Entri pertama untuk tahun 2014 ini adalah perkongsian mengenai perkembangan Hadif. Dah lama tak bercerita panjang lebar mengenai anakanda sorang ni. Entri ini juga bertujuan untuk berkongsi tips..hurmm layak ke dikatakan sebagai tips kerana saya ni bukan lah penulis atau ilmuwan yang hebat dalam bidang parenting. Perkongsian ini hanyalah untuk rujukan dan panduan bersama yang mana inilah kaedah yang saya amalkan dalam mendidik anak. Semoga ia memberi manfaat kepada semua yang membacanya...
1. Menghafal Doa-doa Mudah
Seawal umur 2 tahun, anak saya
yang diberi nama Muhammad Hadif Akhtar telah diasuh untuk menghafal
doa-doa yang agak mudah dihafal seperti doa makan dan doa tidur.
Alhamdulillah, Hadif sudah pun lancar membaca kedua-dua doa tersebut dan
kalau doa makan tu, beliaulah yang akan memimpin membacanya ketika kami
telah bersedia untuk menjamu selera. Doa tidur pula akan diamalkan
sebelum tidur, ada ketikanya saya alpa, Hadif yang akan mengingatkan
saya untuk membaca doa tidur ini. Masyallah!2. Mengalunkan Zikir dan Selawat
Selain itu, saya dan suami
mengamalkan memperdengarkan alunan zikir munajat ketika berada di dalam
kereta untuk ke sesuatu destinasi. Sejak dalam kandungan saya lagi, saya
telah biasakan hadif dengan Alunan Zikir dan al-quran. Bila Hadif genap
umur setahun, saya dapati hadif seperti ingin mengikut alunan zikir
tersebut tetapi agak perlahan perkembangannya.
3. Alunan Zikir oleh Kanak-kanak
Berikutan itu, hati saya mulai terdetik dan teringat
perkongsian daripada Kak Lina yang mana kanak-kanak atau bayi ini akan
lebih mudah terangsang jika mendengar suara kanak-kanak lain kan? Tanpa berlengah lagi, saya
telah cuba untuk mencari jikalau ada CD-CD zikir yang dialunkan oleh
anak-anak kecil diluar sana. Alhamdulillah...Allah permudahkan urusan
saya. Sedang saya dan suami serta Hadif berjalan-jalan di pasar tani di
Putrajaya ini, kami mendengar alunan zikir daripada anak kecil dan terus
ke kedai CD tersebut.
4. Zikir Kegemaran
Masyallah..apa yang Kak Lina kongsikan itu sememangnya benar!!
Hanya dalam tempoh seminggu, Hadif dah boleh menghafal hampir ke semua
zikir didalam CD itu iaitu jumlahnya sebanyak 12 lagu. Lebih memudahkan
hafalan nya itu adalah kerana setiap hari selepas saya ambil beliau
daripada taska, Hadif sendiri yang meminta untuk diperdengarkan zikir
itu dan antara zikir favourite nya adalah Ya Hayyum, Ya Qayyum. Sambil
hangguk kepala dia akan nyanyi zikir ini.hehe..
5. Hikmah di sebalik kesusahan
Tiba-tiba hati saya terdetik, setiap yang berlaku ada
hikmahnya. Dahulu ketika baru sahaja pindah ke Sepang, saya akan
merungut kerana perjalanan rumah saya untuk pejabat di Putrajaya agak
jauh dan perlu melalui kesesakan setiap kali pulang ke rumah. Rupanya,
dalam kesusahan yang saya lalui itu, ada hikmah disebaliknya yakni Allah
memberi peluang kepada Hadif untuk menghafal zikir dan selawat ke atas
Nabi. Besar sungguh rahmat Allah kan?
6. Menghafal surah Al-fatihah
Apabila saya melihat perkembangan positif terhadap anak saya,
yang mana kebanyakan amalan adalah melalui tips yang diperolehi melalui
emel perkongsian Kak Lina, saya cuba "try and error" untuk mengajar
Hadif menghafal surah Al-fatihah. Apa yang saya lakukan adalah membaca
bersama-sama dengan beliau sebelum tidur. Bertambah memudahkan apabila
di dalam CD zikir tersebut juga dimuatkan dengan surah Al fatihah.
Berkat amalan itu setiap hari, alhamdulillah...syukur Hadif berjaya
menghafal surah Al-fatihah. tapi mungkin intonasinya tidak lah
sesempurna seperti kita.
7. Mendidik anak solat di Masjid
Bagaimana pula untuk saya bantu beliau perbaiki sebutannya?
Hal ini pula diambil alih oleh suami saya. Suami saya, telah melatih
Hadif untuk solat juga seawal umur 2 tahun dan juga membawa beliau solat
di masjid. Ya, mungkin ada yang berpandangan bahawa agak terlalu awal
membawa anak se kecil Hadif ke masjid. Apa yang akan bermain di fikiran
kita ialah, nature kanak-kanak kan suka bermain. Mungkin masa mereka
dimasjid akan dihabiskan untuk bermain bersama kanak-kanak yang lain.
