Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Showing posts with label Amalan. Show all posts
Showing posts with label Amalan. Show all posts

Thursday, January 12, 2012

Demi Seorang Anak, akanku gagahkan jua....

Helo..helo..

Dah lama tak cerita aktiviti-aktiviti seharian bersama keluarga tercinta kann..Minta maaf banyak-banyak sangat sebab lately ni too busy dengan persiapan pembukaan blogshop saya and my partner, Mahanis (u can call her Manis..mmg manis orangnya..hehehe)

Okay, permulaan tahun baru ni dimulakan dengan sesuatu yang sangatlah jauh dari diri saya sebenarnya..Kalau tang nak buat ni, tak tau la kemain liat lagi nak mulanya. Biaselah kan, benda baik ni payah nau nak melekat dijiwa, kalau benda tak elok cepat je engko Kemn..hehehe..

Sebagai seorang ibu yang akan melihat anaknya membesar di depan mata, banyak perkara yang terlintas difikiran saya untuk diamalkan demi melihat anak yang kita lahirkan itu akan menjadi seorang yang berguna satu hari nanti.

Mungkin ramai ibu-ibu diluar sana bersependapat dengan saya bahawasanya, untuk menyuruh anak melakukan sesuatu, eloklah sekiranya kita yang mulai dahulu. Kecekapan anak lebih tinggi melihat atau meniru gelagat ibu atau ayahnya berbanding jika kita menyuruhnya melakukan sesuatu dengan menggunakan sesuatu medium.

Sebagai contoh terdekat, dari sudut pemakanan. Kalau kita mak ayah ni tak suka makan sayur, anak akan ikut untuk menolak makanan seperti itu. Tak payah bagi contoh orang lain, saya sendiri sedang melaluinya..Disebabkan obsesi saya pada keropok, naahhhhhhhhh sekarang budah kecik tu memang addict sangat dengan keropok macam ummi dia..grrrrrrr..kalau bagi makanan lain, siap boleh intai pulak tu bekas kopok kat dapur..Lepas ni nak kena tukar bekas la rasanya, sebab dia dah boleh cam dah mana satu bekas simpan kopok tu..hihihi..

Okay, berbalik kepada cerita..Apa yang saya cuba sampaikan disini adalah bekalan ilmu duniawi dan ukhrawi. Bagaimana nak tanamkan rasa cinta kedua-dua ilmu ini dalam diri anak kita? Sama seperti konsep yang saya maksudkan tadi. Kita amal dulu, anak ikut kendian..

Amalan membaca. Fuhhhhh!!! Ha, benda alah ni yang buat aku alahan sebenarnya...hehehe..maklumlah, saya ni bukan jiwa ilmiah..terus terang kat sini saya bagitau..kalau nak suruh baca novel Melayu pun amik masa berbulan-bulan hingga la bertahun untuk khatamkan satu buku tu, ini pulak nak baca Englishhhh...huahuahuaaaa..

Tetapi, seperti tajuk entri di atas..demi seorang anak, akanku gagahkan jua..Lain pulak dengan daddy Hadif. Si daddy nya memang tabiat dari kecik memang suka membaca (saya syak dia ni dalama kelas macam mamat skema duk pegang buku 24 jam..hehe..).Dia ni pulak spesies yang pantang jumpa surat khabar..Kalau paper hari semalam dia tak khatam lagik, boleh pulak ye dia sambung baca hari ni. Memang dahsyat kalau tengok dia membaca, dengan iklan tender, iklan warehouse bagai tu semua dia tibai baca..Sebab tu general knowledge dia power. Sebut jela pasal apa, mesti dia tau..Sampai ex-wife Jimmy Shanley amik dadah pun dia tau ye..

Sekarang ni dia macam slow sikit, tapi dulu masa mula-mula kawin..Ya Tuhan, kemaruk sangat tengok laki aku membaca..Balik keja, baca paper..tengah makan, baca paper..sebelum tido, baca paper..bangun tido pun baca paper..habis aku, nak buat ape??tercegat je ?? Kadang-kadang tu kat mana port dia baca paper tu, kat situ lah dia tido sampai la ke pagi..Pernah dia tido bersama newspaper kesayangan tu kat tepi rak kasut..Gasak tak payah kejut, buat hangin je..bukan dia sedar pun..Kazen dia pernah cerita, punye kemaruk membaca surat khabar...sampai surat khabar yang alas makanan tu pun dia baca tau!


