Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Monday, May 6, 2013

Corat Coret DPA Siri 1: Membina Istana Cinta

Assalamualaikum dan selamat pagi semua!

Sebelum nak memulakan celoteh pagi ni, nak panjatkan syukur pada Allah kerana memberi peluang kepada kita rakyat Malaysia untuk mengecapi keamanan. Harap lepas dah habis PRU13 ni, kita masih lagi kekal aman dan mudah-mudahan kita akan sama-sama merasai perubahan yang baik terhadap kerajaan baru dibina semalam. Tahniah kepada yang menang walaupun majoriti mudah, yang kalah mungkin kena lihat kembali apa yang terlepas pandang. Kerajaan baru hari ini agak berbeza dengan sebelum-sebelum ini..tapi papepun kita tunggu dan lihat apa yang dapat direalisasikan oleh kerajaan baru bermula 5 tahun dari sekarang. Tak lupa juga tahniah dan terima kasih kepada SPR kerana menjalankan urusan mengundi dengan cukup efektif dan efisyen sehingga timbulnya fenomena jari telunjuk ku berdakwat biru...hehe

Ok..mukadimah pun dah seperenggan..berbalik kepada topik entri...Baiklah..seperti yang dijanjikan pada entri sebelum ni..

Minggu pertama DPA adalah minggu penyatuan kimia (skemanye ayat) oleh para peserta DPA yang mana kursus kali ini melihat perubahan serta kelainan jika dibandingkan dengan batch-batch abam dan ahkak senior memandangkan kami terpecah di 2 wilayah berbeza. Sejujurnya aku memang amik masa nak meng adapt kan diri dengan suasana dan muka-muka baru kat INTIM ni sebab majoritinya daripada lantikan yang berbeza dengan aku. Majoriti member-member lantikan aku di letakkan di IKWAS. Tapi papepun hidup perlu diteruskan. Kena positip dan terima lah bahawasanya ko akan bertambah kenalan baru dan itu adalah sangat bagus!

Kami perlu melalui ala-ala orientasi melalui Group Intergration (GI). Korang pun mesti pernah rasa orientasi kan. So, tak perlu lah aku jelas dengan lebih detail sangat sebab pada aku benda yang sama je kita akan buat dalam mana-mana orientasi. Yang berbeza cuma lah watak dan situasi je. Cuma dalam banyak-banyak orientasi yang pernah aku lalui, aku paling suka kat sini bila ada slot "Membina Istana Pasir"..Hahhaaa..lawak bunyinya tapi aktiviti ni aku rasa hilang segala bagai stress yang ada sebab dapat menikmati keindahan Pantai Teluk Mak Nik yang berhadapan je dengan INTIM ni.

Istana Nurul Erin
Istana ni diberi nama Istana Nurul Erin..kahkah..gilak tak komersial langsung nama istana..nama ni dipilih sebab mase tengah-tengah serunak kami mengutip kulit kerang, ada sorang member ni terjumpa diari cinta budak skolah tingkatan 2 nama Nurul Erin..hihihi..jadiknya sambil bina pasir, kami dihidangkan dengan coretan cinta Nurul Erin kepada jejaka idamannya...keji tau baca diari orang...

Okay, malas nak citer panjang lebar pasal GI ni sebab pada aku time ni aku rasa DPA tu sungguhlah membosankan..Bercakap pasal pilihanraya lah alang-alang tengah panas lagi pasal PRU13 ni kan. Untuk pengetahuan korang, bagi nak menggerakkan urusan dan hal ehwal peserta ni, satu Exco perlu ditubuhkan dengan terdiri daripada para peserta sendiri. Pemilihan Exco adalah melalui sistem pilihanraya yang mana proses yang dilaksanakan adalah betul-betul mengikut tatacara dan pelaksanaan pilihanraya sebenar. Next entri aku citer pasal Pilihanraya DPA 2/2012. Mak antara colan-colan noks! Poyo semua ni...kahkah...

Game yang ko kena transform jadi transport! karuk karuk semua ni! haha

Muka senyum terpaksa..Kami dapat Sidang sama, Sidang B (Battlelion)..yeay!



Saturday, May 4, 2013

Kembali menjadi manusia normal ;)

Assalamualaikum...

Akhirnya jari jemari pemalas ini mula menunjukkan reaksi tekad berusaha untuk menaip dan bercakap-cakap di teratak yang hampir 7 bulan bersarang tanpa kabar berita daripada tuan tanah kedaung. 

Hai semua!! Apa kabar ye kawan-kawan semua..Sungguh merindui saat kerajinan ku dahulu menaip entri kemain panjang melalut tah pape..hehe..Tak sangka pulak bila balik berkursus ni aku jadi pemalas yang maha hebat. erm..erm..erm...malas tu antara faktor la yang buat aku payah sangat nak hadap laptop ni, maybe sekarang aku dah kekontangan masa santai untuk menaip entri...Sudaaaahhhh..kan dah cakap tadi banyak melalut...jangan bagi aku rajin...kalau rajin inilah natijahnya..pembuka kalam mukadimah ya rabbi...karuk..karukkkk...karook komedia X...hehe

Okay, kembali kepada tajuk entri...

