Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Tuesday, August 18, 2015

Deko Rias: Transformasi Bilik Tidur Anak

Ini adalah entri yang dah agak lama berkepuk dalam draf. Tak sempat-sempat nak habiskan padahal takda la apa sangat. Korang mana yang pernah baca kisah kegigihan aku menutup cela-cela akibat membaikpulih tiles di rumah dalam entri-entri lepas, ini lah penyambungan cerita Make Over Bilik Tidur Anak. Aku sempat share sesi makeover tu tang mengecat dan teknik-teknik DIY menggunakan masking tape kat entri tu, then aku kan janji kengkonon nak share hasil lepas dah masukkan katil dan barang-barang Hadif yang lain. So...inilah ceritanya...

Ok, ni kedudukan katil before make over hari tu. Aku letak menegak je. Yang sebenarnya dari dulu lagi buntu nak memikirkan kedudukan terbaik untuk pastikan banyak ruang yang boleh digunakan dalam bilik Hadif ni. Macam aku bagitau before ni, ini adalah bilik yang paling kecil saiz dalam rumah aku. And sekarang pun dia bukan tidur lagi dalam bilik ni. Bilik ni kira play room la just tempat dia main and belajar jugak. Bilik ni jugak adalah bilik yang mempunyai kedudukan siling yang paling tinggi. Orang kata bila siling rumah tinggi, sejuk kan? Serius, tak! Inilah bilik yang paling panas serupa ko duk dalam sauna bila duk dalam bilik ni. Sebab tu aku belum berjaya lagi pujuk Hadif tidur dalam bilik dia ni. Sebab aku hutang air cond dengan dia. Dia dah cakap kat aku, dia akan tidur sini kalau bilik dia ada air con. Demand kan ko ni anak? Haha.

Berbalik pasal citer bilik yang bersuhu panas luar biasa ni. Korang kalau nak tahu rumah aku ni under developer Seri Pajam. Kebanyakan kediaman yang didirikan oleh SP ni berdindingkan IBS (Industrialised Building System). Bahasa senangnya, dinding/siling dipasang macam lego. Sebab kepingan konkrit ni macam dah siap sedia then pasang ikut ukuran je. Ada pro and cons macam biasa lah. Ini termasuklah siling kat rumah aku ni. Siling tak berbumbung ni kan biasa memang design rumah moden zaman sekarang. Rupanya bila siling berjenis tak berbumbung ni, lagi tinggi siling..lagi panas suhu dalam bilik atau ruang-ruang lain yang bersiling tinggi especially bagi ruang tingkat atas la..memang direct teruih dengan sinaran pancaran matahari nan terik.

So, kebanyakan residen-residen kat rumah aku ni memang diorang akan letak plaster siling untuk tutup ruang siling yang tinggi kemain ni. Sama la macam rumah neber ku Mrs. Aisheteru / Faeza. Cuma bilik ni dia buat wardrobe room yang diidamkan oleh semua sang isteri. Ai is takda bajet lagik. hehe..So, terjadiklah bilik anak teruna sang pujangga ini.

Ok. Ini adalah gambar after make over. Beza takdala banyak pun. Just aku ubah kedudukan katil tu dari melintang ke menegak menghala ke pintu. So, dapat la space luas sikit kat tengah-tengah tu.

Bilik Hadif ni memang konsep maintain biru and this time aku memang combine dengan kaler kuning. Sebab tu la, untuk sesi make over bilik ni aku menggigihkan diri mengecat border dengan kaler kuning. So bila memula masuk bilik Hadif after make over tu, abang la orang paling eksaited tengok bilik dia sungguh ceria!


Ini kedudukan bertentangan daripada katil. Perasan tak bawah katil tu dah kosong. Sepatutnya ada satu lagi katil roller kat bawah tu tapi aku dah pindahkan letak dalam master bedroom. Abang kan dah besar, 4 tahun kan..Jadik semua nak demand..Tak aci la dia tidur sensorang kat bawah. Ummi tidur dengan daddy. Pastu Ummi daddy tidur atas katil, dia tidur bawah atas tilam je. So amik la abang..umi bagi katil jugak kat abang..tapi ni temporary je okes, bukan selamanya ko nak tidur sebilik dengan kami..haha


Ini gambar dari pintu masuk. Tak besar mana pun bilik abang ni. Memang barang pun tak banyak. Meja tu beli kat ikea tak silap dalam RM45 kot. Carpet tu jenis material macam guni haha entahla aku pun material dia apa tapi senang nak maintain. Tu murah je rasa dalam RM30 je aku beli kat Nilai 3.


