Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Friday, January 6, 2017

Diari Penyusuan: Pengurusan Stok Susu Beku EBM Untuk Perjalanan Jauh

Entri hari ini masih berkisarkan breastfeeding. Terpaksa letgo jugak entri ni sebab dah lama dalam draf kan. Hehe

Pasti ada yang tertanya macam mana aku manage EBM untuk dibawa balik ke kediamanku di Sepang, Selangor. Perjalanan yang mengambil masa 4-5 jam ni sememangnya memerlukan pengurusan EBM dengan teratur dan cermat. Susu ibu ini harganya tak ternilai, walaupun tumpah setitik, pasti rasa sayu tu akan timbul. So, bayangkan la kalau susu EBM kita rosak ber beg-beg? Meraung wehh.

Ok, actually masa memula nak buat ni aku macam tak confident sangat duk memikirkan muat ke nak isi dalam boot keta ni. So, bila dah susun-susun tu, memang muat 2 box je dan ada separuh peti lagi EBM dalam deep freezer yang aku rasa perlu aku amik kemudian nanti.

Antara peralatan yang perlu ada ialah:

Kotak politerin (saiz ikut kesesuaian)
Ais 2 beg besar
Garam kasar 2 bungkus
Surat Khabar lama
Salotape yang kaler brown

Step 1
Utk lapisan pertama korang alas surat khabar dulu base bawah skali tu. Kemudian lapisan seterusnya letak ais dan taburkan sekali garam kasar. Garam kasar ni bertujuan untuk melambatkan tempoh kecairan ais.

Step 2
Seterusnya korang boleh susun EBM. Aku guna EBM storage bag. Senang dan jimat ruang bila nak menyusun tu. Korang boleh susun sama ada secara menegak atau baringkan storage bag tu, terpulan la ikut kepada kesesuaian.

Step 3
Lapisan seterusnya masukkan lagi ais dan ditabur sekali dengan garam kasar, kemudian letak balik surat khabar. Surat khabar ni tujuan nya pun sama nak melambatkan proses kecairan ais.

*Ulang Step 1,2,3 dan last sekali before nak tutup make sure last sekali di tutup juga dengan ais. Insyallah bila tiba di rumah nanti, EBM kita akan kekal beku macam mana berada di dalam deep freezer.

Semoga bermanfaat!


Thursday, January 5, 2017

Diari Penyusuan: Penyimpanan Stok Susu EBM Dalam Deep Freezer

Hari ni juga nak berkongsi entri berkepuk di dalam draf. Rasa macam dah lama sangat entri ni terperam, jadik hari ini kita bagi peluang entri ini bersiaran ke udara.

Aku dulu sangat rungsing masa tengah berpantang kat kampung, deep freezer kat kampung yang jenis bukak ke atas ni dah nak melimpah dengan kepadatan stok EBM yang aku kumpulkan sepanjang tempoh berpantang. Sebenarnya nak kata silap tu tak tahu la. Aku terlalu awal mengepam, anak baru 5 hari aku dah start mengepam. Tapi tula mengepam awal tu sebab salah satunya anak tak reti direct feeding. Aku takda experience masa anak pertama dulu sebab dulu kurang ilmu breastfeeding, so bila anak kedua tu keterujaan nak buat stok tu melebih lebih. Punya la takut stok tak cukup, menyudahnya berlebih lebih sampai tak terguna dah hampir expired.

Stok EBM kat atas ni adalah stok kat kampung. Aku rasa susah sangat nak manage EBM bila peti macam ni. Kalau kat kampung tu aku tak susun ikut date pun. Aku just susun ikut bulan, then letak dalam bekas besar, masuk dalam deep freezer ni.

So, bila memikir nak bawak balik EBM ke rumah sendiri, aku dah rasa memang kena beli deep freezer yang bukak macam peti ais biasa. Duk tinjau harga nya memang masyallah, mahalnya boleh tahan kalau yang baru. So, aku terfikir nak cari dalam mudah.my. Rezeki anak agaknya, first time aku cari dalam mudah.my, terus dapat.

Owner peti ni baru pakai 5 bulan, sama tujuannya pun nak letak EBM. Katanya susu dia drop sangat so memang dia nak letgo. Memang puas hati dia jual RM1,000 sekali dengan kos penghantaran, rumah dia kat Ampang nak ke rumah aku Sepang ni boleh tahan jauhnya. Saiz peti ni pun sangat la besar dan puas hati sangat. Memang syukur dipermudahkan.

