Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Thursday, February 14, 2019

#dekoriasbykemn: best kan cadar patchwork!

Siapa geng yang guna cadar patchwork! Mesti dah tahu kan betapa mudahnya operasi mengemas katil dengan cadar patchwork. Dari koleksi pertama, hingga la yang terkini, saya beli semua cadar patchwork saya dengan jiran setaman merangkap blogger Faeza Ramlay Sekarang bisne patchwork nya lebih sinonim dikenali dengan nama Little Pearl Heart. Korang boleh intai-intai koleksi patchwork yang bermacam-macam jenis, ada baby bedding set, single bed, queen or superqueen or macam-macam lagi la yang ditawarkan. Paling best sekarang dah ada physical shop dekat je dengan area perumahan kami. 

Terlanjur cerita bab kemas katil ni, teringat zaman-zaman kanak-kanak ribena. Dulu masa kecik, siapa adik beradik tak kemas katil lepas bangun tidur mesti kena memetir dengan ummi. Kami ni adik beradik 6 orang. Bilik tak banyak jadi yg perempuan kongsi 1 bilik 4 org, 1 bilik lg untuk 2 adik lelaki. .

So biasanya siapa yg bangun lambat la yg kena kemas tempat tidur. Jenuh kan nak kena tegangkan cadar. Takda pulak dulu-dulu jumpa cadar patchwork mcm sekarang. Tak payah gigih2 nak kena tegangkan sbb mmg cantik terletak dah bila kita bangun tidur. .

Most of us adik beradik tinggal hostel. Ada 2 je yg tak pernah duk hostel. Kat hostel mmg sgt particular dengan kekemasan katil kan. Malu tau nama kena naik atas board sebab katil tak tegang. Hehe.

Tapi kami ni kat rumah pun mcm dh duk hostel. Semua ada peraturan tau. Ummi kami memang tegas bab mengemas tp sebab ummi kerja kuat, along yg ambil alih tugas ummi di rumah. Along punya tegas tu sekali dia memetir mcm singa lapor. Kecut perut adik2 woiii..haha

Tapi betul la kan disiplin tu bermula dari kecil dan dari rumah. Dia akan membentuk siapa diri kita sekarang bila dah dewasa. Sekarang giliran kita mak mak ni pulak yg memetir kat rumah! 

Have a nice day everyone!

#therockyscottage


Friday, January 11, 2019

#dekoriasbykemn: Tips nak pastikan ruang tamu sentiasa kemas walaupun ada anak-anak kecil kat rumah

Assalamualaikum dan Selamat Pagi,

Hari ni nak share dengan korang especially kaum ibu-ibu yang sering bertanya bagaimana saya kekalkan keadaan rumah yang kemas walaupun mempunyai dua anak lelaki. 

Sebenarnya yang pertama sekali, kita kena ubah mind set. Ubah mind set jangan merasakan anak kita ini satu bebanan atau kekangan dalam kita nak bereksperimentasi dalam menghias rumah. Takda masalah pun nak deko-deko rumah walau ada anak kecil, tetapi kita perlu bijak memilih keperluan yang lebih praktikal seiring dengan usia anak-anak.


Ok, saya share dulu 3 Tips Mudah untuk pastikan ruang tamu sentiasa kelihatan kemas. Lain entri saya share lagi tips-tips lain ya.

1. Jangan simpan mainan anak-anak berhampiran di kawasan ruang tamu. Elakkan buat play area konsep open space. 

Ini saya faham kenapa ramai mommies buat play area berdekatan dengan ruang tamu. Salah satu sebab utamanya kerana mudah untuk dipantau aktiviti anak-anak teutamanya bila kita nak memasak di dapur.

Sebelum ini saya pun macam tu. Tapi bila difikirkan setiap hari saya jadi naik hantu bila tengok mainan anak-anak bersepah, lagi sakit dada bila asyik terpijak mainan, mula la rasa nak menjerit hahaa. Bila fikir balik, saya rasa keadaan tu tak sihat sangat. Baik untuk anak-anak dan diri saya sendiri. So sejak daripada tu, saya cari alternatif untuk elakkan ruang tamu bersepah dengan mainan anak-anak, dan cara paling berkesan adalah dengan menyediakan satu playroom untuk saya ajar anak-anak saya habiskan masa bermain di satu tempat sahaja. 

