Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Tuesday, October 6, 2015

Menjawab Pertanyaan Emel: Perkembangan Hadif di Little Caliphs




Yang pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada pembaca blog sendu yang sudi meluangkan masa membulatkan mata, mengerahkan akal dan meluaskan minda membaca apa yang aku kongsikan di sini. Sejujurnya blog ini adalah catatan peribadi aku yang aku rasa mana yang boleh dikongsi dan beri manfaat pada orang lain.

Ramai juga sebenarnya yang emel personally kat aku, tanya macam-macam perkara. Mintak maaf, ada yang sempat aku reply, dan ada yang tidak. Dengan faktor kerja dan tugas yang menentu sekarang, banyak benda yang tergendala nak buat dan tak terbuat. Ada yang tanya tips, ada yang tanya contact number kontraktor, dan dalam banyak-banyak pertanyaan melalui emel ni, ramai yang tanya macam mana aku mendidik anak ke arah berorentasikan islamik.

Sejujurnya juga, aku bukanlah ibu yang sempurna. Sama je gonjeng macam ibu-ibu di luar sana. Haha. Aku pasti lagi ramai ibu-ibu hebat di luar sana yang mampu mendidik anak jauh lebih baik daripada aku insan marhaen ini.

Macam mana nak cerita entah la. Tapi aku cuba ye kongsikan semudah yang korang boleh digest dan cuba la apply pada anak-anak korang. Pernah aku dapat satu nota daripada seorang rakan aku di FB. Mintak tips macam mana ek aku boleh didik Hadif seawal usia 4 tahun dah boleh berdikari dan tahu asas-asas agama. Katanya dia pelik macam mana aku boleh didik anak dengan keadaan aku duduk dibandar, bekerja lagi dan semua diuruskan sendiri, bibik pun takde. Jujur dia cakap, kalo tengok aku dari luaran, macam tak caya je tengok macam mana anak aku boleh matang cepat sangat. Dia duk tanya bila masa aku duk ajar anak semua tu?

Masa aku dapat msg tu, memula rasa pelik sebab apa dia pelik. Ada beza ke didik anak dengan lokasi rumah? Hihi..tapi takpe la aku tak amik hati..sebab aku tahu dia tanya tu betul-betul ikhlas nak tahu. Banyak faktor yang mendorong dan memaksa aku gigih mendidik anak mengikut acuan aku ni. Kalo rajin korang bleh scroll entry dedulu k.

Didikan anak ni sebetulnya adalah berpunca dari rumah. Dari rumah tu maksudnya dari kita, sebagai ibu bapa. Kalau kita amik mudah, hasilnya memang susah dan lambat kita nak nampak. Tapi kalau kita amik serius dan sepenuh hati cuba untuk membentuk peribadi seorang anak, insyallah hasilnya masyallah, memang di luar jangkaan kita. Nak cakap pasal masa. Kalo tanya semua ibu pun, rasa 24 jam tu tak cukup kan sehari. Dengan nak urus segala rimau gajah di rumahnya, dengan suami lagi anak lagi, masak lagi..macam-macam semua ibu yang superpower lah yang kena manage. Kann?

Pokok pangkalnya, niat. Insyallah bila kita pasang niat, Allah permudahkan insyallah. Yang pasti, kalau tanya aku..sesi pengajaran dan pembelajaran antara aku dan anak aku bermula setiap kali aku bersama dia. Baik dalam kereta, waktu makan, waktu bermain (paling banyak) dan waktu tidur. Itula secara ringkasnya.

Untuk entri hari ni, aku akan jawab pertanyaan daripada salah seorang pembaca blog ini yang ada personally emel kat aku. Pembaca ini nak mintak aku share macam mana perkembangan Hadif selepas aku hantar dia ke Little Caliphs (LC). Mungkin dia juga sedang mencari tempat yang sesuai untuk anak dia nanti. Kesempatan ini juga aku nak merakamkan ucapan terima kasih kepada yang bertanya ini kerana sudi membaca coretan yang tak berapa hebat di blog sendu ini. Moga-moga semua perkongsian dalam setiap coretan aku dalam blog ni dapat juga sikit sebanyak beri manfaat pada orang lain. Insyallah.

