hingga sebati dan masukkan ke dalam susu cair tadi. Masukkan gula sekali.
- Panaskan diatas api (dengan api perlahan) sehingga menggelegak.
- Angkat dan tuangkan ke dalam bekas. Setelah sejuk, ,masukkan semua bahan tadi (termasuk air fruit cocktail & nata de coco).
- Masukkan juga puding kastard yang telah dipotong dadu tadi.
- Gaulkan kesemua bahan dan masukkan ke dalam peti untuk disejukkan.
- Siap untuk hidangan.

* Biasanya saya akan buat puding kastard dan kuahnya sehari sebelum jamuan supaya ia lebih sejuk. Untuk rasa yang lebih lazat lagi, masukkan ais ke dalam puding kastard fruit cocktail ini sebelum dihidangkan semasa jamuan.




*******SELAMAT MENCUBA =) **********

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...