Ini memang sudut koleksi mainan dia. Actually adalah plan nak buat proper skit. nak beli kan drawer..labelling pun nak la cecantik skit. Tapi kenang kan entah bila nya sempat aku nak buat semua tu. Setakat ini je yang aku mampu buat yang penting, apa yang nak disampaikan pada anak tu berkesan. Kat sini Hadif dah tahu boxes mana yang perlu dia pilih untuk simpan barang ikut label or jenis boxes yang ada. Dalam wagon bus bos tu alat kelengkapan bowling and tenpins. And box bawah tu small balls yang selalu letak dalam pool tu. Yellow boxes tu macam yang aku label la then yang bawah tu untuk lego. And last blue box tu dia rezebkan untuk adik dia punya mainan nanti.

Ini pulak sudut buku dan alat-alat pembelajaran yang lain. Tapi mana mainan yang agak big size tu dia nak letak atas ni jugak. Ini je wardrobe dia, comel je tak besar mana pun. wardrobe ni aku beli sekali dengan katil tu yang dapat warna sedondon tu. Buku kemain lunyai nampak sangat rajin mentelaah..puiii..


Ini pulak aku namakan sudut Wall Art. Kengkonon jugak nak frame kan semua hasil seni lukis abang and gantung la kat wall art ni. Tapi sampai kesudah aku idok lah sempat nak beli frame tu. So untuk sementara waktu ni..aku tampal je dengan masking tape. Takpela, asal tak berkecah kecah merata tempat. Setiap satu lukisan tu sangat dalam maknanya. Ini adalah sebagai motivasi diri abang dan tanda ummi appreciate sangat dengan hasil seni abang.

Ok, nampak tak kanvas frame atas katil abang tu. Itupun antara impian nak DIY. kanvas frame tu sebenarnya ada jam tapi dah rosak. So, aku macam ada idea nak convertkan kanvas frame tu kepada benda lain. Nanti la k, ada masa iols cuba lah buat..hihi


 Hasil mengecat sendiri. Herut melingkor lingkor, tapi peduli lah..ini semua cabang kesenian okes. *sedapkan hati *__*


Ni campur-campur. ada aktiviti yang dia buat kat skolah ada yang buat kat rumah. Biasa yang kat skolah tcer tak bagi bawak balik sebab nanti hujung tahun akan compile dalam satu scrap book macam yang gantung kat tepi katil tu (rujuk gambar ke-4 dari atas). Seronok buat aktiviti dengan anak-anak. Paling dia favret aktiviti mengecop guna kentang tu..sampai aku nak masak pun kena sorok-sorok. nanti kalo dia nampak aku potong kentang, siaplah duk pujuk suruh aku buat aktiviti mengentang ni...

So, ini lah perkongsian mengenai tranformasi bilik hadif. Simple sangat je pun. Saja kongsi mana tau korang tengah buntu-buntu idea nak hias bilik anak teruna kan. Mana yang rasa minat tu lebih kurang sama dgn aku je la. Aku memang akan jauhkan unsur-unsur menghias bersama kartun atau corak-corak yang cenderung pada sesuatu benda yang spesifik. Aku suka menghias dengan sesuatu yang aku rasa praktikal untuk hari ini dan akan datang. Simple, tak keterlaluan dan sedap mata memandang. Tu je la..

Terfikir nak buat betul-betul transform bilik ni dengan sesuatu yang lebih dramatik...tapi...berangan je la dulu..free kannn..? hihi

tatata..

Wednesday, July 29, 2015

Tips Temuduga HLP

Dah lama nak share pasal HLP ni..Apakah HLP? Adakah ia sejenis suplemen kolagen? Atau sejenis ubat kurus? Atau mungkin juga ia sejenis agensi skandal politik? tetttt...kahkah..

Kalau yang membaca ni orang gomen, makanya korang dah sedia maklum apa itu HLP. Tapi takpe lah aku bagi sedikit pencerahan ye.

HLP ni adalah sejenis Program. Nama penuh is Program Hadiah Latihan Persekutuan. Tawaran program melanjutkan pengajian untuk Kumpulan Pengurusan dan Profesional (Gred 41 ke atas) ke pengajian pasca Ijazah di peringkat Sarjana (master) dan Kedoktoran (phd).

