Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Friday, August 5, 2011

Menjangkau 26

Salam Jumaat semua,

Alhamdulillah, hari ini tanggal 5hb Ogos 2011, genaplah usia saya 26 tahun. Tiada kata lain yang perlu diucapkan selain bersyukur kehadrat Allah kerana Allah masih memberi peluang kepada saya untuk bernafas di atas muka bumi ini. Tahun ini adalah tahun kedua bergelar isteri dan tahun pertama bergelar ummi. Indahnya kehidupan yang diciptakan dengan limpahan kasih dan sayang. 

Pemberian Allah ini selalu mengingatkan saya bahawa Allah itu Maha Adil dan Bijaksana. Dia yang merencanakan kehidupan ini dengan jalan cerita yang cukup penuh dengan warna-warni. Ujian demi ujian perlu kita tempuhi, hikmah disebalik ujian itu tak siapa yang tahu sehinggalah hari itu tiba sendiri. 

26 tahun ini disajikan dengan pelbagai jalan cerita yang setiap satunya mempunyai watak yang berbeza. Bersyukur kerana Allah, kerana Dia lah yang buat saya lebih matang dalam menempuh setiap liku-liku kehidupan didunia ini. Dia juga mengingatkan saya bahawa hidup ini tiduk cukup sekadar berakhir disini. Penghujungnya...akhirat yang menanti..

Terima kasih suami, terima kasih keluarga, terima kasih sahabat, terima kasih semua. Mohon maaf andai selama mengenali saya, kalian pernah terguris hati. Saya hanya insan biasa yang cuba memperbaiki setiap kelemahan yang ada. Manusia itu tidak sempurna. Semoga hari ini, esok dan seterusnya lebih baik daripada sebelumnya...

Insyaallah...

Happy Birthday to me!!! (belog sendiri, wish sendiri, aci la kannn..hehehe)



Sekian.

2 yang mengekspresikan diri:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...