Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Monday, February 6, 2017

HARROGATE SULPHUR SOAP

Harrogate Sulphur Soap ni mula diperkenalkan secara aktif oleh one of instafamous, merangkap PTD mates, Tema Omar. Bila tengok kulit dia depan-depan memang cantik dan sihat, aku mula la nak menjalankan aktiviti percubaan buat kali yang ke-300 menukar skin care. Hahaha

Memang sejenis tak boleh nak konsisten nak guna and loyal dengan satu skincare nak wat camne. Kena redha lah ye kalau once ko pakai any skincare, muka ko tumbuh bijih-bijih timah degil yang sangat sukar nak tenggelam kembali.

Sabun ni diproses khas daripada UK, memang diperbuat daripada sulfur. Ala..sulfur tu yang bau busuk macam karbon surat kabo tu. So korang kena hadam la kalau muka ko bau dia sama dengan surat kabo tau. Yang penting kesannya helokkk! Bahaha

Aku dah guna hampir seminggu. So far, memang rasa perubahannya. Bijih timah degil kat atas dahi dah makin menipis dan kian tenggelam. Tona kulit makin sekata. Sabun ni jugak aku perasan sejenis yang tidak menegangkan kulit after cuci muka tu. Dah banyak aku guna cleanser yang bentuk sabun ni menegangkan kulit dan aku rasa tak berapa selesa. Tapi dengan Harrogate Sulphur Soap ni memang korang akan rasa kesannya dalam masa 24 jam!

Ada 4 warna tapi fungsinya semua sama. Aku of course amik kaler biru, spring water namanya. Tak tahu la kenapa sejak aku pakai HSS ni memang gemor dan rajin sangat nak mencuci muka tau! Maybe sebab kesan nya korang boleh nampak terus kot. Tak payah tunggu seminggu or 3 bulan pun. Yang pasti kena la konsisten!

Pandangan aku nak jaga muka ni senang je. Kena rajin cuci, pakai toner & mositurizer. Aku ni memang suka mekap, memang sangat amat jarang kalau tidur tanpa cuci dulu mekap. Cuma aku memang suka carik nahas sebab suka tukar skincare. Aku harap dapat istiqomah la dengan Harrogate Sulphur Soap ni. #prayformeplease 

So, apa yang menarik dengan HSS ni? Jom baca!

 

 
The Uk's leading sulphur soap from The Harrogate Sulphur Soap Company has been specifically formulated to care for problem skin. All our Soap Bars contain sulphur and hand drawn water from Harrogate Spa to help cleanse the skin with an antibacterial action, and vitamin E to protect and moisturise.

Harrogate Sulphur Soap specialise in a specially formulated sulphur soap range that cares for your skin, especially those prone to Psoriasis, Eczema, Acne and other skin conditions

All of our products contain Sulphur and Spring Water from Harrogate's famous spa.

  • Vitamin E – keeps you looking younger as it retards cellular ageing due to oxidation.
  • NONE of our products contain coal tar.
  • NONE of our products have been tested on animals.
  • Suitable for all the family and all skin types
  • 'Original' product range comprises; The Original, English Garden, Victorian Rose & Spring Water.
Kalau berminat nak cuba, korang boleh order/dm via instagram @temaomar ye!

Friday, February 3, 2017

KISAH ANAK: MUHAMMAD HABIL AKHYAR

Ragam anak kedua dengan anak pertama memang berbeza. Cabaran dia pun berbeza. Raut wajah pun tak sama. Yang sama yang betul-betul aku pasti setakat hari ni adalah jantina dia je. Memang anak lelaki. Bahahha

Bila orang tanya je nama penuh Adik ni apa...mesti orang cakap uiiii sedapnya nama dia. Alhamdulillah..terima kasih la pada yang cakap sedap tu. Sebab salah satu kriteria pemilihan nama anak-anak aku ni, selain daripada mempunyai maksud yang baik, aku nak huruf pangkalan nya sama je konsisten, plus nak ada keunikan sendiri. Mengada sangat mak dia kan. Kahh

Disebabkan 6 tahun lepas nama abang ada timbul sedikit kontroversi, adik juga tak kurang terpalit sama. Orang yang tegur ni pun orang yang sama. Kalau dulu, nama abang di katanya terlalu berat. Bila nama berat, akan bagi kesan kat anak katenye. Anak kerap sakit la, anak susah nak jage lah, eh macam-macam la orang tu duk ceramah kat aku.

