Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Friday, December 4, 2015

37 weeks - Semoga Dipermudahkan

Pejam celik pejam celik dah 37 minggu usia kandungan kedua ku ni. Now dah mula dah rasa serba serbi tak kena. Nak duduk berdiri mengiring melentang semua rasa tak selesa. Hehe

Dulu masa ngandungkan Hadif serius aku dah lupa ada tak perasaan yang macam aku lalui sekarang. Tidur malam pun dah tak berapa lena. Nak berjalan dah mengah-mengah, tapi kalo nak ikutkan sekarang..berat badan pun tak berapa nak naik kalo nak bandingkan peknen kan abang dia dulu. Betul la kan orang cakap, setiap anak tu memang lain-lain pengalamannya.

Last week masa 36 weeks aku kena refer ke Hospital Putrajaya, untuk follow up MOD (method of delivery). Maklumlah, dulu macam-macam medical history kan. So, doktor kat Klinik Kesihatan ni pun memang tak boleh nak advise lebih-lebih. Katanya, pakar kat HPJ lebih pakar nak advise m.o.d nihh.

So, bila dah jumpa pakar kat HPJ tu, diorang duk study la kes aku dulu based on record dalam sistem tu. So memacam la jumpa kan, preterm baby, polyhidromnios, laparatomy scar and the list goes on lah. Then bila nurse panggil aku untuk refer dengan sorang doktor ni, aku pun macam debor jugak lah. Tapi memang awal-awal dah cakap kat husband, apa pun cara sama ada bersalin normal or czer, aku redha yang penting itu yang terbaik untuk aku dan baby dalam kandungan aku ni.

Tapi surprise jugak la bila doktor yang consult aku tu boleh tanya pulak aku, "Awak rasa awak boleh bersalin normal tak?"...Aku macam kelu jugak nak menjawab tuh..Patut kita yang patient ni duk tanya opinion dia..ini eh eh..awak pulak yang tanya kita..Tahu lah aku ni bukannya sabariah sangat kann. Aku macam spontan je jawab balik kat doktor tu, "Alamak..doktor tanya saya ke? Patut saya yang tanya doktor ni..". Kekonon dalam nada berseloroh la kan. Iye lah, kalau lah aku punya profesion ni doktor sakit puan, takyah la susah-susah aku mintak opinion dia. Iye dak?

So, bila dah aku cakap macam tu, dia terus refer kes aku ni kat bilik sebelah. Aku memang dah agak sebab doktor kat bilik sebelah tu memang doktor senior then aku pun memang pernah berurusan dengan doktor tu masa aku misscarriage bulan 2 hari tu. Lepas dah habis dia berdiskusi tu, then dia pun bagitahu tengok kan kandungan aku takda masalah, baby pun sihat, saiz pun tak besar sangat.  Kata doktor insyallah aku boleh bersalin normal. ALHAMDULILLAH SYUKUR! Cuma dia ada jugak cakap yang still ada implikasi kalau bersalin normal. Dengan keadaan perut aku yang pernah laparatomy ni, katanya maybe ada juga kebarangkalian dalam 1-2% jahitan lama akan berlaku koyakan.

Kalau ditakdirkan aku boleh bersalin normal, alangkah indahnya rasa. Dah lama nak rasa moment macam ni dan kalau betul aku bersalin normal, aku dapat pecahkan tradisi adik beradik yang lain, Along dan Angah aku memang anak-anak semua bersalin czer. Tapi kalau ditakdirkan Allah sebaliknya, aku terima dengan redha. Yang paling penting, adalah baby sihat, dan aku pun kena lah sihat nak jaga baby kan.

Syukur sangat-sangat. Mengandungkan anak kedua ni rasanya banyak wishlist yang aku nak buat dapat ditunaikan. Even masa time bulan Ramadhan tu gagal puasa penuh (atas nasihat doktor - anemia mommy), tapi syukur dapat jugak Khatam Quran. Dulu masa ngandungkan si hadif berjaya jugak khatam quran cuma ralat sebab tak berkesempatan nak baca surah-surah amalan semasa mengandung.

