Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Monday, August 24, 2015

Tips & Tutorial Make Up Natural Dalam Masa 15 minit


Ok..hari ni terasa nak share dengan lebih terperinci sikit teknik-teknik solekan yang simple, cepat dan kekal sampai ke malam. haha..Ramai kawan-kawan selalu duk tanya berapa lama selalunya aku amik masa untuk menatarias muka gonjeng menjadi zasss persis puteri santubong. wakakaka..And brand apa yang diguna, camne nak lukis kening, camne nak nampak muka tembam jadik tirus. Itu semua boleh adjust dengan teknik helah ilusi optik ataupun dengan teknik-teknik mekap yang betul.

Dedulu pernah up entri Tips Make Up Ke Pejabat. Actually lebih kurang je, cuma kali ni sebab kategori solekan ni lebih sikit sebab aku nak share jugak teknik-teknik shading skit.

Tapi sebelum tu, aku nak up disclaimer la sesiap. Yes. tepat sekali..aku bukan lah Make Up Artist Professional. Sebab profesion aku jauhhhh sangat dengan MUA dan seangkatannya. Kerja aku hari-hari perlu berfikir..fikir...fikir dan fikir..Bukan kerja menata rias muka orang hari-hari. Tapi hari-hari menata rias muka sendiri. Hihi

Jadik..apa yang aku kongsikan disini adalah hasil daripada berguru dengan Profesional MUA, hasil daripada tutorial yang belambak di You Tube dan IG..dan hasil daripada kreativiti diri sendiri. Apa yang pasti...nak mekap cara 5 minit ada, 10 minit ada, 15 minit ada..2 - 3 jam punnnn ada...

Untuk sharing hari ni, aku rasa nak share teknik-teknik solekan yang dalam masa 15 minit pun dah boleh siap. Ye anak-anak...jangan terasa saiko disini. Korang kena apply la hari-hari kalau nak pastikan kpi 15 minit ni boleh achieve. Jangan la baru pestaim nak beli barang mekap, terus berharap ikut je tips ni muka korang boleh berubah menjadi puteri santubong..so, prinsip asas disini adalah..tolong rerajin lah menconteng muka sendiri..hihi

Teknik solekan ni biasanya aku apply bila nak keluar ke majlis keramaian. Maksudnya disini..bila ada event atau aktiviti yang agak formal. Tidak sama sekali lah hari-hari nak pi ofis aku rajin nak mekap macam ni. Gi opis kenkadang pakai cream and blusher then bedak malas pakai. Melainkan kat ofis ada event, baru la melaram lebih skit.



Ok, seperti gambarajah di atas..ini lah antara alat-alat kelengkapan yang selalu aku gunakan. Ini semua yang asas sahaja. Tapi before nak huraikan peranan satu-satu entiti di atas tu, nak ingatkan kat korang...Jangan teruihhh tepek mekap atas muka polos uolss..Make sure, cuci bersih sesuci murni..lap kering..sapukan toner dan moisturizer..Ini terpentinggg...Jangan lupa sebab ini lah yang basic. Sebab tu ada orang komplen tak suka pakai mekap sebab takut muka jerawat la naik allergic la apa la. Pastu duk salahkan produk kosmetik. Korang kalau pakai brand dior or chanel sekalipun, tapi tak pakai yang basic toner/moisturizer, memang satu pembaziran alam je okess..

Lagi satu nak share pasal produk kosmetik. Ada la orang tu..geli nak masuk watson, nak beli brand silkygirl. Ada jugak langsung tak jejak kaki ke Elianto. Barang-barang sampai ke berus semua brand high end. Yang sebenarnya, brand ni pada aku tak mencerminkan pun muka ko akan berubah seperti Angelina Jolie atau pun Kate Moss. Pakailah apa pun brand kegemaran korang. And kalau tanya aku..pada yang baru nak berjinak-jinak main mekap-mekap ni...memadai korang beli je brand Elianto atau apa-apa brand la yang korang rasa berbaloi untuk nak main testing-testing. Tapi tolong la jauhkan beli cap tiruan ye. Gred B ke Gred AA ke..please try to avoid it.

Apa yang korang perlukan untuk mekap dengan hasil 15 minit? Ok marilah aku huraikan apa yang aku pakai seperti gambar di atas tu ok!

