Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Monday, July 6, 2015

Ibu Hamil Anemia

Apa itu Anemia?
Anemia merupakan keadaan di mana badan kita mengalami kekurangan hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah. Hemoglobin merupakan pengangkut oksigen dan zat makanan ke seluruh badan. Apabila kita mengalami anemia, tisu seluruh badan menjadi hipoksia iaitu kurang kandungan oksigen.

Anemia mempunyai 3 kategori iaitu:

a) Anemia teruk : Hb <9gm%
b) Anemia sederhana :  Hb 9 - 11gm%
c) Hb Normal : Hb > atau = 11gm%

Aku kategori mana? Kategori (b) tu. Anemia sederhana. Pun dah rasa macam nak jalan merangkak. Lesu sangat badan Tuhan je yang tahu. 

Antara punca-punca Anemia adalah:

* Kekurangan pengambilan zat besi, asid folik, dan vitamin B12 dalam diet. - (ye aku amik)
* Peningkatan keperluan (ibu hamil atau menyusu) - (ye sedang hamil)
* Kerap mengandung - (4 tahun jarak kot)
* Kerap mengambil makanan penghalang penyerapan zat besi seperti teh dan kopi bersama hidangan. - (bukan penggemar kopi/teh)

So, apa sebenarnya punca yang menyebabkan aku anemia? Masa hamilkan Hadif dulu pun Hb rendah jugak, tapi tak silap aku belum pernah cecah 9gm%. Tapi untuk kehamilan kali ni mmg sekali je pernah cecah 10gm% then drop balik ke 9gm%. Haihhh susah hati sangat..Macam-macam dah aku try consume..kurma, susu kambing, jus delima, vco softgel..tapi bila time check up result mmg menghampakan.. :(

Aku pernah tanya gynae apa faktor yang menyebabkan aku menghidapi anemia. So, memandangkan dulu aku pernah kehilangan darah yang sangat banyak (2 liter) masa major komplikasi dulu. Even darah dah top up sama banyak sekali pun, still tak dapat nak kembalikan kepada keadaan normal. 

Apa tanda-tanda anemia?

* Muka pucat lesu
* Selalu rasa gelap mata (nak pitam)
* Letih, lesu dan mengantuk (ni mmg obvious)
* Rasa berdebar dan terketar-ketar
* Rambut mudah putus
* Kerap mengalami sakit kepala dan pening teramat sangat

Semua tanda-tanda di atas memang aku sedang melaluinya. Atas nasihat doktor juga, aku perlu tambah dos ubat-ubatan. Baru-baru ni check up, semua results drop. Hb, Bp, Iron dan berat badan semua drop. Doktor pun risau plus aku pulak memang gigih nak berpuasa. Jadi disebabkan result aku yang sangat mendukacitakan, doktor memang tak galakkan aku berpuasa...Bahaya untuk 2 nyawa. Untuk aku dan bayi dalam perut ni. Doktor cakap selagi result aku tak naik, aku tak dibenarkan puasa. So, kita tunggu la next check up on 13/7/2015 ni macam mana. 

Antara kesan-kesan anemia terhadap ibu adalah:

* Pitam
* Keguguran
* Meningkatkan risiko pre-eklampsia
* Mudah mendapat penyakit berjangkit
* Boleh berlaku pendarahan semasa dan selepas bersalin
* Kelesuan
* Cirit-birit

Kesan anemia kepada bayi dalam kandungan pula:

* Terbantut pertumbuhan bayi/janin
* Lahir tak cukup bulan
* Anak lemas semasa lahir
* Meningkatkan risiko lahir mati

Bila tahu kesan kepada bayi dalam kandungan tu sangatlah berisiko, serius memang rasa takut amat sangat. Ini lah antara penyebab kenapa doktor nasihatkan aku supaya tak berpuasa. Even dah makan macam-macam sekalipun, badan tetap perlukan air yang banyak nak-nak dengan cuaca panas tak menentu ni. Kurang air dalam badan juga merupakan salah satu penyebab badan jadi lemah dan bertambah-tambah pula kita ni berbadan dua dan anemia..