So, untuk mewujudkan keseimbangan dan keharmonian dalam mendidik anakku itu, tahun ini aku tekad untuk menambahkan azam baru iaitu MEMBACA..Memang dari dulu lagi suka membaca sebenarnya, tapi baca majalah..hehe..Anjung Seri, Apartmen, Impiana, Mingguan Wanita, bla..bla..bla...Makanya, aku menyahut cabaran sang suami untuk mula membaca buku omputeh..Untuk tidak mengambil risiko, (ya risiko disini bermaksud hangat-hangat tahik hayam..hehehe), saya mulakan bacaaan dengan hasil penulisan Sophie Kinsella iaitu Confessions of a Shopaholic..tertinggal keretapi aku kan? haha

Setakat minggu ini, nampak macam ada improvement dengan helaian halaman yang bergerak..Walaupun agak sibuk minggu ni, tapi saya akan membaca sebelum tidur..Tapi faham-faham je la kalau sebelum tidur tu macam mana..Kengkadang tengah membaca tu, boleh aku terfikir..macam mana lah orang lain boleh kusyuk kemain sanggup tak tidur sampai pagi, in fact ada yang seminggu tak tidur dek kerana penangan membaca novel ni..Aku?? 5 minit je berjaya..pastu...ZZzzzzZZZzzzzzZZZ..

Takpe, niat membetulkan cara..repeat lagi sekali tajuk entri tu..Insyallah..pasti boleh!



Setakat ni citer dia best..lepas selak satu lai, nak selak lagi, dan lagi..
p/s: Buku yang kena buat Review yang wajib kena buat tu pun aku tak khatam habis..illustrasi menarik pulak tu..camne la nasib buku-buku ni nanti,...Korang pernah baca Our Iceberg is Melting?? Best tau, tapi nak buat macam mana kalau dah alahannnnn.... =P

Thursday, December 22, 2011

Bayi Menangis Malam kerana Gangguan Jin?


Assalamualaikum Akmar,


Tajuk saya pada emel kali ini agak menyeramkan bukan? Lebih-lebih lagi hari ini adalah hari khamis dan malam ini malam Jumaat. Bukan untuk menakutkan tetapi untuk berkongsi cerita yang saya teringat untuk menceritakannya pada Akmar. Setiap kali kursus yang saya adakan, saya berjumpa dengan berbagai latar belakang peserta. Sudah tentu pelbagai cerita tentang anak-anak mereka yang dikongsikan bersama saya. Ada beberapa peserta kursus saya mengadu tentang anak mereka yang terlampau kerap menangis. Ada yang hinggakan setiap malam tidurnya mesti dikendong, jika dah tidur dalam kendongan, bila diletakkan ke tilam, ia akan terjaga serta merta dan menangis kembali. Terus saya maklumkan padanya, bagi saya  sudah jelas anak tersebut kena gangguan. 
Kebiasaannya ada sesetengah ibu bapa akan menjadi lebih baran/pemarah. Kemungkinan besar ini disebabkan mereka tidak memahami kenapa bayi mereka menangis. Mereka tidak terfikir langsung bahawa ia disebabkan gangguan makhluk halus. Ramai yang percaya akan kewujudannya tetapi tidak percaya ianya terjadi pada anak mereka!
Jika kita nak tahu sekiranya anak kita menangis kerana gangguan adalah dengan memerhatikan : 

  1. Adakah matanya melilau melihat sekeliling
  2. Menangis yang tiada air mata,
  3. Menangis seolah seperti di cubit,
  4. Menangis dalam keadaan takut,
  5. Tidur dalam keadaan terkejut-kejut,
  6. Tidur di selang seli dengan tangisan
  7. Menangis pada waktu-waktu tertentu setiap hari

Jika kita mengalami keadaan ini, tingkatkanlah kesabaran. Bayi yang tiada gangguan, hanya tidur dan bangun kerana mahu menyusu atau kerana mahu lampinnya ditukar (tak selesa kerana mungkin lampinnya penuh) atau perut kembung. Jika semunya bukan penyebabnya dan mereka masih juga menangis bermakna PASTI ada gangguan.

