Salam kepada pembaca semua!!
Agak-agak korang, apa tu PTD ye? Pegawai Tanah Daerah, Pegawai Tido Duduk? Pegawai Tenyeh Dokumen? PTD merupakan akronim bagi
Pegawai Tadbir & Diplomatik yang merupakan salah satu skim yang ditawarkan dalam perkhidmatan kerajaan Malaysia ni yang bermula dengan gred M41.
Memandangkan hari esok ramai yang menghadiri exam PTD ni, makanya entri hari ini suka untuk saya kongsikan mengenai beberapa
tips yang saya rasa boleh la sedikit sebanyak membantu kawan-kawan di luar sana yang mesti tengah pening, risau, kalut, blur apelah nak jawab nanti kan..Bila tiba je time nak dekat2 exam ni, ramai la kawan-kawan yang akan bertanya kepada saya ada ke apa-apa tips nak jawab or lulus exam ni.
Jawapan saya yang pertama nya ialah
REZEKI. Kalau dah follow tips pun, baca macam-macam sources pun, still tak lulus jugak, itu tandanya rezeki itu belum berpihak kepada kita. Ya, saya kata 'belum'..maksudnya disini anda jangan berputus asa. Cuba dan cuba lagi. Pengalaman rakan saya sendiri,
sembilan kali dia pergi exam..atlast,
kali ke-9 itulah rezeki berpihak kepada beliau..Jangan give up ye kawan-kawan.
So, kepada kawan-kawan diluar sana yang baru pertama kali nak menjawab exam PTD ni, mehh saya share beberapa
tips menjawab exam berdasarkan pengalaman saya sendiri..ni takda dalam buku pung..Bagi kawan-kawan yang dah ada pengalaman menjawab exam ni, saya rasa korang pun dah tau formatnya macam mana kan..
1) Soalan Kenegaraan: Update mengenai isu-isu semasa dari semua aspek : politik, ekonomi, sains, teknologi, sukan. Contohnya: Apa beza duta dan pesuruhjaya tinggi, Sukan SEA diadakan berapa kali setahun, Siapa Ketua Negara Malaysia, Definisi Wanita Pertama Malaysia, Pilihanraya, Suruhanjaya, dan lain-lain (setakat tu je yg saya ingat..hehe)
2) Soalan Matematik : Dulu bila saya tanya orang, diorang cakap try jawab dari belakang. So saya cuba lah. Memang kalau ikutkan soalan belakang lagi mudah dari soalan awal yang nak pecah kepala den menjawab tu. Apa yang penting, tau ke tak tau, sempat ke tak sempat, JANGAN TINGGALKAN KOSONG. Sila tembak sahaja menggunakan peluru berpandu mengikut had laju kepandaian otak anda..hehehe
3) Soalan Essei BM or BI: Cuba pilih tajuk yang anda rasa anda boleh goreng dengan menggunakan common sense beserta dengan sedikit fakta. Kalau boleh, susunan penulisan tu biar jelas. Setiap perenggan perlu ada Fakta + Huraian. Pengenalan dan Penutup tu jangan berjela-jela, takut nanti tak banyak dapat markah content.
4) Soalan Objektif: JAWAB SEMUA SOALAN. Kalau tak tau sangat, korang hitamkan je petak tu ikut suka suki korang lah..
Inilah antara tips-tips yang saya tak tau la berguna ataupun tidak untuk korang yang nak jawab exam ni. Saya ni sekadar berkongsi dan cuba membantu berdasarkan pengalaman saya dulu.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Ada yang tanya saya, lepas dah lulus exam ni..apa lagi next stage yang perlu kita lalui ek..Okay, mai saya terangkan dengan ringkas apa tindakan seterusnya:
1) Lepas dah lulus exam, korang akan dipanggil untuk
Pre-PAC. Dalam program ni korang akan dinilai dari segi mental dan fizikal. Ada sesi debat ala parlimen, public speaking, group discussion dan ujian ketahanan fizikal termasuk lari 2.4km. Dari semua aktiviti tu korang akan dinilai dari segi
Knowledge, Skill and Attitude. Bagi sesi public speaking in english tu, korang bedal je la cakap omputih. gasak la salah grammar or pronounce ke..diorang nak tengok korang punya tahap keyakinan macam mana. Aku pun bukan excellent sangat pungg..asal participate sudah..jangan jadi passenger ye..ha, lagi satu jangan tunjuk korang hebakk sangat ye..dah pulak orang bagi bercakap, langsung tak bagi chance orang lain nak bercakap..ha, dari situ diorang akan evaluate korang ni jenis camne..