Atas sebab anemia ni, doktor nasihatkan untuk aku mengambil makanan yang boleh meningkatkan penyerapan zat besi. Antaranya adalah:

* Ambil makanan punca haiwan dan makanan laut 3 kali seminggu (daging, kerang)
* Ambil buah-buahan yang kaya Vitamin C sebagai pencuci mulut (jambu dan limau sunkist)
* Kerap sediakan sayur hijau dengan perencah ikan bilis, udang segar, sotong, bebola ikan, hati, ayam, telur

Antara cara mengurangkan penghalang penyerapan zat besi dalam erti kata lain makanan yang perlu dielakkan adalah:

* Elak minim air kopi, teh, minuman berkola, minuman bercoklat, susu bersama hidangan makanan dan semasa makan pil hematinik
* Sekiranya minum teh atau kopi, digalakkan minum pagi atau petang
* Mengambil semua pil Hematinik (zat besi, asid folik, B Kompleks, dan Vitamin C) yang dibekalkan oleh KK atau Hospital bersama air kosong atau air buah.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang senasib dengan saya ya.

Sumber maklumat:
Brosur
Pusat Maklumat Pemakanan
Jab. Kesihatan Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur & Putrajaya

Friday, July 3, 2015

Yang Maha Pemberi Rezeki - Redha & Syukur

Salam Jumaat yang penuh barakah buat semua yang sudi meluangkan masa membaca coretan sendu di blog yang suam-suam kuku ni. hihi..

Tajuk entri macam serius amat. Bukan apa..bertepatan dengan hari Jumaat ni..elok kita kongsikan benda yang baik-baik la kan. Mudah-mudahan kita dapat sesuatu yang baik daripada kita duk bercakap kosong.

Bila kita bercakap berkenaan Yang Maha Pemberi Rezeki, sesungguhnya tidak terhitung betapa melimpah ruahnya rezeki yang telah dikurniakan Nya sama ada kita dalam keadaan sedar, separa sedar atau langsung tak sedar. Manusia kan. Hidup sentiasa rasa tak cukup serba-serbi. Benar sebenar-benarnya, aku juga tak lari daripada berfikir dengan keadaan yang tak cukup. Bila fikiran mula merewang ke situ, lantas aku terus beristighfar..muhasabah diri.

Selalu kan kita dengar pesan ustat..Kalau kita nak membandingkan kehidupan kita dengan orang lain, bandingkan lah dengan orang yang kehidupannya lebih sukar daripada kita. Selagi mana kita membandingkan kehidupan kita dengan orang yang lebih senang, selagi itu lah kita tidak redha dan syukur dengan rezeki yang Allah bagi pada kita. 

Mana kawan-kawan yang pernah baca entri aku awal-awal blogging dulu mungkin akan tahu betapa sukarnya nak struggle dalam tempoh kehamilan disebabkan medical history sebelum hamil tu melibatkan major komplikasi. Selesai berjuang sehingga melahirkan anak yang ketika itu kandungan 8 bulan, bertarung pula dengan adhesion colic yang perlu dihadap oleh aku sepanjang usia. Atas sebab-sebab komplikasi ini aku dinasihatkan secara serius untuk menjarakkan kehamilan antara 4 -5 tahun. Syukur sebab suami sentiasa menyokong dan faham situasi kita ni tidak lah normal seperti orang lain. Kami bersepakat untuk tidak menggunakan sebarang ubat perancang keluarga. Bimbang perkara lain yang lebih mudarat pula akan berlaku.

