EKPRESIKU...
Monday, May 13, 2013
Friday, May 10, 2013
Pengalaman sendiri bermimpi hari kiamat. Subhanallah!
Salam Jumaat semua,
Hari ini hari Jumaat, penghulu segala hari kan. Sebelum aku nak teruskan dengan misi menghapdet entri DPA, hari ni aku nak share dengan korang mengenai mimpi yang aku sendiri alami malam semalam.
Harap ambil iktibar melalui cerita ini walaupun ianya hanya satu mimpi.
Malam tadi macam biasalah aku tidurkn hadif dengan alunan bacaan alfatihah, 3
qul, ayat kursi. Tak sangka pulak boleh terlelap skali dgn hadif. Penat sangat minggu ni aku dah start balik lambat, kerja terlalu banyak di ofis baru ni.
Ceritanya ialah tidur aku telah didatangani satu mimpi. Mimpi yg tak pernah aku
jangkakan bahawasanya mungkin mimpi ini Allah sengaja datangkan untuk
menyampaikan mesej tertentu pada aku.
Mimpi tu adalah mimpi petanda dunia sebelum kiamat. Dalam mimpi tu aku lihat
sendiri bagaimana bumi menelan satu persatu manusia yg ada atas muka
bumi ini. Ada macam-macam jenis reaksi manusia.
Ada yg redha dgn apa yg sedang berlaku, ada yang lari, dan paling sedih
bila ada lagi yang masih sibuk dengan duniawi iaitu bekerja. Aku jugak tgk
sendiri dalam mimpi tu betapa dahsyatnya tsunami menelan manusia.
Setiap manusia dalam mimpi tu akan ditelan bumi dan diri aku sendiri pun
tak terlepas dari azab tu. Nauzubillah...takut sangat bila kaki kiri aku
dah terbenam dan aku hanya redha menunggu untuk kaki kanan terbenam
bersama.
Tapi belum sempat kaki kanan ditelan bumi, Allah mengejutkanku
dari tidur. Barangkali Allah memberi peluang lagi untuk bernafas dan
memperbaiki diri untuk bersedia ke arah itu.
Aku bangun dalam keadaan yg sangat takut dan macam-macam perasaan yg aku rasa.
Terus bangkit dari tidur lebih kurang jam 12.30 malam tadi dan masuk ke
dalam bilik air ambil wuduk sebab belum solat isyak akibat terlelap tadi. Sambil mengambil wudhuk, aku nangis teresak-esak mengingatkan kembali betapa dahsyat nya kebesaran Allah. Aku menangis dan sujud pada Allah mohon keampunan atas segala dosa yg aku
buat selama 27 thn hidup di muka bumi ini.
Then selesai je solat aku berlari kejutkan husband menceritakan mimpi ni pada dia. Aku cium
tangan dia mohon kemaafan atas dosa-dosa yang aku lakukan sama ada secara terang
atau pun tidak.
Perkara pertama yg aku teringat ialah aku sering lengah-lengahkan solat.
Nak-nak bila duduk di ofis yg sangat sibuk ni. Di rumah pun bila husband tegur,
adalah alasan yg aku ni. Berdosa pada suami satu, pada Allah dah
tentulah kan.
Aku harap cerita ni kita dapat sama-sama amik iktibar ye. Mungkin ada sebab
kenapa aku boleh diberi peluang untuk bermimpi seperti ini. Kita sama-sama muhasabah diri. Saat ini
aku masih lagi tak boleh lupa apa yg berlaku dalam mimpi tadi. Ini baru
tuhan bagi rasa azab sebelum kiamat. Mcm mana pula persediaan kita untuk
hari kiamat. Serious aku takut sangat.
Wallahualam.
![]() |
| Muhasabah Diri |
Monday, May 6, 2013
Corat Coret DPA Siri 2 : Bertanding dalam Pilihanraya
Selamat tengah hari para-para dan pari-pari,
Okay, setelah berjaya tunaikan entri DPA Siri 1, mari kita teruskan pula dengan siri seterusnya ini. Kali ini aku nak share ngan korang mengenai proses Pilhanraya DPA yang telah dijalankan bagi mengisi kerusi-kerusi exco yang akan dipilih secara demokrasi oleh para peserta which is kawan-kawan DPA jugak. Seyes, benda ni sangat menarik sebab ini lah pengalaman pertama aku merasai bahang pilihanraya yang sebelum ni sikitpun aku langsung tak amik port.
Nama aku telah dicalonkan sebagai Timbalan Penghulu. Masa tu aku pun tak berapa kenal sape yang calonkan aku. Maklumlah..yang konker time tu budak batch lain..so aku yang golongan minoriti ni terkebil kebil la terima cabaran tu walaupun jauh disudut hati aku memang takkan menang pun. Pola pemilihan calon pada Penggal 1 ni pada aku adalah lebih "bias" kepada batch. Batch yang ramai akan menang, batch yang kalah perlu lah terima kekalahan itu dengan hati yang terbuka. Nak-nak pulak, saingan aku memang semua daripada batch yang sama dan masing-masing cukup hebat dengan manifesto yang mampu memancing undi.
