Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Showing posts with label Holiday. Show all posts
Showing posts with label Holiday. Show all posts

Thursday, May 31, 2012

Family Vacation at Melaka

Assalam semua..

Rasa macam dah lama menyepi. Mood nak menulis ni kejap macam semangat kemain, kejap kang rasa macam malas pulak. Haish...selagi hal-hal rumah ni tak setel, memang selalu lah buat emosi tak stabil. Hari ni kiter citer dulu pasal lain ek. Next entry kite citer pasal rumah. ;)

Okay, this year kami decide untuk ke Melaka sebagai pilihan percutian kami sekeluarga kembangan (kat skoloh dulu cekgu ajor kalo banyok keluarge panggil keluarge kembangan, kalo satu je keluarge asas..ye dop cekgu? =P) . Memang dari kecik lagi, tiap-tiap tahun abah bawak kami sekeluarga pergi bercuti. Untungnya kami sebab company abah kerja memang dah bagi allocation untuk percutian family. Semua boleh claim sepanjang percutian kecuali tak boleh claim shopping..hehe..So, biasanya abahla yang akan keluarkan semua perbelanjaan sepanjang percutian kami. Ummi pulak akan top up part-part nak ber shopping..hehe. Sekarang umi dah tak keja, alamatnya semuanya ditanggung abah.

So, bila kami Along, Angah dan Kema dahpun kawin, ada anak pulak tu..Kami bertiga decide untuk tak terlalu bergantung pada abah. Abah just belanja untuk penginapan je, makan or lain-lain kitorang tanggung sendiri. Kesian jugak la kat abah kalo semua anak cucu menantu dia nak tanggung bagai..

Kota Melaka menjadi pilihan percutian kami pada kali ni. Jom layan review skit pasal percutian kami YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN di Kota Melaka!


Kami menginap di Mahkota Melaka Hotel & Apartment. Sewa 2 apartment macam biase lah. This time my husband pakai booking.com untuk booking this apartment. Price lebih murah compare dengan kita terus walk ini ke sini. Tapi gedebuk gedebak include tax charges total untuk 4 hari 3 malam untuk 2 bilik dalam 3 ribu lebih skit. Apartment ni memang okay sebab memang betul-betul di Bandar Hilir ni. Bersebelahan dengan Holiday Inn. So, memalam depa pakat pegi uptown ramai-ramai, jalan kaki je. Kitorang dapat free breakfast, 1 apartment dapat 4 kupon. So, 2 orang tu abah kena bayar cash. Hurmm,..masakan kat sini tak berapa nak kena tekak, tak variety sangat. Papepun syukur je lah sebab free kan..hehe



Esoknya, kami ke Zoo Melaka. Gile ah dingdong! Lama gila kot tak pegi zoo. Macam teramat jakun bila dapat tengok zirapah, singa, rimau dan gajah..hihi..Anakanda rilek je, ummi dia je lebih-lebih over! Hadif bila nampak je lembu dan adik beradik sewaktu dengannya..mulut dia panjang je muncung MoooOOoo....Tapi dia kan pantang kalo nampak bird. So memang sangat eksaited dia bila dapat tengok bird manyakkkk nyer kat sini kan, Dif!


Selit jap citer budak berdua ni. Depa 2 orang ni sebaya, cuma beza bulan je. Hadif kan tak sabar nak tengok dunia campur jugak tak sabar nak dengar ummi dia teriak 24 jam, so dia kuar awal sebulan. Pada yang tak tau, anakanda hamba lahir masa 8 bulan. Alhamdulillah cargas betui penangan anak tak cukup bulan ni. Akif pulak terlebih bulan. Dia rilek je duk dalam perut ummi dia sikit pun tak tunjuk tanda2 nak keluar. Rupanya sepupu Hadif ni, terbelit tali pusat kat leher, itu yang dia tak le turun2 ke bawah tu. Depa dua orang ni karakter memang jauuuuuuuuuuuhhhhhhhhh beza. Nampak tak aku eja jauh tu cemaner.. So faham-faham la ek..Akif memang behave. Slow and steady kekadang je dia mengganas. Dia lagi suka berkepit dengan babah dia dari ngan ummi dia sendiri. Lain pulak dengan anakanda saya, rasanya sume orang dah tau kelincahan si kecik ni kan. Hadif memang sangat lasak. Main ngan dia kena ala-ala hardcore baru dia layan. Takat ko main cak cak tu..adala seminit dua dia behave, pastu....DISASTER!!! hehehe


Misi nak mencari restoran Melayu di Jonker Walk gagal. Lepas balik dari zoo, malam tu ingat nak jenjalan kat sini. Sekali tu ada perayaan ke hapa kat sini, mak ai...punyalah crowded manusia kat sini,.Kitorang dengan menghangkut budak-budak keniit, stroller bagai memang sangat stresssss. Nak jalan pun tak boleh..Sampai separuh jalan, kitorang belok ke simpang ke luar. My husband time ni dah rasa bersalah dah sebab idea dia yang suh datang sini. Siap tapaukan air tu nak tebus kesalahan..hehehe..

