Refleksi Diri

EKPRESIKU...

Monday, July 18, 2011

Tips Pemakanan Sihat untuk Minda Anak (sesuai juga untuk ibu hamil)


Salam to all my lovely readers!!

Hari ni saya nak kongsi dengan korang mengenai beberapa tips pemakanan yang boleh diamalkan dalam menyediakan pemakanan untuk anak-anak kita mahupun bagi ibu yang sedang hamil. Semasa saya mengandungkan Hadif, pelbagai info yang saya perolehi mengenai amalan pemakanan yang boleh mendorong kepada perkembangan minda anak yang cerdas. 

Salah satu perkongsian cerita yang cukup menarik perhatian saya adalah yang diceritakan oleh seorang kakak sepejabat saya, Kak Yani yang telah mengamalkan pemakanan ini bagi ketiga-tiga anak yang dikandungnya. Menurut beliau, amalan pemakanan ini telah beliau amalkan sejak anak-anak beliau masih dalam kandungan sehinggalah sekarang. 

Sangat tertarik dengan cerita yang dikongsi kepada saya mengenai keletah ketiga-tiga anak beliau. Menurut beliau juga, walaupun anak-anaknya sememangnya mempunyai personaliti berbeza, tetapi dari aspek pembelajaran, mereka bertiga kelihatan seperti berlumba-lumba bersaing bersama. Apa yang buat saya tertarik ialah, anak-anak beliau tidak perlu disuruh, dipaksa atau dimarahi untuk mengulangkaji pelajaran. Bila yang sulungnya memulakan ulangkaji, maka yang lainnya juga akan berbuat demikian. Setiap tahun, beliau akan menghadiri ke Majlis Anugerah Kecemerlangan untuk melihat KETIGA-TIGA ANAK BELIAU naik ke pentas mengambil anugerah tersebut. Saya ulang sekali lagi, tiap-tiap tahun ye kawan-kawan..wah..wah..sejuk perut ibu mengandung..

Melalui perkongsian cerita itu tadi, kak Yani tidak lokek untuk berkongsi tips yang diamalkan oleh beliau semasa mengandungkan ketiga-tiga anak beliau itu. Mari saya kongsikan kepada anda makanan-makanan yang boleh korang amalkan bukan sahaja untuk anak-anak, malah sangatlah sesuai diamalkan oleh ibu-ibu hamil. Setiap satunya mempunyai khasiat masing-masing dan telahpun disokong dalam pelbagai hadis dan riwayat al-Quran.

1) KISMIS
“sesiapa yang ingin menghafal Hadith hendaklah ia kerap memakan anggur kering” (Imam Zuhdi)
Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyihatkan jiwa”.

InsyaAllah boleh membantu meningkatkan kecerdasan minda yang lemah dan pelupa. Digalakkan untuk mereka yang menghafal Al-Quran dan untuk pencapaian cemerlang dalam pelajaran.

2) KURMA
Catatan dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihissalam dirakam di dalam Al Quran;
'Dan gegarlah kearahmu batang pohon kurma itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak, maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan. Al Quran (17) Surah Maryam (Ayat 25-26)  

3) KACANG BADAM (ALMOND)
Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Dimaklumkan juga orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari. Badam dikatakan dapat mengelakkan penyakit seperti obesiti, diabetis, barah dan alzheimer. Sesuai untuk ibu hamil kerana kandungan Folate adalah penting bagi mengelakkan dari kecacatan pada bayi ketika hamil.

4) AIR ZAM ZAM
Imam Ibnu Qayyim al-Jawziyah merumuskan bahawa air zamzam adalah yang terbaik, paling suci dan ia tidak akan kering sehingga hari kiamat. Diriwayatkan, ia dikorek oleh malaikat Jibrail untuk menghilang rasa dahaga Nabi Ismail ketika ibunya, Siti Hajar tujuh kali pusingan berlari-lari anak di antara dua bukit – Safa dan Marwah - demi mencari air di padang pasir yang panas bukan kepalang.  

Air zam-zam boleh menjadi makanan yang mengenyangkan dan boleh mengubati penyakit. Air tersebut juga adalah air yang penuh keberkatan.

5) HABBATUS SAUDA
Sabda Rasulullah s.a.w. "Tetaplah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya adalah penawar segala jenis penyakit melainkan as Sam. Para sahabat bertanya "Ya Rasulullah, apakah itu as Sam..? Jawab Rasulullah s.a.w "As Sam itu adalah mati.."

6) BUAH TIN
Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin.Lalu Nabi SAW mengajak
sahabat-sahabatnya makan.Nabi pun turut sama makan.Kemudian baginda SAW bersabda ”Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia. Kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan.”

7) MADU
Madu kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Para penyelidik menggelar madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak

Sabda Rasulullah s.a.w. "Barangsiapa yang menjilat Madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar (penyakit yang berbahaya)" (Riwayat Ibnu Majah)

8) MINYAK ZAITUN (OLIVE OIL)
Pohon Zaitun adalah pohon yang diberkati seperti sabda Rasulullah s.a.w. "gunakan sari zaitun sebagai lauk pauk dan minyak, sesungguhnya ia berasal dari pohon yang diberkati". Riwayat at Tarmizi dan Ibnu Majah"

Kajian oleh pakar sains yang mengatakan bahawa minyak zaitun merupakan sejenis antioksida yang diperlukan untuk memerangi LDL kolesterol (kolesterol jahat) yang menyumbat arteri jantung, penyebab utama serangan jantung. 

Itulah antara makanan-makanan yang boleh diamalkan dalam penyediaan makanan untuk anak-anak dan juga ketika hamil. Mesti korang tertanya-tanya kan. Camne nak makan semua ni? Lalu ke? dah pulak tengah pregnant, selera ke ek? 

Mudah saja caranya. Semua makanan tersebut dikisar dan dicampur bersama. Untuk  menambahkan selera, boleh dimakan bersama campuran susu. Seyes, memang sedap. Makan ala-ala koko krunch tu..hehe..Insyallah..Selamat Mencuba!!
Makanan yang telah dikisar (Gambar ihsan google)

p/s: Mana nak cari semua ni? Kepada kawan-kawan yang tinggal di Putrajaya, semua makanan ini terdapat di Alamanda (kiosk depan Carrefour yang jual makanan dari Tanah Arab tu).

0 yang mengekspresikan diri:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...