Jika kita bertanya orang yang 'berpengalaman dulu-dulu' mereka akan menyarankan gelang hitam atau tali untuk dipakai pada bayi. Saya pasti ramai yang telah mengetahui cara ini adalah HARAM iaitu  haram menggantungkan sesuatu pada anak kecuali ayat al Quran dan Hadith Nabi. Tangkal seperti ini ada penunggunya dan ia akan jadi teman anak kita di waktu-waktu dia membesar. Maka akan ada sahajalah halangan untuk anak tersebut mempelajari al Quran atau benda lain yang baik-baik. Maka elakkanlah daripada cara ini walau terdesak mana pun kita.


Apa yang kita boleh buat jika tanda-tanda menunjukkan anak kita ada gangguan?
  1. Beralih tempat pergi ke bilik lain yang di rasakan tenang, sebaik-baiknya bilik solat
  2. Bacakan pada bayi ayat-ayat Al Quran ( AlFatihah, Qursi, dan 4 Qul ) Niat untuk menghindarkan gangguan pada bayi dan hembus di ubun2 dengan perlahan.
Untuk maklumat lanjut tentang cara menghindarinya, boleh layari website ini.

Tuesday, October 4, 2011

Jus Tok Guru as a supplementary for my baby...

Salam to all my dear readers!

Seperti yang dijanjikan pada entri semalam, hari ini saya nak kongsikan kepada anda terutamanya kepada para-para ibu atau bakal ibu atau sesiapa sajelah yang ingin tahu mengenai produk minuman Jus Tok Guru ini. 

Kepada korang yang mengikuti perkembangan my baby yang untill now still not so well due to infected selsema and very bad cough di rumah pengasuh tu, korang akan tau la betapa terduganya kami nak tengok my baby kembali sihat walafiat seperti sedia kala. Kesian sangat tengok dia sebab every night tidurnya akan terganggu dengan batuk yang sangatlah teruk tu. 

According to the Paed's, kalau this week (dah masuk 2 bulan) batuk dia still not break, he will uses an inhaler / puffer. This thing is the main treatment for asthma. Dah 3 round ubat which is ada 5 jenis ubat yang  perlum diminum setiap kali round tu dahpun habis diminum oleh my baby. Tapi semuanya tak menunjukkan tanda-tanda berkurangan. So, this kind of things lah merupakan jalan terakhir yang perlu digunakan untuk mengurangkan batuk dia tu..Berat hati nak tengok anak menyedut benda alah tu,. =(

Okay, selain daripada mengamalkan minum Scott Emulsion, me and husband decide untuk memberi minuman Jus Tok Guru ini to our lil ones tu..Last week, bila my husband duk sembang dengan kawan-kawan dia pasal ni, ada lah salah sorang kawan dia recommend untuk cuba Jus Tok Guru ni. 

Katanya jus ini juga boleh menguhalang daripada jangkitan. Jus ini merupakan gabungan makanan sunnah yang telah disebut di dalam al-Quran dan Hadith. Salah satu khasiat jus ini adalah memelihara kesihatan tubuh badan dan juga dapat mengatasi masalah kesihatan. Kalau korang pernah baca entri saya mengenai Tips Pemakanan Sihat Untuk Minda Anak, terdapat banyak makanan yang saya maksudkan itu terkandung di dalam Jus Tok Guru ini.

Untuk maklumat lanjut korang boleh baca kat bawah ni.


Jus ini ada 3 perisa iaitu perisa Roselle, Anggur dan Strawberi. Saya belikan Hadif perisa Roselle macam rasa sirap la..Seyes Hadif memang suka sangat jus ni. Kalau dah bagi se sudu kecik tu, lepas tu mesti dia nangis nak mintak lagi..huhu..Rasa dia manis macam madu campur kurma gitu.

So sekarang, Hadif dah ada 2 makanan tambahan. Kalau di rumah pengasuh dia akan minum Scott Emulsion, di rumah pula saya akan suapkan Jus Tok Guru ini. Mudah-mudahan my baby cepat-cepat sembuh dan akan jadi seorang anak yang bijak!! Insyallah...