Bila dah nama abang jadi isu, so kalau boleh aku taknak la berbunyi lagi mende yang sama. Aku pun amik inisiatif mohon pandangan dari seorang sahabat aku ni yang mempunyai sahabat di Mesir yang arif tentang nama dan maksud dalam Bahasa Arab.

Alhamdulillah, katanya gabungan Habil Akhyar ini sangat baik. Kerana Habil diambil atas nama anak Nabi Adam yang karekternya sangat baik dan Akhyar pula maksudnya Yang Terbaik. Bila dah dapat pendapat macam ni, aku memang terus la tekad nak letak nama ini.

Rupanya orang tu komplennn lagi oiiii..Bahahaha..aku masa dia komen tu memang rasa nak gelak. Dia kata nama ni baik sangat..lembut sangat..nanti ditindas,..kena buli and the list goes on...erk!

Bila dia dah sound macam tu, ko ghaser aku ni penyabar sangat ke nak telan je. Hopkosss lah aku sound balik. "Uncle ni semua tak kena, dulu anak first saya uncle komplen gak..ni yg second pun tak kena jugakk..". Then dia sengeh lepas tu terus diam terus tukar topik lain. Kahkah..sory uncle..takda niat nak biadap tau..sebab uncle yang biadap dulu. Ching!

So, kesimpulannya..tak payah heran sangat la apa orang nak cakap. Apa yang penting kita tahu apa kehendak dan niat kita cukuplah. Kalau nak dengar cakap orang pun, biar lah yang arif dengan ilmu yang berkaitan. Kalau dah ada orang yang annoying macam ni, selagi boleh diam kita diam. Tapi aku nasihatkan jangan diam. Kena bagi sikit sedebik untuk dia pulak kita bagi diam. Bahahha

Berbalik dengan kisah adik. Adik ni sangatlah mudah nak dijaga. Berbeza dengan Abang mase kecik-kecik dulu. Adik suka buat hal sendiri, abang pulak nak kena ada orang dekat dengan dia. Adik muka sangat lembut sampai ramai la konpius ingat adik ni girl. Umi dah pakai kan cap pun still org ingat girl. Abang pulak dalam perut lagi muka dah meruk garang. Kening nak berkerut je, hihii. Adik pulak suka senyum, sengeh macam kerang busuk. Tapi jangan ingat adik muka lembut rela dipijak okeshh.. Adik ni garang ya ampunnn..beza dengan abang..muka lembut dan rela digomol..

Nak membesarkan adik lebih banyak diuji berbanding abang. Adik kerap tak sihat, pernah kena admit ward due to bronco pneumonia. Lama sangat adik tak sihat sampai ummi rasa tak caye adik dah setahun. Dah elok adik masuk setahun adik kena HFMD pulak, berjangkit kat taska. Dugaan nak membesarkan anak kan? Memang kena kuatkan semangat!

Adik dah wean off tau! Huwaaa sedihhh sangat tapi apakan daya demi keselamatan dan kesihatan ummi dan adik. Stok ebm adik pun banyak lagi. Ada terlalu kerap menggigit sampai ada one time tu adik gigit sampai terkoyak cikN ummi. Sakit tu sampai dengan otomatik ummi tercekik peha gebu adik sekuat hati. Adik meraung menangis, puas pujuk mesti dia tolak tanda protes! Huh.

Ummi masih cuba jaya nak direct feed adik, tapi tiap kali suakan cikB mesti dia gigit sambil kerang menyengeh. Lepas tu dia memang tak nak latch dah. Tak apelah dik, ummi redha..sekurang-kurangnya Allah bagi peluang ummi merasakan nikmat menyusukan adik selama 1 tahun. 

Adik dah nak masuk 1 tahun 1 bulan. Tapi masih belum dapat hidayah nak berjalan. Geram tau..sebab kita ajar dia tateh, dia sengaja lembikkan lutut dia nak duduk. So, aku malas nak stres sangat, sebab si abang dulu pun berjalan umur 1 tahun 3 bulan. Adakah adik ingin menambah satu lagi persamaan dengan abang selain jantina lelaki?

