Ini cerita trobek 4 tahun lepas.
Haha. Baru hari ni rasa nak berkongsi pasal pengalaman bersalin. Orang lain
kemain eksaited, anak dah bulat kuor zasss terus update..punyalah tak sabar nak
sharing kan..Seronok betul baca pengalaman memasing. Semua ada pengalaman yang
berbeza.
Orang selalu kan cakap, kalau
bersalin bukan secara normal tu..tak lain tak bukan secara pembedahan lah..Nama
melayu nya selalu kita dengar “C-zer”. Bukan “scissor” a.k.a gunting tau.
Hahaha..teringat husband aku slumber je dia update kat fb aku bersalin secara
scissor..wakakaka..takpe la..semua orang maafkan dia sebab takda pengalaman
lagi kan. Sekejam-kejam doctor membinasakan perut aku dedulu masa major
laparotomy dulu, takda lagi aku rasa doctor yang kejam nak potong perut pakai
gunting! hehehe
“C-zer” ni nama saintifiknya
C-section. Maksudnya pembedahan dilakukan secara melintang dan lengkungan
seperti huruf “C”. Kira ikut lipatan perut kita la kan. Macam aku sebab kes
lain dari yang lain sikit. Aku bukan dibedah secara C-sect tapi secara I-sect.
Kalau “I-sect”ni maksudnya perut dibedah secara menegak.
Aku dibedah dengan cara macam Gambar no.3 tu |
Kenapa..kenapa..kenapa? Apsal aku
kena bedah secara I-section ni. Bukan atas permintaan sendiri ye gatal-gatal
nak test power perut sendiri. Hehe..ada banyak sebab. Dan sebab ini juga ada
juga perbezaan pendapat daripada pakar-pakar perubatan, dia umpama macam
perdebatan Pakar Sakit Puan versus Pakar Bedah. Dedua pakar tapi pendapat nya
lain. Jadi bila dah macam tu, owner perut perlu la buat keputusan yang
dirasakan paling terbaik.
Beberapa tahun dulu, aku pernah
kan citer pasal kisah paling epic dalam hidup aku yang berubah akibat kecuaian
seorang doctor? Kalau korang sudi nak baca karangan esei 80 muka surat aku tu,
boleh la baca kat entri Sakit Itu Rahmat. Tapi secara ringkasnya disini aku
citer la jugak ok.
*************
Masa aku study kat UUM dulu, sem
5, Okt 2007 aku kena apendics. Fefaham la bila dah sakit apendics macam mana
kan. Memang kena cepat setelkan masalah ni, mana boleh tunggu appointment 6
bulan. Sakit apendics ni ya ampunnn..hanya yang pernah rasa je yang faham macam
mana rasa sakit tu.
Nun di Kedah sana memang aku
takda sorang family even sedara mara pun. Yang ada hanya kawan-kawan. jadiknya,
yang menguruskan kes kesakitan aku ni hanyalah kawan-kawan. Syukur sangat ada
ramai kawan-kawan yang baik dan sangat ambil berat. Bila doc dah bagitau yang
aku kena operate, aku memang redha aje la, dah sakit sangat. Memang aku
berserah je apa benda doctor nak buat, buat la asalkan aku boleh sembuh semula.
Btw, aku berada di wad di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.
Masa nak masuk OT tu, doctor dah
explain yang kaedah pembedahan yang digunakan adalah laparoscopic. Kaedah ni
adalah yang paling terbaik yang mana hanya 3 lubang sahaja yang akan ditebuk di
kawasan perut / abdomen dan scope atau kamera yang akan bantu bekerja mencari
masalah dalam perut aku tu. Then doktot cakap jugak, kaedah ni paling sesuai
dengan aku sebab aku muda lagi, so memang takkan ada secalit parut pun bila dah
betul-betul luka kering nanti. Aku masa tu rasa macam whatever lah doctor..aku
bukan nak berlengging tetiap hari pakai bikini nak tayang body. Hahaha..masa tu
tak terpikir la pasal kawen amende sume ni..dah sakit doctor oitt..
