Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Thursday, September 6, 2012

Anak Oh Anak!

Assalamualaikum semua,

Dah lama rasanya tak share citer pasal anakanda saya tu kannn..Lagi 3 minggu je lagi Hadif duduk sini. Aduhai...bila my husband tanya dah ready ke nak DPA? Jawapan saya dari dulu hingga la ke saat ini,.memang takkan pernah ready. Tak boleh imagine lagi cemaner kehidupan 6 bulan berjauhan dengan anak dan suami. Masa Lead Camp seminggu tu pun dah haru semacam..ini kan pulak 6 bulan uolss..Memang taknak fikirlah!

Hadif dah nak masuk 19 bulan (1 tahun 7 bulan). Alhamdulillah syukur sangat dia membesar dengan sihat. Setakat selsema, batuk or demam skit tu perkara normal lah pada anak-anak yang sedang membesar ni..especially pada anak yang tinggal dengan babysitter atau pun di taska. 

Hadif dah pandai cakap. Yess,.sangat banyak cakap. Dia memang faham setiap arahan yang saya suruh dia buat. Hurmm..kalau tak suruh pun dia 'rajin' buat jugak..hihi..Nak-nak sekarang ni kami kan tengah sibuk lagi mengemas rumah. Kami memang akan bagi dia kebebasan untuk dia participate semua kerja yang dia nak buat. Unless kalau dia nak buat benda-benda bahaya..memang kena marah dengan ummi lah..Kalau daddy nya sibuk duk angkut kotak, dia pun sibuk jugak lah nak angkatnye. Nak-nak kalau suruh dia buang sampah..memang laju je dia..Hadif memang anak yang sangat rajin!

Selain daripada rajin, anakanda kesayangan saya ni memang super aktif. Sangat jarang melihat si anak ni berjalan. Memang pendek kata, dia akan berlari ke sana ke mari. Biarlah dekat mana pun dia memang suka berlari..Tambahan pulak dia memang lasak orangnya. Setakat jatuh atas jalan tar tu..dia buat duno je..kadang-kadang kami ni yang cuak, tapi tengok dia rilek je korek-korek tempat dia luka tu. 

Sekarang pun dah banyak kenal benda. Macam-macam benda yang dia sebut. Kadang-kadang apa yang kita sebut tu dia sebut jugak. Ada benda yang lancar, ada jugak benda yang still dengar pelat sikit. Betul la ye orang cakap, kalau dari kecik kita bercakap dengan anak..walaupun kadang-kadang rasa macam cakap syok sendiri..tapi rupanya dia memang faham apa yang kita sampaikan pada dia..

Setakat ni kartun fevret Hadif masih lagi Upin Ipin di hati. Tapi Hadif ni bukan jenis yang akan ralik pada satu benda je. Kalau tengok Upin Ipin pun..kejap je dia layan. Sebab tu kitorang tak subscribe pun channel cartoon. Ada la jugak dia interested nak layan lagu Barney "i love u" tu..tapi tu pun sama..memang kejap je dia layan..

Sekarang kalau nak main game dalam Eepad, dia pandai pancing kitorang. Dia buat nyanyi-nyayi Alif Ba Ta depan kitorang..takpun dia nyanyi One Little Two Little three ke...So, itu adalah isyarat kohnonye dia nak belajar hijaiyah or counting numbers. Tapi bila dah bukak je eepad tu..jari dia laju je slaid ke tempat kitorang save games! Sebab tu la malas nak ajar sangat si anak ni dengan Eepad. So, sekarang ni kitorang kadang-kadang je bagi dia main. Sebulan sekali je..taknak la anak jadi pasif..tak berkawan..taknak explore benda lain semata-mata nak mengadap eePad. Tapi macam biasa lah..dia cepat boring..kalau main game pun..kejap je dia focus..nanti dia bosan..dia pijak-pijak je eepad tu...anak oh anak!