- BB Cream by Farmasi
- Compact Powder by Loreal
- Concealer by MAC
- Eyeshadow pallete by Elizabeth Arden
- Cream Blusher by Inglot
- Compact Blusher by Inglot
- Shimmering pallete by Bobbi Brown
- Eyebrow liner by Queen (kaler oren)
- Liquid Eyeliner by Maybelline
- Brown Eyeliner by Silkygirl
- Foundation Sponge (kaler pink)
- Brush set


1. BB Cream
Harap maaf time tengah rajin nak tunjuk cara-cara ni..naik satu jerawat tunggal besor godang sampai tersembul kat dahi tu. hihi. Apa yang korang kena buat lepas dah sapukan toner and mositurizer di muka...Pertama tamanya..oleskan la BB Cream di seluruh wajah anda. Nak mudah letak di Tzone, Vzone and Czone. Gunakan foundation sponge macam yang aku tunjuk tu and dap kan hingga rata seluruh wajah. Lepas ni nak apply concealer pun boleh if korang rajin nak cover cela-cela dan eyebag yg umpama makhluk parasit bagi para-para ibu..Aku biasanya malas nak tepek concealer..saja suka nak tayang eyebag..hihii

2. Cream Blusher
Kemudian, aku pakai cream blusher dulu before nak pakai compact or loose powder. Aku suka pakai cream blush Inglot code 84. Calitkan sedikit cream blush tu and oleskan di kawasan tulang rahang/pipi. Bermula dari bawah ke atas, tengok gambar atas kanan tu. Then ratakan dengan sponge tadi.

3. Compact/Loose Powder
Kalau rajin pakai la dedua. Kalau kureng rajin, pakai la salah satu. Kalau korang naka pakai dedua..make sure pakai loose powder dulu then baru compact powder k. Aku suka ratakan guna brush. Tak suka pakai sponge sebab kalo guna brush ni ketebalan tu kurang sikit daripada pakai sponge. Ikut korang mana yang korang selesa k. Untuk event biasa aku suka pakai brand Loreal true match code N4 Nude Beige. Make sure ye compact powder tu pilih ikut tona kulit korang. Or elsem konsep nya macam ni. Kalau korang punya foundation kaler gelap, blend kan dengan tone powder yang cerah. Kalau foundation korang cerah, blend kan dengan tone powder yang gelap skit. Jangan guna dua-dua tone yang sama, kalo tidak..awas..mungkin muka korang akan bertukor menjadi macam opera cina atau dayang senandung..hihi

4. Shimmer Brick Compact
Ok, ini adalah multi function sangat. Aku suka pakai Bobbi Brown kaler bronze. Dalam tu memang ada banyak layer tone. Tapi semua kaler earth/nude. Benda alah ni korang boleh jadikan jugak sebagai highlight untuk tujuan shading. Boleh juga pakai sebagai eyeshadow and paling utama tujuan nya nak kasi nampak muka korang glowing. Kengkonon dari jauh macam flawless sangat tu. heheh..kan aku cakap mekap ini semua ilusi...hihi

5. Eyshadow
Shimmer compact ni kan aku cakap boleh buat eyeshadow juge. Untuk eyeshadow ni kalo rajin aku pakai brush, kalau nak cepat sepantas kilat zass pakai jari pun boleh. Tips nak kekalkan eyeshadow ni maintain je tak tertelan dek peluh. Make sure masa korang pakai BB Cream and powder tu sapu kan sekali di kawasan mata. Memang akan kekal lama lah eyeshadow korang tu k. Aku suka pakai kaler yang nude je, nampak lebih natural.

6. Shading
Masih menggunakan alat yang sama yakni shimmer compact. Dah alang-alang pakai kat mata..korang boleh pakai untuk nak buat shading hidung. Ini kohnon untuk nampak ilusi hidung ko mancuangg. Ada kan yang hidung kurang terserlah tu, boleh la guna teknik shading ni. Senang je..aku guna jari je..Tepek kan skit dari atas ke bawah..Buat sebelah dulu, then dah siap buat sebelah lagi. And last korang blend tau.Jangan tinggal macam tu plak, nanti orang heran tengok apsal pakai eyeshadow sampai ke hidung ni...hihi

7. Eyeliner
Ini aku pakai brand Maybelline je. Senang je caranya kalau taknak garisan tu bengkang bengkok, korang tarik kan hujung mata untuk kasi tegang skit then lukiskan dari dalam ke luar. Terpulang nak pakai tebal or nipis. Kalo rasa nak nampak mata bulat macam Pretty Zinta, pakai ler tebal skit. Kalau nak sekadar biasa-biasa je, pakai la asal pakai je. Make sure pakai tu biar nampak kemas okes.