Sebelum aku nak share perkembangan Hadif sekarang, aku nak korang ingat satu perkara je. Walaupun anak dianugerahkan dengan lain-lain keistimewaan, tapi anak ini dilahirkan sama bersih dan suci seperti kain putih. Yang mencorakkan anak ini adalah kita. Oleh itu, kalau nak banding membandingkan anak, jangan la suka bandingkan anak kita dengan anak orang lain. Cuba lah sekerapnya bandingkan anak dengan diri KITA. Sebab anak sebenarnya sangat-sangat ingin menjadi seperti KITA, baik ibu atau ayahnya. Ingat, jangan sesekali bandingkan anak dengan orang lain, anak akan sangat kecewa.

Dulu aku ingatkan, bila hantar anak ke taska yang berasaskan Islamik ni, semua anak yang dihantar mesti mempunyai ciri-ciri islamik yang sama paling tidak pun, ada minat yang sama, hobi yang sama atau personality yang lebih kurang sama. Rupanya, sangkaan aku silap.

Ada satu cerita yang sahih ni telah membuka mata aku seluasnya. Tujuan aku berkongsi cerita ni bukan la nak tunjuk anak aku bagus, anak orang lain tak bagus..wallahi tidak sama sekali. Nauzubillah, harap jangan ada tersalah tafsir ye. Serius aku cakap, anak aku bukan laur biasa pun. Biasa macam anak-anak kecil lain.  

Baru-baru ini, husband ada berbual dengan seorang ayah yang turut menghantar anaknya ke LC, si ayah tak habis memuji gelagat Hadif masa Sport Days LC bulan lepas, dia duk peratikan Hadif sedang mengemas dan menyusun kerusi sensorang diri dengan sukarela, takda sorang pun yang suruh. Even the teachers pun surprised tengok gelagat Hadif yang tak pedulikan orang lain, yang penting semua kerusi yang bersepah di tengah dewan tu berjaya dia kutip sampai habis. Then husband pun cakap la, Hadif memang suka tolong mengemas kat rumah. And susun kerusi ni memang antara favret dia, especially kalau ada kenduri kendara rumah sedara mara, dialah yang paling champion dapat susun kerusi paling banyak..hihi.

Si ayah tadi mula membuka cerita tentang perihal anaknya. Di pendekkan cerita, si ayah ni bagitau yang anak dia dah umur 6 tahun, tapi setiap tahun  bermula dari anaknya umur 4 tahun…beliau dan isteri kerap dipanggil ke taska atas urusan sesi kaunseling kerana anaknya sejak umur 4 tahun lagi suka memukul dan membuli anak-anak lain di LC. Si ayah sampai naik segan setiap tahun mesti ada kes anak orang lain dipukul oleh anaknya.

Allahurabbi, masa aku dengar tu..aku terdiam..lama jugak aku termenung..sebab aku betul-betul terkejut.. Apa yang aku nak highlight kat sini adalah kalau kita hantar anak ke sekolah Tahfiz sekalipun, tapi didikan awal dari rumah kita tak pandang serius, peribadi anak kita tetap tidak seperti yang kita harapkan. Wallahualam

Baiklah, dibawah aku senaraikan perkembangan Hadif hasil nya hampir setahun belajar di Little Caliphs. Sekarang Hadif dah 4 tahun 8 bulan. Inilah antara perkembangan positif yang cukup-cukup membuatkan aku bersyukur..alhamdulillah..