Kita tunggu ye!
Jom kita layan gambar adik..








Thursday, February 2, 2017

KISAH ANAK : MUHAMMAD HADIF AKHTAR

Pejam celik pejam celik Abang dah nak masuk 6 tahun bulan Februari ni. Sekejap betul masa berlalu. Alhamdulillah syukur. Tahun ini juga tahun ke-3 Abang bersama Little Caliphs. Setakat hari ini, ummi teramat sangat berpuas hati dengan perkembangan dan pembelajaran Abang di Little Caliphs. Tahun lepas adalah penentu untuk Abang menduduki kelas biasa atau dipilih ke Kelas Pra-Tahfiz. Berbekalkan semangat ketekunan Abang di dalam kelas, alhamdulillah abang mendapat tempat pertama di dalam kelasnya dan secara tidak langsung telah dipilih ke kelas Pra-Tahfiz.

Kelas Pra-Tahfiz ini lebih menfokuskan silibus yang lebih kurang sama dengan silibus Darjah 1. Ia juga lebih menekankan kepada subjek Sains dan juga hubungkaitnya dengan Islam. So far, aku berpuas hati dengan modul-modul program LC ni. Walaupun bahasa pengantaranya tidak terlalu menekankan kepada Bahasa Inggeris seperti montessari lain seperti CIC, Genius Aulad, Brainy Bunch dan etc...aku tak kisah sangat pun sebab benda yang paling aku kisah adalah SOLAT.

Bukan mudah kita nak mendidik anak untuk Solat. Sedangkan kita yang dah makin meningkat usia ni pun masih terkial-kial nak solat, apatah lagi anak-anak kecil kan. Paling kita takut, bila masa kita lebih banyak habis di pejabat. Untuk ibu yang berkerja makan gaji macam aku la. Kalau yang surirumah atau WAHM tu, insyallah masih boleh curik-curik masa nak selit mengajar anak-anak.

Aku sangat-sangat percaya bahawa SOLAT itu adalah punca segala macam tindak tanduk kita. Sebab tu masa memula aku nak hantar Abang ke LC masa umur dia 4 tahun tu, aku memang bersungguh nak yakinkan suami dan empunya diri tu. Sebab apa? Sebab sangat teruja bila dalam iklan kat bunting tu tulis "Anak-anak pandai solat seawal umur 4 tahun". 

Dulu aku pernah share dengan korang kan dari dulu lagi aku subscribe email kak Lina Karim. Siapa Lina Karim ni? Beliau adalah Pengasas Islamic Parenting Network. Korang google pun mesti akan muncul nya info pasal beliau.

Dalam beberapa artikel kak Lina ada disebut bahawa asas pembelajaran kanak-kanak perlu dimulai dengan mengenal Allah dan Al-Quran. Kalau anak-anak sudah diterap dengan awal ilmu Quran, insyallah ilmu-ilmu lain seperti membaca, mengeja, mengira tu akan dipermudahkan. So, jangan korang panik kalau anak korang lambat membaca dan sebagainya. Mulakan dengan kenalkan dengan kalam Allah, insyallah semuanya akan berjalan dengan lancar.

Banyak juga tips yang dikongsi Kak Lina aku cuba pada Abang. Betul..Memang betul berjaya, dan dengan izin Allah juga. Korang bayangkan lah baru 2 minggu Abang berada di LC, dia dah mampu membaca semua bacaan dalam solat, berserta tertibnya. Ibu mana yang tidak menangis gembira kan? Alhamdulillah KPI ummi berjaya nak abang pandai solat seawal umur 4 tahun.

Bila masuk 5 tahun, penekanan lebih serius sikit dengan hafazan surah-surah yang terkandung di dalam Juz 30, Juz Amma. Aku jadikan rutin setiap malam sebelum tidur untuk dia hafazan dan cuba baca surah baru yang dipelajari. 

Sekarang dah nak masuk 6 tahun. Abang dah makin matang. Dah lebih berdikari. Kalau suruh solat, dah boleh solat sendiri. Tak perlu nak kena pantau macam umur  4 5 tahun lepas. Cuma kadang-kadang aku spot check gak time tengah solat tu. Sebab kadang tu baru je aku suruh pi solat, tibe tak sampai seminit dah siap. Bahahha..mengelat oi!