Tuesday, August 2, 2011

Berdebar

Salam,

Hari ini merupakan hari pertama saya akan memulakan Tadarus Al-Quran di ofis ni. Bacaan ayat suci al-Quran dibahagikan mengikut kumpulan. Satu kumpulan ada 4 orang. Ada 4 juzuk yang kena baca (Juzuk 11 / Surah At-Taubah; Juzuk 12 / Surah Hud; Juzuk 25 / Surah Fussilat; Juzuk 26 / Surah Al-Ahqaaf)..Yang nebes nye, sebab ahli kumpulan saya semuanya para-para bos seusia ummi saya..Rasa macam ketaq lutut jugak sebab tahun lepas kumpulan tadarus saya diofis lama hanya golongan seusia.

Den macam tetiba teringat pulak zaman dolu-dolu pegi ngaji kat umah Uztat Malik (arwah) yang ajar ngaji sambil rembat rotan..hehe..Ape yang ko nak takut sangat nye KeMn..rilek-rilek sudah laa..Saya ni bukan apa, dapat peluang bertadarus setahun sekali je, bermaksud segala jenis idgham, qalqolah, dengung bagai tu kena la polish balik. Setakat ni satu surah je yang saya lancar dan hafal skit-skit..Surah Yaasin..hehe..macam la korang tak hafal kann..Takpe Kemn, niat membetulkan cara. Kalau niat kita untuk mengimarahkan bulan yang mulia ni, insyaallah Allah akan membuka pintu hati kita agar bacaan kita lebih baik dari yang sebelumnya.

p/s: Semoga Allah merahmati segalanya..Insyaallah!!!

Friday, July 29, 2011

Ramadhan Al Mubarak



Salam kepada semua!!!

Minggu ini merupakan minggu terakhir sebelum kita melangkah ke bulan mulia, Ramadhan Al-Mubarak. Sebulan menunaikan puasa dan selepas itu diraikan pula dengan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Dalam kita duk sibuk memikirkan persiapan raya, jangan lah kita lupa untuk mengambil kesempatan beramal ibadat dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan barakah dan seribu satu ganjaran pahala nya. Saya juga berpesan kepada diri sendiri juga agar tidak terlalu memikirkan persiapan raya, walaupun hati aku ni bergelodak nak sopink baju Hadif..huhu..Ini belum cerita pasal juadah berbuka,..Kalau boleh semua nak beli, padahal bukan tak tau pun semua tu tentunya mengundang pembaziran.

Oleh yang demikian, marilah sama-sama kita amalkan konsep kesederhanaan (wasatiah). Wasatiahlah dalam apa jua yang kita lakukan, tetapi perbanyakkan lah amal ibadat dalam bulan yang mulia ini. Kebetulan pula ofis baru saya ni mengadakan Program Tadarus Al-Quran. Alhamdulillah, syukur sangat kerana memang saya nantikan program seperti ini,.

Tahun lepas, masa mengandungkan Hadif, sempat juga saya khatam al-Quran dengan mengikuti program seperti ini di ofis lama. Syukur sangat sebab dapat khatam al-Quran semasa Hadif di dalam perut lagi. (cerita kat SINI). Sekarang ni, bila dah ada anak ni agak mencabar la sikit nak mengaji dirumah. Kadang-kadang tu nak baca Yasin pun dah susah bila si comel ku ini memulakan lontaran vokal (faham-faham je la ibu-ibu sekalian)..bukan memberi alasan untuk tidak berbuat demikian, tetapi ini lah hakikat yang perlu diterima dalam membesarkan anak. 

Baguslah program tadarus ni diadakan pada waktu rehat di ofis ni. Bolehlah saya gilap kan semula cara hafazan dan memperbaiki bacaan al-Quran saya yang tak seberapa ni. Dek kerana kenaifan saya dalam bacaan al-Quran inilah saya ambil kesempatan di bulan mulia Ramadhan untuk memperbaiki kelemahan saya ini. 

Bercerita pula pasal tarawikh, sedih dan hiba juga bila mengenangkan tahun ini saya tak dapat nak solat  berjemaah di masjid. Buat sendiri di rumah jela jawabnya..Yelakan, Hadif tu kecil lagi. Camne nak solat kalau saya bawa dia sekali? Takpela, tahun ni my husband je la yang pergi. Insyaallah kalau dipanjangkan umur, tahun depan kami pergi bertiga !!!

Kesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan dan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa kepada semua umat Islam di seluruh dunia!! Semoga segala hikmah disebalik bulan yang penuh mulia ini dapat dihayati bersama-sama dan memperoleh keberkatan dalam menempuh kehidupan duniawi dan ukhrawi.

Ameen..