Tawaran program ni terbuka kepada semua yang berkelayakan dan memenuhi syarat. Tapi belum tentu semua boleh dapat HLP ni. Ramai sangat yang memohon so, banyak la kaedah nak filter termasuklah penyediaan kertas cadangan (proposal) dan juga sesi temuduga. Boleh baca FAQ HLP kat sini.

Pehh..aku cerita macam aku pernah je apply HLP. Padahal nan hado pung! haha..So, tujuan aku share ni sebab nak berkongsi dengan korang supaya aku dan korang boleh bersedia menghadapi sesi temuduga HLP ni dengan lebih bersedia.

Entah ler aku bila nengok orang berlumba nak kejar HLP ni, aku macam takda perasaan sangat. Kenangkan nak kena jadik student balik tu macam lagi mencabar nak-nak bila dah beranak pinak ni kan. Tapi tu la, kena fikir juga for succesion planning. Sekarang ni katanya silent policy untuk nak naik pangkat memang akan tengok either ko ni ada master or phd.

Kenapa jugak aku share pasal tips ni adalah sebab awal tahun hari tu (Mac tak silap) aku ada pi Kursus Penyediaan Kertas HLP anjuran JPA. Pertama kali katanya kursus ni dibuat so penyertaan agak terhad. Iklan baru blast via emel dalam 10 minit. Penyertaan dah nak dekat 100 org. Tapi yang dapat 30 orang. Aku ni antara yang gagal termasuk dlm 30 org tu. Tapi tetibe ada sorang bos ni offer kat aku sebab dia kena attend meeting date yang sama tu. Alhamdulillah rezeki lah.

Penganjur baru nak try and error berkesan ke tidak kursus 3 hari ni. So, penyertaan limit kepada warga dalaman JPA je dulu. Then bila kami bagi feedback okay, baru di panjangkan kepada semua Kementerian. Difahamkan sesi dengan Kementerian dah pun diadakan bulan April hari tu tak silap. Tapi rata-rata yang bagi feedback tak berkesan sebab tempoh kursus tu terlalu singkat. Termasuk la husband aku, balik rumah aku tahan je la telinga dia membebel. *__*

So, kat sini aku rasa tak salah kalau aku share dengan korang beberapa pengisian sepanjang 3 hari kursus yang aku join tu. Serius, aku datang memang macam tin kosong. Blur.com langsung tak reti nak buat proposal. Eh rasa macam benak betul apsal entah. haha

Disebabkan aku sedar dengan kebenakkan diri sendiri, so aku memang pakat dengan kawan2 seofis nak duduk depan. Dengar betul-betul. Dengar sampai faham. Tanya sampai faham. Tulis sampai lah faham.

Alhamdulillah hari last tu kami dapat hasilkan satu kertas cadangan HLP yang lengkap dan mendapat kredit daripada Tuan Penceramah. Berbaloi sangat 3 hari kursus yang mampu menjernihkan otak yang berkarat. Bila kami bentang dummy proposal tu rasa macam wadehekkk camne boleh reti ni? hahhaa..

Ok, aku nak share pasal tips temuduga sebenarnya.

So, here we go the tips!


TIPS TEMUDUGA HLP

1.    Proposal – 20 markah
     Markah proposal hampir separuh
2.    Defence proposal – 10 markah
3.    English – profficiency, pronounciation
4.    Pengetahuan am (perlu relate dengan tajuk proposal)
5.  Proposal boleh disediakan dalam Bahasa Melayu. Kalau nak ke overseas, WAJIB sediakan dalam Bahasa Inggeris.

Bagaimana nak pastikan proposal disediakan dengan betul?
1.    Tajuk yang lengkap
2.    Objektif jelas
3.    Metadologi relevan ke tak
4.    Konseptual
*Dalam proposal, jangan melebih-lebihkan pengetahuan kita untuk tunjukkan kepada panel 
  
Cara nak bentang?
1.    Jangan sentuh teori. Panel tanya baru jawab.
2.   Jangan mention tajuk ini satu tujahan sahaja. Kalau boleh kajian ini menumpukan kepada bidang ini tetapi boleh dikaitkan dengan bidang itu. 
  