8. Soket/Light Smokey Eyes
Ini nak bagi nampak mata lagi dramatik kohnonnye. Soket Eyes ni senang jugak nak buat. Aku suka pakai EA ni. Dalam tu ada kaler dark brown. Amik brush yang kecik skit, nak senang pakai eyebrow brush yang bentuk tirus tu. Oleskan di bahagian hujung then bawak ke atas kawasan tulang mata. Then blend kan..Konsep disini sume benda korang pakai make sure blend kan supaya nampak natural. Okes.

9. Brown Eyeliner
Ini untuk korang pakai dibahagian bawah mata. Kalau ikut cara aku, aku suka pakai separuh je..jarang aku pakai penuh sampai ke hujung..Then aku suka pakai kaler brown. Caranya korang just lukiskan dari hujung luar mata bahagian bawah tu. Pakainya tebal kan skit dihujung then bawak ke tengah dengan nipiskan kan skit. Then korang blend guna eyeliner brush. Blend ok!

10. Lukis Kening / Eyebrow Liner
Seeloknya pakai la kaler brown. Melainkan korang punya tahap konpiden tu sama taraf dengan minah arab, then pakai la kaler hitam. Tapi aku memang serammm nak pakai kaler hitam. Aku ni muka jenis garang, ketat sikit nak senyum. Kalo pakai kaler hitam..mahu menangis bertempiaran orang tengok aku kot. haha.

Part kening ni memang soklan fevret daripada member-member. Camne ek nak lukis kening tak nampak macam kening sinchan. hihi.. Untuk kening ni ramai yang cakap susah nak cover bulu-bulu lebihan kat bawah kening. So, kalau MUA biasanya akan cover dengan menggunakan teknik gam. Korang bleh google je camne nak guna teknik gam tu sebabnya aku kalau make up kan pengantin or customer memang tak berminat nak guna teknik gam. Biasanya aku akan cover bulu-bulu halus tu dengan concealer je, lebih nampak natural. So, macam mana caranya?

a- Memula ratakan bulu-bulu halus tu dengan concealer. Dap kan sehingga nampak rata dan pastikan betul-betul kering.
b- Kemudian, mula la melukis. Lukis kening tu bermula dari kening depan (tebal) ke kening hujung (nipis) macam gambar atas kanan ni . Kemudian, lukis garisan dibahagian bawah, bukan terus lukis gelapkan di bahagian tengah tu tau. Rujuk gambar atas ni. Bila dah lukis tu akan jadi macam gambar atas ni kiri no.2. Then tahap kepanjangan kening yang korang nak lukis tu boleh korang ukur dengan pensel kening. 
c-Then baru masuk sesi blending. Time ni korang guna berus kening (bentuk tirus). Boleh la nak campur dengan kaler dark brown skit. Time ni jugak la baru korang blend kan di bahagian tengah kening tu hingga la ke hujung. Jangan lupa kemaskan juga bahagian atas tu dengan brush. Rujuk gambar atas ni no.2 kanan.   Ok Siap! Hasilnya macam gambar bawah..

11. Mascara
Untuk part ni, aku sangat-sangat lah jarang pakai. Memang dari dulu aku memang tak suka pakai mascara tak tahu lah nape. Maybe aku rasa lambat nak cuci bila time solat. Biasanya aku akan skip pakai mascara. Melainkan kalo time aku off day, aku rajin la pakai masacara. huhu..

11. Blusher
Setel bab kening, touch up skit dengan compact blush and shimmering tadi. Kasi fokus skit pada tulang pipi.

12.  Lipstik
Then baru la pakai lipstik. Aku pakai color nude/biege je. Kenkadang pakai kaler soft pink. And jarang-jarang ikut mood baru pakai color yang memancor-mancor. hihi..kalau kaler yang strong skit ni aku suka pakai matte Fuschia pink. Tapi most of koleksi lipstik macam senada je sume la kaler beige..hihi

Ok, dah siap!
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
..


Ni masa ada jamuan hari raya kat opis. my fav lipstik by Shuemura
lipstik yang jarang pakai - Matte fuschia pink by Elianto


Selamat Mencuba ye!

3 yang mengekspresikan diri:

Mommy's Diary of Life said...

yeay. post yang dinantikan!! tq kak

ietams said...

wah lawa!
makeup tapi Nampak natural je

Unknown said...

Fuhhhh.. nak kena belajar ni.. teringin nak melawa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...