2) Lepas lulus Pre-pac, korang akan dipanggil untuk
TEMUDUGA. Ha, masa ni korang berserah je la ye..sebab lain penemuduga, lain caranya..ikut rezeki masing-masing la..time aku dulu, beria duk prepare pasal hal ehwal kerajaan ni, dah pulak ditanya pasal study aku dulu..Memang aku tak prepare la jawabnya..kena tocer gila-gila dengan bapak garang interviewer tu..memang aku ingat la sampai sekarang, sampai nangis wehhh..teruk gila..Apa yang korang kena buat bila dalam situasi macam aku tu? Jawapannya, korang kena SENYUM je, cuba jangan tunjuk bengang ko pada dia. Paling tidak pun, kalau ko dah tak tau nak jawab apa, ko jawab je, " i'm sorry sir.. i have no idea about that.." hehe..Dia sengaja nak tengok ketahanan mental korang. Ha, satu lagi conversation pun terpulang pada diorang. Time aku dulu memang full in inggeris ..ada juga yang baik hati dapat penemuduga yang rilek-rilek je..tanya ko beli baju kat mana, beli kasut kat mana, mak ayah keja ape..time aku, bye..
3) Okay lepas dah lulus temuduga, makanya korang sahlah dilantik sebagai PTD. lain ye tuan-tuan dan puan-puan, sah lantik dan sah perkhidmatan. Untuk pengesahan perkhidmatan, ada lagi beberapa stage yg korang perlu lalui. Mula-mula korang akan dipanggil untuk mengikuti
KURSUS ASAS PENGENALAN selama 3 - 4 hari. Agak sedikit membosankan sebab sepanjang kursus tu, korang akan dengar ceramah je. Ha lagi satu, maka bermulalah korang mengenali apa itu PT 10. hehehe..apa tu ek? pangkat ke? harta karun ke? ok ok..let me explain, itu adalah senaman "tegar" yang sentiasa sinonim dan dekat dengan korang once korang join PTD. hehehe..best, i LIKEEE!!! =p
4) Lepas kursus tu, korang akan dipanggil untuk assesment yang seterusnya iaitu Seminar Kecemerlangan Modal Insan
(SKMI) selama 4 hari. Okay, time ni diorang nak tengok sejauh mana korang boleh handle sesuatu program dengan keupayaan team or batch yang korang akan join nanti.
5) Lepas dah pegi SKMI, korang akan dipanggil lagi untuk mengikuti
LEADERSHIP DEVELOPMENT (Lead Camp) selama seminggu ye. Ha, dalam banyak-banyak assesment, ni lah program yang paling buat aku jatuh hati sebab program ni hanya melibatkan aktiviti luar. Diorang kira ape, ko mak budak ke, bapak budak ke, lepas pantang bersalin ke, baru lepas operate ke,..kalo korang cakap tak boleh buat, diorang terus suruh korang balik ye..sila jangan manja.. Melalui program ini, diorang nak melihat ketahanan fizikal korang dengan pelbagai aktiviti lasak yang disediakan. Masuk hutan, baca peta, redah sungai, selut lumpur pacat bagai, naik gunung, buat strecher (haha..teringat kat mamat strecher)..dan lain-lain lagi lah..
6) Okay, ada lagi ye kawan-kawan..sila bersabar..hehe..dah Lead Camp, korang akan dipanggil untuk
PENILAIAN PENGURUSAN PROFESIONAL (PPP)..ha, yang ni aku no komen lagi..sebab aku baru je habis Lead Camp, so tak tau la nak share gapo kang..hehe..tapi yang pastinya penilaian ni susulan daripada Pre-PAC sebelum ni..Diorang akan lebih tekankan kepada bidang tugas korang di Jabatan / Kementerian masing-masing.
7) Okay, yang ni last..tapi ini yang
paling suffer ye kawan-kawan..hehehe..dah buat semua penilaian seperti di atas tu, korang akan dipanggil untuk
KURSUS DPA (Diploma Pengurusan Awam) yang dijalankan selama 6 - 9 bulan (perubahan tertakluk kepada penganjur ye)..sepanjang kursus tu ada macam-macam program lahh..kalau ikutkan senior, ada yang melibatkan kuliah dalam kelas dan modul-modul luar..dulu time senior-senior modul luar diorang melibatkan polis, bomba dan tentera..merasalah diorang pakai uniform. tapi apa yang dimaklumkan kepada kami, modul tersebut telah ditukar kepada askar wataniah..tunggu dan lihat je la ye..lamanya nak kena tinggalkan Hadif n daddy =(
8) Ada lagi ke? hehe..dah amik diploma kan, mesti ada konvokesyen kan..okay once korang dah grad, makanya korang layak untuk
DISAHKAN DALAM PERKHIDMATAN. sekian..
Apa yang saya kongsikan ini adalah mengenai
PTD Lantikan SPA, bukan Lantikan JPA. Setiap PTD lantikan SPA adalah
wajib memenuhi syarat-syarat seperti di atas. Ko pakailah kabel optik ke, kabel laut ke..korang tetap wajib penuhi semua perkara diatas untuk disahkan dalam perkhidmatan. Nasihat saya, biarlah orang yang pakai kabel tu, berbalik kepada pandangan saya tadi,
rezeki kan di tangan Tuhan..sekian
p/s: Susah ke senang nak jadi PTD ni ye..renung-renungkan dan Selamat Beramal!! =)
[ENTRI PPP KAT SINI]