1.       Mandi, gosok gigi, sabun dan syampu sendiri
2.       Pakai baju, bedak, sikat sendiri
3.       Buang air kecil/besar (P.U. / B.O.) dan cuci sendiri
4.       Siang tak pakai pampers, malam je pakai just incase terlajak shishi. Tapi before tidur akan suruh dia P.U siap-siap.
5.       Hafalan Doa-doa mudah:
a.       Doa Bangun Tidur
b.      Doa Sebelum Tidur
c.       Doa Masuk Tandas
d.      Doa Sebelum Makan
e.      Doa Selepas Makan
f.        Doa Naik Kenderaan
g.       Doa Ibu Bapa
h.      Doa Taubat
i.         Doa Dhuha
j.        Doa Selepas Solat
6.       Hafalan Surah-surah pendek:
a.       Surah Al Fatihah
b.      Surah Al Ikhlas
c.       Surah Al Lahab
d.      Surah Falaq
e.      Surah Al Kafirun
f.        Surah An Nas
g.       Surah Al Kautsar
h.      Surah Al Asr
7.       Hafalan Zikir-zikir Mudah :
a.       Lailahaillah
b.      Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar
c.       Ya zaljalahiwaliqram
d.      Ya Hayyum Ya Qayyum
e.      Hasbi Rabbi
f.        Laisalaha Mindunillah
8.       Selesai Bacaan Iqra’1 (belajar di rumah
9.       Sedang Membaca Iqra’2 (belajar di rumah)
10.   Hafal nama 25 Nabi
11.   Hafal nama 10 Malaikat dan tugas-tugasnya
12.   Hafal dan faham tertib solat wajib 5 Rakaat
13.   Hafal setiap bacaan dalam solat ( bermula niat solat hingga memberi salam – kecuali Doa Qunut belum sepenuhnya)
14.   Boleh bezakan solat wajib dan solat sunat. Solat sunat dhuha diamalkan di LC setiap Jumaat
15.   Kerap dipilih menjadi imam di LC bagi memimpin solat Zohor atau Asar.
16.   Tahu apa itu pahala dan dosa, syurga dan neraka, syaitan/iblis dan malaikat (obsess nak masuk syurga)
17.   Sangat obses dengan beberapa kisah Sirah antaranya kisah Nabi Adam (pokok Kuldi, iblis asalnya malaikat, taknak sujud pada Adam, kisah Habil & Qabil). Suka juga mendengar kisah Nabi Nuh (kapal besar), Nabi Yunus (ikan paus) dan Nabi Musa (tongkat bertukar ular besar)
18.   Hafal nama anak Nabi Muhammad (ada 7 orang)
19.   Hafal maksud Surah Al Fatihah
20.   Boleh mengeja ayat 2 suku kata (sa-ya, ka-ya, gu-ru, etc..)
21.   Boleh menulis dan menghafal A-Z (Malay & English)
22.   Boleh menulis dan mengira 1-100 (Malay & English)
23.   Boleh menulis dan mengeja (cat, bag, dog, etc..)
24.   Boleh melukis dan mewarna
25.   Baru belajar menggunakan gunting memotong kertas (belajar di rumah)


      Itulah setakat perkembangan Hadif sepanjang hampir setahun dia berada di LC. Alhamdulillah syukur sangat. Daripada 25 perkara yang aku senaraikan tu, aku sebenarnya target 20% daripada achievement tu. Syukur Allah permudahkan sesi pembelajaran anak kecil ini.

Beberapa entri ada saya kongsikan tentang perkembangan Hadif dan Tips-tips mendidik anak. Kalau sudi korang boleh la baca di entri ini:


Jom layan gambar time Sports Day LC hari tu..

Tengok la anakanda sorang kena rasuk roh rajin tak masal susun kerusi.hihi
Daddy dapat 2 cenderahati sebab jadik juri dan pembaca sajak Kemerdekaan. hihi.

First gold medal abang! Well done sayang!
Abang taknak kalah gigit medal ala menang Football League

ootd ummi, abang dan adik..

Our happy and sweet family potrait. macam iklan gigi..hihi

Abang and his bff, Ziyad..happy sangat ni..

Abang & ummi bergambar dengan CEO Little Caliphs, Puan Fareeda.