Nak share dengan korang, perkataan dan benda-benda yang dia dah kenal. Anak-anak korang mesti sama jugak kan?

apen - aeroplane
tar - Car
owi - lorry
bah - bus
book - book
chou - shoe
moi - moon
tatit - sakit
tatut - takut
apesh - pampers
ushu - susu
air - air
andi - mandi
huyooo - fuyooo
amak - alamak
tit - nak skit
atu - nak satu
popok - keropok
bag - bag
abam - abang
atak - kakak
adik - adik
baby - baby
joi - jomm
bid - bird
tat - cat
teti - dirty
iyak - berak
ushuk - busuk
tantik - cantik
apak - sepak
ball - ball
apon - handphone
ibi - tv
pinpin - upin ipin
boboi - boboboi
tayah - tak payah
nanak - taknak


Setakat tu je kot yang ingat...

jom layan gambar dia pulak....










Besar dah anak ummi..sadis nya nak tinggal anak 6 bulan...



Tuesday, September 4, 2012

Pindah rumah dengan khidmat City Movers

Assalam semua,

Just nak share dengan uolss pack mover yang kami gunakan untuk mengangkut barang-barang ke rumah baru. Mana tau ada yang masih tercari-cari mover yang sesuai dan harga pun berpatutan. 

Setelah berkira-kira hampir 5 quotation yang kami dapat, akhirnya kami bersepakat memilih City Movers Worldwide Services. Nak dapat harga yang berpatutan bukan senang. Macam-macam harga yang diorang letak sampai ada yang langsung tak berbaloi. Macam-macam jenis perangai yang kami tengok. Ada satu company ni, taulah ko memang banyak hangkut barang ke obersi je kan..tapi agak-agakla quote harga samap 4k plus tau!! Dahla datang usha barang bawak satu kerabat kuarge..pastu siap offer pulak kalo tak puas hati dengan harga dia bagi, bleh amik dengan husband die plak. Patutla quote harga mahal, nak kaye kan husband letewww...hihi..Ada yang ni pulak adoyai, terpaksalah aku melayan golongan "adik-adik" ni. Aku kan memang suke nau melayan deme yang lems-lems ni. Curlass kau..lems lems pun, dah kawin siap bini tengah tunggu mase je nak melatopss..Habis sume benda dalam kain die citer kat aku..hihihi..lawak sungguh..padahal datang rumah suh quote harga je..Confirm reject! haha

Kitorang decide amik dengan City Movers ni takda sape yang rekomenkan pun. Sebab kan dah serik dengan cleaning service yang kuangasam tu. So, kami berurusan dengan mamat Indian ni, Eric nama dia. Memang baik je Eric ni. the very the soft spoken uolss! Dia cakap dengan staf bawahan pun lembut je aku dengar. 

Eric hantar staf-staf dia dalam pukul 10.30 pagi. Ada dalam 7 orang tak silap. Diorang pun start packing semua barang.Start dari bawah bawak ke dapur and last baru dismentaling kabinet bilik atas. So, dalam pukul 1 petang camtu lori sampai. Memang laju diorang buat keje. Dalam pukul 3 camtu barang dah siap masuk dalam lori. Acehh konon barang tak banyak, tapi barang kecik-kecik berkotak-kotak..Barang besar memang ler tak banyak..hehe..

Yang bestnyer siap ada kotak untuk sangkut baju yang dah ber hanger. So kite takyah susah payah nak sumbat dalam kotak biasa. Memang mudahkan keje kita tau! Ada sorang staf dia ni memang expert sungguh..Laju je buat keje..Dia lah juga yang lead staf-staf lain masa nak bukak almari pakaian kitorang yang besargajah tu. 

Sampai lah ke pindah barang ke rumah baru, aku berpuas hati dengan servis diorang. Takda satu barang pun yang cacat cela. Diorang pasang semula kabinet pun ok je semua. Eric pun tak menang tangan buat keje sama-sama. Total cost untuk semua servis diorang ni rm1.8k. Aku rasa husband aku mintak kurang dapat 1.7k kot termasuk insurance. 