Nak dijadikan citer, Doktor Pakar
Bedah yang handle case aku ni Indian guy nama dia Dr. Kennedy. Akibat daripada
kecuaian beliau aku terpaksa menanggung kesakitan sepanjang hidup. Kalau nak
fikir rasa sakit hati, marah, kecewa, sedih, memang normal lah..Tapi kita ni
orang Islam, ada pegangan agama. Setiap ujian ni tentu ada hikmah disebaliknya.
Aku dimaklumkan masa pembedahan tu, camera atau scope yang masuk tu terkena
saluran darah dan juga usus aku. Makanya saluran darah aku bocor, hilang darah
2 liter, blood pressure pun dah drop sampai 30 je, dan usus aku terkoyak. Usus
besar and usus kecil terkoyak.
Bila Bp dah 30, aku dah macam
nyawa-nyawa ikan kata doctor lain yang cerita kat aku tu la. Then diorang
decide untuk convert pembedahan ke kaedah laparotomy. Which is, kaedah dimana
kawasan abdomen aku dipotong menegak dari pangkal dada ke pangkal ari-ari.
Boleh imagine tak? Kalo takleh..cuba korang letak 2 jengkal jari korang dari
pangkal dada ke bawah Rahim. Then korang akan tau betapa besar nya luka aku tu.
Usus aku pulak dah koyak 5-7 cm.
dah kalo koyak mana boleh tampal kan. Makanya doctor terpaksa lah potong usus
yang koyak tu. Cerita ini semuanya diceritakan atas belas ihsan daripada sorang
doctor yang turut berada dalam OT tu. Mana pergi Dr. Kennedy? korang tahu, masa
aku discharged baru dia jumpa aku. Dia cakap dia tak tahu macam mana berhadapan
dengan aku sebab selama berpuluh tahun dia bedah patient, inilah kesilapan
pertama yang dia buat.
Aku tahan menangis masa tu sampai
hati betul dia tak jumpa aku terus. Terpaksa tahan nangis sebab kesakitan yang
aku rasa tu memang teruk sangat. Aku hilang upaya hampir 2 bulan. Imagine la
nak bergerak apa pun tak boleh, even nak bercakap pun tak mampu. Sebab abdomen
ni adalah salah satu fungsi tunjang badan kita. Aku mampu gerakkan mata je, nak
genggam tangan pun tak mampu. Sampai doctor bagi alat senaman aktifkan semula
organ badan aku. Aku bergerak pun pakai wheel chair, tapi masa nak masuk final
sem aku memang tekad taknak nampak teruk sangat kondisi aku.
Degil nak teruskan
final sem jugak even doctor dah hantar surat ke Uni untuk aku diberi pelepasan
tangguh kan semester akhir. Aku kena kuat semangat, kalau lah aku lemah
semangat aku rasa hari ni pun aku tak mampu kerja dan ada family sendiri.
ok panjang pulak ringkasan citer
ni, citer ni macam banyak bab kena tulis sebenarnya. Bak kata kawan aku, citer
macam novel. hahaha. sebabnya banyak benda bersangkut paut. tapi tak pela,
bebila ada masa aku citer lagik.
**************
Ok, itulah serba sedikit
penjelasan kenapa aku dibedah secara I-section semasa melahirkan Hadif. Nak
citer pengalaman rasa bersalin tu memang takda apa yang boleh dikongsi. Sebab
aku dibius penuh. Aku memang amik FPP di Hospital Putrajaya. Memula dengan Prof
Noraihan, last minit masa nak bersalin Prof tu tak sihat so tukar dengan Dr.
Azmi. Dr. Azmi memula yakin yang aku boleh separa sedar, tapi bila duk cucuk
nak amik air tulang belakang tu berkali-kali tak berjaya, then dia decide untuk
bius penuh. Aku redha je la demi nak melahirkan seorang anak.