2. Jadikan 1 bilik sbg play area. Pastikan semua mainan ada kotak atau bekas tersendiri. Labelkan bekas untuk mudah diambil dan disimpan.

Saya memang jadikan bilik diorang sendiri sebagai play area. Mula-mula memang agak mencabar ya. Sebab anak-anak dah biasa kan bermain merata alam dalam rumah tu. Tapi bila hari-hari saya ingatkan, diorang sendiri dah faham. Yang pasti jangan letih atau bosan untuk ulang benda yang sama. Anak-anak memang perlu sentiasa diingatkan.

Saya beli rak khas untuk simpan mainan diorang. Dulu masa si abang kecik, saya susun ikut jenis mainan, sebab abang ni mainan dia penuh variasi. Tapi bila si adik ni, mainan dia very homogenous. Sumenya berkisarkan transport and vehicles. So saya sorting ikut saiz. Kena ajar anak-anak simpan sama macam yang kita simpan. Secara tak langsung kita latih anak-anak berdisiplin dan berdikari.

3. Kalau kita memerlukan lebih masa berada di bawah (kalau rumah 2 tingkat), bawa kotak mainan yg tertentu sahaja bagi mengisi masa anak2 semasa kita sdg menguruskan kerja rumah. 

Kat rumah saya ada 1 ottoman yg ada compartment. Just incase tak sempat nak kemas rumah kalau org dtg, campakkan aja sume menan anak2 dlm tu. Hahaha. 

Cuba lah ajar anak-anak mengenal apa erti mengemas. Mula-mula memang rasa leceh. Tapi lama kelamaan ini cara terbaik dan tercepat nak pastikan rumah sentiasa kemas. Bukan kita je senang nak kemas, org yg dtg pun mudah nak tlg kemaskan rumah kita.

Semoga perkongsian ini bermanfaat!


Monday, January 7, 2019

Selamat Datang Tahun 2019, Selamat Kembali Aktif Ke Dunia Blog!

Bismillahirrahmanirrahim,

Assalamualaikum, 

Selamat datang tahun 2019!

Punyalah dah lama tak menulis, hambar betul nak kembalikan semula momentum menulis. 

Apapun, kita dahulukan dengan ucapan syukur Alhamdulillah kerana masih diberi peluang untuk bernafas di bumi Allah pada tahun ini. Insyallah berniat nak aktif semula menulis demi kemaslahatan sejagat. Dalam erti kata lain, nak memantapkan diri sendiri dalam bidang penulisan yang lebih variasi. Ada masa penulisan berbentuk humor, ada masa penulisan bajet-bajet Editor majalah, ada masa berbentuk ulasan oleh penulis artikel. 

Aktif Menulis Di Instagram

Rasanya ramai kawan-kawan blogger yang sekarang agak kurang aktif menulis blog, tetapi memberi tumpuan menulis di medium lain seperti Facebook dan Instagram kan? Sejak Facebook dan Instagram dah boleh menulis teks dengan lebih panjang, lebih ramai yang fokus menulis di situ. Tetapi kan, jauh di sudut hati, mood menulis di blog adalah lebih seronok daripada menulis di Facebook atau Instagram. Tak pasti la ini hanya saya sorang je yang rasa atau korang pun ada same feeling macam ni. 