Saat orang lain berkongsi pengalaman melahirkan anak secara normal, terasa diri ini kurang sangat. Ye la kan. Anak pertama ni lain macam keterujaannya. Saat orang lain berkongsi pengalaman berjaya menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu, hingga 2 -3 tahun. Aku pula hanya cukup-cukup 6 bulan sahaja, itupun sudah dicampur dengan susu formula. Bila kita kongsi susu kita tak meriah, banyak yang respon si ibu perlu positif, tenang untuk mudahkan susu dihasilkan. Kalau lah orang lain tahu bagaimana kita bersungguhnya nak yang terbaik untuk anak kita.....


REDHA

Tahun ini aku rasa inilah masa yang paling sesuai untuk fikirkan tentang anak kedua. Sepanjang 4 tahun ini aku lalui dan hadap saja apa yang orang nak cakap. Pernah aku pulang ke kampung suami, ditanya kenapa tak mahu tambah anak? Terdiam..betul-betul terdiam. Takkan aku nak cakap gebang semua dengan masalah komplikasi aku. Takkan pulak aku nak cakap, nanti baca blog saya ye kak. Saban tahun aku terima soalan yang sama dari orang yang sama. Nak dijadikan cerita anak sulung beliau sebaya dengan Hadif. Jadik bila tiap kali aku balik, rezeki dia Allah bagi lebih. Setiap tahun dia dikurniakan anak. Jadik nampak beza sangat kan bila tiap kali aku balik masih Hadif je solo. Dia pulak dah masuk 4. Last time jumpa dia di kenduri. Masih tanya soalan sama. Tak tahu kenapa rasa boleh jawab "Rezeki ni rahsia Allah kak..insyallah ada lah rezeki saya nanti.." Terus dia diam mengangguk tanda setuju sangat dengan jawapan aku. Kot..

Tanggal 13 Februari 2015, aku disahkan hamil. Allahu akhbar. Tak tergambar rasa gembiranya. Paling-paling gembira sudah tentu lah abang (Hadif). Hadif memang aku dah selalu berkongsi dengan dia tentang seronoknya ada adik. Dia tak pernah malu bagitau orang yang dia ada teddy bear peneman tidur dia. Ifti namanya. Komersial tak ingat nama tu dah tentu terpengaruh dengan daddy kan. Aku selalu jugak dimomokkan dengan cakap-cakap orang, jarak jauh sangat nanti susah nak bagi anak kita biasakan dengan kehadiran orang baru. So, cakap-cakap orang tu aku amik positif je lah. Sebab tu selalu aku biasakan Hadif dengan si Ifti dia tu. Kenkadang ada jugak time aku berlakon letak ifti tu dalam baju buat macam orang ngandung la kan. Dia pun layankan..selalu la buat cerekarama momen nak bersalin sakit-sakit perut tu..hihi

Seronok abang bila dia tau dia akan dapat adik betul-betul. Macam-macam dah dia risau. Dia tanya nanti baby keluar ikut mana ye umi? Baby nanti boy ke girl. Nak sampai ke tidur tu..siap suruh fikir dah apa nama baby kita nanti..seronok betul dia ni..Keesokan pagi tu, aku sedar abang tidur atas perut aku. Ya allah abang..sayang betul dia kat adik yang bakal lahir tu..tak tergamak nak kejut..sekejap je si daddy alihkan..pastu dia marah..dia cakap nak tidur dengan baby..

Allah Maha Mengetahui. Allah Maha Pemberi Rezeki. Bila Allah berkehendakkan sesuatu maka jadilah. Allah juga boleh menarik sesuatu itu dengan hanya sekelip mata. Ya Allah..sesungguhnya aku redha dengan ketentuanMu.

Walaupun penantian itu panjang, perasaan gembira tak terkata itu sempat diraikan walaupun hanya sehari. Abang Hadif lah insan yang paling gembira saat daddy khabarkan berita "adik" yang bakal ummi lahirkan nanti. Kegembiraan sehari itu juga sempat berkongsi kepada keluarga terdekat sambil kami bertiga di rumah ini sudah sibuk mencari nama untuk zuriat yang sedangku hamilkan pada ketika itu.