Aku memang takda manifesto pungg..Sebab pada aku, buat apa nak bergadai janji kalau kita dah cuba nak realisasikan benda yang tak pasti. Aku sahut cabaran ni pun bukan sebab untuk menang, tapi lebih kepada pengalaman dan yang pastinya aku nak diorang tahu bahawasanya batch aku yang kerdil ni wujud kat DPA ni..hihihi...So, apa yang aku boleh janji ialah setiap tugas yang diberi aku akan cuba buat sehabis baik.
Masing-masing calon dengan tagline masing-masing, dengan manifesto yang cukup hebak. Aku dah menggelabah ayam kejadahnya nak tagline bagai..kahkahhh..akhirnya aku jumpa jalan penyelesaian..masa tengah kelam kelibut tu aku boleh pulak teringat tagline kelas aku masa Form 6. Kebetulan pulak kelas kitorang menang untuk tagline tu masa Minggu Bahasa tak silap. Aku pun apa lagi...kasi tarukkk je lahh..Dah alang-alang tagline tu memang idea aku dan kawan-kawan lain kan..Tagline aku yang berbunyi:
Fikiran Positif, Hapuskan Skeptis,
Tindakan Efektif, Lahirkan Perintis,
bhahahahahahahahah...gila kentang poyo sangat bunyinya...tapi aku macam layankan aje semua ni sebab aku rasa time ni semua orang poyo kot...kahkahhh...gasaklah labuuu...
Kitorang si colan-colan ni siap ada pengucapan umum bagai...Memang dahsat sangat perasaan aku time tu. Dada berombak kalah tsunami 8.8 skala ritcher..Ye lakan..ko nak kena berhadapan dengan orang yang langsung ko tak kenal. Masa tu ko akan fikir, apalah yang diorang kat bawah ni carut kat aku kan...kahkahkah...Masa ni lah ko akan buat muka tebal 10 inci..tembel semacam seumpama kata-kata pujangga, "Mampus tak layan.." hahahah
Proses Pilihanraya berjalan dengan lancar. bermula dengan penamaan calon, buang undi, pengiraan undi, dan sehinggalah pengumuman Keputusan Pilihanraya. Aku memang tak suspender langsung sebab aku dah set dalam kepala "Kalah itu Pasti!"..hahahha..so kalau tanya apa ekpektasi aku untuk pilihanraya DPA ni, memang zero...
Bila proses pengiraan undi, kami colan-colan ni diberi peluang untuk melihat sendiri proses pengiraan undi dijalankan. Tabik betul kat team SPR DPA ni sebab depa punya telus tu memang boleh salute lah. Segala alat komunikasi bagai memang langsung haromm demi menjaga kemaslahatan dan kerahsiaan undi..hehehe..
Bila keputusan dah diumumkan memang happening..Masing-masing bersorak bagai sebab calon yang dipilih menang merebut kerusi yang dipertandingkan. Dan paling mengejutkan aku, bukan sebab aku kalah..tapi sebab aku kalah tipis, yang mana calon yang menang tu menang majoriti mudah. Uhuk uhukkk...dan bermula saat itu, aku mula sedar bahawasanya mereka bukan undi sebab batch semata, malah mereka juga undi sebab calon.
Bila dah setel pilihanraya tu, aku ingat aku dah selamat lah dari bala yang menimpa bertubi-tubi diriku ini..Ropanya, nama aku dicalonkan untuk jadi Setiausaha II. Atas kuasa majoriti exco, mereka pun tariklah aku jadi S/U ni. Pada awalnya aku memang berat hati nak terima, sebab aku tau kerja yang paling sibuk adalah menjadi S/U..Tapi atas pandangan dan support daripada kawan-kawan, aku pun merelakan jasad aku diperkotak katikkan sepanjang Penggal 1 ni..hihihi
Jadi inilah serba sedikit Corat Coret DPA untuk siri Pilihanraya ni..Pengalaman ini memang akan aku ingat sampai la bebila sebab macam-macam peristiwa lawak berlaku masa pilihanraya ni. Dengan berkempen bagai nye, dengan poster lagik, dengan tagline yang penuh kontroversi nya...kahkahkah....Bila ingat balik, aku akan tersenyum sendiri...Ini semua poyo!!
![]() |
| kawan-kawan yang bertungkus lumus berkempen..kahkahkah |
![]() |
| Manes pun jadik kambing itam sama macam aku..Nama beliau dipetik untuk calon Exco Kebudayaan. |
![]() |
| Proses membuang undi dijalankan dengan penuh teratur dan cukup telus |
Fakta:
Akibat wujudnya undi rosak yang dikatakan terdapat sabotaj daripada golongan yang kurang bertanggungjawab, selepas pilihanraya berlangsung kami semua telah dikenakan hukuman denda menulis esei yang bertajuk ..eh aku dah lupa dah..tapi yang pastinya esei tulisan tangan 5 m/s. Inilah ironinya Pilihanraya DPA. Takkan ada di Pilihanraya Umum tau...! One for All..All for One! katernyerrrrr
Next entri...teater..teater..dan teaterrrr
babai!
Subscribe to:
Posts (Atom)



.jpg)