Untuk makluman semua, saya mempunyai dua (2) akaun instagram. Satu akaun lebih berbentuk umum, berkongsi tentang family, kawan-kawan dan isu-isu semasa. Satu lagi akaun lebih spesifik dan hanya tertumpu dengan perkongsian idea dekorasi rumah. Kalau sudi, korang boleh follow kedua-dua akaun ini:

@kemnazmaili

@dekoriasbykemn

Tahun ini berazam nak menulis 1 entri untuk setiap hari. 1 entri tu pun tak panjang berjela pun kira kita kupas satu tajuk je takda carca marba merapu macam entri-entri dedulu. Umur pun dah meningkat usia, 34 tahun dah. So penulisan pun kena lebih matang dan tidak keterlaluan. Apa yang penting, insyallah setiap entri akan memberi manfaat kepada semua, insyallah!

Jumpa di entri selepas ini!

Tuesday, July 10, 2018

Dekorasi #therockyscottage di Akhbar KOSMO

Akhbar KOSMO! AHAD 6 MEI 2018
OLEH: KHAIRIYAH HANAFI

MODEN KLASIK EROPAH PILIHAN AKMAR

Deretan rumah-rumah kampung yang diperbuat daripada papan mengiringi perjalanan kru Panaroma ke kediaman milik pasangan suami isteri, Noor Akmar Mohamed Azmaili, 33, dan Mohd Yusri bin Yusof @ Jusoh, 38.

Melihatkan keadaaan sekeliling imej sebuah rumah kampung dengan halaman dipenuhi pokok-pokok bunga aneka warna yang sering dilihat di kaca televisyen tiba-tiba bermain di kotak fikiran kami.

Imej tersebut bagaimanapun lenyap sekelip mata taktala penunjuk jalan Waze yang digunakan kami membelok masuk ke sebuah simpang kecil yang menempatkan kawasan perumahan Tiara Heights.

Pada waktu itu, perasaan teruja mula mengulit diri, lebih-lebih lagi apabila melihatkan lebih 100 unit rumah tersergam indah di kawasan tersebut.

Siapa sangka ratusan kediaman dua tingkat semi-D dengan seni bina moden dan mewah tersembunyi di sebalik kawasan perumahan kampung di Sepang, Selangor.

Sebaik sahaja kenderaan diberhentikan di hadapan pintu pagar kediaman berkeluasan 227 meter persegi itu, Noor Akmar Mohamed Azmaili menjemput kami masuk ke dalam "mahligai" yang dihuni keluarganya.

Pujian menggunung tidak semena-mena terpacul keluar dari bibir kami sebaik melihat kekemasan dekorasi dan teman yang dipadankan pada keseluruhan ruang.

Sambil tersenyum manis, wanita yang lebih mesra dipanggil Akmar itu pelawa kami melabuhkan punggung di ruang tamu utama kediaman tersebut.

"Rumah ini dibeli sekitar tahun 2011. Ketika baharu sahaja berpindah ke sini, kami suami isteri menata rias kediaman ini dengan elemen moden minimalis yang mana susun atur dan pemilihan perabot lebih ringkas dan praktikal.

"Konsep tersebut dipilih kerana pada waktu itu, anak-anak kami masih lagi kecil dan memerlukan ruang yang lebih besar dan praktikal untuk belajar berjalan", jelasnya.

Pereka Fesyen

Bagaimanapun, menurut Akmar lagi, seiring peredaran waktu dan keadaan anak-anak yang semakin membesar, mereka kemudian mengubah tema kediaman ini kepada moden klasik Eropah pada awal tahun lalu.

Idea tersebut mula tercetus selepas Akmar terinspirasi dengan kediaman pereka fesyen terkenal tanah air, Datuk Rizalman Ibrahim. 

Disebabkan terlalu meminati konsep yang diketengahkan oleh pereka fesyen itu, Akmar kemudian mula melakukan penyelidikan dengan pelbagai bahan bacaan di internet untuk mengenali dengan lebih mendalam konsep yang diingin dipraktikkan.

Dari situ, dia kemudian dipertemukan dengan pelbagai gambar yang menonjolkan kediaman-kediaman bertemakan moden klasik Eropah.

"Saya lebih gemar kediaman berkonsepkan moden klasik Eropah kerana ia berlainan daripada konsep yang sering menjadi pilihan bagi kebanyakan individu di negara ini".