Bila pregnant kan adik abang ni, memang aku dah tanam niat awal-awal. Alhamdulillah dipermudahkan. Berjaya habiskan baca Surah-surah Amalan Semasa Mengandung (Surah Luqman, Surah Maryam, Surah Yusuf, Surah Al Hujarat, Surah At Taubah, Surah Ar Rahman dan Surah Al Waqiah). Surah Al Waqiah memang setiap minggu aku akan pastikan baca, paling tidak kalau tak boleh baca hari-hari, aku akan baca selang sehari. Sampai rasa macam tak tenang kalau tak baca sehari. Besar sungguh fadhilat surah Al waqiah ni (ada 96 ayat).

Selain daripada tu, aku juga mencuba gagahkan diri untuk bangun Solat sunat Tahajud. Even tak dapat nak bangun tetiap hari, aku akan pastikan sekali dalam seminggu tu aku akan bangun untuk tahajud. Sama juga dengan Solat Dhuha. Cuma kadang-kadang ada sedikit ralat sebab susah betul nak istiqomah dengan amalan-amalan sunat ni. Target nak Solat Taubat berjemaah dengan suami before bersalin ni, insyallah semoga dipermudahkan.

Pregnant kali ni rasa macam banyak sangat benda yang dipermudahkan. Paling rasa lega bila kandungan dalam rahim ni sihat walafiat. Even si ibu ni anemia tak menentu, syukur sesangat baby sihat, heartbeat normal, saiz semuanya normal. Cuma dugaan kali ni adalah kerja yang stress. Sungguh la tak tertahan emosi bila stress dengan kerja. Sebab tu juga aku ni balik kerja, penat cemaner pun mesti nak cari quran..nak baca tenangkan hati..secara tak langsung dapat juga tenangkan baby. 

Papepun, time cenggini memang tengah ready je nak bersalin. Nak kena study balik ilmu nak bersalin, ilmu nak berpantang, ilmu nak menyusukan baby sume. Serius memang jarak 4 tahun dengan abang dia ni, buat aku betul-betul lupa. Haha. 

Semoga segalanya dipermudahkan, insyallah. Ameen!!!



Friday, October 23, 2015

Bosan dengan trend Jubah? Inginkan kelainan? STELLA Maxi Long Cardigan mampu cipta keunikan!

Assalamualaikum semua!

Beginilah ragam kehidupan blog suam dan sendu. Kejap timbul kejap tenggelam, hihi..Dah cakap kan, akan rajin berblog bila ada kelapangan masa. Sikit pun tak pe janji bermanfaat untuk orang yang membaca.

Korang dah follow ke instagram @popscarf? 

Apa kata mana yang ada account instagram tu, sudi-sudi lah follow @popscarf ye. Kalau ikut nak compare dengan ig shop yang lain, serius cakap memang kami antara yang ketinggalan. Even dah start dengan online bisnes ni dah lama..since 2011 lagi, tapi bila tengok online shop yang seusia kami tu dah maju berjuta juta tapak ke depan, tidak la rasa iri hati...cuma rasa semakin hari semakin sayang bila dulu kami just berbisnes untuk suka-suka. Pernah tau rasa sales cecah RM10,000. Tapi tu la, kami tak le nak fokus sebab perlu beri keutamaan pada karier hakiki kami.

Mesti ramai yang tertanya, boleh ke kami kerja dalam masa yang sama buat part time. Ringkas nak cerita kat sini. Popscarf adalah perniagaan berdaftar di bawah SSM, dan untuk pengetahuan korang..kami hanya founder/ambassador kepada Popscarf sementara CEO nya adalah ibu saya, Sharifah Khatijah Syed Junid. So korang dah clear kan?

Bisnes ni pendek kata kena fokus dan serius. Lepas tu kena ada ilmu marketing. Sekarang pulak yang menjual macam sama ramai dengan yang membeli. Paling ramai yang menjual Shawl. Termasuk la kami. =)

Shawl atau tudung ni memang antara produk terlaris di pasaran. Harga pulak suka hati ikut kemampuan yang kita rasa nak beli. Jujur cakap, dulu kami masih ada ruang untuk memikirkan design shawl untuk dijual, tapi sekarang..tak sempat dan pesaingan terlalu sengit. Bukan sebab mengaku kalah, tapi kami nak cuba maju selangkah ke hadapan cuba menjual produk selain daripada shawl.