(p/s: ramadhan baru nak mula, baju raya dah siap!!Apakah???)

Tuesday, July 26, 2011

Pahala Isteri

Salam,
Lately ni asik update pasal my baby je kan,..so petang ni rasa nak update pasal suami isteri pulak..mari kita share sama-sama..

"Wanita mudah masuk syurga, malah tidak sukar juga terjerumus ke neraka"..Mana satu pilihan kita wahai Sang Isteri?

Allah itu sememangnya Maha Pemurah, Maha Pemberi. Dia yang Maha Agung, tidak ada satu pun yang bisa melawanNya. Bergelar wanita, isteri dan ibu sememangnya perkara mulia disisi Allah. Setiap amanah yang diberikan apabila dilaksanakan dengan baik dan ikhlas maka ganjarannya ialah pahala yang berlipat ganda. Berusahalah agar menjadi wanita sejati, ibu mithali dan isteri solehah. 

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermasksud:

"Ya, Fatimah, barang mana wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya (suami), Allah akan memberi minum akan dia (isteri) dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas titisan sirat"

Alhamdulillah, sehingga hari ini saya masih berkesempatan untuk meminyakkan rambut dan memotong kuku suami. Saya akui kadang-kadang kesibukan menjaga dan melayani anak kadang-kadang membuat saya lalai seketika sehingga alpa menunaikan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Walaupun,perkara seperti ini dirasakan remeh kepada sesetengah orang, namun pada saya perkara kecil seperti ini lah yang perlu dititikberatkan kerana kadang-kadang kita tidak berkesempatan untuk melakukan perkara-perkara yang boleh dilihat dengan mata kasar kita. Hadirnya dia, si suami..membuatkan saya lebih bersyukur dengan apa yang saya nikmati hari ini. Syukur Alhamdulillah..Ya Allah, lindungilah kami dibawah lembayung rahmatMu..

Tertib Memotong Kuku. Mari sama-sama kita amalkan..


p/s: next entri nak share mengenai Tips Menjaga Suami..tunggu... =)

Thursday, January 13, 2011

Buku: Pantang Larang Ketika Hamil & Selepas Bersalin

RM4.00 je!! Mmg berbaloi..loi!!
Buku ini merupakan salah satu koleksi terbaru yang saya beli. Rasanya sangat berbaloi beli buku ni memandangkan saya hanya melabur sebanyak RM4.00 sahaja untuk mendapatkan buku yang mempunyai 90 halaman muka surat ini (murahkan!!!)..saiznya yang kecil memudahkan saya untuk bawa ke mana-mana sahaja..Kalau ikutkan memang dah banyak koleksi buku-buku yang berkaitan dengan kehamilan yang telah saya kumpulkan sejak awal kehamilan lagi..Kebanyakan daripadanya mempunyai pengisian yang lebih kurang sama..Cuma adalah serba-sedikit perbezaan sahaja mengikut pandangan dan sumber yang berbeza.

Tetapi, lain pula bila saya baca buku ni. Sub-topik yang paling menarik perhatian saya adalah mengenai Petua Ketika Mengandung dan Selepas Bersalin. Macam-macam petua tau!!! Siap bagi ramuan lagi tentang cara membuatnya (saya kena pastikan buku ni saya bawa balik ke Kuantan ketika berpantang nanti)..hehehe
Sub-topik yang menarik dan padat dengan pelbagai info
Ada satu lagi sub-topik yang menarik iaitu Senaman Kesihatan Ketika Mengandung. Siap ada illustrasi gambar lagi!!
Lepas baca buku ni..saya dengan semangatnya bersenam!!
Bagi rakan-rakan diluar sana yang berminat utk dapatkan buku ni, saya rasa ada dijual di mana-mana kedai buku kot. Saya beli di MPH, Alamanda. Buku ni diterbitkan oleh Penerbitan Seribu Dinar Sdn Bhd Cetakan 2009 yang disusun oleh Abadian Abdullah

p/s: 
Sorry sy xdpt nak share intipati buku ni sepenuhnya, almaklumlah Hak Cipta Terpelihara kann,..hehe


~end~

Tuesday, January 11, 2011

Amalan Ibu Mengandung

Hari ini diam tak diam kandungan saya sudah berusia 32 minggu. Rasa sarat sangat dah perut ni. Tapi tak mengapa lah, demi anak yg bakal dilahirkan ini saya tetap bersemangat utk bekerja..(ye ke?)..hehe..Sekarang ni, sambil buat kerja, sambil tu la mulut saya duk mengunyah macam-macam. dan sambil-sambil tu juga saya pasangkan ayat-ayat suci Al-Quran untuk diperdengarkan kpd baby dlm perut saya ni.