Perancangan Allah itu adalah sebaik-baik perancangan. Hari Jumaat aku disahkan hamil, petang Sabtu terasa diri sangat lemah longlai layu lesu pakej semua la. Barangkali aku beranggapan inilah simptom awal kehamilan. Ingat-ingat lupa juga lah..4 tahun dah tak merasa seperti ini.

Usai sudah aku selesai solat Asar, aku gagahkan diri untuk bersiap ke rumah rakan ku untuk menyambut birthday party anak beliau. Sempat aku singgah ke tandas terasa sakit perut yang teramat. Hampir tak percaya bila aku melihat tompokan darah dan lama kelamaan darah mengalir semakin laju. Ya Allah...aku menjerit memanggil suami...

Kali ini aku sudah redha dengan ketentuan Illahi. Suami aku bergegas membawa aku ke Hospital Putrajaya sambil ditemani abang di sebelah yang masih lagi samar-samar nak memahami keadaan yang berlaku. Aku menangis..sambil menerangkan semudah-mudahnya kepada abang. "Abang..baby dah takda abang...baby kita dah takda..." 

Aku agak terkejut dengan respon abang. Cukup tenang seumpama faham. Lantas abang memujuk aku, "Tak apa la ummi...kita doa la ya bagi baby tu ada semula"....


Aku bersyukur dan redha dengan apa yang telah aku lalui ni. Redha dengan ketentuan Allah dan syukur kerana Allah memberi peluang untuk aku merasai pengalaman ini. Saban malam, abang selalu ingatkan aku untuk doakan supaya baby ada semula.

SYUKUR

Bercerita pasal baby dengan abang memang seronok. Macam-macam yang dia imagine. Siap berdialog lagi dengan baby. Dia lah nak mandikan baby..dialah nak pakaikan baju baby..semua-semua dia lah yang nak buatkan..

Barangkali Allah mendengar rintihan anak kecil yang cukup teruja dengan adik. 2 bulan setelah kehilangan kandungan kedua ku, aku telah disahkan hamil 7 minggu pada 11/5/2015. Kali ini aku cukup berhati-hati. Sebab banyak hati yang perlu aku jaga. Abang lah paling utamanya. Abang paling teruja saat melihat kandungan yang sangatlah kecil lagi masa 1st scan hari tu. Sempat jugak dia cakap, "Kann abang dah cakap kena doa...kan Allah dah bagi balik baby kita...". Abang..abang.....

Inilah medium pertama yang aku kongsikan secara rasmi mengenai kehamilanku. Bajet retis sangat nak sembunyi sangat. Wallahi..tidak...Aku bukan taknak share dalam ig or fb...tapi aku belajar pengalaman masa kandungan kedua hari tu, pun aku belum pun sempat nak share, tapi adik ipar pula dah update dalam fb (mungkin dia juga eksaited)..semua dah ucap tahniah, then petang tu terus kandungan dah tak ada.

Tujuan aku kongsikan disini adalah untuk bacaan sendiri. Tidak adil untuk anak syurga ini jika aku hanya kongsikan tentang abang Hadif saja. Jadik aku ambil keputusan, aku akan share untuk rujukan aku sendiri. Baik untuk kandungan kedua yang hanya hanya sempat 5 minggu berada di rahimku, dan juga kandungan ketiga ini yang sudah 14 minggu di dalam rahimku.

Selamat bermain-main di rahim ummi..sayang
Cuma keadaan aku sekarang sangat berbeza ketika mengandungkan abang Hadif. Kali ni bukan morning sickness, tapi evening sickness..Aku memang flat start petang ke malam..Dan aku juga dikategorikan sebagai ibu hamil anemia.

Doakanlah kesihatanku ye kawan-kawan. Semoga Allah permudahkan perjalanan kehamilanku sehingga ke tarikh EDD yang dijangka pada 24/12/2015..


