Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Showing posts with label hom. Show all posts
Showing posts with label hom. Show all posts

Tuesday, July 10, 2018

Dekorasi #therockyscottage di Akhbar KOSMO

Akhbar KOSMO! AHAD 6 MEI 2018
OLEH: KHAIRIYAH HANAFI

MODEN KLASIK EROPAH PILIHAN AKMAR

Deretan rumah-rumah kampung yang diperbuat daripada papan mengiringi perjalanan kru Panaroma ke kediaman milik pasangan suami isteri, Noor Akmar Mohamed Azmaili, 33, dan Mohd Yusri bin Yusof @ Jusoh, 38.

Melihatkan keadaaan sekeliling imej sebuah rumah kampung dengan halaman dipenuhi pokok-pokok bunga aneka warna yang sering dilihat di kaca televisyen tiba-tiba bermain di kotak fikiran kami.

Imej tersebut bagaimanapun lenyap sekelip mata taktala penunjuk jalan Waze yang digunakan kami membelok masuk ke sebuah simpang kecil yang menempatkan kawasan perumahan Tiara Heights.

Pada waktu itu, perasaan teruja mula mengulit diri, lebih-lebih lagi apabila melihatkan lebih 100 unit rumah tersergam indah di kawasan tersebut.

Siapa sangka ratusan kediaman dua tingkat semi-D dengan seni bina moden dan mewah tersembunyi di sebalik kawasan perumahan kampung di Sepang, Selangor.

Sebaik sahaja kenderaan diberhentikan di hadapan pintu pagar kediaman berkeluasan 227 meter persegi itu, Noor Akmar Mohamed Azmaili menjemput kami masuk ke dalam "mahligai" yang dihuni keluarganya.

Pujian menggunung tidak semena-mena terpacul keluar dari bibir kami sebaik melihat kekemasan dekorasi dan teman yang dipadankan pada keseluruhan ruang.

Sambil tersenyum manis, wanita yang lebih mesra dipanggil Akmar itu pelawa kami melabuhkan punggung di ruang tamu utama kediaman tersebut.

"Rumah ini dibeli sekitar tahun 2011. Ketika baharu sahaja berpindah ke sini, kami suami isteri menata rias kediaman ini dengan elemen moden minimalis yang mana susun atur dan pemilihan perabot lebih ringkas dan praktikal.

"Konsep tersebut dipilih kerana pada waktu itu, anak-anak kami masih lagi kecil dan memerlukan ruang yang lebih besar dan praktikal untuk belajar berjalan", jelasnya.

Pereka Fesyen

Bagaimanapun, menurut Akmar lagi, seiring peredaran waktu dan keadaan anak-anak yang semakin membesar, mereka kemudian mengubah tema kediaman ini kepada moden klasik Eropah pada awal tahun lalu.

Idea tersebut mula tercetus selepas Akmar terinspirasi dengan kediaman pereka fesyen terkenal tanah air, Datuk Rizalman Ibrahim. 

Disebabkan terlalu meminati konsep yang diketengahkan oleh pereka fesyen itu, Akmar kemudian mula melakukan penyelidikan dengan pelbagai bahan bacaan di internet untuk mengenali dengan lebih mendalam konsep yang diingin dipraktikkan.

Dari situ, dia kemudian dipertemukan dengan pelbagai gambar yang menonjolkan kediaman-kediaman bertemakan moden klasik Eropah.

"Saya lebih gemar kediaman berkonsepkan moden klasik Eropah kerana ia berlainan daripada konsep yang sering menjadi pilihan bagi kebanyakan individu di negara ini".

"Sebagai contoh, jika ikita melihat masyarakat di negara ini kebanyakannya gemar menggunakan kerusi set lengkap yang sedondon pada setiap ruang kediaman mereka". 

"Bagaimanapun, berbeza dengan masyarakat Eropah yang mana mereka gemar melakukan konsep suai dan padan pada keseluruhan ruang kediaman. Konsep tersebut mampu membuatkan kediaman tampak hidup dan mempunyai nilai estetika yang tersendiri".

Menceritakan lebih lanjut mengenai kediaman yang mempunyai empat bilik tidur dan satu bilik utiliti itu lagi, ibu kepada dua orang cahaya mata itu berkata, dia dan suami memilih rona biru untuk dijadikan warna utama kediaman tersebut.

"Sejak kecil lagi saya memang gemar warna biru. Kebetulan warna kegemaran saya sesuai dengan tema yang dipilih, jadi kami suami isteri bersepakat untuk menggunakan warna dominan kediaman tersebut". 

"Bagaimanapun, bagi menyeimbangkan penggunaan warna pada kediaman dan mengelakkan keseluruhan ruang terlalu mendatar, saya turut menggabungkannya dengan rona-rona cerah yang lain seperti putih dan krim", jelasnya.

Menurut Akmar lagi, bagi menyerikan lagi kediaman yang dihuninya itu, dia memilih jambangan bunga orkid artifisial untuk dijadikan aksesori kediaman.

Eksklusif

Bagi menyerlahkan lagi sisi luas kediaman tersebut, penggunaan cermin besar turut dipraktikkan pada beberapa ruang.