Masa yang diambil lebih kurang
sejam lebih. Lama kata Dr, sebab dia terpaksa mencuci usus-usus yang dah
melekat di sekitar dinding perut aku (kesan kes dulu tu). Dia cakap kat aku dia
dah rasa tak sedap hati masa nak bius separa sedar tu sebab kalau bius separa
sedar ni bertahan paling lama 45 minit je. Imagine kalo aku amik bius tu? hadoi
makkkk mesti bius dah hilang pastu tak tertahan duk menanggung hirisan perut
lagikkk. Syukur Alhamdulillah baby berjaya dikeluarkan juga akhirnya.
Dr. Azmi decide untuk potong
semula parut yang dibedah masa laparotomy dulu. Dia cakap kalau aku dibedah
secara C-sect, akan sangat berisiko pada si ibu. Risiko jangka panjang katanya.
Dia cakap luka dikawasan abdomen aku hampir 80% sebab kes kecuaian dulu. Kalau
dia potong lagi di kawasan baru, memang sangat risiko.
Aku redha je sebenarnya, sebab eksaited nak
tengok anak sendiri tu lagi tinggi daripada melayan ke sakit operate ni. Even
aku rasa luka perut yang dibedah oleh Dr. Azmi ni jauh lebih cantik cantuman
nya daripada parut luka yang dulu.
Eksaited nak susukan anak, nak
dukung anak, nak mandikan anak…luka parut operation dalam masa seminggu dah
baik, parut dah cantum…aku dah boleh bersin dan batuk..Sanggup ni pakai girdle,
tabahkan hati punyala nak parut luka cepat baik. Dulu kan mana ada orang jual
bengkung untuk orang bersalin operate ni, sekarang senang skit serba serbi di
hujung jari kan. Dulu dah pernah up entri Cara Berpantang Czer..Kalau nak baca, boleh baca kat Entri Ini.
Untuk baby ke-2 ni, aku belum dapat official advise daripada Gynae. Tapi possibility untuk lahir secara normal tu macam agak sukar juga sebab walaupun lahirkan anak sorang, tapi dikira macam lahirkan 2 orang anak sebab aku dah pernah operate 2 kali, kira yang silap operate tu dikira juga. Doakan la ye mana tahu aku boleh bersalin normal. Nak sangat rasa sakit tu..tapi kalau ditakdirkan tak boleh..aku tetap redha je. Yang penting baby sihat dan sempurna. Eh kejap je dah 7 bulan (28 weeks) la usia kandungan hari ni! I m officially in 3rd Trimester!
3 yang mengekspresikan diri:
Sampai hati doctor Kennedy tu tak pi jumpa u noo.
Tapi,bagusla u fikir positif.. semua tu Allah buat ada sebab musabab & hikmah dia. Bila fikir macamtu, kita lebih redha.
Semoga Allah permudahkan urusan semasa kelahiran kedua ni!
Btw, bukan semua orang dapat pengalaman macam ni. SubhanAllah!
ok.... i pon tak tau nak komen apa.. dalam hati i..bercampur baur..
since i rasa apa yang i lalui baru2 ni yang kekadang rasa macam nak salahkan pihak nurse n dokter jer pon i dah rasa teruk.. tapi biler baca kisah u ni.. Allah bagi u kekuatan yang lebih lagi sebenar nya..kekuatan hati..dan semangat.. macam menakutkan jer biler baca.. risiko tinggi tuk u.. tapi.. tu i cakap.. hati u kuat... kerana Nya..dan.. setiap yang berlaku pasti ada hikmah nya.. redho..ada ganjaran nya..insyaa ALlah.. semoga tuk 2nd baby ni..semoga segalanya dipermudahkan yer..insyaa Allah.. amin...
neway.. i ingat kan.. i-section ni tuk style beranak pembedahan dolu2 jer... rupernya.. atas sebab faktor2 tertentu...
take care kemn..
Tu la...naluri seorang ibu...teringin nak bersalin secara semulajadi....sy doakan moga dipermudahkan segala urusan awak...proses kelahiran bb...semoga baby n ibu baby selamat n sihat ..... aamiinn
Post a Comment