Yang pertama sekali aku nak
ucapkan terima kasih kepada pembaca blog sendu yang sudi meluangkan masa
membulatkan mata, mengerahkan akal dan meluaskan minda membaca apa yang aku
kongsikan di sini. Sejujurnya blog ini adalah catatan peribadi aku yang aku
rasa mana yang boleh dikongsi dan beri manfaat pada orang lain.
Ramai juga sebenarnya yang emel
personally kat aku, tanya macam-macam perkara. Mintak maaf, ada yang sempat aku reply, dan ada yang tidak. Dengan faktor kerja dan tugas yang menentu sekarang, banyak benda yang tergendala nak buat dan tak terbuat. Ada yang tanya tips, ada yang
tanya contact number kontraktor, dan dalam banyak-banyak pertanyaan melalui
emel ni, ramai yang tanya macam mana aku mendidik anak ke arah berorentasikan
islamik.
Sejujurnya juga, aku bukanlah ibu
yang sempurna. Sama je gonjeng macam ibu-ibu di luar sana. Haha. Aku pasti lagi
ramai ibu-ibu hebat di luar sana yang mampu mendidik anak jauh lebih baik
daripada aku insan marhaen ini.
Macam mana nak cerita entah la.
Tapi aku cuba ye kongsikan semudah yang korang boleh digest dan cuba la apply
pada anak-anak korang. Pernah aku dapat satu nota daripada seorang rakan aku di
FB. Mintak tips macam mana ek aku boleh didik Hadif seawal usia 4 tahun dah
boleh berdikari dan tahu asas-asas agama. Katanya dia pelik macam mana aku
boleh didik anak dengan keadaan aku duduk dibandar, bekerja lagi dan semua
diuruskan sendiri, bibik pun takde. Jujur dia cakap, kalo tengok aku dari
luaran, macam tak caya je tengok macam mana anak aku boleh matang cepat sangat.
Dia duk tanya bila masa aku duk ajar anak semua tu?
Masa aku dapat msg tu, memula
rasa pelik sebab apa dia pelik. Ada beza ke didik anak dengan lokasi rumah?
Hihi..tapi takpe la aku tak amik hati..sebab aku tahu dia tanya tu betul-betul
ikhlas nak tahu. Banyak faktor yang mendorong dan memaksa aku gigih mendidik
anak mengikut acuan aku ni. Kalo rajin korang bleh scroll entry dedulu k.
Didikan anak ni sebetulnya adalah
berpunca dari rumah. Dari rumah tu maksudnya dari kita, sebagai ibu bapa. Kalau
kita amik mudah, hasilnya memang susah dan lambat kita nak nampak. Tapi kalau kita amik
serius dan sepenuh hati cuba untuk membentuk peribadi seorang anak, insyallah
hasilnya masyallah, memang di luar jangkaan kita. Nak cakap pasal masa. Kalo
tanya semua ibu pun, rasa 24 jam tu tak cukup kan sehari. Dengan nak urus
segala rimau gajah di rumahnya, dengan suami lagi anak lagi, masak
lagi..macam-macam semua ibu yang superpower lah yang kena manage. Kann?
Pokok pangkalnya, niat. Insyallah
bila kita pasang niat, Allah permudahkan insyallah. Yang pasti, kalau tanya
aku..sesi pengajaran dan pembelajaran antara aku dan anak aku bermula setiap
kali aku bersama dia. Baik dalam kereta, waktu makan, waktu bermain (paling
banyak) dan waktu tidur. Itula secara ringkasnya.
Untuk entri hari ni, aku akan
jawab pertanyaan daripada salah seorang pembaca blog ini yang ada personally
emel kat aku. Pembaca ini nak mintak aku share macam mana perkembangan Hadif
selepas aku hantar dia ke Little Caliphs (LC). Mungkin dia juga sedang mencari
tempat yang sesuai untuk anak dia nanti. Kesempatan ini juga aku nak merakamkan
ucapan terima kasih kepada yang bertanya ini kerana sudi membaca coretan yang
tak berapa hebat di blog sendu ini. Moga-moga semua perkongsian dalam setiap
coretan aku dalam blog ni dapat juga sikit sebanyak beri manfaat pada orang
lain. Insyallah.