"Sebagai contoh, jika ikita melihat masyarakat di negara ini kebanyakannya gemar menggunakan kerusi set lengkap yang sedondon pada setiap ruang kediaman mereka". 

"Bagaimanapun, berbeza dengan masyarakat Eropah yang mana mereka gemar melakukan konsep suai dan padan pada keseluruhan ruang kediaman. Konsep tersebut mampu membuatkan kediaman tampak hidup dan mempunyai nilai estetika yang tersendiri".

Menceritakan lebih lanjut mengenai kediaman yang mempunyai empat bilik tidur dan satu bilik utiliti itu lagi, ibu kepada dua orang cahaya mata itu berkata, dia dan suami memilih rona biru untuk dijadikan warna utama kediaman tersebut.

"Sejak kecil lagi saya memang gemar warna biru. Kebetulan warna kegemaran saya sesuai dengan tema yang dipilih, jadi kami suami isteri bersepakat untuk menggunakan warna dominan kediaman tersebut". 

"Bagaimanapun, bagi menyeimbangkan penggunaan warna pada kediaman dan mengelakkan keseluruhan ruang terlalu mendatar, saya turut menggabungkannya dengan rona-rona cerah yang lain seperti putih dan krim", jelasnya.

Menurut Akmar lagi, bagi menyerikan lagi kediaman yang dihuninya itu, dia memilih jambangan bunga orkid artifisial untuk dijadikan aksesori kediaman.

Eksklusif

Bagi menyerlahkan lagi sisi luas kediaman tersebut, penggunaan cermin besar turut dipraktikkan pada beberapa ruang.

Sementara itu, bagi menonjolkan nilai eksklusiviti kediaman pula, pasangan suami isteri ini menggunakan percikan lampu rona kuning pada keseluruhan kediaman tersebut.

Biarpun keseluruhan ruang tampak eksklusif, namun percaya atau tidak, kesemua susun atur dan tata rias di dalam kediaman tersebut dilakukan oleh mereka suami isteri tanpa menggunakan khidmat pakar hiasan dalaman.

Lebih menarik apabila semua idea yang digarap disempurnakan menerusi idea dan perbincangan yang dilakukan oleh mereka suami isteri berdasarkan bahan bacaan yang diperolehi daripada internet.

Disebabkan itu, cerita Akmar, dia dan suami hanya membelanjakan RM50 ribu, untuk kos keseluruhan dekorasi dan pengubahsuaian (termasuk grill, langsir, kabinet dapur, kabinet tv & semua perabot di setiap ruang)

Melihatkan keseluruhan sudut kediaman tersebut, ternyata Akmar dan suami bijak menata rias dan meyeragamkan warna yang dipilih pada kediaman itu sehingga ia berada pada kelas yang tersendiri.

"Kami suami isteri begitu menitikberatkan mengenai aspek dekorasi kediaman ini kerana ia merupakan nadi kehidupan kami sekeluarga".

"Selain menjadi terapi jiwa, ia juga mampu mewujudkan perasaan tenang dan tenteram setiap kali pulang dari tempat kerja, "jelasnya.



















===============================================

Ini adalah artikel yang dipetik daripada akhbar Kosmo. Insyallah kalau ada ruang dan waktu, aku akan kongsikan ilham-ilham dekorasi untuk di setiap sudut pada entri selepas ini.

Terima kasih KOSMO kerana masih memberi peluang kepada kediamanku menghiasi ruang akhbar ini.

7 tahun lalu kediaman kuarters ku telah diberi ruang untuk menghiasi ruang Jurnal di akhbar KOSMO. Boleh baca DISINI

Monday, March 19, 2018

"GONG NEKARA" karya puitis anak didik Malique Ibrahim

Terpanggil untuk membuka tirai 2018 dengan entri pertama yang berkisarkan tentang isu hangat industri muzik hip hop yang sedang tular di media sosial. Bukan kerana aku ini berada di dalam bidang yang sama, tetapi rasa sedikit tempias kerana melibatkan adik ku, Kmy Kmo si penulis karya. Kisah bagaimana Malique melamar adikku pernah aku kongsikan DISINI.