4 perkara yang perlu highligt dalam pembentangan proposal
1.    sorotan kajian lepas (tema). Kebanyakan kajian ini menyebut berkaitan ini...
2.    saya dalam bidang ini, cuba nak relatekan dengan bidang yang saya pilih
3.    always show that you are ready. Saya dah mula membaca, mengumpul bahan, mendapatkan maklumat ini, menghantar emel kepada ..... Sebelum HLP ni saya pergi bengkel penyediaan kertas HLP.
4.    Kenalpasti boleh highlight the bodies of studies (keseluruhan kajian)
5.   Readiness! Paling penting! Kajian saya memang ....dan saya rasa ini adalah masa yang sesuai untuk.... (kaitkan kajian dengan isu terkini, kajian ini jadi pencetus kepada penyelesaian)
6.    Kalau dah boleh jawab semua, 80% dah boleh lulus interview! Yeay!

Ini antara catatan yang aku tulis masa Tuan Penceramah tu kongsikan. Aku harap dapatla membantu sedikit sebanyak ye. Million thanks tu En. Mujibu!

Untuk contoh proposal (master & phd), aku rasa susah nak share kat sini. Korang just follow channel telegram di link ini:



Tulis la tittle "Contoh proposal HLP"

Good Luck korang! Jom kita apply sesama ye! Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua, insyallah!

p/s: korang mana yang dah emel tu, jangan lupa komen jugak kat bawah ni ek..senang aku bleh double check..ok tata

Tuesday, July 28, 2015

Kisah 1 - 10 Syawal 2015

Salam 11 Syawal...

Haha..punya lambat nak hapdet riang ria di Hari Raya kan..
Selamat Hari Raya kepada semua yang sudi membaca blog kakseri yang sendu ini..
Bagi cann lah up entri raya jugak walau rasa dah macam lambat dah kan..
Tapi jangan muntah tau sebab kakseri "rajin"sangat nak update secara maraton..kekee

Tahun ini aku rasa cuti raya paling lama sepanjang aku bekerjaya. Disebabkan keadaan anemia aku ni yang kejap rasa macam ting tong je, so aku memang decide nak apply cuti lama skit nak rest kat kampung, rumah parents di Bukit Pelindung. Kebetulan pulak tahun ni turn rumah parents aku untuk merayakan 1 Syawal. Begitulah kekdah penggiliran yang paling adil aku rasa. Selang seli je sudah..tahun depan 1 Syawal beraya di rumah parents husband pulak.

Cuma tahun ni aku tak balik Kelantan, kampung husband. Doktor nasihatkan supaya aku tak travel terlalu jauh or senang citer duk lelama melayan jem yang cukup parok di saat warga kota berpusu-pusu pulang ke kampung halaman. So, tahun ni aku tak merasa lah makan nasi kerabu dan laksa siam. uhuk uhukkk..

Tahun ni first time seumur hidup husband tak balik beraya ke Kelantan. Dia punya happy tu kemain la sebab tak perlu hadap jem yang berbelas jam. Memang diorang dari kecik sampai dah beranak pinak tak pernah sekali pun beraya di rumah sendiri di TTDI. Even sekarang memang atuk nenek husband dah takda, diorang tetap akan beraya di Kelantan. Biasalah, beraya di kampung lagi meriah kan? lagipun, anak-anak seronok sebab dapat jumpa sedara mara yang lama tak jumpa plus dapat tebalkan poket dengan duit raya!

Aku layankan je. Tak kisah la depa beraya di rumah sendiri or Kelantan, apa yang penting dapat bermaafan dengan kedua-dua orang tua dan sanak saudara. Aku selalu pesan ke husband, raya ni setahun sekali. Cuba enjoy je dengan jem yang setahun sekali ni. Ni tidak, asik je stress dengan jem. Bukan dapat selesaikan masalah pun. Kata budak urban, patut dah biasa layan jem ni. Lainlah iols ni orang pantai...sukakan ketenangan..hihi

1 Syawal

Dah janji dengan anak dan anak-anak sedara nak bawak gi semayang raya. So, malam sebelum raya tu bagus anak-anak tido awal punya semangat kan nak ikut enda ma dia pi solat. So, pepagi tu senang je kejutkan anak dara tapi abang dara saya jugak yang penuh drama. Suka diorang dapat solat raya siap dapat duit raya lagi kat masjid!


