Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Wednesday, November 5, 2014

Dekorias: Tukar Bedsheet Master Bedroom

Dah lama tak share pasal deko deko kan. Seyes takda masa ngadap blog, Ni pun kalau tulis bila-bila free skit je. Macam tak best la tulis blog dalam keadaan kelam kelibut kann..hehe


Nak share bed sheet yang dibeli dengan jiran merangkap blogger merangkap owner of CreativeByTwo. Suka sangat ni sebab dapat jumpa bed sheet kaler pujaan hati hehe. Btw Kufi 4 Qul tu pun beli dengan Faeza jugak.

Sory la gambar tak power sebab camera pun camera hp cokia je. Seriously memang best material bedsheet ni. Lenaa je tidoq tak nak bangkit rasanyaa...hehe 



Tuesday, November 4, 2014

Butik MOSH Putrajaya | Butik Berkonsepkan Vendor

Sebenarnya yang beriya sangat duk share dengan korang pasal MOSH ni bukan iolss ada syer pun dengan butik ni. Korang jangan salah faham pulak tau sebab POPSCARF hanya sebagai inhouse brand of MOSH sahaja. Tapi disebabkan ownernya adalah kawan baik saya masa sekolah rendah dulu-dulu, itu yang excited terlebih plus memang akan support biz dia 200% lah! Btw, sebelum terlupa Farah iniatite MOSH ni bersama biz partner dia, Safzan namanya.

Memang kita sedia maklum, butik yang berkonsepkan vendor ni tengah "in trending" sekarang ni. Ada pro and cons sebenarnya. Tapi kalau kita ni berjenis biznes minded, memang kerana berani menghadapi segala risiko dan cabaran dalam dunia perniagaan ni.

Butik berkonsepkan vendor ni sebenarnya banyak memberi keuntungan kepada dua-dua pihak antara owner butik dan penyewa tapak. Tapi syaratnya dua-dua pihak perlu main peranan masing-masing especially dalam soal marketing. Kalau harap sebelah pihak je, memang rugi especially penyewa la sebab kita sewa tapak tu bayar bulan-bulan kan.

Lokasi. Yup, lokasi adalah antara faktor yang paling penting kalau ada yang bercita-cita nak buka vendor butik macam ni. Produk yang ditawarkan oleh vendor-vendor pun penting jugak. Kena up to date, kalau tak memang susah nak tarik pelanggan datang ke butik.

MOSH memang betul-betul berada di kawasan tumpuan di Putrajaya especially bagi golongan kelas sederhana. Kalau korang pernah ke Putrajaya ni, memang tak ada tempat lain yang sesibuk Presint 15 Diplomatik ni berbanding dengan lokasi-lokasi lain yang majoriti di penuhi dengan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan. Sebab tu, saya memang support sangat Farah (owner MOSH) bila dia ada bagitau nak buka butik di P15 Diplomatik.

Saya dan Farah

Cabaran bila nak ke MOSH ni satu je. Rasanya pihak Perbadanan Putrajaya perlu cari alternatif untuk sediakan lebih banyak kawasan parkir. Agak mencabar nak cari parkir yang dekat dengan butik sebab boleh dikatakan kawasan ni memang sentiasa sesak sebab memang banyak kemudahan macam bank-bank, restoran, kedai aksesori kereta dan macam-macam lagi berada satu tempat di sini.

Saya doakan Farah berjaya dengan first baby dia ni. Insyallah mana yang terkurang sana sini boleh diperbaiki dari semasa ke semasa. Butik dia pun cantik je, konsep kombinasi warna kuning dan biru. Masuk tu mood ceria je rasa eksaited nak membeli. Hehehe


Monday, November 3, 2014

Pembukaan Butik MOSH (Ministry Of ShopaHolic)

Alhamdulillah,

Butik MOSH telah mula beroperasi pada hari Sabtu lepas. Sambutan untuk hari pertama amat menggalakkan walaupun hujan pagi tu. So, orang ramai start datang sebelah tengah hari ke petang. Kitorang yang plan nak lepak sampai tengah hari pun terpaksa extend ke petang sebab kawan-kawan especially yang tinggal sekitar Putrajaya, Bangi dan Serdang turut datang memeriahkan Soft Launch Butik MOSH pada hari tersebut.

Tak banyak pun gambar yang snap hari tu sebab duk busy layan customer and kawan-kawan. Ada juga silent reader blog saya ni datang. Ya Allah, appreciate sangat dengan sokongan uolss tau. Walaupun blog ni dah lama membisu, tapi saya tak sangka masih ada yang rajin singgah ke sini. Terima kasih kepada sis Suriati especially, datang butik beli macam-macam produk. Kalau sis baca ni, anggaplah ini penghargaan saya untuk sis ye. Sis juga pernah order Sufi Cilik dengan saya. Terima kasih atas sokongan sis. 

Apapun, saya mewakili owner MOSH nak mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir. So, lepas ni korang dah ada option lain kalau nak shopping ke Putrajaya ni ye selain nak membeli belah di Alamanda Putrajaya. MOSH juga mengalu-alukan sebarang pandangan daripada korang untuk tambah baik mana yang terkurang.





Operation Hours:

Weekdays : 11.00 am - 9.00 pm
Weekends ; 10.00 am - 9.00 pm

CLOSED EVERY TUESDAY

Location:
 Presint 15 Diplomatik, Putrajaya

Landmark:
Opposite MYDIN
1st Floor (above SNOGURT)

Korang nanti tunggu tau Grand Opening nya dijangka hujung bulan November!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...