Sesat punya sesat..akhirnya jodoh kami berjumpa Restoran Melayu Melaka. Rasa macam dah happy sangat sebab giler punya lapau sekali jumpa restoran curlasss macam ni memang la rasa tak sabau nak makan. Eceh keceh melako pulak..hehe..Restoran ni rupanya baru 2 hari bukak. Hurmmm,..macam indah kabar dari rupa. Aku dah lapau terus sebat je nasi campur yang dihidangkan buffet. Ada jugak yang order ala carte. Masakan nya pun biasa2 je lah, juga tak menepati tekak hamba. Takpela kasi can la sebab baru.


Sebab anak sedara saya yang ber dene tu dah meroyan mengamuk nak naik bot. So kami gagahkan juge pegi River Cruise. Ramai jugak yang naik malam-malam, sebab pemandangan lagi cantik time malam katanye. Betul la malang tak berbau...hihi..Separuh jalan je hujan lebat kemain denga angin kencang tak hengat, kami kena transfer bot time tu jugak. Habis basah kuyup sume, termasuk la anak-anak kecik kami.

Esoknya kami ke Melaka Wonderland. Haiish,,sungguh me "wonder" kan tempat ni. Banyak lagi benda depa kena improve kalo nak compare dengan theme park lain. Fasiliti sangat menyedihkan. Waterpark dengan Changing Room jauh sebatu kemain nak sampai. Dengan tempat berehat tak berbumbung nya. So, kitorang sume park barang kat cafe yang macam kantin skolah tu. Dah tau tempat berair macam ni depa pegi pakai lantai tile. Memang menghuru-harakan keadaan. Sedih sungguh!

Malamnya kami ke Ikan Bakar Umbai. Hurm..pegi lambat skit..so tak boleh nak pilih sangat. Makan apa yang tinggal je. Ramai sangat orang sampai nak kena rushing-rushing pilih ikan, ketam bagai. Lupa nak snap gambar sebab sibuk berkejar dengan anakanda tercinta!!

 Esoknya kami ke Dataran Pahlawan. Yeayy!! Dapat jugak merasa naik Menara Tamingsari. Dapat lah melihat keunikan dan keindahan Kota Melaka Bandaraya Bersejarah. Cuma time ni masa sampai kat monumen A Famosa tu aku tercari-cari mana pi lagi bangunan AFamosa ni. Depa dah robohkan ek. Macam tinggal pintu depan je. Dapat jugak naik beca meletoppss gitu. Siap pasang lagu aserehe tau! Hadif dah bergoyang-goyang dah menari lagu tu. Pastu marah pakcik beca man sebab tutup lagu..heee

Last pit stop, kami naik Duck Tour. Ramai jugak yang naik. Kami dapat tiket untuk pukul 6 petang. Nak taknak kami proceed je naik. Rugila kan alang-alang dah ada di Melaka tak dapat naik itik. hehee. Tapi kan, rasanya yang ni pun diorang kena improve dari segi safety. Okay, ko bayangkanlah benda alah ni mula-mula berjalan atas jalanraya, pastu dia akan turun ke laut. LAUT okeyh jangan memain. Kitorang boleh togel je tak pakai life jacket. Dengan bawak anak nya, siap ada bawak baby lagi..Memang mengerikan. Time kitorang naik ni dahla ombak tengah besau.!! seriau wooo!!

Banyak betul kenangan dan peristiwa sepanjang percutian kali ni,.Sebab tu kalo pasan aku capslock words YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN. Macam-macam hado!!

Thursday, December 8, 2011

Cuti-Cuti Malaysia: Perak & Penang

Salam to all my dear readers!

Agak lama bercuti di awal Disember ini. Yelakan..dah hujung-hujng tahun ni semua orang sibuk bercuti bersama keluarga, tak kiralah bercuti ke luar or dalam negara je. Sama lah seperti saya, seperti tahun-tahun sebelum, kami sekeluarga akan bercuti ke mana-mana pilihan lokasi di dalam negeri dengan menggunakan peruntukan khas yang diberi oleh company abah bekerja. Cuma bezanya tahun ini, disebabkan sudah bertambah bilangan family, abah hanya tanggung kos penginapan dan entertainment sahaja. Untuk makan dan minum, kitorang yang dah berkahwin ni keluarkan bajet sendiri.


Tempoh percutian kami kalau dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini lebih singkat. Bertolak ke Perak pada 3 Disember (Sabtu), Isnin bertolak ke Penang (ha ini adhoc punya plan), dan 6 Disember (Selasa) kami dah bertolak pulang ke Putrajaya. Walaupun percutian yang singkat, saya rasa inilah percutian yang paling bermakna kerana ini merupakan percutian pertama saya bersama keluarga disamping adanya suami dan tak lupa juga anakku yang super duper hyper aktif tu!