Telekung kami sudah tentu dari TELEKUNGNAJWA. Klik gambar di atas untuk ke website Telekungnajwa

Tahun ni kami bersepakat nak beraya dengan warna tema PINK karer. Semua macam layankan je la pakai pink. Husband aku je memula berdegil. Tak habis duk cakap pembaziran sebab banyak baju melayu terperuk je dalam lemari. Tapi punya nak pujuk terpaksa lah kakseri belanja. Nasib la murah je RM80 sepasang. Dapat plak sedondon dengan Hadif. Jadiklah kann...Jom layan family potrait..tak sempat nak pegi photoshoot pun kat kedai sebab anak memasing dah meroyan tantrum..haha

Abah dan Ummi

Keluarga Along

Keluarga Angah

Keluarga Kak Seri Abg Seri. Potret tak pernah sempurna!
Nabila dan Suami

2 kumbang bujang trang tang tang

The Cucundas

The Nambrads (Enam Beradik)

The Menantus
Raya pertama menu kitorang macam orang lain jugak kot. Ada lemang, satey, rendang ayam, rendang daging dan nasi impit. Cuma husband request suruh aku buatkan roti jala. Biasa balik Kelantan memang akan ada rumah yang jamu roti jala, tapi kalo kat Pahang aku tak sure. So, daripada husband aku duk ungkit sampai ke 7 keturunan, baik aku layankan je lah menjala walau dalam keadaan yang tak bermaya ni.

Kitorang decide tak buat main dishes. Macam menu yang berat-berat lah. Sebab biasanya, lepas sesi melakar potret dan bermaafan seisi keluarga, kami akan beraya di kampung abah di Kg. Permatang Arang, Pekan, Pahang. Bersekali juga dengan menziarahi pusara atok nenek kami di sana. Rumah pertama yang kami akan jejak adalah rumah moyang kami yang kami panggil onyang. Onyang alhamdulillah sihat lagi. Tahun ni cukup bermakna buat kami sebab diberi kesempatan untuk membersihkan rumah onyang. Nanti aku up entri khas pasal onyang ye.

Groufie selfie di Rumah Tok Andak Pekan. Tu blkg skali baju biru tu tuan rumah. Tumpang selfie ye tuan rumah!

Bagi can la ibu anemia selfie.
2 Syawal

So, disebabkan tak balik beraya di Kelantan, raya ke 2 aku follow parents aku balik kampung sebelah ummi di Teluk Pasu, Manir, Terengganu. Balik memang sebab dah lama sangat tak ziarah nenek aku yang kitorang panggil Tokne. Sekarang dah ada hiway, so dari Kuantan ke KT amik masa 2 jam lebih je. Sampai KT, kitorang beraya di rumah makcik aku di Panji Alam, rumah Enda Minah dan Enda Midah. Then malam terus ke rumah Ami Padel di Gong Badak sebab tokne ada kat sana dah. Then dalam pukul 12 malam tu baru kitorang balik rumah tokne di Teluk Pasu bermalam di sana. Btw, sebelum orang tanya aku bagi tau lah ye. Enda tu panggilan untuk makcik and Ami tu untuk pakcik. Ada tak kat sini yang sama geng ngan kami panggil Enda and Ami? 

Bergambar before bertolak ke KT


4 generasi AlKhairid's Clan - us with tokne

Bergambar kenangan bersama tokne


Bagi can la bergambar depan pintu rumah tokne ni.

3 Syawal

Raya ke 3 kami dah bertolak balik ke Pelindung. Niat dihati nak jugak bermalam sehari dua di rumah tokne, tapi apakan daya abah perlu menjalani dialisis. Memang sejak abah sakit buah pinggang paling lama kami balik KT pun 2 hari je, sebab hari ke3 abah dah kena dialisis. Abah tak sihat, tapi dia gagahkan jugak balik KT sebab tokne kan masih ada di sana. Kebetulan malam tu abah dah ajak adik beradik dia datang beraya di rumah kami. So, kami sempat masak mi sup je sebab sampai pun dah agak petang. Ada masa 2 jam je nak siapkan hidangan. 

Dengan bantuan 2 orang adik lelaki yg ada kat rumah tu, alhamdulillah dapat jugak kami siapkan. Kali ni memang terasa sangat sebab Along, Angah dan adik aku Nabila dah balik rumah mertua, kalau depa ada memang macam-macam menu sempat kami sediakan. Ni pulak tinggal seketul diri yang anemia pulaknya, jadik aku bantu apa yg termampu. Then malam tu menu di tambah dengan nasi dagang terhangat di pasaran yang dibuat khas oleh mak andak, adik abah. Seronok sangat malam tu sebab abah berjaya kumpulkan semua adik beradik dia kecuali sorang yang lumpuh seluruh badan ada kat Kg. New Zealand dan sorang lagi arwah pokdin yang meninggal beberapa tahun lepas akibat kemalangan semasa bertugas trafik di JB.