Lagu yang diberi nama "Gong Nekara" ini merupakan genre hip hop nusantara yang heboh diperkatakan membidas lagu "Mambang" yang dihasilkan oleh Altimet. Spekulasi ini mula timbul apabila Altimet mengeluarkan single terbarunya bertajuk Mambang dan dikatakan bait-bait lirik yang disusun agak sinikal mengkritik Lagenda Hip Hop Malaysia tak lain tak bukan, Malique Ibrahim.

Mutakhir ini, industri muzik hip hop tanah air heboh kembali apabila lagu Gong Nekara yang sepenuhnya dihasilkan oleh dua orang anak didik Malique ini dikatakan menyahut balas seruan Altimet di dalam "Mambang".

Ramai yg masih menganggap lirik lagu ini ditulis oleh Malique. Kerana gaya penulisannya  dikabarkan persis Malique. Ya benar Kmy dan Sham (LS) adalah anak didik Malique.  Mereka berdua bukan sahaja rapper, malah kedua-dua anak didiknya ini mempunyai kelebihan yang tersendiri. Kalau Kmy Allah bagi anugerah untuk dia menyusun dan mencipta lirik, LS pula bijak menyusun  muzik. Sebab itu Malique memberi kepercayaan kepada dia sebagai sound engineer sewaktu di Qarma Musiq. Percaturan Malique tidak silap apabila menyunting dua rapper underground ini berada dibawah labelnya dahulu kerana mungkin dapat menjangkakan mereka mampu memberikan impak pada industri muzik hip hop tanah air satu hari nanti.Sebelum ini mereka di bawah label Qarma Musiq tp kini sudah tidak terikat dengan mana-mana label, lebih selesa bergerak bersama kumpulan underground YMYFAM, cuma karya & lagu diterbitkan oleh Luncai Emas atas tiket sebagai penulis lirik & komposer. Malique & M.Nasir sangat terkenal dengan lirik yang puitis. Jadi tidak hairanlah mengapa mereka boleh menghasilkan lirik persis gaya penulisan Sifu.

Ternyata Malique sedang tersenyum melihat 2 anak didiknya ini kerana itu kenyataan yang dikeluarkan oleh Qarma Musiq di laman twitter adalah sebagai satu tanda sokongan. Orang yang mengagungkan seni muzik ini cukup berbeza dengan orang yang jadikan muzik untuk popular. Mereka menghargai setiap bait lirik dan runut bunyi, bukan asal boleh tangkap muat semata.

Sayangnya industri muzik kita hanya menilai pada popular dan meraih untung. Belum cerita unsur kronisme dan favouritsme yang semakin menjadi-menjadi. Sebenarnya bukan sebab pendengar mahu dengar, tapi pendengar mendengar lagu yang kerap diputar, itulah yg akan didengar, dihafal dan dilagukan. Stesen radio tidak educate pendengar dengan lagu-lagu berkualiti. Maaf kalau salah tapi ini yang aku rasalah sebagai seorang pendengar setia radio-radio tempatan. Mungkin sudah tiba masanya, stesen radio menjamukan hidangan lagu yang lebih berkualiti dari segi lirik, nilai moralnya dan penggunaan bahasa ibunda yang cukup indah, variasi dan klasik.

Dari pandangan mata kasar aku, aku melihat ini sebagai petanda yang baik. Kebangkitan lagu seperti ini meniti di bibir rakyat bukan sekadar untuk dibahas, malah ia memaksa kita yang tidak tahu atau malas berfikir ini mula mentelaah kamus untuk mengenal maksud dan istilah di setiap bait-bait lirik. Lagu Mambang mencetuskan provokasi, lalu Gong Nekara menempelak dengan bahasa yang cukup padu dan kontroversi. Altimet sudah lama berada di layar perdana, dicabar oleh KmyKmo yang sudah lama berada di arus bawah tanah, dan dari sini sinergi dan komparatif mula berlaku. 