Mencari idea dan ilham ni makan bertahun tahun lamanya. Cuba fikir sesuatu yang lebih unik tetapi masih lagi praktikal untuk digayakan, juga dengan harga yang berpatutan setanding dengan kualiti.

Alhamdulillah, setelah mencapai kata sepakat bersama partner a.k.a sahabat baik saya, Mahanis (manes), kami bersetuju untuk cuba mengeluarkan produk pakaian iaitu Cardigan. Lebih unik lagi, kami keluarkan dengan saiz yang labuh persis seperti jubah atau dress.

STELLA, bererti "bintang". Harapan agar STELLA adalah permulaan yang baik dan mampu berkerlipan bersinar berada sama taraf bersama brand-brand hebat yang lain satu hari nanti. 

Apa yang pasti, STELLA membawa signature dan keunikan tersendiri. Kami inovasikan pakaian outer ini dengan kemasan getah di bahagian belakang untuk nampak lebih trendy tetapi tetap mengekalkan kesopanan.

First Batch STELLA didatangkan dengan 2 material yang berbeza. Satu daripada Como Crepe dan satu lagi daripada CHIFFON CREPE. Namun, kedua-dua ini adalah material bercorak dengan motif-motif yang berbeza! 

Semoga permulaan STELLA di industri fesyen Malaysia mendapat tempat di kalangan fashionista dan hijabista di luar sana.

Istimewa untuk Launching STELLA, kami menawarkan promosi PERCUMA postage, PERCUMA shawl, dan paling menarik...anda adalah pelanggan pertama yang akan menerima PERCUMA POPSCARF Mini Bag yang cukup praktikal!

JOM LAYAN KOLEKSI STELLA - Batch 01













Alhamdulillah, baru je launching semalam..a few design dah ada yang SOLD OUT and ada juga yang tinggal 1 helai sahaja. 

Berminat? To purchase please kindly whstapp me at 012-2243815.

Thank you girls!

Friday, October 9, 2015

Alhamdulillah, Hadif dah boleh solat sendiri dalam usia 4 tahun

Mana kengkawan yang follow ig/fb aku, mesti dah tahu cerita ni. Sebab si omak menggigil tahan perasaan sebak bila tengok momen indah tu. Lalu si omak pun cuba membuat rakaman secara tersembunyi di sebalik bantal sebab momen ni perlu di abadikan untuk tatapan si anak kelak besar nanti. Bukan untuk tatapan anak je, si omak jugee lah. hehe

Kadang-kadang timbul jugak rasa berbolak balik pasal duk hapdet perihal anak ni. Bila kita duk selalu hapdet, risau sesangat duk fikir macam kita sorang ada anak. Bebalik duk hapdet pasal anak. Riak, nak tunjuk anak ko sorang lah bagus, anak ko sorang lah pandai serba serbi. Pernah ada satu masa aku memang deactivate fb, sebab rasa macam banyak sangat anasir negatif. Memang la setakat yang aku tahu, takda yang pernah komen-komen negatif kat wall aku ni. Tapi aku lebih concern dengan benda yang aku tak tahu, benda yang aku agak orang akan cakap...haaa kira macam benda-benda busuk yang tak elok didengar lah.

Satu hari tu, aku dapat calling dari Angah aku, dia cakap kawan dia ada beli CD Sufi Cilik dengan aku dulu. Lepas tu kawan dia update kat FB, cakap terima kasih sangat kat aku sebab berkongsi manfaat sesama, anak dia umur 2 tahun dah hafal zikir dalam CD tu, lepas tu semua orang tanya beli kat mana...Dia buntu sebab dia takut nak bagi nombor aku, then cari FB aku pun dah takda. Masa tu aku dah rasa macam serba salah.

Atas nasihat dan dorongan husband aku, aku decide untuk reactivate FB. Husband aku pun cakap dia sunyi takda notification masuk dalam henfon dia. Dia rindu nak tengok aku update pasal Hadif, kalau dia outstation atleast dia boleh stalk FB aku scroll balik gambar kat wall aku. Maklum la husband memang bukan berjenis suka hapdet FB. Setahun sekali je dia update itupun nak wish besday si isteri. Hihi.