Thursday, June 25, 2015

Majlis Perkahwinan Adik (Part 2 - Resepsi)

Ok baiklah..
Entri semalam dah share serba sedikit tentang Majlis Akad, and now ayuhlah aku share skit pasal Majlis Resepsi.
 
Majlis Resepsi ni berlangsung di Kompleks Akuatik MPK, Dewan Belia Indera Mahkota. Bukan saja-saja nak pilih kolam renang berlumba ni sebagai lokasi majlis okess..Tapi disebabkan adik aku ni tetiba je cakap nak kawin ini tahun jugak, dari bulan Ogos anjak pulak ke bulan Jun...memang agak menduga lah nak carik lokasi majlis tu..
 
Punya lah merata mencari tempat yang available, akhirnya semua kecundang. Ye la kan, time cuti sekolah ni memang terang-terang kita tahu akan ada berpuluh majlis pada masa yang sama. Dulu kami kawin kat Dewan Belia, tapi time ni plak penuh, segala jenis dewan kat sini semua penuh. So, keputusan terakhir adalah Kompleks Akuatik. Dangg!
 
Bukanlah kami kumpulan pertama yang buat kat sini. Before ni pun memang ada juga orang buat. Aku masa dengar kolam renang tu...memang berderau darah kenangkan hero-hero cilik yang ada tu. Belum masuk hero-hero cilik dari pihak tetamu tu..Tapi bak kata abah, kena fokus. Fokus dan letakkan niat yang baik. Tujuannya adalah nak majlis selesai cepat dan berjalan lancar. Alhamdulillah, majlis selesai dengan selamat tanpa sebarang kehilangan nyawa (mintak simpang sangat).
 
Ayuhlah kite cuci-cuci mata tengok gambar hasil TOUCHSSTONE STUDIOWORKS. Memang gambar superb sangat kitorang semua puas hati! Salah sorang team photog ni member baik Angah, so memang rasa berbaloi dengan harga lah hasil kerja diorang ni.
 
Untuk pelamin, make up, photobooth and dress kami amik pakej dengan EKSOTIK COLLECTIONS. Owner ni member time sekolah tadika dulu..haha..Sekolah tadika pun jadik la kan Jaja..Thank you Jaja sebab sudi buatkan khas baju baru untuk my adik. Bella ni selim melimm benor, so kebanyakan baju yang dah ada tu macam sangat tak kena bila dia pakai..

Untuk dulang hantaran dan goodies tetamu pulak, memang ini tak lain tak bukan customade by ummi. Ummi memang minat dan sangat la kretif serta rajin yang amat nak mendeko-deko ni. Dulu kami kawin pun, ummi jugak yang handle 2 benda ni. Untuk goodies tetamu ni kami bagi kacang yang lemak kaler kuning tu. Beli bekas tu borong la kat Nilai kan. Ada 2 jenis goodies, satu untuk tetamu biasa and satu untuk tetamu VIP/saudara mara. Stiker goodies tu tempeh sekali dengan orang yang design kad tu..

Goodies for VVIP


Goodies for tetamu
 Okay..jom la layan momen-momen manis sepanjang Majlis Raikan Cinta Nabila & Rosley...



Flower boys and Flower Girls


Pengantin dan floweries..












Sibuk gak pengantin lama..gemuknya dua-duaaaa..

 

Kek ni paling heaven! Setiap layer tu flavour lain-lain kot. Ni tempah kat kedai kek dekat dengan Jalan Besar (dah lupa nama kedai tu)
 
Ok dah setel bab majlis..nanti bebila aku share ngan korang part persediaan before majlis pulak. Kat mana nak tempah kad jemputan yang super cheap, simple dan bersekali dengan pakej bunting semua tu. Aku share jugak kat korang Aturcara Majlis, Checklist bagai semua tu lah..
 
Okuss dokuss..dududu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...