Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah sebab
memberi peluang kepada aku untuk merasai nikmat bersalin secara normal buat
pertama kali. Hari ini baru berkesempatan nak kongsikan kepada mana yang
bertanya pengalaman atau tips yang aku amalkan untuk membolehkan aku bersalin
VBAC.
Tak terucap sebenarnya bila mana doktor maklumkan
bahawasanya aku boleh bersalin secara normal untuk cahaya mata kedua yang
sedang sihat membesar di depan mata aku ni. Bukan mudah, dan tidakla sesukar
yang kita bayangkan. Yang pasti ia tidak mustahil.
Pada korang yang tak tahu, sebelum aku bersalin
czer semasa lahirkan si abang Hadif 5 tahun lepas, aku pernah menjalani major
operation akibat komplikasi di bahagian usus.abdomen. Berikutan daripada
komplikasi yang berlaku semasa pembedahan tersebut, perut aku di potong secara
vertical (menegak) sepanjang 2 jengkal (30 cm) dan ini la faktor utama yang
menyebabkan aku terpaksa bersalin czer.
Untuk kandungan kedua ini, aku betul-betul tekad.
Bukan nak menyeksa diri, tapi nak mencabar diri sendiri untuk cuba juga bersalin normal. Walaupun bila aku
bersetuju untuk bersalin normal, keluarga terdekat amat bimbang dan khuatir
dengan tahap kesihatan aku ini tidak seperti ibu normal yang lain. Aku tekad nak bersalin normal, nak merasai momen
indah yang sering aku dengar daripada orang lain tentang bagaimana pengalaman
diorang bersalin normal. Even masa lahirkan Hadif dulu pun aku tak sempat rasa
sakit contraction.
Allah Maha Besar. Allah mendengar rintihan aku
saban waktu. Setiap hari aku memohon doa dan belas kasihan daripada Allah untuk
beri peluang kepada aku merasai nikmat bersalin normal.
Disini aku kongsikan beberapa tips yang aku
amalkan
1. BERDOA DAN BERTAHAJUD
Sentiasa berdoa dan keraplah bertahajud. Mintak
betul-betul spesifik mohon kepada Allah untuk beri peluang bersalin normal dan
dipermudahkan jua.
2. BACA SEMUA SURAH AMALAN SEMASA MENGANDUNG
Bacalah sekurang-kurangnya sekali. Surah Maryam,
Surah Luqman, Surah Yusuf, Surah Ar-Rahman, Surah Al Hujarat, Surah Yassin.
3. AMALKAN SETIAP HARI BACA SURAH AL WAQIAH
Surah yang pada aku paling banyak fadhilatnya.
Ramai yang tak tahu surah ini bukan sekadar menarik rezeki, malah surah ini
mempermudahkan rezeki datang pada kita. Anak dalam kandungan tu pun rezeki kan
yang bakal kita dapat kan? Wallahi Allah permudahkan saya bersalin, tak rasa sakit langsung semasa
melahirkan anak kedua ini. Aku amalkan hari-hari. Biasanya lepas solat maghrib
atau isyak. Kalau tak sempat, aku baca dalam kereta je guna aplikasi quran yang
ada. Curilah masa baca 96 ayat pendek-pendek je surah ni.
4. PAKSA DIRI SOLAT MACAM BIASA HINGGA KE TITISAN
TERAKHIR
Faham memang kita sarat sangat nak-nak masa nak
dekat bersalin tu. Nak bangun duduk memang tak arat. Time ni memang rasa mampu
nak solat duduk je. Tapi cuba paksa diri.
5. SOLAT TAUBAT
Aku sempat juga buat solat taubat. Mohon ampunkan
dosa-dosa aku pada Allah. Mana yang nampak mana yang tak perasan. Especially
dengan suami kita kan.
6. PEMAKANAN YANG SIHAT
Aku pastikan setiap hari aku akan minum 1-2
liter. Then aku akan makan kurma, pati delima dan susu kambing. Start 3rd
trimester tu, aku dah makan virgin coconut oil (VCO). Memang berkesan sangat
makan vco ni. Masa aku nak push baby tu, meluncur laju baby keluar, itu yang
aku tak rasa sakit bila meneran tu.
7. SENAMAN RINGAN
Untuk senaman pulak, aku buat senaman squat. Nak
dekat bersalin tengah-tengah contraction yang kuat tu, aku duk berulang jalan
itik dan ketuk ketampi.
Aku harap perkongsian ini memberi manfaat kepada
korang semua yang sebelum ini mempunyai pengalaman bersalin czer dan bercadang
nak bersalin normal untuk anak yang seterusnya. Alhamdulillah, terima kasih
Allah kerana memakbulkan doaku. Aku doakan korang juga dipermudahkan untuk bersalin normal ye!
Semoga bermanfaat!
2 yang mengekspresikan diri:
salam,tumpang tanya..berat baby berapa yer mse puan vbac aritu.?doc ade ckp x limit berat baby klo nk vbac.?ade jahit kt perineum.?puan bsalin kt mne.?tqia
semoga kak nana dapat besalin normal macam kemn lepas ni. huhu.
Post a Comment