Kami tiba di Perak sekitar jam 5.00 petang, menginap di Tower Regency Hotel & Apartment. As usual, kami menginap di apartment la kan. Abah ambil 2 apartments, tak mahal mana pun. Semalaman 1 Apartment RM260 sahaja (ada 2 bilik, ruang tamu dan dapur). Macam biasa, gunalah manfaat yang ada, harga tu selepas dapat gov. rate.hihi...

Hadif tidur dalam stroller, bagi can umi n daddy bercenta jap..hehe


Malam tu, kitorang pegi makan kat luar, dekat dengan Dataran Bandaraya Ipoh. Ada gerai-gerai makanan sepanjang dataran tu. Memang quite happening jugak, cuma malangnya, kami macam tersilap pilih kedai kot. Servis tu okayla tapi makanan dia totally out! Semua rasa manis! Kompius kitorang, rasa macam duk kat Perak tapi apesal masakan depa ni macam orang Kelate?? Sampai sup pun rasa manis..tapi tak mengapalah, perut dah lapar..manis manis pun licin jugak pinggan..



Luas kan..RM300 - 5 jam..menyanyi tak hengat!!

Lebih kurang pukul 9.30 malam kitorang balik ke apartmen, abah dah mintak my husband booking kan bilik karaoke (ini memang acara wajib kitorang). Bila sampai je kat KTV room tu..pehhh tak hengat besau kemain bilik nya!! Memang layan habis lah..masing-masing memang sakan menyanyi!! Semua menyanyi kecuali husband Angah (pemalu orangnya..pemalu ke?? hehe)

Esoknya, kami ke destinasi seterusnya iaitu ke The Lost World of Tambun. Dekat je lebih kurang 15 minit je dari tempat penginapan kami. Hadif dah bersiap sedia dengan baju mandi beli kat JPO hari tu, bergaya pulak dengan pelampung daddy beli lagi, ambuih anak umi lagak macam dah besar ye..Takde pulak dalam camera saya ni gambar dia duk dalam pelampung. Bukan main lagi kaki tu duk mengayuh macam dah pandai swimming. pastu buat bajet happening terjerit-jerit macam orang lain kena simbah dengan tong air kat dalam pool tu. Dah bila dia tengok sepupu dia tak pakai pelampung, menjerit mintak tolong keluarkan dia dari pelampung tu. Eksen tu taknak pakai pelampung! Lepas tu dengan berani nya dia selam muka dia!! Masyaallah anakku....!
 
Ni budak lasak ni!

Dapat jugak beli swimming suit kat JPO hari tu..RM30 brand Gap



Keesokannya, awal perancangan adalah untuk ke destinasi berikutnya iaitu Zoo Taiping. Tapi disebabkan kitorang dah penah pegi dulu, diorang tetibe ajak naik ke Penang. So, abah pun macam green light je sebab memang dioranag dah lama sangat mengidam nak Penang. So, kitorang terus menuju ke Pulau Pinang dengan sakannya menaiki feri. hehehe..

Anak umi memang giler gambau..

Kami

Sampai je sana, perkara pertama adalah menuju ke Pekan Cow Rasta untuk beli jeruk kelubi. Akhirnya, tercapai jugak hasrat saya nak makan jeruk kelubi Chow Rasta ni. Disebabkan tak dapat makan jeruk ni la, air liur Hadif duk keluar memanjang sampai la ni. Apa lagi, sampai sana terus saya bagi Hadif rasa dulu, tak tau la berhasil ke idak petua orang tua ni. Harap lepas ni takda lah air liur awak keluar sokmo ye sayang!


Then, kitorang ke Batu Feringgi. My 3 adiks yang perasan retis tu sibuk nak koya bergambau kat Penang Hardrock Hotel. So layankan je la mereka..Tetiba time kat Hardrock tu abah suh my husband cari tempat penginapan kat sini. Abah cakap kalau ada apartmen murah-murah, kita tidur semalaman kat sini. 
Abah saya yang sempoi..adik-adik saya yang poyos..hehehe

Akhirnya, tuah menyebelahi kami bermalam di Penang. Kitorang tidur di Sri Sayang Apartment di Batu Feringgi. Murah je 1 Apartment RM200 semalaman (2 bilik jugak), kemudahan lebih kurang sama je macam apartment di Perak, cuma ada tambahan pinggan mangkuk, cawan semua kat sini.

Ini Mia (adik), Esya (kakak)..beza setahun je tapi rendang sungguh adik dia tu..hihi

Bergambar depan apartment


Malam tu kitorang pekena nasi beriyani di Kapitan. Memang sedap. Pegi Penang tak sah kalau koranag tak makan nasi beriyani , nasi dalca or nasi kandar. Sebenarnya pada saya Penang ni tarikan nya adalah pada makanan. Disebabkan kitorang tak lama sangat kat Penang ni, so tak sempat la nak merasa char kue teow di Sg. Dua, pasembur, nasi kandar Line Clear, Telekom dan sebagainya.



So, begitulah serba sedikit kisah percutian saya pada tahun ni. Sebagai pelengkapnya, habis anak demam, umi pun demam..sekian.. =)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...