Monday, October 5, 2015

Cara Susun Atur Pakaian Harian Anak

Ini juga susulan daripada entri Susun Atur di entri yang lalu. Nak share dengan korang susun atur ni mana tahu boleh la korang try apply di rumah. Setakat 2 minggu ni, alhamdulillah sistem susun atur ini sangat praktikal dan memudahkan.

Sebut pasal memudahkan ni, sebenarnya aku dapat idea ni dari beberapa sumber yang di share di FB. Aku tengok macam sepintas lalu je, tapi lupa nak park kat wall sendiri. Basically aku nampak idea ni macam berguna dan sangat boleh membantu husband yang tugas hariannya adalah menyiapkan Hadif pepagi serta bekalan pakaian harian Hadif untuk sesi daycare di sebelah petang.

Kalau pepagi tu aku dah siap agihkan tugas dah. Aku akan siapkan iron baju Hadif then husband akan siapkan dan hantarkan Hadif ke sekolah. Untuk sesi petang pulak, aku take over. Macam tu la hidup suami isteri, kena tolak ansur mana yang boleh. Lagipun kami takda bibik, kalau tak aku yang acting jadik bibik, takda orang lain melainkan suami sendiri. Kat rumah memang dah ada tugas memasing. Berkira tak hengat kalo ada tugas yang tak setel tu...sanggup tinggal buat tak tau je semata tu bukan tugas memasing. Hahaha...

Idea ni jugak sebenarnya aku tergerak hati nak buat atas sebab ketidaksengajaan en suami yang telah tesilap pairing baju daycare abang dengan kain pelikat. Masa aku pi amik abang dari sekolah, memang tetanjat sangatlah nengok ke abang berbaju tshirt dengan kain pelikat. Kain pelikat ni memang purposely untuk dia solat di masjid/surau je. Aku macam tak tahu lah nak maroh atau nak gelok ke laki aku yang selamber dia je pairing kan macam tu. Yang Hadif pulak as usual lah, muka habis konfiden. Siap cakap, esok nak pakai lagi..sebab sejukkk..beranginnnnn katenyerrr...hahaha




Basically aku amik idea lebih kurang macam ni. Susun Atur ni memang khusus untuk baju daycare Hadif dari Isnin hingga Jumaat sahaja. Untuk weekend tak perlu lah sebab si omaknya pandai lah nak dress up kan anak lagu mana kan. Biasanya weekdays memang pepagi tu kan rushing. Masa tu la nak carik suar nak match dengan baju, carik spentot pulak hilang..Jadik bila dah ada sistem macam ni, aku rasa sangat la membantu.

Tapi, aku kan dasar sejenis ummi yang cheapskate. Hahha..Aku cuba berfikir di luar kotak dengan menggunapakai apa yang ada dalam bilik Hadif ni. Hasilnya lebih kurang macam ni...

Pocket set ni tak silap aku dapat hadiah masa Hadif setahun kot. Pernah la letak mini books la ape laa tapi rasa macam berkecah pulak. Lastly aku simpan je benda alah ni. Tak sangka boleh timbul idea nak jadikan sebahagian daripada projek susun atur dalam bilik Hadif ni.

Aku kategorikan pakaian ikut hari. Cuma ada extra poket tu dah takda idea nak letak apa, so aku letak aje lah hari sabtu/ahad tu just incase kan aku outstation time weekend.

Berdebor jugak lah nak nengok ke hasilnya. Tapi alhamdulillah. Berhasil jugak akhirnya. Setiap satu poket tu ada sepasang baju dan seluar. Kira muat-muat la jugak. Untuk sementara waktu aku lekat pakai masking tape je dulu before nak cari idea nak print label cecomel skit kan. Jimat pun jimat..hihihi


Beginilah lebih kurang pandangan sisi dari bilik Hadif setelah projek susun atur siap dan selesai. Banyak lagi benda tertunggak tak setel nak deko-deko bilik abang ni. Still tengah cari gali idea nak berhias.

Sharing is caring!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...