Buat Kmy & LS, abaikan mulut buruk yang bersuara. Jujurlah berkarya kerana ramai yang berada bukan di belakang kamu tetapi bersama kamu. Bila orang cakap lagu ini lagu Malique. Kau patut senyum saja sebab aku percaya Malique juga sedang tersenyum.


Naskhah ini cukup berat, 
Bait bait lirik tersurat dan tersirat,
Begitu juga dengan kisah Gong Nekara ini,
Ada yg mentafsirkan pertembungan dua budaya, 
Ada pula yang menganggap kisah hidup suami isteri, 
Ada yang spekulasi bermacam lagi. 
Hanya si penulis yang tahu apa yg terbuku dihati.

Biarkan Oh Bulan berbicara
Biarkan The Vocket merengsa
Biarkan Haters menyalak mula

Pandanglah ia petanda yang elok 
Karya kamu sedang direlai
Dinilai setiap selok dan belok
Usaha jaya pasti digapai

Cuma satu yang aku minta
Berilah peluang kepada adikku berkarya
Mengkayakan irama lagu dan seni malaya
Yang semakin dimamah popular semata
Isi kosong nan tiada makna

Dia hanya biasa biasa
Bila disarung topeng Agenda
Dia bikin jadi berbisa
Ya benar Malique Mahagurunya

Dengarkan, bicarakan, alunkan.

Diberi nama "Gong Nekara"

======================================

Artis : Kmy Kmo ft Luca Sickta
Lirik : Kmy Kmo ft Luca Sickta
Komposer : Kmy Kmo
Produser : Luca Sickta


Tubuh berbulu,
matanya merah dalam rimba,
aku keliru angkatan ke lembaga menjelma?
urat kepala,
berdenyut cemas tak tenteram,
aku keliru,
berbaur seram dan geram.

Chorus:
Aku, (aku)
Engkau , (aku)
Dia, (aku)
Siapa tadi?
Dalam rimba,
Aku diam,
Tapi tadi siapa nyanyi?

Aku, (aku)
Engkau , (aku)
Dia, (aku)
Siapa tadi?
Dalam rimba,
Semua diam,
Aku tahu siapa nyanyi!



Verse 1 Kmy Kmo,

Dilontar lampiran yang tak se berapa mengusik,
nak dionarkan sakinah yang sebati di bumi muzik,
buncah dek,
tertumbuk akal tua picik yang mula semakin uzur kufur,
nikmat yang diberi percuma lantas nafsunya terus menggelupur,
rongga ritma rambang gila,
"kuku bima' bacok lidah,
longgar rima lambang nila,
susu dijaga rosak dah diludah,
separuh baris salam sua,
kenal dalam dunia nista,
pelaris dicari dalam gua,
untuk diguna demi dusta cita,
invasi kritikal,
silap ritual,
basi fizikal,
membengkak mual,
injaksi lirikal,
gilap visual,
salah magikal,
katak berbual,
mahu klasikal,
beli dan jual,
beli mistikal,
jual misitkal,
beribu tahun,
berkali lantun,
berjuta pantun,
berjujuk lakon,
Ya !
pungkur panas berdarah gusi ke ?!
hilang nafas yang tata susila !
ukur ganas pada kerusi je !
bilang "Emas" hmm jauh lagi la..
ukur agas dengan burung hantu,
cari nahas di gua puaka,
mantera lahir dari jari hantu,
matra ganas tak cari suaka,


Chorus:
Aku, (aku)
Engkau , (aku)
Dia, (aku)
Siapa tadi?
Dalam rimba,
Aku diam,
Tapi tadi siapa nyanyi?

Aku, (aku)
Engkau , (aku)
Dia, (aku)
Siapa tadi?
Dalam rimba,
Semua diam,
Aku tahu siapa nyanyi!