Antara menu yang disediakan

Adik beradik abah, anak dan cucu saudara. majoriti semua ada except keluarga sendiri yg kurang. uhuk

4 Syawal
 
Aku balik ke KL terus ke TTDI hari Selasa, Syawal ke-4. Kebetulan adik ipar dari Qatar pun balik, so kami dapatlah beraya di sana semalaman. Aku duk ingat semua adik beradik husband pun balik, rupanya tidak. Makanya berayalah kami dengan siapa yang ada je.

Nak kata sakan beraya tu memang tidak lah. Aku kejap-kejap muncul kejap-kejap tenggelam time raya tu. Sebab ada masa aku memang kena baring dan tidur je. Hb masih rendah, so ada masa aku ok ada masa keokk..hehehe

Bagi can la sedondon dengan ira pintu kayu ni.

Abang mintak posing sebelah pam minyak. Bangga betul apesal tah.

Bergambar bersama siapa yang ada di rumah je.

5 Syawal
 
Balik rumah sendiri hari Rabu, then tak tahu kenapa malam tu aku takleh tidur sampai pagi. Dahla Khamis dah keje. Makanya, bila dah tidur tu fahamlah betapa teruk kondisi makyung ini. Pegi klinik ingat nak mintak ubat resdung, tapi check Bp low pulakk, 80/50 je. So, doktor dengan baik hatinya bagi MC 2 hari. 

6 & 7 Syawal

Dapat MC. Rest kat rumah. Yeke rest kalo kat rumah sendiri? Ditambah pulak ada assistant yang konon nak jaga kita sakit ni kan. Rest tu rest la jugak, tapi curik-curik masa cuci baju and kemas la apa yang patut. Mana tau ada yang sudi datang beraya rumah kak seri ni kan. Tengok-tengok my bestie, manes datang beraya malam tu! Yeay!

Abg gigih nak masak macaroni untuk aunty manes

Abg kalo dgn aunty always gedik.

8 Syawal

Dapat first invitation raya open house di rumah makcik sendiri di Ampang. Rumah adik bongsu ummi, enda baayah. Sedap betul nasi minyak rumah enda. Dengar citer sampai kena masak 7  kali orang datang tak putus-putus. Nanti nak mintak resepi enda ye!
Bergambar bersama chef dan tuan rumah, enda baayah

Kasi can la selfie di kala panas terik terus muka nampak ploles.kahkah

9 Syawal

Kali ni kami pulak lepak di rumah tunggu orang datang beraya. Member-member aku ramai yang tak available, ramai jugak anak tak sihat dan diri mereka sendiri tak sihat. Memang musim raya ni ramai sangat demam semua kan. So petang ke malam tu kami duk layan member2 husband je la dtg beraya. Kami memang decide tak buat la open house tahun ni. Yang sebenarnya bila fikir bukan letih semata, nak spent time borak chit chat lelama dengan tetamu pun tak le tenang. Sebab tetamu akan datang serentak dalam satu masa yang sama. So kesimpulannya, siapa nak mai datang beraya, roger-roger je. insyallah kalo berkelapangan memang dijemput sangat datang ke teratak sendu kami ni. hihi 



10 Syawal
 
So, semalam Isnin la baru aku start keje. Itu half day je sebab pagi aku pegi check baby. Alhamdulillah kejap je dah 18 minggu. Baby sihat, heartbeat normal. And yang best nye sebab aku berjaya naikkan bacaan Hb dan Bp. Hb sekarang dah cecah 10 gm. Haihh serunak rasa nak lompat bintang!!

okay sekian lah kisah 1 - 10 Syawal. Kalau tetibe rajin aku update lah kisah Syawal seterusnya. Tapi ni tengah plan nak update entri tutorial make up simple di hari raya dan hari tak raya pun boleh. Korang mana yang suka main make up-make up macam kakseri ni boleh la layan entri tu nanti. Tak janji bila tapi nanti..hehehe



Salam aidilfitri, Maaf Zahir batin,
Tuan tanah kedaung blog suam sendu,
X-presi by Kemn Azmaili






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...