Sebelum aku nak share
perkembangan Hadif sekarang, aku nak korang ingat satu perkara je. Walaupun anak dianugerahkan
dengan lain-lain keistimewaan, tapi anak ini dilahirkan sama bersih dan suci seperti kain
putih. Yang mencorakkan anak ini adalah kita. Oleh itu, kalau nak banding
membandingkan anak, jangan la suka bandingkan anak kita dengan anak orang lain.
Cuba lah sekerapnya bandingkan anak dengan diri KITA. Sebab anak sebenarnya
sangat-sangat ingin menjadi seperti KITA, baik ibu atau ayahnya. Ingat, jangan sesekali bandingkan anak dengan orang lain, anak akan sangat kecewa.
Dulu aku ingatkan, bila hantar
anak ke taska yang berasaskan Islamik ni, semua anak yang dihantar mesti
mempunyai ciri-ciri islamik yang sama paling tidak pun, ada minat yang sama,
hobi yang sama atau personality yang lebih kurang sama. Rupanya, sangkaan aku
silap.
Ada satu cerita yang sahih ni
telah membuka mata aku seluasnya. Tujuan aku berkongsi cerita ni bukan la nak
tunjuk anak aku bagus, anak orang lain tak bagus..wallahi tidak sama sekali. Nauzubillah, harap jangan ada
tersalah tafsir ye. Serius aku cakap, anak aku bukan laur biasa pun. Biasa
macam anak-anak kecil lain.
Baru-baru ini, husband ada
berbual dengan seorang ayah yang turut menghantar anaknya ke LC, si ayah tak
habis memuji gelagat Hadif masa Sport Days LC bulan lepas, dia duk peratikan
Hadif sedang mengemas dan menyusun kerusi sensorang diri dengan sukarela, takda
sorang pun yang suruh. Even the teachers pun surprised tengok gelagat Hadif
yang tak pedulikan orang lain, yang penting semua kerusi yang bersepah di
tengah dewan tu berjaya dia kutip sampai habis. Then husband pun cakap la,
Hadif memang suka tolong mengemas kat rumah. And susun kerusi ni memang antara
favret dia, especially kalau ada kenduri kendara rumah sedara mara, dialah
yang paling champion dapat susun kerusi paling banyak..hihi.
Si ayah tadi mula membuka cerita
tentang perihal anaknya. Di pendekkan cerita, si ayah ni bagitau yang anak dia
dah umur 6 tahun, tapi setiap tahun
bermula dari anaknya umur 4 tahun…beliau dan isteri kerap dipanggil ke
taska atas urusan sesi kaunseling kerana anaknya sejak umur 4 tahun lagi suka
memukul dan membuli anak-anak lain di LC. Si ayah sampai naik segan setiap
tahun mesti ada kes anak orang lain dipukul oleh anaknya.
Allahurabbi, masa aku dengar
tu..aku terdiam..lama jugak aku termenung..sebab aku betul-betul terkejut.. Apa
yang aku nak highlight kat sini adalah kalau kita hantar anak ke sekolah Tahfiz
sekalipun, tapi didikan awal dari rumah kita tak pandang serius, peribadi anak
kita tetap tidak seperti yang kita harapkan. Wallahualam
Baiklah, dibawah aku senaraikan
perkembangan Hadif hasil nya hampir setahun belajar di Little Caliphs. Sekarang
Hadif dah 4 tahun 8 bulan. Inilah antara perkembangan positif yang cukup-cukup
membuatkan aku bersyukur..alhamdulillah..
1.
Mandi, gosok gigi, sabun dan syampu sendiri
2.
Pakai baju, bedak, sikat sendiri
3.
Buang air kecil/besar (P.U. / B.O.) dan cuci
sendiri
4.
Siang tak pakai pampers, malam je pakai just
incase terlajak shishi. Tapi before tidur akan suruh dia P.U siap-siap.
5.
Hafalan Doa-doa mudah:
a.