Verse 2 Luca Sickta,

Pantun angkuh lantun rakus rumus,
Santun patuh jakun kamus kubus,
Seru jangan sampai tamak nama,
Deru arus angan, tambat, lambai saka,
Mata merah tangan santai,
Bila,
Diam duduk tak berantai,
Maka, Tindak tanduk pun ter urai,
Dendam silam tusuk terburai,
Wooh
Naik bongkak susah sampai otak,
Sambil dongak waktu tolak,
Makhluknya rongak kepala botak, 
Minda todak namun masih hidup dalam kotak,
Tayang usah , jika jiwa tu mudah melayang,
Resah tenang diri sendiri sudah di karang,
Apa lagi?
Mahu jadi?
Terikat dengan bayang sendiri dari dulu sampai hari ini, haaaa...

Chorus:
Aku, (aku)
Engkau , (aku)
Dia, (aku)
Siapa tadi?
Dalam rimba,
Aku diam,
Tapi tadi siapa nyanyi?

Aku, (aku)
Engkau , (aku)
Dia, (aku)
Siapa tadi?
Dalam rimba,
Semua diam,
Aku tahu siapa nyanyi!


Verse 3 Kmy Kmo

Aku lempar tari Iqram mengusik ego tua kau ombak singgah omong nisbah gangguan
yang tak dihirau,
mungkin dulu rimba tebal semua berbekalkan pisau,
Ini zaman sembur pucuk lagi laju dari santau,
makin hari makin resahjiwa yang cuba ditenang,
tewas juga hujung hari lepas baru menang,
nafsu lonjak bakar hati jantung pun laju digendang,
bila jauh  jadi abdi "Masuth" puji pakai tendang,
"Murrah" gelakkan kau, aku, kita kerna dah berjaya,
lumrah gerakkan si alpa mudah lena lepas kaya,
bukan harta , atau benda di kejar nya hanya batu,
bukan Alpha atau Mambang yang ku gentar hanya Satu (Allahuakbar..Allahuakbar)

Chorus:
Aku, (aku)
Engkau , (aku)
Dia, (aku)
Siapa tadi?
Dalam rimba,
Aku diam,
Tapi tadi siapa nyanyi?

Aku, (aku)
Engkau , (aku)
Dia, (aku)
Siapa tadi?
Dalam rimba,
Semua diam,
Aku tahu siapa nyanyi!

Outro

Aku lempar tari Iqram mengusik ego tua kau ombak singgah omong nisbah gangguan yang tak dihirau.

Saturday, September 30, 2017

PANAS! PANAS! PANAS! : TANAH LOT BANGLO MURAH DI KELANTAN

Bismillahhirrahmanirrahim...

Assalamualaikum semua,

Saya dengan rasa berbesar hati nak berkongsi peluang memiliki rumah idaman dengan anda semua terutamanya warga KELANTAN! Lokasi di KOK LANAS.

Untuk makluman semua, tanah ini adalah hak milik ibu mertua saya, seorang anak jati Kelantan yang telah lama menetap bermastautin di Kuala Lumpur.

Asalnya mak mertua nak JV dengan pemaju untuk projek PPA1M. Semua dan ready untuk kick off tapi last minit mak mertua cancel sebab dia nak reserve dua (2) lot untuk simpanan sendiri.

Harga sangat murah. Kebanyakan yang tengok harga yang ditawarkan ni ramai yang cakap sangat berbaloi.

Lot banglo ini terhad hanya ada 10 Unit. 3 unit dah terjual. So baki hanya ada 7 unit. Anda boleh memilih keluasan tanah mengikut kemampuan kewangan.

Antara KELEBIHAN memiliki tanah lot banglo ini adalah :

→ Harga penawaran binaan atas tanah sendiri
→ Bermula RM125/kps - RM138/kps
→ Keluasan berdasarkan kemampuan pinjaman anda.
→ Plan Layout citarasa sendiri
→ Lokasi strategik di Kok Lanas dan sesuai utk kediaman dan pelaburan
→ Keluasan Tanah 7000 s/f keatas
→ Bebas Banjir 
→ Berhampiran fasiliti asas seperti Econjaya, Pasar Basah Kok Lanas, SMK Kok Lanas, SK Kok Lanas, SMK Kok Lanas, Kem Desa Pahlawan, Matrikulasi, Politeknik dan lain-lain.

