Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Wednesday, May 18, 2011

Sakit Itu Rahmat


Kenapa Allah turunkan sakit? Ada yang menganggap sakit adalah satu jalan penyucian dosa. Kadang-kadang, saya terfikir sejenak, kenapa Allah sering menduga saya. Bukan bererti nak menidakkan ketentuanNya, cuma saya juga manusia biasa. Tak terlepas dengan bisikan-bisikan yang menghasut saya berfikir negatif..Nauzubillah..

Mari, saya kongsikan kisah hidup saya..

Dalam akhir tahun 2007, Tuhan telah menguji saya dengan satu sakit yang tidaklah sekronik kanser, tetapi dek satu kesilapan yang berlaku semasa pembedahan, saya terlantar sakit selama 6 bulan untuk kembali sembuh sepenuhnya. Ketika ini, saya masih belajar di UUM. "acute apendics"..Itulah sakit yang dihadapi saya yang rasanya semua orang sinonim dengan penyakit ni kan? Nampak biasa, tapi ia boleh jadi luar biasa. Kenapa? 

Sebelum operation tu, doktor dah brief untuk operate dengan kaedah laparascopic. Yang mana kaedah ini hanya menggunakan laser melalui wayar (scope) dimasukkan ke dalam perut dengan bukaan 3 lubang. Tujuannya, mudah. Menurut doktor, ianya lebuh EFISYEN dan CEPAT dan TIDAK MENINGGALKAN PARUT. Memandangkan saya menjalani pembedahan di hospital Kedah, tanpa nasihat dari keluarga saya dengan lajunya menandatangani agreement untuk membolehkan saya dibedah. Saya masuk OT jam 12.00 tengahari. Kiranya pembedahan ni kecil saja, mungkin hanya memakan masa selama 2jam sahaja. Saya hubungi rakan-rakan di UUM, untuk maklumkan yang mungkin saya akan keluar pada jam 2.00ptg.

Dalam pukul 3.00 petang macam tu (diceritakan kembali kepada saya), kawan-kawan dah penuh kat hospital. Masa tu seingat saya bulan puasa dan Pilihanraya Kampus. Jadinya diorang datang visit saya lepas Pilihanraya Kampus. Tunggu sampai pukul 5.00ptg, saya masih tiada di katil. Jadinya kawan-kawan saya berpakat untuk bertanya kepada nurse, apa yang berlaku kepada saya. Lebih kurang pukul 7.00mlm, saya baru dihantar ke katil. 

Semasa doktor panggil untuk sedarkan saya di bilik OT, saya hairan. Rasa macam berada di dunia lain. Ya Allah, kenapa sakit sangat perut aku ni? "Doktor..sakit nya..", saya merintih sambil menangis. Bila saya menangis, lagi bertambah sakit..Kenapa dengan aku ni?

Bila tiba di katil, kawan-kawan dah penuh kelilingi saya. Ada yang menangis melihatkan ketidakupayaan saya yang disambungkan dengan pelbagai tiub segala macam. Kanan ada, kiri ada, bawah ada, di perut pun ada! Saya bertambah hairan bila melihat kawan-kawan menangis. terdetik juga dalam hati ni, "Aku nak mati ke ni? Aku dah nazak ke ni? Ya Allah!! Kuatkan semangat ku!!"..Dalam pada itu, beberapa teman rapat yang cuba mencari doktor atau mana-mana nurse untuk bertanyakan mengenai apa yang telah berlaku kepada saya. Namun, hasilnya gagal!! Menurut mereka, doktor hanya akan berjumpa dengan ahli keluarga terdekat sahaja. Mana mungkin boleh terbangkan umi dan abah terus ke sana!! Akhirnya, kebetulan ada abang ipar (masa tu baru bf kak ngah je) terpaksa la tipu mengaku yang dia sepupu saya.

Rupa-rupanya, saya mengalami komplikasi semasa pembedahan tu. Menurut apa yang dimaklumkan oleh doktor, wayar yang dimasukkan ke dalam perut saya melalui pusat itu telah 'terlanggar' saluran darah dan juga usus. Berikutan itu, saya hilang 2liter darah dan usus saya terkoyak dan di potong 3cm. Untuk mencari saluran darah yang licking tu, makanya doktor terpaksa membuka atau membelah sepanjang perut saya (lebih kurang 2 jengkal).

Selama berbulan-bulan juga saya hidup seperti orang hilang upaya. Hanya beralaskan perut dengan bubur dan biskut kering sahaja. Saya tidak boleh batuk, bersin, ketawa dan apa jua gerak laku yang melibatkan otot di perut / abdomen. Hampir sebulan saya jalan bongkok, dah hampir-hampir tidak boleh kembali berdiri tegak. Berkat kesabaran ummi menjaga saya, ummi berusaha juga untuk memulihkan kembali kesihatan saya. Akibat daripada kesilapan itu juga, saya tidak boleh aktif bersukan yang mana sukan adalah salah satu kegemaran saya. Bola Jaring, bersama dengan saya sejak dibangku sekolah lagi. Kini, saya perlu padamkan dalam ingatan saya. 

Sepanjang saya terlantar sakit, saya cuba melawan dan kuatkan semangat untuk meneruskan hidup seperti normal. Kadang-kadang, saya menangis,.tak berdaya rasanya nak meneruskan hidup yang tidak lagi seperti dulu. Saya terpaka berjumpa dengan pakar psikiatri untuk membantu memulihkan kembali semangat saya. Alhamdulillah, saban hari saya semakin boleh menerima dengan apa yang terjadi. Tak di lupa juga sokongan dari teman rapat saya dahulu, rakan-rakan, dan tentunya ahli keluarga yang tidak henti-henti memberi semangat untuk saya meneruskan hidup sehinggalah ke hari ini.