Kebiasaannya inilah anggapan para ibu bapa..dan saya juga tidak
terkecuali untuk berfikir sebegitu.
8. Positif dengan cabaran membentuk anak
Positif. Ya, benar pada awal permulaan suami membawa Hadif ke
masjid agak mencabar dan cukup menguji kesabaran suami. Hadif bermain di
saf suami, duduk dihadapan suami dan berlari mengelilingi suami. Suami
pula terpaksa solat dibelakang kerana bimbang perbuatan Hadif akan
membatalkan saf yang lain. Apa yang suami lakukan? Selesai solat, suami
akan menegur Hadif di dalam kereta, dan bila pulang ke rumah suami akan
mengadu kepada saya. Hadif ini pula memang ada sifatnya yang tidak boleh
diperlekehkan. Dia menangis kerana ditegur oleh saya dan suami dan ada
satu ketika itu dia langsung tidak mahu mengikut suami solat di masjid.
Bila ditanyakan alasan, dia terus akan menjawab," Hadif taknak ikut
daddy ke masjid, nanti hadif naughty..".
9. Menerapkan amalan bersedekah
Dalam mencari solusi yang bersesuaian dengan umur sikecil ini,
alhamdulillah..berkat kesabaran juga Allah permudahkan urusan kami.
Ternyata amalan sedekah yang cukup dititikberatkan oleh suami mampu
membantu Hadif untuk menanam kembali minatnya untuk solat dimasjid.
Setiap kali ke masjid, ke mana-mana masjid atau ke mana-mana
kedai/restoran yang menyediakan tabung derma..Hadif lah insan yang
paling teruja nak menderma! Dengan cara inilah, suami dapat "tackle"
Hadif untuk sama-sama solat ke masjid. Setiap kali ke masjid, Hadif akan
diberi tanggungjawab untuk memasukkan derma ke dalam tabung masjid. Ada
ketikanya, kelihatan Hadif sangat mengantuk dan kadang-kadang dia
berbisik kepada saya untuk tidak mahu mengikut suami ke masjid. Tetapi,
pancingan Daddy selalunya berhasil,"Kalau hari ni hadif tak pergi
masjid, tak dapatlah Hadif derma, tak dapatlah Hadif pahala...".
Begitulah keadaannya ....
10. Positif kan anak
Berbalik kepada cerita hafalan Al fatihah tadi, apa yang ingin
saya kaitkan disini ialah dengan kekerapan membawa Hadif ke masjid, ia
secara tidak langsung membuatkan Hadif mampu menghafal surah ini dengan
cepat. Anak kecil ini sudah boleh berbicara sesuatu yang logik dengan
beliau. Saya seorang ummi yang cukup-cukup bersyukur
kerana Allah menghadiahkan anakanda yang cukup cepat belajar sesuatu
perkara. Hadif pernah mengadu kepada saya, " Ummi...abang tak pandai
sebut 'hamhamdulilah'....". Nadanya cukup kecewa kerana tidak lancar
menyebut Alhamdulilahirobbil 'alamin.....dan saya berpesan kepada
beliau,"Tak apa abang..lama-lama nanti abang pandai lah sebut tu..abang
kena sebut selalu..nanti lama-lama Allah tolong abang sebut
betul-betul". Dia mengangguk tanda faham. Ops lupa nak bagitau ..Hadif memang bahasakan diri dia Abang walhal belum pun ada rezeki
dan ber"adik". Dia sendiri yang bahasakan diri dia abang kerana dia rasa
diri dia dah besar..hehe..
11. Jangan jemu berpesan benda yang sama
Menambah cerita tentang solat, maaf kerana cerita saya ni
melompat-lompat pula sebab menulis bila terfikir sesuatu untuk
dikongsi. hehe..saya selalu berpesan kepada Hadif bahawa masjid adalah
rumah Allah..rumah Allah tempat kita sembahyang..bukan tempat kita
ber......??? Hadif pun jawab "bukan tempat bermain, mi...". Setiap kali
ke masjid, itulah pesanan saya..tanpa rasa jemu. Anak kecil ini perlu
diingatkan selalu supaya dia sendiri dah set dalam otak dia bahawa
masjid itu tempat sembahyang.
12.Yakin bahawa anak mampu melakukannya
12.Yakin bahawa anak mampu melakukannya
Melihat perkembangan Hadif di masjid, suami lah yang paling
beruntung kerana dapat melihat bagaimana Hadif sembahyang sebaris dengan
saf kanak-kanak yang lain. Suami sentiasa berpesan juga kepada Hadif
bahawa dia tidak boleh solat sebaris dengan daddy dalam menjelaskan
dengan kata yang mudah " Hadif kecil lagi..bila dah besar macam
daddy..baru boleh solat sama-sama dengan daddy". Anak kecil ini
mengerti, walaupun pada awalnya suami mengadu agak sukar untuk men
ceraikan kedudukan beliau dengan anak nya itu. Tetapi lama kelamaan
Hadif sendiri ada sifat segan kerana dia melihat sendiri kanak-kanak
lain solat sebaris di saf belakang. Pernah sekali dia menangis ketika
orang sedang solat, setelah pulang dari masjid bila ditanya dia mengadu
yang ada abang lain bermain di hadapan safnya..Dia takut..pada saya
logiklah dia takut kerana rata-rata yang berada disaf itu, adalah
kanak-kanak yang berumur 5 tahun ke atas.