Doa Bangun Tidur
b.
Doa Sebelum Tidur
c.
Doa Masuk Tandas
d.
Doa Sebelum Makan
e.
Doa Selepas Makan
f.
Doa Naik Kenderaan
g.
Doa Ibu Bapa
h.
Doa Taubat
i.
Doa Dhuha
j.
Doa Selepas Solat
6.
Hafalan Surah-surah pendek:
a.
Surah Al Fatihah
b.
Surah Al Ikhlas
c.
Surah Al Lahab
d.
Surah Falaq
e.
Surah Al Kafirun
f.
Surah An Nas
g.
Surah Al Kautsar
h.
Surah Al Asr
7.
Hafalan Zikir-zikir Mudah :
a.
Lailahaillah
b.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar
c.
Ya zaljalahiwaliqram
d.
Ya Hayyum Ya Qayyum
e.
Hasbi Rabbi
f.
Laisalaha Mindunillah
8.
Selesai Bacaan Iqra’1 (belajar di rumah
9.
Sedang Membaca Iqra’2 (belajar di rumah)
10.
Hafal nama 25 Nabi
11.
Hafal nama 10 Malaikat dan tugas-tugasnya
12.
Hafal dan faham tertib solat wajib 5 Rakaat
13.
Hafal setiap bacaan dalam solat ( bermula niat
solat hingga memberi salam – kecuali Doa Qunut belum sepenuhnya)
14.
Boleh bezakan solat wajib dan solat sunat. Solat
sunat dhuha diamalkan di LC setiap Jumaat
15.
Kerap dipilih menjadi imam di LC bagi memimpin
solat Zohor atau Asar.
16.
Tahu apa itu pahala dan dosa, syurga dan neraka,
syaitan/iblis dan malaikat (obsess nak masuk syurga)
17.
Sangat obses dengan beberapa kisah Sirah
antaranya kisah Nabi Adam (pokok Kuldi, iblis asalnya malaikat, taknak sujud
pada Adam, kisah Habil & Qabil). Suka juga mendengar kisah Nabi Nuh (kapal
besar), Nabi Yunus (ikan paus) dan Nabi Musa (tongkat bertukar ular besar)
18.
Hafal nama anak Nabi Muhammad (ada 7 orang)
19.
Hafal maksud Surah Al Fatihah
20.
Boleh mengeja ayat 2 suku kata (sa-ya, ka-ya,
gu-ru, etc..)
21.
Boleh menulis dan menghafal A-Z (Malay &
English)
22.
Boleh menulis dan mengira 1-100 (Malay &
English)
23.
Boleh menulis dan mengeja (cat, bag, dog, etc..)
24.
Boleh melukis dan mewarna
25.
Baru belajar menggunakan gunting memotong kertas
(belajar di rumah)
Itulah setakat perkembangan Hadif sepanjang hampir setahun dia berada di LC. Alhamdulillah syukur sangat. Daripada 25 perkara yang aku senaraikan tu, aku sebenarnya target 20% daripada achievement tu. Syukur Allah permudahkan sesi pembelajaran anak kecil ini.
Beberapa entri ada saya kongsikan tentang perkembangan Hadif dan Tips-tips mendidik anak. Kalau sudi korang boleh la baca di entri ini:
Beberapa entri ada saya kongsikan tentang perkembangan Hadif dan Tips-tips mendidik anak. Kalau sudi korang boleh la baca di entri ini:
Jom layan gambar time Sports Day LC hari tu..
Tengok la anakanda sorang kena rasuk roh rajin tak masal susun kerusi.hihi |
Daddy dapat 2 cenderahati sebab jadik juri dan pembaca sajak Kemerdekaan. hihi. |
First gold medal abang! Well done sayang! |
Abang taknak kalah gigit medal ala menang Football League |
ootd ummi, abang dan adik.. |
Our happy and sweet family potrait. macam iklan gigi..hihi |
Abang and his bff, Ziyad..happy sangat ni.. |
Abang & ummi bergambar dengan CEO Little Caliphs, Puan Fareeda. |
0 yang mengekspresikan diri:
Post a Comment