Bila kantoi macam tu aku selalu la ingat kan dia, "Abang ni kena bersyukur tau..kenapa abang solat laju-laju..kenapa tak baca betul-betul..orang lain umur 30 tahun pun nak solat tapi ada yang tak tahu nak baca apa..abang semua dah tahu tapi abang ngelat..tak boleh macam tu..Ummi tak nampak, tapi abang kena ingat Allah nampak apa yang abang buat". Ok, insap la kejap dia kan. Hahaha

Pada aku benda ni biasa. Anak-anak ni kena sentiasa diingatkan berulang kali. Nak-nak anak lelaki. Memang kena cakap sampai kita sendiri pun boleh jadi bosan dan penat nak ulang. Tapi itu lah lumrah kehidupan kan. Tiada yang sempurna melainkan kita melengkapi antara satu sama lain.

Untuk tahun ni, kitorang decide untuk masukkan abang join team Akademi Bola Sepak. FIREBALL FOOTBALL CLUB namanya. Abang terpaling eksaited sangat nye punnnn. Masa nak tunggu hari kejadian nak daftar dia tu, seminggu sebelum tu dia dah countdown sampai tak berapa lena lah nak tido. hahaha. serius..memang letih nak dengor dia countdown.

Abang adalah the one and only player yang umur 6 tahun. Yang lain tu sume abang-abang sangat. Paling ramai budak umur 10-12 tahun. Masa first time tengok abang bergaul tu, aku menangiss wehhhh.. Ya Allah rasa macam mana tah, konfius aku ni happy ke sedih. Husband aku pulak yang nak kena tenangkan aku. Hilang konsentrasi dia nak tengok abang training. Aku usha dari jauh je. Tak buleh weyy nak tengok dekat2 nape tah aku drama sangat time tu.

Perasaan aku bercampur baur sebenarnya. Entah boleh ke dia mingle dengan abang-abang tu. Dah besor anak aku. Training tu pulak memang serius macam tengok dalam tv tu. Pandai ke anak aku ni? Hadoii berkecamuk jiwa tahuu..teruk betul emosi aku time tu hahahhaha

Bila dah habis training, ada sorang abang indian boy ni datang. Dia terus cakap, "Adik ni sepak padu..tadi dia score 2 gol!..hebat adik ni kecik lagi pun pandai shoot bola..".

Ko waserr apa aku buat? Huwaaaaa....masuk keta nangis sensorang lagi..hahahahha..bongok betui rasa diri sendiri hahaha..kejap je la aku nangis. Pastu kuar terus buat muka macho. Sambil gosok-gosok kepala abang dan melambung-lambung memuji abang. Hahaha
Tak sangka sebenarnya anak kita dah besar. Guane lah gaya kalo nanti anak kita nak kawin kan? Kalau dah pegi main bola pun dah bengkak hati macam ni..camne lah nanti nak duk asrama? duk universiti? duk obersi? huwawawaaaaa... nangis lagikkk
Kita yang mencorak kan hidup anak kita. Biar ikut acuan yang kita nak. Sifir aku mudah. Kalau anak kita pandai jaga solat..insyallah dia pandai jaga hubungan dengan manusia..aku macam tak berapa obses sangat nak anak aku boleh speaking berabuk macam anak-anak orang lain. Sebab pada aku benda tu semua datang kemudian. Apa yang penting adalah makanan jiwa dan rohani kita sebagai muslim. Al-Quran, Solat, Amal Jariah dan macam-macam lagi yang boleh kita terapkan. 
Insyallah semoga anak-anak kita dapat membesar dengan menjadi anak yang soleh!
 
Love you, abang!
 Abang dan teacher kesayangan, Teacher Hamiza. Now teacher dah tukar kerja ke Melaka..



 Masa pakai kasut ni pun aku dah sebak. Emosi tak berkesudahan mak ko ni..bahahaha

Belum start training pun abang dah ada fan tau..adik over tau!

Nak letak nama kat jersey ni pun isu gak. Coach kata ada sorang lagi nama hadif. So coach suh letak nama Akhtar. Sesungguh hati tak nakkkk..malu katenye? ko ghaser? Malu ok dengan nama sendiri. Sedap kot ummi kasi nama ni tawww..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...