13. Masjid sebagai medium pembentukan peribadi anak
13. Masjid sebagai medium pembentukan peribadi anak
Bayangkanlah dengan usia nya yang baru berumur 2 tahun itu..mungkin
ambil masa untuk dia sesuaikan diri kan. Bagus sebenarnya,
kerana bila dia bercampur dengan kanak-kanak lain, dia lebih berdikari.
Dan apa yang mengujakan saya, saya sering bertanya kepada suami,
terdetik juga lah...Dia tengok kanak-kanak lain bermain tu..dia tidak
ikut bermain bersama ke?..Suami menjawab, tidak. Kalau dia tidak solat
pun, dia akan duduk melihat gelagat orang lain. Dan pulang ke rumah dia
bertanya pula kepada saya,"Ummi..kenapa abang tu main kat masjid..masjid
kat tempat sembahyang..nanti centan (syaitan) suka kan..". aduh terkelu
nak menjawabnya..
14. Layanilah anak selayak umurnya
Alhamdulillah..syukur..hadif hampir lancar
membaca Al fatihah..tetapi saya tidak menjangkakan dia baca betul
mengikut dengung dan sebagainya. Kita faham peringkat anak kecil ini
bagaimana. Saya juga selalu berpesan kepada dia, kalau dimasjid kan imam
akan baca al fatihah kuat-kuat..ha masa tu la hadif ikut baca sekali.
Minggu lepas kami singgah solat berjemaah di masjid Bangi, sempat saya
mengintai di celah tirai nak melihat reaksi anak saya disaf bersama
kanak-kanak lain. Suami pula tidak jauh dari kedudukan hadif. Buat
pertama kalinya saya melihat anak saya solat berjemaah..meruntun
hati dan jiwa ibu yang mengandung dan melahirkan beliau..terasa hilang
segala penat lelah dan kesukaran sepanjang kehamilan dahulu. Tersenyum
saya melihat dia solat mengikut tertib sama seperti kanak-kanak lain.
Syukur Ya Allah...
15. Mula mengenali Iqra'
Tahun Baru 2014 ini saya pasang niat dan azam baru. Takut juga
nak mulakan, tetapi apapun saya cuba positif. Semalam saya dah mula
kenalkan Hadif dengan buku Iqra'. Memang kelihatan anak kecil ini cukup
teruja dengan hadiah yang saya berikan kepada dia ini. Saya cakap dengan
Hadif, saya beli kan Iqra' sebab dia very good and behave boy. So
inilah upahnya utk orang baik. Hari pertama memang mencabar nak ajar si
kecil ni , kalau ada sesiapa diluar sana ada tips nanti sudikanlah share dengan saya ye. Macam Kak Lina kongsikan dalam emel beliau, anak lelaki ni mencabarnya lebih
besar daripada anak perempuan yang agak teratur. Contohnya situasi ini, saya sebut Ba baris
diatas bunyinya Ba, Alif baris diatas bunyi nya Aa. Dia pula betulkan
saya,"bukan umi..ni kan Alif..bunyinya Alif la.."..Macam-macam lagi
gelagatnya, saya ketawa sampai rasa nak menangis pun ada. Bila
dia dah agak bosan tu, dia pula ambil alih tempat saya,"Umi, umi ikut
abang baca pulak..ni apa?..ini apa?"..memang pecah perut dibuatnya..
Saya tidak begitu rigid dalam memperkenalkan dia dengan bacaan Iqra' ini. Dan saya juga perlu tambah ilmu dalam mengajar anak mengenal huruf-huruf Al quran ini. Cukup la dengan satu hari satu baris bacaan, pada saya dah memadai dengan umur dia yang hampir mencecah 3 tahun ini.
Saya banyak juga membeli buku-buku serta CD/VCD dari Kak Lina. Layari http://www.islamicparentingnetwork.net/ untuk sebarang tempahan.
p/s: entri yang agak serius agak membosankan, kan..kekeke...marilah melayan gambar...
4 yang mengekspresikan diri:
teruja sgt baca tip mendidik anak ni dear.. mmg ina slalu cari tip camni.. sebagai seorg ibu mmg kite patut belajar dan menambah ilmu dlm mendidik anak kan..
@norlina jusoh
terima kasih dear..sharing is caring..i pun banyak belajar dan baca daripada orang lain..alhamdulillah bila try apply pada anak..syukur berhasil! boleh cuba tau!!
Terharu baca..thnx for sharing mam hadif :)
Really really gd info...ada few yg dah mmg amalkan...Tq so much...seriusly sy menangis baca entry u ni....terharu gak....Allah terdetik kan hati sy utk baca entry awk...Tq again
Post a Comment