Time transfer ni memang aku tak sempat susun ikut date lagi, tapi atleast ada drawer so memang aku dah susun ikut bulan. After dah sorting ikut bulan tu baru aku susun ikut date dan masa. Dah siap susun semua tu, macam gambar bawah ni. Nampak kemas dan mudah nak diuruskan.


So, korang kalau nak cari deep freezer yang besar dan murah macam ni, rajin-rajinla cari di mudah.my ye!

Semoga bermanfaat!

Wednesday, January 4, 2017

Diari Penyusuan: Pengurusan Stok Susu EBM ke Taska / Pengasuh

Entri ni dah lama berkepuk dalam draf. Dah lama nak share dengan korang tapi tertangguh-tangguh. So, mintak maap diatas siaran tergendala yang agak lama.

Ini semua pun aku kongsikan based on pembacaan aku di laman-laman blog ibu-ibu yang menguruskan EBM untuk persediaan ke Taska atau Rumah Pengasuh. So, amik skit-skit ilmu tu, pastu kita gabungkan ikut kesesuaian kita.

So, antara peralatan yang perlu disediakan dan wajib ada, kalau boleh letak setempat je peralatan ni supaya mudah kita nak uruskan dalam kekalutan pepagi. Stepnya lebih kurang macam ni:

Bekas Ice Box (tahan 12 jam)
Gunting
Masking Tape
Marker Pen

Untuk ice box ni pulak, aku tak beli pun sebab parents aku yang bagi. Kebetulan diorang dapat free masa beli fridge tu, so ice box yang paling kecik ni diorang bagi la kat aku. So kalau korang nak tahu, selain mengangkut pepagi beg pam (Gabag) dan beg pakaian anak, aku juga akan angkut ice box ni hari-hari ke taska. Aku prefer guna ice box ni sebab ketahanan sejuk bekunya 12 jam. So, memang dah pesan kat Teacher untuk simpankan je semua stok EBM yang dibekalkan dalam ice box ni. Nak elak daripada bercampur dengan susu EBM budak-budak lain kat taska, lebih elok buat macam ni. So, kita pun memudahkan pengurusan EBM oleh teacher kat taska. Tinggal dipanaskan sahaja, then sedia untuk diberi kepada anak.

Aku standby jugak notes kat dalam box ni, just incase kalau ada teacher lain yang baru dan tak biasa nak handle EBM. So antara nota yang aku tulis adalah:

  1. Gunakan botol mengikut urutan 1, 2, 3, dan 4
  2. Setiap botol mempunyai 3-5 oz. Tempoh penyusuan adalah setiap 3-4 jam. Panaskan / Rendam kan botol susu hingga suhu 40 darjah celcius. Susu yang telah dipanas hanya bertahan selama 2 jam, jika ada lebihan, jangan gunakannya dan mohon untuk buang.
  3. Botol susu jangan digoncang. Hanya goyangkan hingga lemak susu sebati. Susu di dalam box ini telah dicairkan, dan tidak boleh dibekukan.
  4. Jangan campur susu di antara botol.


Seterusnya, boleh masukkan la botol yang telah diisi EBM mengikut urutan nombor. Biasanya botol no. 1 aku isi fresh milk yang dipam pepagi subuh, so akan standby terus kat luar sebab still suam lagi taknak campur dalam ice box ni. Untuk botol ke-2 EBM freeze yang dicairkan, botol ke-3, fresh EBM dari chiller, botol ke-4 kembali ke EBM freeze yang dicairkan dan botol ke-5, EBM fresh dari chiller. Camtu cara aku susun EBM. Kalau botol ke-5 tak habis still boleh simpan balik dalam chiller, kalau EBM freezer yang dicaikan tak boleh simpan, perlu habiskan dalam tempoh 12 jam dari time dicairkan.


Dah setel letak semua botol tu, aku akan tambah 2 ice packs untuk kekalkan suhu tu sampai ke petang.

So, macam tu la rutin aku hari-hari sepanjang breastfeeding journey. Stok sampai sekarang alhamdulillah masih tak putusputus lagi. Konsepnya kena rajin pam, hasilnya insyallah berbaloi.

Semoga bermanfaat!

Gambar ni masa mengepam di ofis time bulan puasa tahun lepas. Syukur alhamdulillah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...