Salam Jumaat to all my dear readers!!
Entri hari ni ditulis ikhlas dari hati nurani yang bersih lagi suci untuk bestfriend ku dunia akhirat Shasha or Sasa or Maksu!! Tahniah diucapkan kepada sahabat ku Shasha Shazira dan Syed Ikram kerana telah sah menjadi suami isteri..Yippie!! Serunak nyer!! Happy sangat sebab aku bakal mempunyai geng untuk berkongsi cerita anak-anak dan para suami..haha..setelah Bai dan Nad mengikuti jejak langkahku, kini aku sedang menanti Anem dan Emysha join kita semua lah..
Walaupun aku penat gilababeng balik dari training hari tu, semangat aku lah yg membawa aku ke rumah ko untuk bertukar menjadi Cinderella versi Dayang Senandung (hitam sunburn)..hahaha..Sib baik aku datang kan, kalau tak mesti inai di jari kau masih berwarna ala-ala baru lepas makan kuah kari..hehehe..
History skit pasal Shasha dan Kemn ni, kitorang kenal masa form 4 & 5 di Mustech. Aku suka biru, Shasha suka pink. Tapi kami sama-sama sukakan accesorries!!! Dulu aku masih ingat lagi satu peristiwa yang sampai sekarang aku rasa berdarah lagi, time tu Shasha adalah salah seorang rakan yang sentiasa berada dengan aku tak kira walau susah or senang. Bila aku dicaci, dihina, disabotaj...dia turut terkena tempias nya..kerana semangat setia kawan, dia sanggup redah juga..Tak lupa juga sahabat-sahabat aku yang lain, Anem, Nadia, Nisdaitul, Baizura..diorang la yang selalu buat aku happy untuk terus ke sekolah..cehh, tetibe ter 'emo' plak mengenangkan peristiwa kat skolah dulu..Hah, sampai sekarang aku memang takkan maafkan orang yang buat aku macam tu..Doa orang teraniaya akan dimakbulkan!!! hehehe..takde la aku gurau je..Kepada kawan-kawan2 Mustech yang terlibat dengan provokasi dulu, Aku Maafkan Korang ye..No heart feeling ye!!
Ok dah habis pasal story mory tu..lepas habis form 5, kitorang still contact each other. Kalau tahun ni aku lepak umah Shasha, tahun depan dia plak datang umah aku. Macam tu la tahun2 berikutnya, sampailah aku dan dia berumahtangga..Walaupun dia Uniten, aku UUM, kitorang masih sempat bercerita tentang life masing-masing yang mana aku rasa perjalanan hidup kami tak jauh bezanya walaupun kami jauh. Jauh dimata dekat dihati...hehehe..
Aku harapkan ko bahagia Sha, disamping suami terchenta tu!! seronok ye dapat suami retis!!hehehe..semoga korang dipermurahkan rezeki dan dirahmati Allah..
Ada lagu skit kat bawah ni untuk ko:
"As we go on, we'll remember,
All the time we've, had together,
And as our life change, come whatever,
WE WILL STILL BE FRIENDS FOREVER!!!"
p/s: Selamat Pengantin Baru juga diucapkan kepada semua sahabat handai ku di seantero dunia!!! (tengah tengok tarikh wedding kawan-kawan yang lain sambil memikirkan warna tema masing-masing..sekian, bye)
~end~
0 yang mengekspresikan diri:
Post a Comment