Saye jakun mase ni..tak penah jumpe kotak ada tempat sangkut hanger..hihi

Siap sedia di packing

Semua barang sedia untuk berangkat

barang dah setel sampai ke rumah baru..

Moden Minimalis

Assalamualaikum semua,

Akhirnya hari ini barulah kemn boleh update blog tanpa gangguan. Setelah hampir berminggu-minggu sibuk dengan segala macam perkara nya, akhirnya setel jugak satu persatu. Alhamdulillah kemn dah pindah teratak baru. Syukur sangat pada Allah kerana dengan rezeki yang diberi, dapat juga kami mempunyai tempat berteduh dengan hasil titik peluh sendiri. Kami start pindah hari Rabu lepas. Dengan bantuan pack mover yang kami rasa sangat berpuas hati dengan servisnya, akhirnya berjaya jugak semua barang dipindah ke rumah baru dalam keadaan selamat dan seperti sedia kala. Nanti kemn share pasal mover ni ek.

So, hari ni macam nak share dengan korang semua tentang konsep pilihan dekorasi dan hiasan di rumah. Kepada yang dah pernah mengikuti entri deko-deko sebelum ni, korang pun mesti dah tau apa pilihan konsep kediaman yang saya suka. ;)

Moden Minimalis. Simple dan praktikal. Kemn memang suka konsep ni sebab bukan sahaja mudah untuk dihias, tapi mudah jugak maintanence nye. Bertambah pulak bila dah anak kan. Setakat hiasan ornamen-ornamen kecil memang takkan jumpalah kat rumah ni. Macam tak tau anakanda beta lagu mana kan. Kang tak sempat nak melawa bagai, habis ranap semua deko-deko ai tau! hehe..

Setakat hari ini, kemn sempat deko-deko sikit je rumah ni. Mengemas pun tak sempat, tapi sibuk je nak mendeko kan? hehe..eksaited tau nak mendeko bila dah ada rumah sendiri. Nak-nak memang kita design sendiri, memang puas hati...Jom layan gambar skit..

Ruang Makan. Counter bar tu tambah sendiri & request nak letak sinki bowl sekali. Senang skit tetamu takyah menyesak nak masuk dapur somel saye tu..hehe

Pandangan Ruang Tamu dari sudut dapur. Langsir tu ada corak damask yang simple je. Ingat nak langsir plain je, tapi rasa macam boring pulak plain sangat.

My little caliph's territory, bedroom set ni saya order via catalog. So boleh mix match mana yang kita nak. Kaler pun boleh pilih. Simple and praktikal diguna sampai dia besar. Memang takda secalit kartun pun supaya tak nampak childish sangat. My idea is nak kasi kartun-kartun bagai kat dinding. Senang skit nak tukar mana tau berubah angin kan? hehe

Set pinggan mangkuk ni baru bukak hadiah kawin ok! Sangat jatuh hati sebab cantik dan kaler tu..hehehe..Aci tak nak pakai taknak letak dalam lemari? hehe

Jam ni kitorang redeem point masa Maybank Treats Fair hari tu. Nice kannn?

Frame ni pulak beli masa Renovation Expo kat PWTC. Memang dah lama aim frame ni..
Deko untuk lanskap skit-skit je..Kena cari pokok yang senang nak jaga..

So, setakat ni je dulu yang bleh share dengan uolsss..Part-part lain memang still in progress. Masih tengah mengemas lagi. Nanti dah siap semua, kite share ye. Now, saya masih tengah fikirkan idea nak mendeko rumah comel ni..Agak mencabar nak menghias rumah ni. Sebab walaupun rumah semiD, tapi saiz bahagian atas rumah ni jauh lebih comel dari rumah kuarters dulu. Seksa ahkak nak memikior mana nak letak barang tau!...hehe..

Bye!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...