Sementara itu, bagi menonjolkan nilai eksklusiviti kediaman pula, pasangan suami isteri ini menggunakan percikan lampu rona kuning pada keseluruhan kediaman tersebut.

Biarpun keseluruhan ruang tampak eksklusif, namun percaya atau tidak, kesemua susun atur dan tata rias di dalam kediaman tersebut dilakukan oleh mereka suami isteri tanpa menggunakan khidmat pakar hiasan dalaman.

Lebih menarik apabila semua idea yang digarap disempurnakan menerusi idea dan perbincangan yang dilakukan oleh mereka suami isteri berdasarkan bahan bacaan yang diperolehi daripada internet.

Disebabkan itu, cerita Akmar, dia dan suami hanya membelanjakan RM50 ribu, untuk kos keseluruhan dekorasi dan pengubahsuaian (termasuk grill, langsir, kabinet dapur, kabinet tv & semua perabot di setiap ruang)

Melihatkan keseluruhan sudut kediaman tersebut, ternyata Akmar dan suami bijak menata rias dan meyeragamkan warna yang dipilih pada kediaman itu sehingga ia berada pada kelas yang tersendiri.

"Kami suami isteri begitu menitikberatkan mengenai aspek dekorasi kediaman ini kerana ia merupakan nadi kehidupan kami sekeluarga".

"Selain menjadi terapi jiwa, ia juga mampu mewujudkan perasaan tenang dan tenteram setiap kali pulang dari tempat kerja, "jelasnya.



















===============================================

Ini adalah artikel yang dipetik daripada akhbar Kosmo. Insyallah kalau ada ruang dan waktu, aku akan kongsikan ilham-ilham dekorasi untuk di setiap sudut pada entri selepas ini.

Terima kasih KOSMO kerana masih memberi peluang kepada kediamanku menghiasi ruang akhbar ini.

7 tahun lalu kediaman kuarters ku telah diberi ruang untuk menghiasi ruang Jurnal di akhbar KOSMO. Boleh baca DISINI

Tuesday, November 18, 2014

Dekorasi Rumah Teres Setingkat Bercirikan Moden Minimalis

Hai semua,

Dah lama tak update pasal deko-deko ni. Tapi kali ni bukan nak share pasal rumah sendiri pun. Al maklum la rumah ku masih dalam pembikinan nak kena baiki ada defect lagi. 

Kalau before ni saya share kediaman Angah, hari ni nak share dengan korang beberapa gambar dekorasi kediaman Kak long saya yang terletak di Kuantan. Along baru je pindah so, rumah dia pun agak kosong lagi belum habis deko-deko lagi katanya.

Yang pastinya, nak kasi tabik spring kat Abang ipar, suami Along ni. Memang boleh dikatakan idea dekorasi rumah depa ni datangnya 90% daripada abang ipar. Start daripada cari material binaan, kitchen cabinet, set sofa, dining tabel semua lah memang abang ipar yang handle semua. Along saya ni tengah sarat mengandung, tu yang banyak benda suami dia yang uruskan.

Saya boleh kategorikan kediaman depa ni bercirikan moden minimalis juga. Sama, kami tiga beradik tak suka dengan benda serabut or else tak reti kot nak hias bunga-bungaan nan mekar di rumah ni. Memang salute tau pada korang yang pandai hias rumah dengan ada bunga-bungaan walau sedikit. Nampak serinya kan...

Rumah along ni berkonsepkan pink and merah. Ni memang faveret kaler Along la. Kombinasi warna ni diadunkan pula dengan dinding polos berwarna pastel purple. Seyes, tak sangka kombinasi warna ni memang cantik! Kagum bila tengok rumah Along walaupun la teres setingkat, sentuhan dekorasinya menampakkan ruang lebih luas.

Ok, this time saya kongsikan dekorasi di ruang tamu, ruang makan dan dapur. Next entri kita share dekorasi di bilik tidur pulak ok.


SUDUT BACAAN
 Space antara dining hall dan living hall ni, boleh la dikategorikan sebagai Ruang Membaca / Reading Corner. Cantik sangat arm chair kaler pink ni kan. Memang kasi highlight satu rumah.

DINING HALL / RUANG MAKAN
 Ini pula ruang makan. Ruang makan ni menggunakan wallpaper 3D bercorak bricks. Dihiasi pula dengan bingkai gambar kombinasi merah, hitam dan putih.

LIVING HALL / RUANG TAMU
 Ini pula ruang tamu. Cute je ruang tamu ni dengan kombinasi warna merah dan coklat. Tv cabinet tu pun pakai wallpaper jugak. Memang menyerlah kan.

RUANG DAPUR / KITCHEN CABINET
 Ini ruang dapur. Kombinasi putih dan merah menjadi pilihan. Carpet gojes tu fevret iolss jugak. Memang kena dengan konsep merah kat dapur ni. hehe

KAUNTER BAR
Ini pula Bar Counter / Kaunter Bar. Ampunkalah masking tape tak sempat cabut lagi sebab ni semua gambar masa memula depa masuk rumah hari tu. hehehe.


Ok tu je perkongsian dekorasi untuk kali ini ye. Next entri kalau ada masa saya update bilik tidur pulak ok!

Tata!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...