Saya pasti rakan-rakan di luar sana sudah tentu banyak mengamalkan pelbagai petua / tips / amalan semasa dalam tempoh kehamilan. Saya sendiri pun banyak bertanya rakan-rakan yang berpengalaman selain daripada memperolehi sumber-sumber ini melalui bacaan di internet dan juga majalah-majalah. Hari ini saya nak berkongsi dengan rakan-rakan mengenai amalan-amalan yang saya amalkan sepanjang tempoh kehamilan ini:

a) Membaca al-Quran
Saya bersyukur sangat kerana pada peringkat awal kehamilan (8-12 minggu), saya telah berjaya khatam al-Quran. Pada ketika ini, kebetulan tempat saya bekerja mengadakan Tadarus al-Quran, inilah kesempatan yang saya ambil bagi menambahkan amalan ukhrawi di samping memberi banyak kebaikan kepada kandungan saya.

b) Memakan buah-buahan
Sudah ketahui umum, lazimnya di awal kehamilan kebanyakan ibu hamil tidak terlepas daripada "morning sickness". Saya sememangnya tidak terlepas dari simptom ini. Hilang selera makan, pening kepala, kerap muntah..semua ni adalah perkara biasa yang akan dilalui oleh ibu hamil..(bertuah la bagi yang xpernah merasainya). Untuk mengelakkan daripada perut kosong, saya sentiasa makan buah-buahan seperti mangga, oren, betik, jambu, prunes, kurma, kismis. Jangan sesekali makan buah-buahan yang tajam, nenas yang utamanya!!

c) Minum air buah
Sehingga ke hari ini, saya memang mengamalkan minum air buah. Memandangkan saya ni memang tak boleh 'blah' dengan segala yg berkaitan dengan susu ni, so inilah alternatif yg plg baik utk saya dan baby. Usually my husband akan belikan air Ribena, takpun air yogurt buah tu..Pagi time breakfast saya akan beli air Twister Apple. Jangan sesekali minum minuman yang berkafein ye!! (Saya mmg bukan penggila kafein, so mmg tak menjadi masalah pd saya utk menjauhkannya..)

d) Anmum Materna (perisa coklat)
Syukur sangat bila anmum materna ada perisa coklat!!!(Saya adalah penggila coklat hokehh)..So, saya start minum anmum ni masa kandungan dah pun 6 bulan..Sampai sekarang, saya mmg boleh 'blah' dgn anmum ni..seyesli mmg xrasa sangat ke'tepung'an susu ni..hehe

e) Membaca buku-buku berbentuk motivasi, kekeluargaan dan persediaan menyambut kelahiran
A thousand of thanks to my husband sebab sudi melanggan buku utk saya (Mama & Baby). Ada juga yang saya beli sendiri. Sekarang ni, banyak buku-buku yang menarik ada di pasaran. Antaranya buku Amalan Ibu Mengandung oleh Ustazah Siti Nor Baayah. Best sangat sebab illustrasi dan persembahan buku tu yg buat saya tak boring nak baca buku tu hari-hari. Thanks to Kakzu (officemate) sbb perkenalkan buku ni pada saya. Ada satu lagi buku yg saya beli mengenai mukjizat 25 Nabi dan Rasul. Tiap malam sebelum tidur saya akan baca buku ni sbb mmg dari dulu lagi saya niat nak bacakan kisah para nabi utk baby saya nanti. Tapi tak salah rasanya kalau saya mulakan dari dlm perut kan??


Kalau ikutkan memang banyak sangat amalan yg boleh kita pratikkan ketika mengandung ni. Saya buat mana yang termampu dan dirasakan rasional utk saya dan baby..Yelakan, duduk jauh dari mak ayah ni mmg beri cabaran juga pd saya utk lalui saat-saat sukar dalam tempoh kehamilan ni. Semuanya kena survive sendiri. Apepun, saya sentiasa berdoa agr kandungan saya sihat, selamat dan sempurna. Insyaallah..


~end~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...