Susulan dari peristiwa itu, saya mula bangkit menjadi saya yang baru. Rupa-rupanya Allah bagi sakit ini ada makna yang tersembunyi disebaliknya. Saya cuba berubah menjadi manusia yang lebih baik dari sebelumnya. 

Hari ini saya diuji dengan turunnya sakit kepada suami, mungkin Allah mengingatkan saya supaya menjadi lebih baik daripada yang terbaik. Baik kepada suami, baik kepada keluarga, baik kepada teman-teman dan baik kepada diri sendiri. Saya percaya, ujian yang Allah berikan ini mendorong saya supaya lebih kuat dan tabah menghadapi setiap apa yang diduga. Saya mula belajar untuk jauhkan perasaan hasad dengki, benci dendam kepada orang yang pernah menyakiti saya. Setiap hari saya berdoa agar Allah senantiasa beri kekuatan di samping kesihatan yang berkekalan kepada saya, suami, anak dan keluarga saya. 

Moralnya disini, janganlah kita berfikiran negatif terhadap apa yang berlaku kepada kita atau orang lain. 

Contohnya,

"Kenapa Tuhan duga aku? Teruk sangat ke aku? Jahat sangat ke aku?"..

ataupun, 

" ish..ish..dulu dia sakit, ni dah kawin suami dia pulak sakit, lepas ni anak dia pulak la sakit..ish dia tu bawak malang je la.."

Setiap apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. ITU JANJI ALLAH!! Saya percaya kepada janji Allah kerana saya sendiri sudah mendapat ganjaran dari Allah. Mungkin Allah melihat bagaimana saya hadapi dugaan itu dengan cara saya sendiri, Alhamdulillah kerana itulah saya tidak pernah sesekali terlepas untuk memanjat syukur kepada Allah atas nikmat yang diberi.

Kepada kawan-kawan, saya memohon maaf sekiranya sepanjang persahabatan kita ada yang pernah terguris dengan lepas laku saya. Terima kasih juga kepada kawan-kawan kerana sentiasa berada dengan saya di saat saya begitu memerlukan kalian.

Kepada keluargaku, umi dan abah adalah kayu pengukur saya dikala saya jatuh dan bangun. Saya bersyukur kerana dikurniakan umi dan abah yang kuat semangat mengharungi penyakit yang dialami. Umi adalah bekas pesakit kanser payudara, abah pula pesakit tegar buah pinggang. Berkat doa kalian berdua, buat saya lebih kuat untuk meneruskan hidup. Adik beradik pula umpama nyawa saya. Hilai tawa, nangis, penat jerih kehidupan kita lalui bersama. Tak lupa juga kepada keluarga mertua yang disayangi, terima kasih kerana sudi menerima saya yang serba kekurangan ini.

p/s: walaupun sakit itu terpaksa ditanggung sehingga ke hari ini, tetapi saya tetap bersyukur kerana Allah mengurniakan saya seorang suami yang sering menjadi pendorong hidup saya dan juga si kecil comel yang merupakan semangat hidup saya!!

~end~

12 yang mengekspresikan diri:

imakuzi said...

La tahzan...
setiap org ade dugaan masing2..
be strong :)

Princess Cindellyna said...

Allah menguji insan2 yg terpilih.. syukur coz u antara insan2 yg terpilih yg dimana sakit itu dapat menyucikan dosa-dosa..

Be strong mommy!May Allah protect u and yr family always!=)

Kemn Azmaili said...

imakuzi: thanks imah..only God knows..

Farah: thanks babe!! =)

Unknown said...

salam mommy hadif,. kuat jugak mommy hadif ni, Allah akan duga kita setakat mana yang kita mampu je. effa time pregnant ni pun macam2 penyakit yang datang..tapi redha je ,mungkin ada hikmah Allah uji kita, ;)

Kemn Azmaili said...

hye effa,

semoga Allah melindungi kita =)Allah hanya menduga insan Nya yang kuat!!

dhr said...

be strong, my dear. ujian Allah itu equal utk semua hambaNya cuma bentuk saja lain-lain berdasarkan kemampuan kita dan sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui & Maha Adil. Tugas kita hanya bersabar & berdoa.

[DnaZz] said...

kamu antara orang yang kuat menerima ujian dariNya..Allah tidak akan menguji seseorang hambaNya melainkan sseorg yang thn ujianNya..sperti kamu..:)
Sy doakan semoga kamu sekeluarga seniasa sht sejahtera.ameen :)

emy jay said...

setiap yang jadi ada hikmahnya.. allah uji kita kerana dia tau kita mampu untuk mengharunginya.. be strong!

Kemn Azmaili said...

dhr,
thank u akak. ya, saya percaya Allah menguji hambanya dengan macam-macam cara. =)

Kemn Azmaili said...

dnazz,
terima kasih banyak-banyak..ameen
=)

Kemn Azmaili said...

emy jay,
thanks!!! =)

Juls Julie80 said...

saya pun kene apendiks jugak thn 2008 sis..jangkitan kat paru2, usus, cirit2, demam panas sebab apendiks tu dah pecah...9 hari warded kat osp hosp putrajaya.

masa pecah tu pun ingatkan dah nak mati kot...sakitnya Allah jer yg tau... masa tu mula fikir bukan2..mlm2 plak kene gangguan kat sana.. nasib baik ade mak yg tlg jaga masa tu sbb hubby x blh stay sana selain waktu melawat.. dah 10thn berlalu tp masih terbayang2 masa tu...

semoga kita diberikan kesihatan yang baik..amin222

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...