PANAS SEPANASNYA. MASIH BERBAKI 7/10 LOT. 

PT 2824 - 7304 s/f
PT 2825 - 7756 s/f
PT 2826 - 7304 s/f
PT 2827 - 7283 s/f
PT 2828 - 7358 s/f
PT 2829 - 7284 s/f
PT 2830 - 7359 s/f (binaan 2017)
PT 2831 - 8789 s/f (binaan 2017) 
PT 2832 - 7186 s/f
PT 2833 - 8789 s/f (binaan 2017)

Lokasi Batu Tinggi, Kok Lanas. Susur masuk hadapan Econjaya ke Matrikulasi.

Berminat? Terus hubungi   Aidil 017-3078933 / Yusri 012-2655485

 





Share jika bermanfaat!

Friday, September 15, 2017

"Ummi, mati syahid tu apa?"

Takziah buat keluarga mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah. Sesungguhnya tidak dapat diluahkan dengan kata-kata betapa sedih dan syahdu nya pemergian anak-anak ini bertemu Allah untuk menjadi penghuni syurga abadi.
 
Tiap kali mendengar berita kematian anak-anak kecil, hati saya terlalu rapuh. Saya tidak kuat membaca apatah lagi untuk melihat gambar-gambar / video yg cukup syahdu. Kerana apa? Kerana saya mempunyai seorang anak yang sedang membesar di depan mata tetapi kerap menyebut impian nya nak ke SYURGA.

Sejak anak ini mengenal erti syurga (4 thn) hingga la saat ini (6 thn), dia kerap bertanya mengenai SYURGA. Dan setiap kali itulah akan menyentap jiwa saya. 

"Ummi, kenapa la abang hidup di dunia, kenapa abang tak terus masuk syurga?"

"Ummi, lambat lagi ke nak masuk syurga? Kalau kat syurga abang takpayah susahkan umi temankan abang nak kencing sebab kat syurga kita tak rasa pun nak kencing"

"Ummi, abang dah besar nanti nak jumpa Ronaldo, abang nak islam kan dia. Baru lah boleh jumpa dia di syurga". (Ini kelakar tapi dia sedang memberi mesej kepada saya)

Raya haji tempoh hari kami ziarah kubur di Pekan. Dlm keadaan angin sayup sepoi2 bahasa, dia masih mengajukan soalan yg mendebarkan.

"Ummi, kalau abang mati nanti umi dan daddy datang ziarah abang bacakan Al fatihah kan..abang dengar tak dalam kubur tu?" 

Kali ini umi diam kelu membisu. *___*
 
Pagi tadi seawal subuh, daddy menceritakan kisah menyayat hati mengenai mangsa kebakaran Pusat Tahfiz berkenaan. Begitu kusyuk dia mendengar cerita daddy dipaksanya cerita sampai habis. Dia juga berkeras nak melihat apa yang ditulis dalam nota salah seorang arwah yang telah dikirimkan kepada ibunya sehari sebelum berlakunya tragedi ini. Sekali lagi abang menyentap jiwa ummi dengan soalan ini,

"Ummi, mati syahid tu apa? Macam mana kalau benda tu jadi pada abang ya?"

Begitulah kisah si anak ini. Sentiasa menyentap hati kami dgn soalan2 yg mencemaskan. Semoga abang menjadi anak yg soleh, terang hati menghafal al quran, cuma part nak islam kan Ronaldo tu umi doa yg baik-baik sahaja untuk abang. 

Betapa indahnya syurga yang abang bayangkan. Semoga membesar jadi anak yang soleh ya abang.

Ummi tak boleh la. Baca berita pelajar2 tahfiz ni terus mengingatkan ummi pada abang. 
😢😢😭😭

Love you so much, abang. ❤

#emosisejenisummi 
#myfirstborn
#MuhammadHadifAkhtar
#6yearsold
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...