Then ada jugak satu masa, kat instagram pun aku macam malas nak hapdet sebab rasa macam perasaan berbolak balik tu lah. Asik bermonolog je. Entah ada orang meluat ke, menyampah ke. Walaupun aku setakat ni tak pernah bermusuh dengan orang, mana lah tahu ada musuh dalam selimut ke, luar selimut ke, sekarang ni zaman canggih zaman teknologi pulak tu, kita ni bukan tahu ada orang busuk hati dengki ke..nauzubillah mintak la dijauhkan..

Betul la bila orang selalu cakap niat tu membetulkan cara. Kalau niat kita ni ikhlas nak berkongsi untuk beri manfaat bersama, insyallah banyak lah orang dapat manfaat. Kalau niat dari awal tu kita nak tunjuk bagus, perasan hebat, nak jatuhkan maruah orang, memang buruk lah kita dapat. Pernah dapat satu whatsapp dari sorang kawan dalam ig ni. Dia ni takdala terlalu rapat dengan aku, dahla bujang anak dara belum kawen lagi, boleh dia whatsapp aku tu semata nak suh aku upload video hadif. Rindu katanya lama tak stalk video hadif. Dia kata bese kalo dia stress keje, tengok video Hadif tu sikit sebanyak dapat la tenang kan hati dia. Aku time tu rasa macam...tersenyum je, sebab tak tau nak respon apa. Cuma cakap thank u sesangat kat dia sebab ada jugak penyebab yang meyakinkan aku untuk terus berkongsi benda yang bermanfaat untuk orang lain.

Eh panjang sangat intro ko kemn..ni kalo esei ni pepanjang intro buat penat je, 2 markah je dapat. hehehe

ok..back to tajuk entri...

Tanggal 7 Oktober 2015, yakni hari Rabu baru-baru ni..satu momen indah dan paling indah telah tercatat dalam sejarah hidup aku selama 30 tahun dan 5 tahun hidup melayari alam rumahtangga juga 4 tahun bergelar seorang ummi.

Sekarang ni kan aku dalam tempoh mengajar Hadif berdikari. Ajar dia untuk buat semua benda sendiri especially dari segi persiapan diri. Ajar dia mandi, gosok gigi, sabun, pakai baju, sikat bedak semua sendiri, sampai la towel pun sidai sendiri. tapiiiiii...ada tapi lah...dia request satu je. Dia boleh buat semua tu, dengan syarat aku kena teman kan dia.. Penakut budak abang ni ya robbi...

Sesambil tunggu dia uruskan diri, aku baring lah atas katil..letih baru balik dari kerja..then still drive sendiri lagi even dah sarat ni..perjalanan pun memang jauh..dah duk baring-baring tu. aku macam terlelap kejap...Tapi dalam duk nak melayan mata ngantuk tu, tiba-tiba sayup-sayup dengar ada suara baca al fatihah dekat je dengan telinga aku ni...Sekali bila aku celik mata, aku tengok Abang solat maghrib sendiri! Allahu Akhbar! Perasaan pada masa tu tak tahu nak cakap macam mana!

Sesambil tu aku usha gak, betul ke kiblat dia ni. Tengok memang betul, dia halakan sejadah tu mengiri sikit, sebab kalo kitorang semayang jemaah bertiga, abang la yang akan bentangkan sejadah untuk kami bertiga. Then ada masa dia rajin, dia akan qomat dan pimpin bacaan doa selepas solat.

Aku masa tu berlakon la buat-buat macam tidur. Padahal dia tak tahu aku duk tengah rakam momen dia tengah solat tu. Aku duk cover lah dengan bantal. Memang dia tak perasan langsung..sampailahhh habis dia bagi salam, baru dia perasan..Lepas tu dia senyummmm..hihi

Syukur syukur sesangat tak terhingga rasanya. Ya Allah, cepat betul Kau makbulkan doa aku. Serius memang aku tak pernah jangka yang Hadif mampu solat seorang diri dalam usia seawal 4 tahun ni. Aku memang pernah la niat, nak suruh hadif belajar solat sendiri bila umur dia 7 tahun nanti. Itu yang aku tak sangka bila tengok momen tu, rasa macam dah besar sangat anak ummi sorang ni...sobs sobs..