Alhamdulillah..itulah perkataan pertama yang aku rasakan paling tepat untuk aku raikan betapa gembiranya bila tanggal 12 April 2013, aku dah kawan-kawan seperjuangan yang lain tamat berkursus Diploma Pengurusan Awam Bil.2/2012. 6 bulan berada dalam sangkar kehidupan yang cukup cukup berbeza dan penuh dengan pancaroba dan disulami dengan seribu satu cerita dan kisah kehidupan yang tak mungkin akan dapat dirasai di mana-mana selain di situ. 

Secara peribadinya, DPA banyak mengajar aku untuk menjadi seorang yang lebih kental dan berani buat apa saja. Acehhh...dan yang paling penting..DPA ni mengajar aku mengenal seribu satu watak manusia. 6 bulan ko duduk hadap 222 manusia yang sama. Tipulah kalau aku cakap aku kenal semua watak dalam DPA tu kan...Tapi yang paling penting..ko akan kenal KAWAN/TEMAN/SAHABAT yang betul-betul ada dengan ko dikala ko susah. Kalau adalah kawan-kawan se LASKAR WIZURAI yang terbaca entri ni, aku rasa korang pun akan bersetuju dengan pandangan aku tu ye dakk?? hehe...

Penat jugak nak refresh balik apa benda 6 bulan ko buat kat DPA ni kan. Tapi yang pastinya..DPA betul-betul aku rasa enjoy sebab aku cuba konsisten dengan aura positif. Aku tak tahu mcm mana cara para-para ibu yang lain mengharung DPA dengan berjauhan dengan suami dan anak. Yang pasti aku cuba mengurangkan segala penderitaan dan kesedihan berjauhan dengan mereka dengan menyibukkan diri dengan macam-macam mak nenek kat dalam DPA tu. Sakittt woooo...kalau aku tak buat pape..aku akan rasa masa tu macam langsung tak bergerak..6 bulan ko terpaksa berjauhan dengan anak dan perkara paling ralat bila kita ni ibu telah kehilangan 6 bulan masa yang cukup bermakna melihat anak kita membesar..

Secara keseluruhannya aku berpuas hati dengan apa yang aku dapat dalam DPA. Konsep "layankan aje" sangatlah berbaloi kalo ko terapkan dari awal ko berkursus lagi. Aku macam terlupa aku ada pengalaman pahit ke tak sebab pengalaman manis dan indah lebih banyak aku kutip tiap-tiap bulan sampai la ke bulan yang terakhir..Setakat kadang-kadang ko jadi sawan tak tentu hala tu pada aku itu adalah kebiasaan di DPA. Memula ko akan rasa nak maki orang je hari-hari..tapi dah masuk bulan kedua tu..ko dah kebal dengan apa jua eksperimen yang ko akan buat dan yang paling bestnya outcome yang ko dapat adalah sesuatu yang sangat berbaloi.

Aku rasa tak perlu la kot aku melalut panjang-panjang sangat dalam entri ni...Sebab aku macam dah ada niat nak share pasai DPA ni melalui beberapa siri yang akan datang..hehehe..Insyallah aku akan share skit-skit pengalaman aku sepanjang menyerah tenaga dan tulang empat kerat di DPA. Nanti kan Siri 1: Corat-coret DPA selepas ini....macam-macam watak...siap sedia lah geng sape yang aku nak jual kat sini...kahkahkah...

Fakta: 
Laskar Wizurai merupakan nama batch bagi Kursus DPA Bil.2/2012 yang mana julung-julung kalinya menggabungkan dua dunia berbeza iaitu peserta di IKWAS, Kluang dan INTIM, Kemaman. Laskar merupakan idea yang datang daripada peserta INTIM manakala Wizurai merupakan idea daripada peserta di IKWAS. "Laskar" memberi maksud pasukan manakala "Wizurai" membawa maksud Ketua, dan apabila digabungkan ia menjadi satu nama yang cukup hebat sehingga hampir memadamkan ingatan mereka kepada nama-nama tipikal sebelum ini seperti Astra, Legasi, Oryza Sativa, Metarmophosis, Phoenix dan lain-lain..hehehe..jangan marah..We are still brothers & sisters!! =)

babai darlingss!

Nahhhh..tepek satu gambar..The Laskarians...hehe
Memegang watak sebagai Setiausaha II dalam Barisan Exco Laskar Wizurai Penggal 1. Ohsemm team!! Posing berasaskan prinsip yang dilaung-laungkan oleh Tyra Banks..Smile with ur eyes!! haha

Monday, April 29, 2013

Assalamualaikum..Hello 2013!!

Saya masih disini..Nak update entri tapi dah lama tak menulih..rasa kekok sangat...bai!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...