Last week pun dia ada buat kejutan jugak sebenarnya. After kitorang selesai solat jemaah Maghrib, tiba-tiba dia bangun. Husband aku tengah baca doa. Pastu aku duk tengok dia semayang..Aikkk..semayang apa lagi ni..dia masbu' ke tadi, rasa macam tak..Tapi aku diam jela..tunggu sampai dia habis solat baru nak tanya..Dah sudah dia solat tu aku tanya la, "Abang..abang buat apa ni..kenapa solat lagi?"...pastu selamba dia jawab, "Solat Sunat, ummi....". 

Terkedu jugak lah.. *____*

Kesimpulannnya, never under estimate kemampuan anak kita. Dia boleh buat jauhhh lebih baik dari kita. Yang penting kita perlu tunjuk contoh yang baik dan sentiasa tak jemu-jemu bagi dorongan pada dia. 

Bonus untuk Hadif sebab dia selalu dipilih untuk mengimamkan rakan-rakan seusia dia di Little Caliph. Aku rasa dia mungkin dapat keyakinan tu dari situ. Jujur memang aku cakap, aku dan husband tak pernah paksa untuk dia buat. Kami cuma bagi galakan and jadikan setiap benda yang kita nak ajar tu sebagai satu keseronokan. Contoh, macam husband ajak dia pegi solat jemaah di surau. Surau dekat dengan rumah, dia boleh la kayuh beskal nak ke sana. Pastu husband selalu pancing lah, after solat nanti ajak lumba sapa sampai rumah dulu. Opkos lah kena bagi dia menang kan, tapi ada masa husband aku suka gak menyakat. Kalo sampai rumah tu dia meraung, aku tahu dah mesti sebab husband aku sampai rumah dulu dari dia, hihihi...

Ha gitu lah lebih kurang sedikit perkongsian. Tujuan nak berkongsi jauh sekali nak tunjuk bagus. Aku harap takda la yang salah tafsir ye. Sebenarnya aku tulis ni untuk memudahkan baca balik kisah-kisah aku membesarkan anak. Sedikit sebanyak dapat berkongsi pada ibu di luar sana yang buntu nak mendidik anak macam mana. Mungkin ia berguna juga pada bakal-bakal ibu yang sedang mengumpul ilmu parenting. 

Apa yang pasti, dalam dunia parenting ni tiada yang mustahil. Teruskan lah jadikan anak sebagai bahan eksperimen kita. Sementara anak kita belum kenal erti sebenar duniawi, salutilah dia dengan ilmu ukhrawi. Tak bererti yang kita ni tak mampu didik anak berteraskan agama walaupun kita ni sangat daif dengan ilmu agama. Terus terang aku cakap yang aku bukan berlatarbelakangkan keluarga yang terlalu menekankan bab-bab agama. Alhamdulillah setakat hari ini, berkat ilmu serta tak lupa juga dorongan suami sebagai pasangan hidup kita, semua eksperimen yang aku cuba untuk anak aku hasilnya adalah luar daripada jangkaan aku. 

Aku harap perkembangan yang cukup bermakna untuk aku dan suami ini, akan terus konsisten, insyallah. Tak expect pun Hadif akan solat sendiri hari-hari lepas pada ni, tapi sekurang-kurangnya ini dah boleh dijadikan sebagai satu benchmark yang dia mampu lakukan yang terbaik. Umur pun baru 4 tahun, memang dalam kepala duk ligat nak main...and explore benda baru. So, kita tak boleh nak upset kalau ada satu masa dia nampak macam mula bosan dengan rutin yang perlu dia buat. Memang nature anak-anak macam ni, cepat bosan. Tapi kita jangan la pulak bosan kuasa dua, kita kena sentiasa ingatkan, dan jangan give up. Jangan jemu lah pendek kata...

Ummi dah standby projek eksperimen tahun depan ni, insyallah..semoga Allah permudahkan..


Doakan hadif jadi anak yang soleh ya...ameen...



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...